Berikut adalah transkripsi penuh soalan-soalan yang dikemukakan oleh majalah Sutra berkaitan topik Homoseksual bagi keluaran bulan Jun di bawah tajuk Seks Sumbang.
Sutra:
Dari sudut pandangan Islam, tentunya kita ketahui bahawa homoseksualiti itu adalah perkara yang dilarang keras dalam agama. Apakah pandangan Islam tentang mereka yang menyimpan perasaan terhadap kaum sejenis tetapi tidak melakukan apa-apa kecuali menyimpannya sahaja dan berusaha mengawalnya?
Abah Yasir:
Dalam agama Islam, berazam untuk melakukan perkara keburukan atau maksiat belum dikira sebagai satu dosa sehinggalah kita melakukan perkara tersebut.
Oleh itu bagi mereka yang menyimpan perasaan terhadap kaum sejenis tetapi tidak melakukan apa-apa kecuali menyimpannya sahaja belum dikira melakukan dosa.
Malah jika mereka sudah berazam untuk melakukannya kemudian tidak jadi melakukannya, Allah akan memberikan satu pahala kebaikan untuknya.
Dalam sebuah hadith Qudsi ada disebutkan perkara ini:
”Barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan kemudian tidak jadi melakukannya maka dicatat oleh Allah sebagai satu kebaikan yang sempurna di sisi-Nya dan barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah Taala sebagai satu keburukan sahaja di sisi-Nya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Sutra:
Dua belia homoseksual yang kami temui adalah mereka yang menyatakan mereka mempunyai pengajian asas agama di madrasah mingguan. Salah seorang daripada mereka menyatakan dia tetap tidak meninggalkan solatnya.
Solat dan pengajian agama – ibu bapa mungkin menganggap sudah ‘selamat’ untuk anak-anak mereka jika dia bersolat dan ke pengajian agama, tanpa mengambil kira faktor-faktor lain. Apakah pandangan ustaz tentang perkara ini?
Abah Yasir:
Mempelajari agama dan melakukan solat, bukan bermakna seseorang itu sudah dikira sebagai immune atau kebal daripada melakukan sebarang dosa.
Kita masih lagi perlu mengawal nafsu shahwat kita daripada segala perkara yang dilarang oleh Allah termasuk hubungan seks sesama kaum sejenis.
Sikap merasakan anak-anak sudah ‘selamat’ kerana sudah mempunyai asas agama atau kerana sudah sering solat adalah satu tindakan yang kurang tepat dan merbahaya.
Ibu bapa juga perlu menyemai pada diri anak-anak tentang kepentingan menjaga akhlak dan mempunyai budi pekerti yang baik selain sentiasa mengingatkan diri anak tentang bahaya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan termasuk di antara kaum sejenis jika ia membabitkan perasaan cinta kepada kaum sejenis.
Sutra:
Bagaimana mendekati anak-anak lelaki dengan naluri kewanitaan atau mereka yang berdepan dengan masalah ini sedangkan ramai ibu bapa malu dan segan untuk bertanyakan soal ini?
Abah Yasir:
Jika dimaksudkan dengan mempunyai hobi yang biasanya dikaitkan dengan kaum wanita seperti menjahit, memasak, mengemas rumah dan sebagainya atau mempunyai sifat ‘lembut’ tetapi tidak cenderung kepada kaum sejenis, maka ia tidak mengapa.
Walau bagaimanapun, para ibu bapa juga perlu memantau dan mengawasi kecenderungan anak-anak yang mempunyai perawakan ‘kewanitaan’ ini sejak dari kecil dengan menyeimbangkan mereka dengan aktiviti lasak-lasak atau sebarang aktiviti yang yang dikaitkan dengan pertahanan diri sebagai contoh.
Pada masa yang sama, para ibu bapa juga perlu mengawal kebebasan percampuran anak-anak apabila anak-anak semakin meningkat usia remaja. Ini penting agar anak-anak tidak ‘terlalu selesa’ apabila berdepan dengan kaum wanita.
Akibat ‘terlalu selesa’ dengan wanita ini kadangkala boleh mengakibatkan atau menyuburkan minat terhadap aktiviti yang biasanya dikaitkan dengan wanita dan bekerja dengan klien wanita seperti mereka fesyen pakaian wanita dan profesi andaman.
Ini boleh mengakibatkan pergaulan tanpa batasan walaupun mungkin tidak disertai dengan naluri keghairahan dan sebagainya kerana bersikap profesional dalam melaksanakan tugasan.
Pada masa yang sama, para ibu bapa boleh merujukkan kepada khidmat bantuan Kaunseling jika mereka tidak dapat menangani dalam hal ini.
Sutra:
Kalau dilungsuri di dalam Internet, terdapat kisah-kisah imam gay atau gay Islam yang ingin mengubah tanggapan ramai, bahkan, mempergunakan hadis-hadis tertentu untuk berpihak pada kecenderungan mereka. Apakah pandangan Ustaz tentang perkara ini?
Abah Yasir:
Homoseksual dan lesbian dilarang dengan keras dalam agama Islam sama seperti Allah melarang perbuatan zina di antara lelaku dan perempuan.
Ini jelas dikhabarkan oleh Allah dalam kisah kaum Nabi Lut yang melakukan hubungan dengan kaum sejenis (Liwat). Malah perbuatan ‘Liwat’ dinisbahkan daripada kaum Nabi Lut, begitu juga dengan perbuatan ‘sodomy’ dalam bahasa Inggeris yang dinisbahkan kawasan Sodom, kediaman kaum Nabi Lut.
Tindakan Imam-Imam gay di Amerika atau golongan Gay Islam yang mempergunakan ayat-ayat Quran atau hadith dengan menginterpretasi mengikut kehendak mereka, adalah lebih kepada untuk menjustifikasikan kemaksiatan yang telah dilakukan dan mempertahankan bahawa aktiviti liwat mereka bukan merupakan satu dosa.
Adakah ini bermaksud bahawa perbuatan liwat lebih mulia dari zina? Pastinya tidak sama sekali.
Pendapat mereka ini hanya diakui dan diiktiraf oleh golongan gay Islam sahaja dan ditolak oleh sekalian ulama lain. Golongan ini berpandangan bahawa Allah itu Maha Adil dan Penyayang kepada sekalian hambanya, tetapi mereka lupa bahawa Allah hanya Pengasih kepada orang-orang yang menjauhi larangan-Nya tetapi Allah juga Maha Pembalas terhadap golongan yang melewati batas.
Sutra:
Saya mendapat lampiran emel daripada seorang pembaca yang menyatakan dia (seorang gadis) mengenali seorang lesbian yang mencintai dirinya menerusi aktiviti sukarela sebuah pertubuhan Islam. Saya tahu ini mungkin satu kes isolated tetapi ada juga belia yang memberitahu teman-teman gaynya ke masjid untuk terlibat aktif dalam kumpulan belia.
Ada yang ingin menghuraikan masalahnya dan tidak kurang pula yang Astaghfirullah setakat mencari outlet untuk ‘mencuci mata’. Bagaimana menangani isu ini ustaz?
Abah Yasir:
Pandangan saya mengenai isu ini, ia serupa dengan golongan belia yang aktif dengan aktiviti sukarela dan pada masa yang sama terlibat dengan hubungan BGR yang pastinya lebih ramai berbanding dengan kes golongan belia yang meminati kaum sejenis.
Namun tidak seperti pergaulan lelaki dan perempuan yang boleh dikawal oleh pertubuhan Islam dan juga masjid-masjid yang rata-rata tidak menggalakkan hubungan bebas di antara lelaki dan perempuan, perkara yang sama tidak dapat dilakukan terhadap golongan homoseksual dan lesbian.
Malahan, mungkin gejala ini tidak dapat dikesan sama sekali kerana ia melibatkan kes-kes terpinggir dan tidak dilakukan secara terang-terangan.
Cuma ingin ditekankan, terdapat ramai golongan aktivis belia masjid yang mempunyai keperibadian dan kepimpinan yang baik selaku mentor yang diharapkan dapat menjadi contoh dan agen perubah bukan sahaja kepada belia-belia Gay tetapi juga kepada belia-belia yang pernah terlibat dengan anasir yang kurang baik tetapi ingin aktif dengan kegiatan masjid.
Mereka ini pula dipimpin oleh seorang pegawai pembangunan belia yang biasanya dari lulusan ukhrawi atau sekular tetapi mempunyai semangat Islam yang kuat selaku pendamping kepada para belia yang memerlukan.
Bagi saya selaku sebagai pegawai di masjid, kami tidak menghadkan golongan tertentu sahaja mendampingi masjid, jika didapati ada golongan belia yang memang dikenal pasti terlibat dengan homoseksual. Ia tetap akan diterima dengan tangan yang terbuka. Mereka akan didekati dan diberikan pertolongan yang sewajarnya. Mereka perlu dibantu dan bukan dipinggirkan.
Apa yang penting, para ibu bapa perlu membekalkan anak-anak pengetahuan agama selain dari kemahiran dalam memilih kenalan agar anak-anak mempunyai kekuatan daya tahan yang tinggi tidak kira di mana mereka berada sama ada di masjid, pertubuhan-pertubuhan belia mahupun di sekolah.
Bersambung…
saya amat-amat setuju dengan statement ust ni:
“Sikap merasakan anak-anak sudah ‘selamat’ kerana sudah mempunyai asas agama atau kerana sudah sering solat adalah satu tindakan yang kurang tepat dan merbahaya.”
kerap kali apabila sesuatu berlaku dan khidmat kaunseling diperlukan, isu2 sudah keras dan kaunselor mungkin perlu drill isu2 tersebut, kerana sudah bertahun2 symptom tidak diambil tahu oleh ibu bapa.
saya ada terfikir bagaimana utk menangani situasi ni.
ada pusat yang kendalikan mentoring utk pasangan muda selepas kursus pra-rumahtangga mereka. namun, fokusnya terhadap hubungan antara suami isteri. mungkin fokusnya juga boleh merangkumi cara keibubapaan/ mendidik anak (parenthood/parenting)?
mungkin dengan ini, ia boleh juga di-extend kepada pasangan biasa dari kursus pra-rumahtangga biasa? ni disebabkan, mentoring utk pasangan biasa, ramai yang akan rasakan bahawa mereka tidak perlu di pantau.
sekiranya kita hadapkan mereka dengan isu seperti hubungan sejenis etc, bagaimana ia perlukan sokongan professional, masyarakat akan lebih terbuka. wallahualam
Betul, saya setuju dengan pandangan Abu Sufian. Cuma mungkin ia akan ‘drag’ sedikit dan jauh fokusnya dari kursus ‘pra’ nikah. Hendak dibuat selepas nikah, takut kurang sambutan pula.
Pokoknya, peranan orang tua penting dalam hal ini, begitu juga dengan saudara mara yang terdekat selain sahbat handai.
Pada masa yang sama, pasangan itu sendiri perlu sedar akan keperluan skil keibubapaan yang perlu ada pada diri mereka.
Isunya, kita sahaja yang prihatin, yang empunya diri, TIDAK.
Saya berterima kasih kepada Abah Yasir mengenai isu gay ini.Sedikit sebanyak memberikan saya informasi.Saya merupakan pelajar IPT dan aktif berpersatuan.Saya telah menemui seorang kawan,yang saya dapati pernah menjadi gay.
Persoalan saya, bolehkah golongan gay ini berubah,walaupun telah bernikah? Bagaimana caranya agar dapat merubah mereka menjadi lelaki normal semula, apakah pendekatan yang boleh diambil?
Sy nk berubah sy telah melakukan dosa.. Abah yasir
Slm kpd ustaz.. Sy insan insaf ingn berubah daripada buruk kepada yg baik.. Ustaz sy adlh seorg hmosksual.. Dan sy pernah melkkn perkara yg trkutuk dlm hdp sy, sy pernh melakkn sks sjns.. Dgn lelaki mlyu dan cina.. Slpas daripada itu tetiba2 sy mjdi takut dan trauma slpas melkuknya.. Sy terlintas akan dosa..yg saya dan ingn berubah secara perlahan lahan, sy berdoa kpda ALLAH supaya di ampunkn dosa sy d dunía dan akhirat.. Sy brhrp agar ustaz dpt membimbing sy dan membantu sy.. Kpd jalan yg benar dan di redhai ALLAH.. Sekian terima kasih..