Restu

restu

Terdetik tiba-tiba di hati untuk menulis tentang satu kes yang pernah saya kendalikan bersama di Lembaga Rayuan Muis. Bagi yang belum maklum, di Lembaga Rayuan kerjanya untuk melayan rayuan yang dibuat atas kes-kes mahkamah Shariah dan juga Pejabat Pendaftar Pernikahan Muslim (Romm).

Terdapat satu kes yang menarik hati saya iaitu kes yang melibatkan satu pasangan yang ingin bernikah tetapi hasrat mereka tidak direstui oleh kedua ibu bapa pasangan wanita. Ia bukan sahaja tidak direstui, bahkan bapa wanita ini selaku wali juga tidak bersetuju dengan rancangan pernikahan anaknya. Memandangkan wali tidak mengizinkan, maka si anak perempuan (saya namakan sebagai Tipah) dan pasangannya (Jamil) membuat permohonan ‘wali engkar’ kepada pejabat nikah bagi membolehkan mereka meneruskan plan untuk bernikah.

Potong pendek cerita, pejabat nikah membuat keputusan meluluskan permohonan nikah mereka berdua. Maka si ayah sebagai wali pun merayu kepada Lembaga Rayuan untuk ditolak keputusan pejabat nikah. Walau bagaimanapun selepas bersidang, Lembaga Rayuan membuat keputusan menolak rayuan si bapa dan mengekalkan keputusan pejabat nikah.

Tidak perlulah kita membuat spekulasi mengapa pejabat nikah meluluskan permohonan nikah mereka atau kenapa Lembaga Rayuan menolak rayuan si bapa dan mengekalkan keputusan pejabat nikah. Tidak adil jika kita membuat andaian yang pelbagai tanpa mengetahui duduk perkara yang sebenarnya, mentelah lagi kita bukanlah orang yang layak dalam membincangkan kes ini. Saya juga tidak berhasrat untuk berkongsi hujjah-hujjah atau alasan kedua belah pihak di sini atas sebab-sebab ‘confidentiality’.

Dalam kes di atas, walau dari segi hukum (Fiqh). Tipah dan Jamil boleh sahaja meneruskan hasrat mereka untuk bernikah tanpa persetujuan wali (nikah secara wali hakim) kerana telah diizinkan secara syarak untuk meneruskannya. Perkara yang sama juga berlaku terhadap anak lelaki (tidak perlu izin bapa atau ibu bapa) yang boleh meneruskan pernikahan dengan wanita pilihannya walaupun tanpa izin dan restu kedua ibu bapa (pihak lelaki).

Pernah sedikit masa dulu, saya sering terima panggilan dari ibu-ibu yang mengadu anak lelaki bujang mereka yang kadangkala baru berusia dua puluhan yang ingin bernikah dengan janda beranak dua atau tiga dan jauh lebih tua dari mereka. Ada yang belum nikah dah sekedudukan. Pastinya dari segi syarak, anak lelaki boleh sahaja meneruskan pernikahan jika wali dari pihak perempuan bersetuju menikahkan.

Namun, restu dari wali atau ibu bapa tetap memainkan peranan penting dalam keberkatan rumahtangga. Malah, keberkatan ibu bapa memberi impak penting dalam menentukan hayat rumahtangga sesebuah pasangan itu. Bayangkan, jika si ibu tidak mendoakan kerukunan rumahtangga atau lebih dahsyat lagi mendoakan keruntuhan rumahtangga? Tidakkah doa ibu sangat mustajab? Bagaimana pula jika ibu bapa sentiasa mencari pasal dengan menantu dan si menantu pula tidak mahu beralah dan lebih kurang dengan mereka, manakala si suami  pula side pada isteri?Tidakkah menambah kebencian mertua pada menantu? Tidakkah itu sedikit sebanyak akan memberikan kesan pada keharmonian rumahtangga yang mana jika tidak ditangani dengan baik boleh mengakibatkan perceraian?

Cuba bayangkan senario berikut pula, kedua-dua ibu bapa kedua belah pihak bersetuju dan merestui serta gembira dengan pilihan pasangan suami dan isteri.  Kedua ibu bapa pula sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak dan menantu. Apabila pasangan suami isteri keduanya bekerja, ibu bapa dapat tolong jagakan anak-anak mereka.  Bila bergaduh suami isteri,  ibu bapa tidak mengapi-apikan antara anak dan menantu malahan cuba membantu atau membiarkan keduanya menyelesaikan sendiri isu rumahtangga yang dihadapi (bayangkan kalau ibu bapa anti menantu?).  Tidakkah restu ibu kedua ibu membawa keberkatan dan kemudahan dalam rumahtangga?

Walaupun kadang kala perkahwinan yang mendapat restu kedua ibu bapa juga berakhir dengan perceraian, atau mertua yang dulunya nampak OK, tapi bila dah berkahwin, selalu pula masuk campur dan makin merumitkan keadaan.  Senario ini memang tidak mustahil berlaku, tetapi kita perlu ingat bahawa kematangan suami (sebagai pemimpin) dan isteri, serta sikap tolak ansur keduanya tetap memainkan peranan penting dalam keutuhan rumahtangga.  Bayangkan, jika mendapat restu dan persetujuan ibu bapa pun ada cabarannya dan dugannya serta kadangkala boleh berakhir dengan perceraian, kalau tiada restu apatah lagikan?

Akhir kata dari saya, jika ibu bapa tidak bersetuju dan merestui dengan pilihan kita. Perkara yang paling ideal ialah tidak meneruskan pernikahan yang dirancangkan. Boleh tak? heheh.. Sebenarnya itulah yang terbaik tetapi kalau nak teruskan juga nikah seperti kes yang saya sebutkan di atas, pujuklah dan yakinkanlah ibu bapa dan berbaik-baiklah dengan bakal mertua pilihan kita.

Andai kata diteruskan juga perkahwinan tanpa restu kedua orang tua seperti yang saya sebutkan di atas. Teruskanlah juga usaha untuk berbaik-baik semula walaupun sekepas berkahwin, jangan putus asa dengan sebarang hambatan yang berlaku dari kedua orang tua. Ziarahilah mereka walau kunjungan kita tidak diterima sepenuh hati.  Yang penting jangan putus asa, teruskan usaha menangi hati mertua, buktikan yang kita ni sebenarnya adalah menantu yang terbaik dan boleh diharap.

7 Responses to “Restu”

  1. embun  on September 2nd, 2009

    Kadangkala Ustaz, embun rasa resolusi kebanyakan tengkarah dan isu di dunia ini ialah sekiranya manusia dapat berlapang hati dan mempunyai baik sangka kepada Allah dan sesama makhluk.

    Namun, embun juga akur ada hikmahNya di balik semua…

  2. Abah Yasir  on September 4th, 2009

    Terima kasih, Embun. Lama tak baca komen Embun di sini. : )

  3. bilal11  on September 8th, 2009

    salam ustaz…kalo diiznkan,ingn sy memohon jasa baik ustaz untk memberi pandangan terbaik ttg hal sy..iaitu:
    keadaan disini adalah ibu wanita pilihan saya tidak dapt menerima saya selaku bakal suamiwalaupun ayah dan adik2nya yg lain dapt menerima kehadiran sy.Keadaan yang sama turut dirasai adik perempuannya apabila dihalang ibu.stelah sy selidiki,ibu wanita ini menghadapi masalh dimana pernah dikecewakan ayah suatu ketika dlu dimana si ayah pernah ada hati dgn perempuan ln.tp setelh skian lama,kdn ayahnya byk berubah dr segi spiritual dan mental..si ibu hndakkan wanita pilihan saya bekerja dl selama bbrp tahun sdgkn umurnya kian meningkat.selain itu,saya bimbang jg dr pihak keluarga saya krn ibunya tidak bertudung tp wanita yg sy suka ni bertudung dan sopan santun gerak gerinya….2 persoalan ini-ibu wanita x bersetuju dan keluarga sndr yg x dpt terima kelurga kurang pnghayatan agama.
    diharap ustaz dapt membantu sy..hnya Allah dpt bals jasa ustaz..wassalam..

  4. Abah Yasir  on September 8th, 2009

    Saudara Bilal,

    Boleh saya tahu saudara berasal dari mana? Jika boleh, dapat berikan emel saudara agar saya dapat emel jawapannya secara langsung.

  5. bilal11  on September 12th, 2009

    terima kasih atas kesudian ustaz utk membantu.saya berasal dr utara dan kini menetap dan bkeja di selatan tanah air.email sy: sensei_dna11@yahoo.com.

  6. Abah Yasir  on September 16th, 2009

    Salam Bilal,

    Tiada jalan lain sebenarnya selain dari cuba memenangi hati bakal mertua anda dan mendapatkan restu darinya. Usahlah dirisaukan keadaan beliau yang tidak bertudung, hati manusia mampu berubah bila-bila masa. Seharusnya kita hormati beliau dan meraikan pandangannya. Perkara ini patut diperjelaskan pada keluarga anda.

    Memang menjadi satu perkara yang ideal ialah menerima pandangan bakal ibu mertua supaya teman wanita anda bekerja dahulu, jika itulah terbaik bagi kedua-dua pihak. Timbul persoalan dari saya, adakah isu restu beliau di sini ialah kehendak ibu untuk temanita anda bekerja dahulu? Adakah itu menjadi syarat utama restu beliau? Jika ya, adakah anda sanggup menunggu?

    Jika tidak, apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh saudara?

  7. Afizi  on November 3rd, 2009

    salam ustaz,
    saya ada soalan, harap dapat membantu dengan menjawab melalui email yang telah saya sertakan. saya berada di korea dan saya berkahwin disini di masjid besar seoul mengunakan wali hakim.

    Masalahnya, saya cuba utuk kahwin dimalaysia namun tidak mendapat restu kerana keluarga pihak perempuan inginkan majlis dan saya tidak ader duit sebab saya masih belajar.

    Untuk menyelamatkan keadaan saya fikir eloklah saya berkahwin. TETAPI keluarga isteri saya tidak mengetahui yang saya telah berkahwin di sini. Saya bercadang selepas abis belajar selama 3tahun barulah saya mampu untuk mengadakan majlis.

    harap jawab melalui email saya :) tahnks


Leave a Reply