earthhour

Esok di seluruh dunia atau lebih tepat lagi 82 negara termasuk Singapura akan turut serta dalam projek Earth Hour anjuran World Wild Life Fund (WWF). Projek ini ialah untuk menimbulkan kesedaran ke arah melakukan sesuatu bagi menyelamatkan bumi daripada ancaman climate change atau global warming yang mengakibatkan dunia semakin panas dengan peningkatan suhu dunia .

Bagi menunjukkan sokongan kita pada kesedaran terhadap ancaman global warming ini, maka penduduk dunia baik individu, organisasi atau syarikat perlu memadamkan lampu dan alat elektrik (yang tidak diperlukan) selama sejam bermula dari 8.30-9.30 malam pada 28 Mac 2009. 

Mengapa penting kesedaran ini? 

Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain dan ia semakin meningkat sejak sedekad yang lalu. Perubahan iklim biasanya hanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini ia berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja.  Ahli sains juga meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099, ini termasuklah litupan ais Greenland dan Antartika Barat.

Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang, kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau. Dalam jangkamasa yang panjang, dengan pencairan ais di Greenland yang menyebabkan tahap air laut naik sebanyak 6 meter, kita akan dapat meramalkan kehilangan sebahagian besar zon tepi laut dunia.

Dihadapkan dengan ancaman tersebut dan keperluan usaha untuk menangani isu ini, Protokol Kyoto (di Jepun) telah dihasilkan pada tahun 1997 bertujuan untuk memaksa negara industri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengurangkan pencemaran udara yang memburukkan kesan rumah hijau (green house). 

Kesedian negara Rusia menyertai protolol ini memberikan harapan kepada dunia. Namun tidak kesemua negara dunia menyokong resolusi di Kyoto dengan Amerika Syarikat yang merupakan antara pencemar udara terbesar di dunia enggan memberikan kerjasama, hasil usaha dan kesan dari protokol ini agak terhad dan minimal. Mujur pentadbiran baru Obama telah berikrar memberikan sokongan ke arah langkah-langkah mengurangkan pemanasan sejagat.

Atas dasar dan iltizam untuk memelihara dan memegang amanah Allah sebagai khalifah di muka bumi ini untuk memakmurkan dunia. Maka saya bersetuju menyertai seruan Earth Hour yang pastinya bertepatan dengan anjuran Islam yang membenci amalan pembaziran. Malah, masjid tempat saya bertugas juga turut serta terhadap inisiatif ini. 

Saya telah melakukan sesuatu..Anda bagaimana? 

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a comment