Bagi video kali ini, saya akan membicarakan tentang ucapan dan perbuatan takbiratul ihram dan amalan mengangkat tangan ketika melakukan takbir.
Semoga sekalian pengunjung laman ini dapat meraih faedah darinya.
Selamat menonton!
Bagi video kali ini, saya akan membicarakan tentang ucapan dan perbuatan takbiratul ihram dan amalan mengangkat tangan ketika melakukan takbir.
Semoga sekalian pengunjung laman ini dapat meraih faedah darinya.
Selamat menonton!
Kepada Shahib & Uztas, terimakasih atas video ini. Baru jumaat lalu saya ditemukan dengan seorang yang mengangkat tangannya ke paras bahu semasa takbiratul ihram. Pada waktu itu saya bertanya dalam hati saya samada perbuatan itu diterima Allah. Dengan video ini saya sudah dapat jawapannya. Terimakasih sekali lagi kerana mengusahakan video ini. Banyak manfaatnya. Semoga Allah memberkati usaha anda berdua ini. Ameen.
Terima kasih Sujimy!
I.Allah banyak lagi perkara-perkara tentang solat yang bakal dibincangkan pada video akan datang.
Semoga bermanfaat kepada semua hendaknya.
Assalamu-alaikum Ustaz,
Berkenaan dengan comment Saudara Sujimy “saya bertanya dalam hati saya samada perbuatan itu diterima Allah”, boleh saya candangkan Ustaz memperjelaskan perbezaan diantara concept “sah” (ie cukup syarat dan rukun dsn) dan concept “diterima Allah”. Saya dapati ramai yang bertanggapan bahawa kedua concept itu tiada perbezaannya.
Semoga Allah memberkati usaha baik Ustaz. Amin.
Waalaikumsalam Khairudin,
Apa yang saya tahu maknanya lebih kurang sama cuma digunakan dalam konteks yang berbeza.
Istilah sah atau tidak sah, rukun, wajib, sunnah (sunat), haram, wajib dan makruh digunakan oleh para fuqaha’ atau ulama Fiqh. Ini kerana para fuqaha’ melihat sesuatu dari kacamata hukum.
Manakala istilah ‘diterima’ Allah spt kita katakan ‘diterima’ atau ‘rosak’ solatnya merupakan istilah yang biasa digunakan oleh Muhaddithin atau ahli Hadith. Ini kerana ahli Hadith melihat dari segi kacamata sama ada ia mengikut sunnah (amalan) Nabi atau tidak.
Dalam konteks amalan solat, tidak mengikut Sunnah (amalan Nabi), tidak semestinya ‘rosak’ solatnya, kecuali amalan tersebut (yang menyalahi sunnah) disepakati para ulama bertepatan dengan hadith yang menunjukkan Nabi melarang perbuatan tersebut.
Sebagai contoh, dalam satu riwayat hadith. Nabi pernah memerintahkan seorang Arab Badwi mengulangi solatnya sehingga 3 x disebabkan beliau tidak sempurna dalam melakukan amalan takbiratul ihram, ruku’, sujud dan i’tidal beserta tumakninah dll.
Maka ini hujjah para ulama Hadith menilai sama ada solatnya diterima atau ditolak. Yakni jika dia meninggalkan ruku’ atau ruku’ tanpa tumakninah (berhenti sebentar) maka tidak diterima atau ditolak solatnya.
Manakala ulama Fiqh, menggunakan hadith yang sama bagi menentukan solat seseorang itu sah atau tidak, berpandukan dia tidak meninggalkan perkara yang rukun (ruku’, sujud, tumakninah dll). Manakala baki amalan lain yang tidak disebut dalam hadith tersebut atau lain-lain hadith seperti mengangkat tangan atau membaca doa iftitah sebagai sunnah (sunat).
Nampak bezanya? Susah saya nak explain di sini. Jumpa di Al-Falah kita sambung lagi k?
P/s Sunnah (orang Melayu cakap sunat) mengikut ulama Fiqh, ialah buat dapat pahala, tak buat tidak mengapa.
Sunnah mengikut ulama Hadith, secara ringkasnya segala perbuatan, kata-kata atau sifat yang disandarkan pada Rasulullah.
Terima kasih atas penerangan Ustaz.
ustaz bagaimana pula dengan adanya menggerakkan jari telunjuk yang berbeza beza ketika membaca tashahud?
Itu juga termasuk sebahagian dari amalan Rasulullah s.a.w. ketika bertashahhud.
Terdapat perbezaan pandangan ulama, memandangkan terdapat hadith2 sahih yang meriwayatkan Baginda s.a.w. 1) menggoyangkan jari 2) tidak menggoyangkan jari.
Maka terdapat ulama yang menguatkan hujjah hadith yang menggoyangkan jari dan sebaliknya.
Kesimpulannya kedua-dua amalan tersebut tidak bersalahan dan bertentangan dengan amalan sunnah Rasulullah s.a.w. dan boleh diamalkan antara keduanya.