Hari ahad yang lalu, seperti biasa bagi setiap minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Saya dan teman2 dari gang2 asatizah dan associate members ada perlawanan bolasepak persahabatan. Team kami ni dikenali sebagai Nadi Al-Ittihad atau Kelab Al-Ittihad. 

Jadi hari tu kita lawan dengan team daripada salah sebuah masjid di bahagian barat Singapura (for the record, kita menang 3-2). Apa yang menarik pada saya ketika perlawanan ini berlangsung ialah kelibat 3 pemain bukan Islam yang berbangsa cina, saya pasti mereka bukan Islam, sebab mereka dipanggil dengan Eric, lagi 2 pemain pun mempunyai nama kristian, cuma saya tidak ingat nama mereka.

Mungkin satu perkara biasa bagi sesetengah orang, tapi ia sebenarnya buat saya terfikir sama ada langkah tersebut merupakan satu langkah bijak bagi kita umat Islam menjemput mereka mewakili team masjid kita. Ya, social harmony alasan bagi sesetengah orang. Tapi adakah kita bersedia jika pihak gereja atau kuil mempunyai pemain Melayu-Islam? Adakah kita akan berdiam diri. Jika perkara ini dibangkitkan di ruangan forum Berita Harian, pastinya ia akan menimbulkan tengkarah besar!

Sebenarnya perkara ini bukan suatu perkara yang baru, di saluran Suria sebagai contoh pada tayangan istimewa drama hari Raya tahun lepas tidak silap saya, pernah menayangkan drama tentang seorang wanita Muallaf Cina (pelakonnya seorang model berbangsa serani) berkahwin dengan seorang Melayu-Islam, malah jika di saluran Malaysia seperti TV3 atau RTM 1 ia merupakan satu perkara biasa. adegan seorang Cina muallaf.

Apakah reaksi kita jika ia berlaku jika TV 5 atau TV8 Mediacorp menayangkan watak Melayu yang murtad? Bersediakah kita menerimanya? Orang bukan Islam boleh memberi alasan, kenapa pula tidak? Mereka boleh berhujjah, kita (orang Islam) yang memulakannya dahulu. Kalau kita tidak boleh, maknanya kita bersikap double standard dalam hal ini.

Bagi saya, langkah selamat jika kita tidak bersedia. Maka janganlah kita mulakan sunnah ini. Jika kita telah mulakan seperti apa yang dilakukan oleh team Masjid yang saya sebutkan tadi. Maka ada baiknya kita merenung kesan tindakan kita pada jangka masa panjang pada masyarakat Islam. Jadi, fikir-fikirkanlah…

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite!

One response »

  1. SanggarBayu says:

    Syabas kepada Ustaz dan rakan2 kerana mampu mengadakan perlawanan bolasepak seumpama ini. Bukan mudah sebenarnya untuk menggabungkan individu2 seperti yang Ustaz nyatakan pada entry kali ini.Sebenarnya isu orang Melayu/Islam kita yang menjadi “wakil” dalam sesuatu pertubuhan mahupun club ataupun perkumpulan bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita.Jika dapat dilihat dengan mata kasar, semakin ramai belia Melayu hari ini sudah semakin terbuka “mewakili bangsa”, terutamanya dalam perkumpulan Tarian Singa/Naga. Dan juga “band pengiring” dalam istiadat perkebumian orang Tionghua.Bagaimanapun, belum ada seorangpun daripada kita sebenarnya yang berani untuk mengutarakan perihal ini di dada akhbar. Mungkin untuk menjaga dan mempertahankan keharmonian kaum di Singapura agaknya.Entahlah. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut kita hanya boleh mengata. Tapi, berat sebenarnya untuk kita luahkan pendapat, lebih-lebih lagi isu yang berkaitan dengan kaum seperti ini. Betul tak? :)Nas Aura Mustika

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s