Pagi tadi semasa menghadiri bengkel untuk pelatih kursus rumahtangga yang dikelolakan oleh MCYS, timbul satu persoalan tentang isu househusband ketika kami sedang membincangkan tanggungjawab dan peranan suami isteri.
Saya bersetuju dengan komen salah seorang peserta untuk suami menjadi househusband perlukan seorang yang kuat daya tahannya, tidak semua orang mampu menjadi househusband. Ingat mudah? Cuba tanya suri rumahtangga sepenuh masa senang tak?
Saya pernah jadi househusband separuh masa ketika mula kahwin dulu (baca dengan nada serius), Betul! masa tu baru dapat anak satu, isteri saya masa tu masih bekerja, saya pulak MC. So terpaksalah jaga baby Madihah yang masa tu baru 2-3 bulan. Dihah ni kalau nangis.. Ya Allah, minta ampun! Jiran saya yang tinggal tingkat 5 pun pernah komen dia boleh dengar suara Madihah kalau nangis. Masa umur dia 2 hari, ada orang ingat Dihah dah 4-5 bulan. Isteri saya gelarkan dia Neng Yatimah (pelakon air mata heroin film melayu 60 an). Madihah ni tak boleh tak dokong, kalau letak je kat katil dia boleh tersadar dari tidur. Kena tunggu nak dekat 1 jam dan tidur nyenyak abis barulah boleh kita letak pelan2 di katil. Dapat bayangkan tak betapa sengsaranya saya kalau MC.
Tapi part bonding tu yang best lah, bagi minum susu, tukar pampers, cebokkan dan pakaikan baju..buat hubungan kami makin mesra. Sampai sekarang dia manja lebih sikit dengan saya dari yang bongsu, Yasir.
Pengalaman saya ni belum masuk basuh, gosok dan lipat baju ataupun masak tau! Bayangkan kalau saya buat semua tu? Dan dilakukan pula tiap2 hari? Adduh, mahu pengsan! Ah..Saya lebih rela kerja!!!
Sebenarnya sebelum ini saya sudahpun ditanya tentang isu yang sama melalui email daripada salah seorang blogger yang pernah mengujungi lelaman saya dan sudahpun saya kongsi di lelaman multiply saya, tapi takpelah saya kongsi sekali lagi di sini.
Dalam Islam, hanya suami yang diwajibkan untuk memberi nafkah dan tidak sebaliknya. Namun, tiada bersalahan dari segi syarak jika si isteri ingin meringankan beban suami seperti membantu membayar bil atau mengambil alih dari segi penyedian wang makan minum (duit pasar) dan sebagainya. Atau si isteri ingin menokok wang bagi pembayaran rumah untuk mendapatkan flat lebih besar yang berada di luar kemampuan suami. Namun perkara tersebut hanya boleh dilakukan jika si isteri bersetuju dan tidak boleh dipaksa.
Dalam kes househusband ni, tak silap saya ada pro-contra juga di sisi ulama Islam, sebab si suami pula yang jaga rumah..cuma saya tak berani nak kata haram jika terdapat kemuafakatan antara suami isteri.
Cuma dalam Islam pastinya terdapat hikmah kenapa Allah wajibkan suami dan bukan isteri. Antaranya kerana nature kaum Adam, fizikalnya lebih kuat untuk menyara hidup keluarga, begitu juga dengan nature kaum Hawa yang secara lahiriahnya penyayang dan pada masa yang sama memberi zuriat pada suami, menyusukan dan menjaga anak. Anak pula secara tabiinya lebih mesra dengan ibu kerana close contact dengan ibu sejak dari kandungan lagi.
Selain dari itu, ada kesan jangka panjang juga..stigma masyarakat, keluarga suami dan isteri..self esteem suami juga akan terjejas dan banyak lagi.
Berdasarkan kes-kes cerai yang saya kendalikan, bila pasangan suami isteri berbalah segala kelemahan suami isteri akan didedahkan. Ini termasuk si suami tidak memberikan nafkah secukupnya, walaupun sebenarnya dari awal pasangan tersebut sudah bersedia untuk saling berkongsi perbelanjaan dari segala hal seperti wang rumah, wang pasar, bil dan sebagainya.
Berdasarkan perkara yang disebutkan di atas, jelas profesi ‘househusband’ ini lebih banyak keburukan dari kebaikan dan tidak sihat untuk diamalkan dalam sesebuah rumahtangga. Jadi lepas dengar pengalaman saya dan isu2 yang perlu kita timbangkan semua ni, pasangan2 yang baru nak bernikah, nak cuba tak?
Ada yang menegur embun, ‘You and your ‘mengapa tidak’!’.Seriously, Ustaz, mengapa tidak?Silalah cuba…baru tahu langit tinggi rendah cik abang oi!! *hehe*
Saya belom bernikah. Pasal househusband ni macam best pulak. Saya dun mind sebenarnya.Hehe.Tapi dah menjadi kewajipan sebagai seorang lelaki untuk bekerja. Hmmm. Entahlah.
Assalamu’alaikum wr. wb.,Just a little thought. Like what was mentioned by Ustaz in this blog, I’m sure that Allah has His own reasons to why the nafkah is made wajib upon the husband, instead of the wife. Being a Househusband, yes, seeking nafkah is a must! The way out for househusbands to seek nafkah may be on freelance basis or work from home. There may be other flexible way. Being househusbands in ISlam doesn’t mean taking over the role of wife totally, right?I may be “old fashioned”, but traditional learning is still the best. We are only humans and Allah is the creator. Like other products that are made by their designers, each comes with a manual. So are the humans. Our manual is no other than the Quran and the Hadith.Any digression from His words, will leave us to His wrath.May Allah forgive us. Likewise in the matter of marriage life.Wassalam.
Agreed. There must be flexibility. But if the husband working from home and doesn’t taking over the role of wife totally. Who will do the chores? Maid?
Pinggan cuci sendiri,Ustaz. Masuk dishwasher.Baju cuci sendiri,Ustaz. Masuk washing machine.Makanan masak sendiri,Ustaz.Masuk microwave oven.Mungkin perlu ditetapkan bahawa antara barangan dulang hantaran mesti ada ni semua….