Selepas artikel blog Ilham Rasa keluar di BM, terdapat kenaikan yang mendadak semalaman pada laman ini. Hari Ahad biasanya merupakan off peak bagi viewers tapi tidak semalam. Hampir 420 pengunjung melawati laman ini. Terima kasih BM!
Saya sebenarnya terus terang segan untuk muncul di BM kerana takut dikatakan ingin publisiti selain beranggapan saya masih baru dalam arena ini.. Hanya apabila penulis bersetuju menggandingkan saya dengan beberapa penulis blog mapan seperti Ustaz Haniff, barulah saya bersetuju. Seperkara lagi, lepas difikirkan mendalam..tak kiralah apa pandangan orang yang penting niat kita ikhlas mengharapkan keredhaan Allah.
Cakap pasal niat ni, saya sempat survey daripada beberapa laman blog yang melawati posting saya berkenaan ‘Niat’ dan mendapati perkara berikut:
Suka saya tekan di sini, niat untuk mengerjakan ibadah puasa adalah WAJIB. Hanya ia boleh dicapai dengan kehendak, keinginan (Intent) atau azam untuk berpuasa esok hari.
Cuma masaalahnya, kita faham bahawa lafaz atau bacaan ‘Nawaitu…’ adalah niat. Jadi bila kita tak baca ‘Nawaitu..’ kita faham kita tak niat puasa. Sedangkan sebenarnya kita sudah niat puasa sebab kita sudah punya azam atau keinginan untuk puasa esok hari hari sebagai menunaikan kewajipan puasa bulan Ramadan yang diperintahkan oleh Allah.
Isu ini samalah seperti bacaan lafaz ‘Usolli’ dalam solat, ia bukan niat…ia hanya satu lafaz. Isu lafaz ‘Usolli’ ini mungkin akan saya jelaskan pada posting akan datang.
2. Salah faham bahawa jika tidak sahur, tak boleh puasa. Saya tidak pasti berapa ramai masyarakat Islam kita yang beranggapan sedemikian. Ia hanya dapat dipastikan melalui survey. Tetapi yang pastinya memang ada yang faham puasa perlu sahur dan jika tidak sahur, tidak boleh puasa.
Sebenarnya, sahur hanyalah satu galakan daripada Rasulullah kepada sesiapa yang berpuasa. Ia tidak WAJIB. Tetapi sangat baik dilakukan dan mendapat keberkatan bagi sesiapa yang sahur. Ia memberi kita kekuatan fizikal bagi mengharungi puasa, juga mendidik kita untuk untuk bangun awal bagi melakukan solat malam dan seterusnya mengerjakan solat Subuh, selain dari itu waktu sahur juga merupakan waktu yang baik untuk kita berdoa.
3. Perlu kajian lanjut bagi kefahaman masyarakat Islam Singapura dalan ibadah puasa. Juga kempen bagi menangani perkara ini sebagai satu public education pada masyarakat.
Alhamdulillah, satu inisiatif kempen solat telah pun dilakukan oleh Pergas. Saya sendiri terlibat dalam menasihati komiti bagi kempen ini, memandangkan ianya bersesuaian dengan kajian sarjana saya. I.Allah, satu forum khas bertajuk, Tiada Solat, Amalan Ditolak? akan diadakan di Masjid Kassim pada 20 September ini pada jam 2.00 petang.
4. Isu niat yang saya jelaskan dalam posting ini, bukan merupakan satu perkara baru. Ia sudah disebutkan oleh ulama terdahulu. Namun terdapat kesilapan dari segi pengajaran berkaitan perkara ini yang perlu diperbaiki.
Saya berharap agar asatizah yang terlibat dalam pengajaran solat atau puasa di madrasah separuh masa atau mengajar di kuliah2 serta di kelas remaja dan dewasa dapat memberikan perhatian serius pada perkara ini. Bagi sesiapa yang ingin penjelasan lanjut perkara ini boleh email saya di abah.yasir@gmail.com atau hubungi saya di pejabat (Masjid Al-Falah).
Selamat Berpuasa dan jangan lupa NIAT!
Kadangkala, bila kita bercakap tentang perkara ini, ramai yang membuat tafsiran yang berbeza-beza. Bagaimanapun, Alhamdulillah, Ust Yusri dah berjaya menerangkan maksud sebenar “NAWAITU” dalam kita mengerjakan ibadah puasa (selain ibadah2 yang lain).Mudah-mudahan, kita sudah fahami maksudnya sekarang. =)