Baru-baru ni semasa acara konvo di UM, K.Lumpur. Saya sempat berkenalan dengan seorang graduan dari Johor, Malaysia. Kami berkenalan secara tidak sengaja ketika kami sedang sibuk membetulkan jubah konvo masing-masing sebelum berarak ke Dewan Konvo.
Apa yang menarik perhatian saya, ketika kami rancak berbual..terpacul satu soalan yang membuatkan bulu roma saya meremang. Beliau bertanya, ‘ dengar2 orang Islam di Singapura semakin kuat agamanya. betul ke? ‘ Satu soalan yang sungguh saya tidak sangka. Maklumlah, orang Malaysia ni suka sangat prejudis pada kita Muslim Singapura. Kekata, ‘ Eh, betul ke orang Melayu Spura kena tindas?’ ‘Spura ada Masjid ke?’ ‘Melayu Spura bila nak rampas balik Spura?’ “Spura negara Yahudi’ Begitulah yang biasa didengar oleh saya, baik semasa ketika belajar di Mesir dulu mahupun ketika berkunjung ke Malaysia. Kebanyakan mereka yang komen ni, tak pernah pun berkunjung ke Spura.
Pernah saya ditanya oleh seorang kenalan rapat bapa saudara saya semasa di Kota Bharu, ‘Betul ke Masjid Spura tak boleh azan kuat?’ Saya jawab, ‘betul, speaker masjid tidak boleh diletak di luar, maklum Spura majoritinya kalangan mereka yang bukan Islam, macam Malaysia…bayangkan ada gereja atau kuil di tengah2 kampong Melayu, bila waktu Subuh kedengaran bunyian loceng gereja/kuil bertalu2, apa kita rasa? Marah tak?
Terdiam orang tua tu, terus kami tukar topik lain, sebelum beredar, sempat saya memperlawa dia untuk lawat Singapura, lihat sendiri keadaan orang Islam di sini.
Soalan saya pada pakcik tu dipanggil dalam kaedah komunikasi sebagai ‘experiential question’ iaitu soalan yang menduga dan berkehendak kepada proses berfikir. Soalan sebegini sangat baik diajukan bila kita nak tegur seseorang, jangan meleter sampai berbuih2 mulut..buat penat je..tanya satu soalan, letakkan dia dalam senario tersebut, kemudian tanya apa perasaan dia?
Pernah satu ketika (lebih kurang 2 minggu lepas), saya pernah ajarkan seorang jemaah untuk gunakan ‘experiential question’ ni, ketika tu saya baru selesai Imam solat Asar..tiba2 datang seorang jemaah masuk ke pejabat saya..dengan nada serius dia mengadu..’Ustaz, anak saya terpilih mewakili pasukan choir sekolah (kejiranan) ke negara x akhir tahun ni, tetapi beliau perlu menyanyikan lagu bertemakan agama (bukan Islam). Boleh ke saya izinkan dia Ustaz?
Ai, boleh ke tak boleh yer? ni experiential question jugak ni : ) Hmmph..saya tanya, pertandingan tersebut ada tema berunsur agama ke? Beliau jawab tidak. Jawapan saya, ‘Sebaiknya elakkan lah dari nyanyi lagu tersebut sebagai langkah selamat. Beliau menyatakan lagi, guru sekolah tersebut pernah argue, ‘alah ni sekadar nyanyi je..’ Saya ajar beliau jika berjumpa semula guru tersebut, ajukan soalah ni..’ Kalau anda sebagai bapa pelajar, saya pula seorang guru, saya minta anak anda nyanyikan lagu memuji agama lain, apa perasaan anda? Pasti kita rasa marahkan? Jika kita tidak marah. Maknanya kita kurang sensitif dan prihatin pada orang lain.
Saya cadangkan supaya beliau dan beberapa ibu bapa pelajar pelajar Melayu pasukan koir sekolah tersebut berjumpa dengan guru tersebut dan jika tidak berjaya jumpa guru besar sekolah tersebut, cuba ajukan soalan ekpresi tadi..Kadang2 dengan kita ajukan soalan yang meletakkan dia dalam keadaan kita. Baru seseorang tu akan faham dan berfikir bahawa tindakan dia tadi kurang tepat dan lebih memahami kedudukan kita.
Bapa tersebut nampak puas hati dan gembira. Beliau berjanji akan cuba cara yang saya ajarkan. Saya pesan sekali lagi..Bincang secara baik, be objective, don’t emotional..Nyatakan kebimbangan dengan baik dan tenang. I.Allah, semuanya akan berjalan dengan baik.
Semoga peristiwa ini akan membuatkan beliau dan guru2 sekolah tersebut lebih faham dan menghormati terhadap kepercayaan masing-masing dan menjadi satu titik tolak kepada hubungan yang lebih harmoni dan sensitif pada pendirian masing-masing.
Oh! Soalan camtu namanya ‘experiential questions’ rupanya! Baru embun tahu! Dah berzaman gunakan kaedah ni, la ni baru tahu!Alhamdulillah…Embun suka ajukan soalan sebegini pada adik-adik Embun.Yang paling bongsu akan kata,’Kakak ni kan, suka nah tanya soalan2 susah! Buat pening kepala!’. Tapi kelakarnya,balik-balik, kakak dia jugak yang dia cari! hehe…Oh ye, embun juga suka tanya pada diri sendiri soalan sebegini. Then, I will get to reflect so that I won’t do unto others what I do not want others to do unto me. Even so, what they do unto me have reasons which I can rationalise and discover when I truly open myself to the search of Truth.Terima kasih sharing kali ini, Ustaz! 🙂