Alhamdulillah, hari Selasa pada jam 4.33 pagi lalu saya menerima cahaya mata yang ketiga, seorang bayi lelaki.

Selepas hampir 4 tahun kelahiran anak saya yang kedua, baru disusuli dengan yang ketiga. Saya dan isteri memang merancang untuk menjarakkan antara anak kedua dan ketiga. Bukan apa, bagi peluang sikit pada si ibu untuk memulihkan tenaga: )

Saya juga sungguh teruja dengan ingatan dan ucapan tahniah selain dari doa dan harapan dari teman-teman baik yang dikenali mahupun yang hanya dikenali di alam maya. Sesungguhnya alam cyber ini makin mendekatkan saya dengan teman-teman sekalian.

Besar harapan saya agar anak-anak saya kesemuanya membesar menjadi seorang manusia yang berguna, berilmu dan mempunyai budi pekerti yang tinggi. Tidak kiralah sama ada mereka membesar menjadi seorang guru agama atau menjadi ahli dalam bidang-bidang luar agama, manalah tahu antara mereka jadi ahli penyelidik di *Star atau dalam bidang-bidang lain yang jarang orang Melayu menceburinya.

Baru semalam semasa di KK, sempat saya melihat satu papan iklan yang memaparkan seluruh pakar perubatan dari pelbagai jabatan di KKH, hanya ada 3 sahaja doktor Melayu..Malah, bagi mendapatkan khidmat ‘gynae’ Melayu wanita merupakan satu perkara yang sukar di KK. Mengapa jadi demikian? Salah siapa?

Kita hanya mampu merancang, namun hanya Allah yang menentukan. Apa yang penting sebagai ibu bapa tidak kira kita seorang yang berjaya atau tidak dalam pelajaran dan karier perlu menghidupkan budaya menuntut ilmu dalam diri anak-anak. Sudah pastinya usaha ini perlu dimulakan dan dicontohi dengan diri kita dahulu.

Besar harapan saya agar ‘Ahmad Aysar’ bakal membesar menjadi seorang ‘mudah’ mendengar kata orang tua, berakhlak mulia serta menjadi anak yang shalih. Amin Ya Rabal ‘Alamin.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s