Beberapa hari lepas saya ditanya oleh seorang kenalan yang beritahu saya beliau ingin bernikah lagi. Ni bukan sembang2 biasa. Tapi pertanyaan yang serius kerana beliau sedang mabuk cinta dengan kekasih hati. Beliau juga tahu saya seorang naib Kadi. Saya selamba jawab. ‘Bolehlah, kenapa tidak?’ Sebelum saya sambung ‘ Boleh, tapi kena register di pejabat Nikah. Kalau lulus bolehlah proceed. (Saya pernah bincang isu ni panjang lebar dalam posting saya yang bertajuk ‘Ayat-Ayat Cinta’

Dia tanya apa kriterianya. Saya jawab isteri pertama dan bakal isteri perlu ditemuduga bagi proses poligami. Teman saya ni terkejut, eh lecehnya! Macam ni saya kahwin sivil ajelah!. Beliau juga nyatakan kalau demikian beliau akan berkahwin secara rahsia di luar Singapura.

Saya sebenarnya macam nak meletup jugak..menyirap juga darah..tapi biasalah saya terpaksa cuba ‘step cool’ dan relax. Ini penting agar kita tenang dan dapat berikan jawapan yang bernas lagi menyakinkan. Jika kita emosi..intonasi suara tidak terkawal dan kita akan lebih bercakap mengikut perasaan dan bukan fikiran.

Saya nyatakan pada beliau, rumahtangga satu tanggungjawab. Dan paling penting, undang2 permohonan poligami disusun sedemikian rupa adalah untuk menjaga kemaslahatan wanita. Apa akan jadi jika wanita tersebut diceraikan? Mahkamah mana nak keluarkan sijil cerai? Nak pergi cerai perlu bawa sijil nikah. Kalau sijil tak diiktiraf macam mana nak bercerai? Macam mana nak tuntut nafkah iddah, mut’ah, maintenance anak dan sebagainya? Kalau suami meninggal pulak camna? Siapa nak percaya kita isteri yang sah dan berhak untuk terima harta pusaka suami? Siapa yang susah dalam hal ini kalau bukan isteri? Siapa yang selenge dalam hal ni kalau terjadi perkara yang saya sebutkan tadi? Hehe, saya tak sebut ‘selenge’ lah..ni dalam posting ni jer ; ) 

Kemudian beliau bagi alasan yang biasa didengar..biasalah kahwin untuk elak maksiat. Betul. Tapi kalau dah ada satu isteri..jumpa pompuan lain lagi jambu, lepas tu kita pun cari pasal dan melayan..hmmph..Camna? Kahwin lagi? Lepas tu jumpa pompuan lain. Nak kahwin lagi? Bila nak habis daahh?

Jadi jangan gunakan alasan sebab elak maksiat. Elak maksiat bukan kahwin je, kahwin pun tak akan selesai masaalah kalau kita tak ubah sikap ‘romeo’ kita tu. Penting bagi lelaki yang macam ni kalau nampak yang berkenan di hati..jangan melebih, melayan atau nak ‘menggatal’. Perlu draw the line..Kalau tak? Bahaya kepada keselamatan dalam negeri : )

Saya tak tahulah sama ada dia terima atau tidak hujjah saya. Tapi jika beliau betul cinta dan sayang kepada bakal isteri barunya, maka beliau perlu menimbangkan dengan serius untuk mendaftarkan permohonan secara rasmi di pejabat Nikah dan tidak bernikah melalui cara yang tidak pasti kesahihannya.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

4 responses »

  1. Nas Aura Mustika says:

    A lame excuse: Saya nak kahwin sebab nak elak maksiat.Haiz. Kalau ramai lelaki yang macam ni, sudah tentu pejabat kadi akan bertambah sibuk nampaknya.Saya tak akan komen panjang tentang perkara ni sebab saya sendiri masih bujang.Betul kata Ustaz. Kalau ada 5 atau 10 orang perempuan yang si jejaka dah terpancing, takkan nak kahwin kesepuluh-sepuluh wanita tersebut, kerana ingin elak maksiat?Haha. Yang penting hati dan “nawaitu”, bro. Tengok niat kita macam mana, ikhlas kerana ikut sunnah nabi, ataupun sebab sebaliknya seperti nafsu dan sebagainya…Conclusion, teruskanlah niat (baik) saudara, asalkan tanggungjawab terhadap isteri pertama tidak terabai.Selamat Pengantin Baru.

  2. ...dari pandangan mata... says:

    lepas kawin agak-agaknya tak buat maksiat ke?, orang yang kawin kerana nak elakkan maksiat sebenarnya saja mencari alasan, kalau iman panjang sejengkal beristeri 5 pun belum tentu cukup.. [i]fainkhiftum alla ta’dilu fawahidah[/i].. pade so pun cukuk doh eh! Tok kadi ambo nak tanya sikit.. lafaz talak khul’i diperaktis pakai jugak ke dekat sana. Dekat sini pihak MAIK mewajibkan lafaz ini dibaca oleh siteruna selepas majlis akad, yang mana menyatakan manakala sabit akan pelangaran syaratnya maka si isteri boleh mengadu kepada hakim syarie dengan barayan RM1 bagi pihak suami maka hakim akan menjatuhkan dengan 1 talak khul’ieSorry panje sikit sekadar nak tahu sahaja.

  3. Abah Yasir says:

    Terima kasih atas komen mung Mawie! Di Singapura ada juga talak khul’i tapi biasa diguna pakai dalam proses perceraian biasa. Di Singapura selepas nikah, kita pastikan pengantin lelaki membaca lafaz Ta’alik. Di mana pihak isteri boleh mengadu kepada hakim. Jika sabit pengaduan tersebut, maka jatuhlah talak satu. Lebih kurang samalah dengan di Kelantan.

    • Lukman says:

      Assalaamu’alaikum,

      Ya Ustaz,

      Ada satu kes, si fulan kahwin di luar negera(yang saya masih tertanya kesahihannya) dan isteri pertamanya minta cerai dan telah dicerai du mahkamah.

      Bina satu rumahtangga, dan sekaligus roboh yang lama. Hai….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s