Tarikh 08.08.08 merupakan tarikh yang paling sibuk bagi sekalian kadi-kadi di Singapura. Saya sendiri terpaksa ambil cuti separuh hari disebabkan undangan kadi yang melimpah. 6 tempahan kesemuanya. Itupun sebab saya block schedule saya dari pagi. Bermula di Yishun jam 3pm, kemudian di Marine Terrace, terus ke Bt Batok, kembali semula ke Bedok, patah balik ke Jurong dan berakhir di Tampines. Misi terakhir saya selamat diijabkabulkan pada jam 10.20pm!

Apa ada pada nombor? Itulah yang bermain di fikiran saya. Sampai ada yang tukarkan jumlah hantaran daripada $8,000 kepada $8,888, selamat tak $8,888.88! Pastinya tarikh 8.00 pm menjadi rebutan, tapi tak semua bertuah..kalau boleh nak masa nikah 8.08 minit agaknya. Tapi itulah dia manusia, agaknya kalau saya belum nikah dan merancang untuk nikah tahun ini juga akan melakukan perkara yang sama. Maklumlah tarikhnya mudah diingati dan dikenang untuk diabadikan pengalaman manis dijabkabulkan sebagai detik paling bersejarah dalam hidup.

Bagi yang tidak berkesempatan nikah tahun ini dan merebut tarikh 08.08.08, jangan kecewa. Masih ada lagi tahun depan, tarikh 09.09.09. Harinya hari rabu. Sediakan wang hantaran $9, 999.99! Jam 9.09am ataupun 9.09pm. Slot saya masih kosong lagi! : ) Jangan terkejut jika paling ramai yang pilih tarikh tersebut ialah pegawai polis! Maklumlah 999..

Akhir sekali, kepada semua pengantin yang bernikah pada hari ini, saya ucapkan selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke sepanjang hayat, dipanjangkan usia, permudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan semoga rumahtangga yang baru didirikan ini perolehi keberkatan dan keredaan Allah.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

3 responses

  1. Ummi's BLOG says:

    Maaf ustaz, pada saya, following the luck of 8.8.08 ini semua syiriq. Luck is solely base on our doa’s and usaha and not on numbers..according to my gynea, many couples are requesting to give birth on this date too.. Hmm… memang apa ada pada Nombor ?

  2. Abah Yasir says:

    Yes, boleh membawa pada syirik kalau percaya macam tu. Cuma kita sangka baik jelah, yang dorang tu nak abadikan tarikh, senang ingat dan senang untuk diraikan. Teknologi sekarang semua dah jadi mudah..tapi saya tak favour lah sampai nak request bersalin awal atau lambatkan semata2 kerana tarikh. Let nature take its course. Sekali lagi, apa ada pada nombor? : )

  3. dew embun says:

    Banyak Ustaz…Nombor ekor, nombor toto, nombor 4D, nombor kuda,nombor pintu,nombor IC,nombor talipon…Funnylah your entry!Macam gini, embun kena tunda nikah sampai 2013 ah…jadi takde 13.13.13…takdelah kena siap hantaran $13,131.30 tunai! Hahaha