brokeback

Kecoh di dada-dada akhbar tempatan tentang tengkarah dalam pertubuhan A.W.A.R.E. (Association of Women and Research) Di mana dengarnya pucuk pimpinan mereka yang baru tidak menyetujui dasar kepimpinan lama pertubuhan tersebut yang dikatakan pro homoseksual dan lesbian.

Saya sendiri pernah menerima emel dari seorang yang mengaku seorang Gay (boleh rujuk posting tajuk ‘Dilemma seorang Gay’ di laman multiply saya) yang meminta nasihat bagi mengatasi isu identiti yang beliau hadapi. Pernah juga saya didatangi oleh seorang ibu agar memberikan kaunseling pada anak perempuannya yang dikatakan sebagai seorang lesbian. Yang terbaru saya temui pada 2 minggu lepas seorang remaja lelaki yang dirujukkan oleh ibunya kerana tidak percayakan lagi agama Islam (akan saya sentuh lagi pada posting akan datang) dan beliau pula mengaku sebagai Gay.

Malah baru-baru ini saya ditemubual oleh Majalah Sutra bagi membincangkan tentang isu homoseksual ini (akan diterbitkan pada pertengahan bulan Mei). Banyak juga yang disentuh pada majalah tersebut, I.Allah akan saya kongsi bersama di laman ini pada bulan Jun akan datang.

Baru-baru ini, sebelum saya menulis untuk posting ini, saya pernah tujukan satu soalan di ruang facebook saya sama ada keinginan seksual pada kaum sejenis merupakan satu naluri semulajadi? Tak sangka hangat betul komen-komen teman alam maya saya ni.  Ada yang tidak setuju, ada yang setuju. Ada juga yang menyatakan kita perlu menerima mereka dan bersimpati dengan mereka kerana mempunyai naluri terhadap kaum sejenis kerana ia merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan sama sekali. Tidak kurang  juga yang memberi pandangan-pandangan bernas tentang bagaimana menangani golongan homoseksual. Terima kasih saya ucapkan.

Saya amat sangat bersetuju dengan pandangan untuk kita menerima tanpa syarat golongan ini. Memang begitulah sewajarnya pendirian kita. Malah itulah pendekatan saya apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja, tidak kiralah orang tu bekas pesalah, orang yang minum arak, berkesedudukan, orang yang murtad atau siapa sahaja. Ini kerana jika kita singkirkan dan hina mereka, bagaimana untuk kita lakukan sesuatu agar mereka dapat berubah di kemudian hari?

Tetapi itu bukan bermakna kita perlu bersetuju dengan segala tindakan dan kesalahan mereka. Yang betul kita puji, jika ada yang silap perlu kita tegur dan betulkan. Tidakkah itu anjuran junjungan besar Nabi kita iaitu jika lihat suatu kemungkaran hendaklah kita cegah…. Betul tak?

Semasa saya ditemubual, saya diberitahu bahawa di Amerika terdapat Gay Muslim yang dilantik menjadi imam? Wow! Imam ni pula terang-terangan mengaku yang beliau seorang Gay, malah sempat berkongsi pengalaman bagaimana beliau pernah terlanjur!

Alasan golongan ini, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..memang betul Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, tetapi sifat pengasih Allah hanya kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh kepada-Nya dan tidak kepada orang yang Fasik atau orang yang berbuat dosa besar (Lihat Surah At-Taubah, ada Bismillah tak?). Bagi orang yang berbuat dosa, kita perlu ingat..Allah juga Maha Pembalas, maknanya..kalau kita buat sesuatu yang dibenci Allah..maka balasan Allah juga sangat pedih.

Pada masa yang sama, Allah juga Maha Pengampun dosa-dosa. Tetapi dengan syarat kita bertaubat dan meninggalkan dosa-dosa kita dan memperbanyakkan amal soleh termasuk ibadah-ibadah yang wajib seperti solat Fardu lima waktu dan sebagainya. Jika kita bertaubat tapi tak buat apa-apa..pun tak guna juga.

Kedua, mereka beralasan bahawa ia merupakan satu naluri semulajadi. Alasan yang sama juga saya terima ketika memberikan sesi kaunseling pada seorang remaja lelaki sedikit masa dulu. Ok lah, saya tidak ingin berdebat dengan beliau pada masa tu..Saya jelaskan padanya..Jika benar ia adalah naluri. Maka saya sangat-sangat bersimpati padanya, saya juga nyatakan kesyukuran kepada Allah kerana diberikan naluri suka pada wanita dan tidak pada lelaki dan saya jelaskan padanya ujian yang beliau terima adalah cukup berat dan tak semua orang mampu menangkisnya jika tidak bersungguh-sungguh.

Ujian diberikan pada orang yang Allah cintai dan merupakan peluang untuk kita menambahkan ganjaran. Nabi Muhammad juga diberikan ujian yang bukan kepalang, padahal dia merupakan manusia yang paling Allah cintai. Saya tambah lagi, untuk melawan naluri beliau tu merupakan satu tugasan yang bukan mudah dan pada masa yang sama juga bukan satu perkara yang mustahil!

Katakan, jika kita diberikan naluri suka pada perempuan. Tidakkah kita masih juga perlu mengawal nafsu pada wanita tersebut? Pernah seorang Gay email kepada saya, beliau membantah..katanya kalau suka perempuan kita boleh kahwin tetapi suka lelaki tiada jalan keluar! Saya katakan, kalau dah kahwin pun tetap kena kawal nafsu juga..berapa ramai orang yang dah berkahwin tetapi masih lagi berzina? Maknanya, suka lelaki ke perempuan ke…kita tetap perlu kawal nafsu.

Sebenarnya ia kembali pada diri kita, sama ada kita ingin berubah atau tidak? Kita yang punya pilihan. Allah itu Maha Adil dan Maha bijaksana, Dia tahu apa yang diciptakan adalah yang terbaik untuk makhluk-Nya. Lelaki untuk perempuan, perempuan untuk lelaki. Itulah fitrah. Jika kita rasakan kita tidak boleh ubah tabiat kita suka pada maksiat, maka sampai bila-bila pun kita tidak akan berubah jadi baik.

Tetapi jika kita rasakan kita boleh, maka, kita pasti akan mencari jalan ke arah itu iaitu berusaha merubah diri kita menjadi seorang yang beriman dan bertakwa. Dirikanlah solat, banyakkanlah amalan agar iman kita menjadi lebih kukuh dan jitu di samping dapatkan bantuan bagaimana dapat kita ubah tabiat kurang baik yang ada pada diri kita.

Bagi yang masih berbuat maksiat walaupun sudah bersolat, teruskanlah solat yang dilakukan, pohonlah pada Allah agar kita diberikan kekuatan untuk berubah dan melawan maksiat dalam diri. I.Allah ianya lebih mudah untuk kita melawannya berbanding dengan orang yang tidak bersolat.  Tidakkah solat itu pencegah keburukan dan kemungkaran?

Renungkanlah firman Allah:

“Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) ; Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar”. Al-‘Ankabut: 45.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite!

10 responses »

  1. Nas says:

    Wow. Topik berat. Dosa berat. Segala-galanya berat. Saya tak berani nak komen tentang isu ini. Saya akan sabar menanti keluarga Sutra Mei nanti. Tengok apa yang diperkatakan tentang isu ini.

    Apapun, syabas saya ucapkan buat Ustaz Yusri yang berani tampil menyuarakan pendapat tentang topik ini di sini, mahupun menerusi media lain tak lama lagi. Biar ia dianggap “taboo”, tapi usahlah kita berselindung tentang apa yang sebenarnya berlaku pada masyarakat kita hari ini.

    Kalau tak kita, siapa lagi. Betul tak?🙂

  2. Abah Yasir says:

    Berat ke? Bagi saya ia hanya sensitif. Banyak lagi isu yang lebih berat.

    Tidak kiralah golongan homoseks ke, orang yang biasa melakukan seks secara tidak halal, pengganas atau sesiapa sahaja.

    Kita semua punyai pilihan untuk sama ada untuk melakukannya atau tidak. Moga Allah memberikan kita kekuatan untuk menghindari dari melakukan perkara keburukan.

  3. Rahimah says:

    Syukran ustaz kerana menulis tentang isu ini. Ia-nya patut diketengahkan, lebih2 lagi kepada anak2 muda Islam sekarang. Ini kerana ditakuti, jika tidak di bincang dari muda lagi, mereka mungkin akan terikut-ikut dengan pandangan barat yg terlalu liberal tentang hal ini.

    • Abah Yasir says:

      Terima kasih Rahimah.

      Semoga posting saya ini dapat membantu. Penting kita sebagai orang yang lebih dewasa mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi dan berbincang secara baik dan bijak.

      Kita hanya mampu memberikan pandangan dan membuka pemikiran mereka bagi menilai mana yang baik serta mana yang buruk. Selebihnya terpulang pada mereka untuk membuat keputusan.

      Semoga Allah berikan taufik-Nya…

  4. Hamidah says:

    Ustaz,Alhamdulilah, semuga usaha Ustaz dan guru guru yang lain dapat menarik mereka mereka yang tersasar ini kepangkal jalan.Kita harus lebih proaktiv untuk membantu mereka mereka ini. Masaalah yg ada sekarang ialah minda separuh orang yang memandang hina terhadap golongan ini. Ini menjauhkan mereka dari masyarakat Islam kerana rasa terhindar.Saya mempunyai seorang teman sepejabat yang di golongan tersebut.Bila mempunyai peluang, saya cuba berbincang dgnnya walaupun dia terasa agak janggal.Semuga Allah akan mengembalikannya ke pangkal jalan.

  5. aku mmg malang says:

    mmg susah nk berubah..tp aq tetap berusaha..

  6. aku usaha says:

    saya 20-an…saya diuji dengan ujian ini. saya seorang yang suka mendengar dan beramal dengan ilmu agama. tapi saya hilang ketakutan pada azab Allah atas dosa yang saya lakukan…saya ingin bertaubat ustaz…tiada seorang pun dalam dunia ni tau saya ni suka kaum sejenis. hanya Allah dan saya. saya pernah hampir terlanjur…tapi saya kembali ke pangkal jalan…tapi…hari ni saya masih tal mampu…luarannya saya nampak macam budak baik dan soleh…harap ustaz boleh tolong

  7. nurkasih says:

    salam,

    Topik ini cukup menarik jiwa saya untuk mencarinya kerana saya sendiri mempunyai keinginan untuk mengenali golongan ini. Selama ini saya tidak pernah ingin tahu kerana tidak pernah bertemu golongan ini, tetapi kini saya berdepan dengan golongan ini. Saya tidak mahu membuang orang-orang yang saya sayang semata-mata kesilapan.Tiap-tiap manusia melakukan dosa,jika kita menghindarkan mereka siapa pula akan bersama mereka. Saya ingin membawa kembali orang-orang saya sayang jauh dari naluri sejenis ini. Dugaan ini amat besar bagi saya,dan bagi orang-orang saya sayangi.Semoga Allah tunjukkan jalan dan tetapkan hati saya untuk sentiasa membawa mereka kepada jalan kebenaran.

  8. shima says:

    A’sallamualaikum..

    Nak tanya pendapat ya.. Jika aku seorang lesbian dan aku tetap solat 5 waktu.. adakah solat aku di terima oleh Nya..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s