Seperti yang pernah saya janjikan sedikit masa dulu di ruangan page FB abahyasir.com, saya akan kongsi bersama pembaca abahyasir.com bagi slide yang digunakan untuk mengajar anak-anak saya. Sebenarnya dah hampir 17 sesi pengajian saya bersama mereka. Ia diadakan pada hari Ahad, biasanya di rumah tetapi kadangkala juga dilakukan di rumah ibu saya bersama anak-anak saudara saya yang lain, di ‘park’ atau di hotel, apabila kami pergi bercuti ke luar negara.
Cakap pasal persiapan, memang nampak macam mudah, tetapi ia sebenarnya memakan masa. Topik apa nak bincang, nak masukkan video atau klip lagu atau tidak, imej-imej yang bersesuaian, grafik bagi slide dan lain-lain lagi. Kadang kala mengambil masa lebih 2 jam juga. Haiz, macam buat lesson plan pulak. Tapi itulah hakikatnya. Biasanya plan persediaan ni saya siapkan semasa pagi Ahad, selepas bangun tidur. Kalau mood saya baik, malam Sabtu saya dah siapkan sambil-sambil tengok siaran langsung BPL. Heheh.
Oleh kerana sudah setiap minggu bersama mereka, seperti mana rancangan realiti TV…deen@home juga semakin popular di hati Dihah dan Yasir, nampak je saya sedang pegang laptop ni, sibuklah mereka akan tanya ‘dah siap bah…?’ atau mereka akan kata ‘nak deen@home bah!’ Bukan sekali, tapi sampai berkali-kali…sampai ter melenting juga saya dibuatnya. ‘Sabarlah, ingat senang eh!’ nilah jawapan standard dari saya. Memang bingit juga telinga…paling tak boleh angkat, bila mereka ni akan curi-curi pandang apa yang saya sedang ‘draft’ kan, tak suspense lah nanti kan, betul tak?
Berkenaan topik dan tajuk perbincangan pula ianya berbeza-beza dan pening juga kadang sebab tak tahu nak discuss apa. Mula-mula memang plan saya bincang topik-topik mudah dari rukun Iman dan Islam. Idea saya biasanya bergantung dari pemerhatian saya pada anak-anak atau maklum balas dari ibu mereka tentang anak-anak saya ni. Katakan saya nampak mereka ni kadangkala tinggi suara dengan ibunya, maka timbul lah idea cerita tentang hormat ibu bapa, atau pernah isteri saya kongsi yang Madihah pernah komplen bila disuruh solat, jawabnya…kakak solat tapi kadang apa kakak nak, Allah tak bagipun!’ Mulalah hati saya terdetik untuk bincang perkara tersebut dalam sesi ‘deen@home’ saya bersama mereka. Pernah juga topik yang dibincang ialah tentang ‘anger management’, bagi membantu anak saya terutamanya Madihah yang memang moody sikit bila tak dapat apa yang diminta.
Bermula pada minggu ini, dari semasa ke semasa saya akan berkongsi video deen@home satu persatu, mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh para ibu bapa. Slide yang saya siapkan adalah dalam dwi bahasa. Bagi kali ini saya akan berkongsi siri tentang hormat pada ibu bapa…bagi permulaan video slide, biasanya saya akan imbas kembali pelajaran pada minggu yang sebelumnya, dan bertanya sama ada mereka masih lagi ingat apa yang telah dipelajari pada sesi lalu. Tetapi bagi video yang saya sertakan di sini saya sudah ringkaskan, dan terus menyentuh topik yang ingin disentuh.
Sebenarnya idea bagi topik ini timbul bila anak-anak sering mendesak untuk minta dibelikan hadiah, barang mainan setiap kali bila kami sekeluarga terserempak dengan kedai alat mainan seperti Toy r Us atau Kiddy Palace dan yang sewaktu dengannya. Bagi siri kali ini, saya mulakan dengan satu video Petronas hasil karya Allahyarhamha Yasmin Ahmad yang pernah disiarkan di TV3. Video ini mengisahkan Aiman bersama ayahnya, sejak kecil Aiman minta hadiah, tetapi selalu diberikan bermacam-macam alasan oleh ayahnya (lakonan Afdlin Shauki), sehinggalah…Aiman berjaya masuk ke universiti…
Di penghujung video itu, kita boleh tanyakan apa yang difahami oleh anak-anak dari video tersebut. Minta mereka sebutkan 1-2 pengajaran atau moral story yang dapat dipelajari. Selepas itu, ibu atau bapa boleh sambung jelaskan pengajaran yang tersebut pada video, ianya boleh ditambah mengikut kreativiti para ibu bapa. Selepas itu, para ibu bapa boleh berbincang bagi action plan atau azam anak-anak yang boleh difikirkan hasil dari video ini.
Cuma minta maaf, oleh kerana saya seorang yang amatur…rakaman video ini lari sikit audio nya. Insha Allah, saya akan cuba dalami lagi ilmu bagi menghasilkan video yang lebih baik. Selamat mencuba!