Bersempena dengan bulan bahasa Melayu, saya akan menyentuh tentang isu bahasa Melayu dan cuba menulisnya dengan penggunaan bahasa Melayu yang tepat lagi betul. Kalau salah, harap maaf ya, cikgu-cikgu! Sebab saya ni Ustaz, bukan guru bahasa Melayu. 🙂
Kebetulan pada sabtu lepas, saya menghadiri satu persembahan drama di salah sebuah sekolah rendah di kawasan timur Singapura bersama kedua orang anak saya iaitu Madihah dan Ahmad Yasir. Para pelajar darjah 1 memang digalakkan menyertai program ini yang bertujuan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.
Pada hari tersebut memang tidak sabar-sabar kedua anak saya ini, tepat masanya kami pun sampai. Persembahan lewat dalam 10-15 minit kerana menantikan penonton penuh selain menunggu ketibaan tetamu kehormat. Jangkaan saya ia langsung dimulakan dengan lakonan, tetapi saya silap. Satu persembahan tarian moden oleh sekumpulan remaja, 4 lelaki dan 1 perempuan dipersembahkan.
Hmmph, hebat jugalah persembahan mereka. Boleh dapat 5 bintang dari saya. Cuma rasanya, janggal apabila dimulakan satu acara bersempena dengan bulan bahasa Melayu dengan satu persembahan tarian moden, terkinja-kinja di sampai pakaian yang kurang manis bagi saya yang sedikit ‘konservatif’ ini. Kenapa tidak, satu tarian Melayu tradisional? Atau persembahan angklung atau gamelan sebagai contoh?
Kembali pada persembahan drama yang dijanjikan, ianya memang tidak menghampakan. Ia sangat baik dan anak-anak saya sungguh terhibur, serta padat dengan pengajaran yang dapat diraih daripada persembahan tersebut. Persembahan pada hari tersebut kemudiaanya diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu etnik tradisional seperti enjet-enjet semut, katak si katak lompat, suriram dan lain-lain.
Pada saya inisiatif sebegini memang sungguh baik bagi menggalakkan anak-anak selesa bertutur dalam bahasa Melayu, saya sendiri memang antara bapa yang bertutur dalam bahasa Melayu di rumah bersama anak-anak, selain kerana sebab lebih selesa dengan bahasa Melayu, saya juga yakin anak saya berpeluang menggilap bahasa Inggerisnya di sekolah.
Namun keadaan di Singapura, anak-anak muda sudah semakin semakin canggung dengan bahasa Melayu, kasihan ya? Apatah lagi yang berada di luar negara. Saya pernah terbaca laporan akhbar tempatan tentang anak-anak Melayu Singapura yang berhijrah di Australia, ada sebahagian keluarga Melayu di mana anak-anak mereka sudah tidak mampu berbahasa Melayu lagi. Sedangkan bahasa kan jiwa bangsa? Entahlah, pada saya ini kembali pada asuhan ibu bapa, ibu atau bapa.
Untuk membuktikan padangan saya ini, suka saya berkongsi satu cerita tentang seorang remaja yang saya kenali ketika bertugas di Masjid Al-Falah. Namanya Haiqal Christiansson, seorang warga Amerika tak silap saya, arwah bapanya berbangsa Norwegian, ibunya Melayu Singapura. Pertama kali saya kenal kedua ibu bapanya ketika ziarah bulanan saya di Hospital Mt Elizabeth, memang menjadi antara aktiviti kemasyarakatan Masjid Al-Falah sejak dari tahun 2008 untuk menziarahi para pesakit Muslim di sana, tidak kiralah rakyat Singapura, Indonesia, Brunei, Bangladesh mahupun yang datang jauh dari timur tengah. Bahkan, ketika Sultan Kelantan berada di sana pun, sempat kami diminta ziarah : )
Alhamdulillah, para pesakit menyambut baik lawatan kami ini. Biasanya kami akan bertanya khabar serta membacakan mereka doa untuk kesihatan.
Ibu bapa Haiqal sebelum itu menetap di Australia kerana bapanya bertugas di sana sebelum berpindah ke Singapura, kerana tugasan di sini. Arwah bapanya dikesan mengidap sakit yang serius ketika bertugas Singapura.
Haiqal, walaupun berusia 16 tahun dan bertubuh besar tinggi (rasanya hampir 185 m) seorang yang sangat ramah dan rajin berjamaah di Masjid Al-Falah! Beliau disenangi dan dikenali oleh sekalian petugas, jemaah tetap dan sukarelawan masjid. Mengapa tidak? Haiqal seorang yang lemah lembut, berbudi bahasa dan fasih pula berbahasa Melayu! haha, lengkap dengan telor Mat Salleh! Sedap bunyinya…hehe.
Haiqal ni, kadangkala saya tersasul berbual dalam bahasa Inggeris dengannya, tetapi akan dijawabnya dengan bahasa Melayu. Aneh kan? Tapi itulah, Haiqal. Saya bangga berkenalan dengannya. Seorang yang berbangsa Eropah, tetapi tetap yakin mempertahankan identiti Muslimnya dan Melayunya walaupun dibesarkan jauh dari daerah nusantara.
Jika Haiqal boleh, mengapa tidak kita?
Salam ustaz,
May peace be upon you. Kami tinggal di Norway.Saya lahir di Indonesia tapi besar di Singapore jadi adult di Norway. Anak saya 8+ tahun belum ada amalan islam belum boleh baca alquran- tapi dia hafal Al fatiha – Qul hu and the 3 others. terlebih dahulu saya minta maaf- saya.Bahasa saya kurang,English saya tak lengkap dan Norwegian saya masih dalam process.
I will be in Sing this Sept 21. JOhan Ariffin nama anak saya.Kami pulang untuk dapat merasakan Eid. Is there any class or kind of juniour group for Johan to join? Can anyone help Johan to learn or read Qu ran. Terima Kasih. May allah bless you and family.Amin