Seperti biasa hari Rabu, masa saya sebelah petang dikhususkan bagi sesi kaunseling. Petang semalam saya mempunyai satu klien dengan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang hadir bersama dengan bapanya.

Seperti biasa kalau remaja lelaki yang menjadi klien saya, biasanya ia melibatkan isu-isu seperti merokok, isu persekolahan atau juga pulang lewat. Saya difahamkan akibat daripada beliau, kadangkala jadi pertengkaran antara ibu bapa! Kesian kan?

Pada posting kali ini saya tidak ingin sentuh tentang perkara-perkara ini. Tetapi tentang perang dingin remaja ini dengan ibunya…Hai! Dengan ibu pun boleh perang dingin? Macam mana boleh jadi gini ni? Tapi fikir2, saya dulu pun kadang2 pernah ada rasa kecil hati dengan ibu. Teruk kan? Sehinggalah pada satu hari (masa tu saya belum bernikah lagi) saya pernah ceritakan problem saya dengan seorang sahabat (seorang Ustaz juga), beliau nasihatkan saya.. ‘ Yusri, dengan ibu tak boleh ada rasa kecil hati atau marah.., macam mana silap dia pun, dia ibu kita..’ Cukup mendalam dan terkesan saya dengan kata2 beliau ini. Sehingga hari ni saya masih ingat dan kata2 azimat ini. Kata2 ini pula menjadi satu nasihat dari dari saya bila berdepan dengan teman2 atau remaja yang punyai perselisihan dengan ibu bapa mereka.

Kembali pada klien saya tadi tu, apa yang membuatkan ibu beliau kecil hati ialah sebab dia pernah beritahu ibunya (ketika sedang marah) ‘ You’re not my mom!’ Wah wah wah…patut ibu yang cakap. ‘ You’re not my son! Ini anak pulak!!! Terbalik betul…Selamatlah si Ibu tak sumpah yang bukan2! Hmmph, kalau tak….

Akibat kata-kata beliau ini, ibu beliau kecil hati dan tak bertegur sapa sehingga hari ini, keadaan ini dah berlanjutan sehingga 2 bulan lamanya…

Saya jelaskan pada budak ini, apa yang beliau lakukan telah mengguris hati dan perasaan ibu..saya jelaskan padanya betapa hancur hati ibu bila beliau lafazkan kekata tersebut. Bayangkan ibu mengandung 9 bulan, ke hulu ke hilir dengan perut yang membesar, nak baring pun susah..tak boleh golek sembarangan. Nak bersalin, jangan cakaplah..Masya Allah sakitnya, Allah sahaja yang tahu..Bila dah lahir, ditatang, dijaga dengan penuh kasih sayang. Kita ni pulak, bila masih baby..lapar menangis, haus menangis, berak menangis..sakit pun nangis..nak tidur pun nangis jugak!!! Siapa yang layankan kita semua tu kalau tak ibu kita? (kadang2 bapa). Saya bila part ni, kalau kaunseling dengan remaja cerita pasal pengorbanan ibu bapa, boleh jadi sebak..mata boleh berair..tapi tak nangislah..kalau tak control memang boleh menitis..sekarang ni pun tgh emo…

Entahlah, dah jadi bapak ni, lagilah kita nampak pengorbanan isteri kita yang juga berperanan sebagai ibu..pengorbanan masa mereka mengandung, bersalin..kita lihat sendiri baru kita mengerti..

Saya harap remaja tersebut faham dan masuk ke dalam minda beliau apa yang kita bincangkan tadi..saya cabar beliau untuk guna sebaik mungkin Ramadan yang bakal menjelang ini untuk perbaiki segala perkara yang menjadi kemarahan ibunya..Mudah-mudahan Eidil Fitri pada tahun ini menjadi satu titik tolak perubahan sikap yang berkekalan, seterusnya melembutkan hati ibu untuk mengampunkan segala dosanya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

3 responses »

  1. Ummu Mukhtaar says:

    Assalamu’alaikum wr. wb.,Alhamdulillah, Ustaz has written this posting with regards to mother (both parents in general).What your friend has advised you years ago was definitely very wise indeed. In tasawwuf, how bad parent/s is/are, it is an adab not to tegur. Correct me if I am wrong, Ustaz. In fact, it is our duty as a child to our parents to respect them and care for them despite the position and condition that they are in. Normally, we realize this matter after we are married, especially those who are staying on our own, without our parents staying with us. Only then, we realize how much sacrifice our parents have gone through bringing us up, although there were times that we might think that our parents did not love us. So simple we accused our parents likewise then! Astaghfirullah…The dua of our parents especially our mothers are easily makbul. Just like the story of Tanggang. We may think that Tanggang is just a show, but it happens in real life. If a mother is to curse her child, Allah may grant the mother’s wishes (through her dua). May Allah protect us from going against our parents, as long as they do not go against His religion. Ameen.Jum’ah Mubarak wa Ramadhan Mubarak!

  2. Nas Aura Mustika says:

    Tersentuh juga bila kita bercerita tentang pengalaman seorang ibu. Andai kata seorang anak itu sanggup menzalami ibu kandung sendiri dengan kata-kata kesat sedemikian rupa, saya rasa, tidak ada gunanya hidup di dunia ini.Posting kali ini menyedarkan diri kita betapa kasih seorang ibu tidak boleh ditukar ganti ataupun dipersia-siakan. Ustaz Yusri mampu menyampaikan mesej penting kali ini dengan menyelitkan unsur-unsur humor dalam posting beliau.Biar entri kali ini sedikit emo, tapi Ustaz berhasil buat saya tersenyum sinis apabila membacanya. hehe

  3. Abah Yasir says:

    We can tegur parent, but in a nice way. Make sure it does’t hurt their feeling. We can follow the teaching from hadith, let me me quote in malay..’Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia cegah dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu dengan lidahnya (nasihat)dan jika tidak mampu dengan hati (rasa benci pada perbuatan mungkar bukan orangnya), maka itulah selemah-lemah iman’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s