Sebenarnya idea ‘Deen@Home’ ni terdetik apabila saya terfikir sendiri apakah yang telah saya lakukan dalam usaha mengukuhkan kefahaman agama anak-anak saya? Memang benar, penerapan nilai-nilai mulia sangat penting dan perlu disampaikan dalam pergaulan kita sehari-harian bersama mereka. Tetapi bagi saya masih rasa tidak mencukupi pulak, maklumlah saya ni seorang ustaz dan isteri pula ustazah, tapi itu tidak menjamin anak-anak kami nanti secara otomatis macam ‘malaikat’, maklum dari pengalaman saya sendiri semasa bertugas di Masjid dahulu, antara kes-kes kaunseling yang saya kendalikan juga meliputi anak para asatizah, penuntut madrasah, malah ada juga yang melibatkan pelajar diploma pengajian Islam. Ngerikan? Cuma kes-kes sedemikian bukanlah satu lumrah, ia hanya melibatkan kes-kes terpinggir.
Tapi ini menunjukkan bahawa latar belakang madrasah, anak-anak ustaz dan sebagainya belum tentu menjamin kita bakal mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Terdapat juga anak-anak yang bersekolah di madrasah atau sekolah nasional yang datang daripada para ibu bapa yang berpendidikan sekular, tetapi masya Allah, sejuk mata orang tua memandang. Jadi apa kesimpulannya? Hah, pastilah ianya kembali kepada didikan para ibu bapa.
Lantas, saya terfikir untuk mengadakan satu kelas khas bagi anak-anak saya, selain kelas mengaji mereka di rumah atau kelas agama mereka di masjid. Maka bermulalah kelas yang saya namakan sebagai ‘Deen@Home’ ini. Ianya hanya selama 30 minit sahaja pada setiap hari Sabtu. Setakat ini dah 2 kali diadakan. Alhamdulillah, anak saya Madihah (7 tahun), dan Ahmad Yasir (5 tahun) memberikan respon yang baik 🙂
Sebenarnya format dan metod saya simple sahaja, saya hanya gunakan Macbook (hehe, saya baru beli!) dan aplikasi ‘keynote’ (memang power hasilnya, bukan iklan eh!) untuk sampaikan mesej saya, anak-anak saya pula bebas untuk bawa kertas kosong atau white board (kecil) mereka. Sebab kadang-kadang saya akan minta mereka ‘sketch’ atau lukiskan sebarang imaginasi tentang topik yang dibincangkan. seperti contoh minggu 1 dan 2, saya ajar tentang Islam dan Allah, saya tanya mereka ‘macam mana nak bagi Allah sayang kita?’ Apa yang perlu kita buat? atau apakah balasan baik bagi kita di dunia adalah ‘jannah’ atau syurga. Macam mana syurga tu? Boleh lukiskan? seberapa boleh, saya cuba lakukan secara interaktif sedaya mampu saya, agar anak-anak saya tak boring atau ngantuk.
Sebenarnya saya ajar yang mudah-mudah sahaja, katakan topik Allah, Allah itu SATU, Allah cinta kita, bagaimana untuk buat Allah cinta kita? Solat, baca Quran, buat baik dengan ibu bapa dan lain-lain. Bagi slide untuk kelas saya itu, lebih banyak gambar dari perkataan, maklum unuk mudahkan Yasir juga…namun kelas saya itu kadang kala akan jadi huru hara sikit, bila setiap muncul kehadiran tetamu kecil ‘Aysar’ (1 tahun ++) hehe. Lagi satu jangan lupa oleh-oleh sebagai motivasi untuk setiap jawapan atau respon anak-anak. Bagi saya, saya gunakan coklat bagi setiap komen bernas anak-anak saya.
Sebenarnya antara kesan dan faedah yang kita tidak perasan atau ‘intangible benefit’ yang paling penting di sini, ialah ‘bonding’ antara saya sebagai bapa dengan anak-anak. Maklumlah, kelibat saya ni memang minimum di rumah, berbanding dengan ibunya, jadi setiap detik saya bersama mereka adalah sangat penting. Saya cuba bersama dan bermain dengan mereka seberapa yang saya mampu.
Mungkin apa yang saya buat ni, bukanlah satu perkara yang baru, tetapi bagi sesiapa yang belum cuba…mungkin perkongsian saya ni boleh dijadikan sebagai satu inspirasi buat ibu bapa muda yang lain. Tidak semestinya ustaz…orang biasa pun boleh ajar. Betul tak? Insha Allah, minggu depan saya akan berkongsi dengan mereka tentang kisah para Nabi pula…doakan usaha saya berjaya yer!
satu info yang amat baik ustaz. Saya harap dikuatkan hati untuk melakukan ini dirumah dengan hero2 saya. Moga Deen@Home ini boleh jadi satu modul latihan nanti insyallah
Salam Ustaz, bolehkah hamba meminta Ustaz berkongsi file file presentation ini bersama hamba?