Terdetik tiba-tiba di hati untuk menulis tentang satu kes yang pernah saya kendalikan bersama di Lembaga Rayuan Muis. Bagi yang belum maklum, di Lembaga Rayuan kerjanya untuk melayan rayuan yang dibuat atas kes-kes mahkamah Shariah dan juga Pejabat Pendaftar Pernikahan Muslim (Romm).
Terdapat satu kes yang menarik hati saya iaitu kes yang melibatkan satu pasangan yang ingin bernikah tetapi hasrat mereka tidak direstui oleh kedua ibu bapa pasangan wanita. Ia bukan sahaja tidak direstui, bahkan bapa wanita ini selaku wali juga tidak bersetuju dengan rancangan pernikahan anaknya. Memandangkan wali tidak mengizinkan, maka si anak perempuan (saya namakan sebagai Tipah) dan pasangannya (Jamil) membuat permohonan ‘wali engkar’ kepada pejabat nikah bagi membolehkan mereka meneruskan plan untuk bernikah.
Potong pendek cerita, pejabat nikah membuat keputusan meluluskan permohonan nikah mereka berdua. Maka si ayah sebagai wali pun merayu kepada Lembaga Rayuan untuk ditolak keputusan pejabat nikah. Walau bagaimanapun selepas bersidang, Lembaga Rayuan membuat keputusan menolak rayuan si bapa dan mengekalkan keputusan pejabat nikah.
Tidak perlulah kita membuat spekulasi mengapa pejabat nikah meluluskan permohonan nikah mereka atau kenapa Lembaga Rayuan menolak rayuan si bapa dan mengekalkan keputusan pejabat nikah. Tidak adil jika kita membuat andaian yang pelbagai tanpa mengetahui duduk perkara yang sebenarnya, mentelah lagi kita bukanlah orang yang layak dalam membincangkan kes ini. Saya juga tidak berhasrat untuk berkongsi hujjah-hujjah atau alasan kedua belah pihak di sini atas sebab-sebab ‘confidentiality’.
Dalam kes di atas, walau dari segi hukum (Fiqh). Tipah dan Jamil boleh sahaja meneruskan hasrat mereka untuk bernikah tanpa persetujuan wali (nikah secara wali hakim) kerana telah diizinkan secara syarak untuk meneruskannya. Perkara yang sama juga berlaku terhadap anak lelaki (tidak perlu izin bapa atau ibu bapa) yang boleh meneruskan pernikahan dengan wanita pilihannya walaupun tanpa izin dan restu kedua ibu bapa (pihak lelaki).
Pernah sedikit masa dulu, saya sering terima panggilan dari ibu-ibu yang mengadu anak lelaki bujang mereka yang kadangkala baru berusia dua puluhan yang ingin bernikah dengan janda beranak dua atau tiga dan jauh lebih tua dari mereka. Ada yang belum nikah dah sekedudukan. Pastinya dari segi syarak, anak lelaki boleh sahaja meneruskan pernikahan jika wali dari pihak perempuan bersetuju menikahkan.
Namun, restu dari wali atau ibu bapa tetap memainkan peranan penting dalam keberkatan rumahtangga. Malah, keberkatan ibu bapa memberi impak penting dalam menentukan hayat rumahtangga sesebuah pasangan itu. Bayangkan, jika si ibu tidak mendoakan kerukunan rumahtangga atau lebih dahsyat lagi mendoakan keruntuhan rumahtangga? Tidakkah doa ibu sangat mustajab? Bagaimana pula jika ibu bapa sentiasa mencari pasal dengan menantu dan si menantu pula tidak mahu beralah dan lebih kurang dengan mereka, manakala si suami pula side pada isteri?Tidakkah menambah kebencian mertua pada menantu? Tidakkah itu sedikit sebanyak akan memberikan kesan pada keharmonian rumahtangga yang mana jika tidak ditangani dengan baik boleh mengakibatkan perceraian?
Cuba bayangkan senario berikut pula, kedua-dua ibu bapa kedua belah pihak bersetuju dan merestui serta gembira dengan pilihan pasangan suami dan isteri. Kedua ibu bapa pula sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak dan menantu. Apabila pasangan suami isteri keduanya bekerja, ibu bapa dapat tolong jagakan anak-anak mereka. Bila bergaduh suami isteri, ibu bapa tidak mengapi-apikan antara anak dan menantu malahan cuba membantu atau membiarkan keduanya menyelesaikan sendiri isu rumahtangga yang dihadapi (bayangkan kalau ibu bapa anti menantu?). Tidakkah restu ibu kedua ibu membawa keberkatan dan kemudahan dalam rumahtangga?
Walaupun kadang kala perkahwinan yang mendapat restu kedua ibu bapa juga berakhir dengan perceraian, atau mertua yang dulunya nampak OK, tapi bila dah berkahwin, selalu pula masuk campur dan makin merumitkan keadaan. Senario ini memang tidak mustahil berlaku, tetapi kita perlu ingat bahawa kematangan suami (sebagai pemimpin) dan isteri, serta sikap tolak ansur keduanya tetap memainkan peranan penting dalam keutuhan rumahtangga. Bayangkan, jika mendapat restu dan persetujuan ibu bapa pun ada cabarannya dan dugannya serta kadangkala boleh berakhir dengan perceraian, kalau tiada restu apatah lagikan?
Akhir kata dari saya, jika ibu bapa tidak bersetuju dan merestui dengan pilihan kita. Perkara yang paling ideal ialah tidak meneruskan pernikahan yang dirancangkan. Boleh tak? heheh.. Sebenarnya itulah yang terbaik tetapi kalau nak teruskan juga nikah seperti kes yang saya sebutkan di atas, pujuklah dan yakinkanlah ibu bapa dan berbaik-baiklah dengan bakal mertua pilihan kita.
Andai kata diteruskan juga perkahwinan tanpa restu kedua orang tua seperti yang saya sebutkan di atas. Teruskanlah juga usaha untuk berbaik-baik semula walaupun sekepas berkahwin, jangan putus asa dengan sebarang hambatan yang berlaku dari kedua orang tua. Ziarahilah mereka walau kunjungan kita tidak diterima sepenuh hati. Yang penting jangan putus asa, teruskan usaha menangi hati mertua, buktikan yang kita ni sebenarnya adalah menantu yang terbaik dan boleh diharap.
Kadangkala Ustaz, embun rasa resolusi kebanyakan tengkarah dan isu di dunia ini ialah sekiranya manusia dapat berlapang hati dan mempunyai baik sangka kepada Allah dan sesama makhluk.
Namun, embun juga akur ada hikmahNya di balik semua…
Terima kasih, Embun. Lama tak baca komen Embun di sini. : )
salam ustaz…kalo diiznkan,ingn sy memohon jasa baik ustaz untk memberi pandangan terbaik ttg hal sy..iaitu:
keadaan disini adalah ibu wanita pilihan saya tidak dapt menerima saya selaku bakal suamiwalaupun ayah dan adik2nya yg lain dapt menerima kehadiran sy.Keadaan yang sama turut dirasai adik perempuannya apabila dihalang ibu.stelah sy selidiki,ibu wanita ini menghadapi masalh dimana pernah dikecewakan ayah suatu ketika dlu dimana si ayah pernah ada hati dgn perempuan ln.tp setelh skian lama,kdn ayahnya byk berubah dr segi spiritual dan mental..si ibu hndakkan wanita pilihan saya bekerja dl selama bbrp tahun sdgkn umurnya kian meningkat.selain itu,saya bimbang jg dr pihak keluarga saya krn ibunya tidak bertudung tp wanita yg sy suka ni bertudung dan sopan santun gerak gerinya….2 persoalan ini-ibu wanita x bersetuju dan keluarga sndr yg x dpt terima kelurga kurang pnghayatan agama.
diharap ustaz dapt membantu sy..hnya Allah dpt bals jasa ustaz..wassalam..
Salam Bilal,
Tiada jalan lain sebenarnya selain dari cuba memenangi hati bakal mertua anda dan mendapatkan restu darinya. Usahlah dirisaukan keadaan beliau yang tidak bertudung, hati manusia mampu berubah bila-bila masa. Seharusnya kita hormati beliau dan meraikan pandangannya. Perkara ini patut diperjelaskan pada keluarga anda.
Memang menjadi satu perkara yang ideal ialah menerima pandangan bakal ibu mertua supaya teman wanita anda bekerja dahulu, jika itulah terbaik bagi kedua-dua pihak. Timbul persoalan dari saya, adakah isu restu beliau di sini ialah kehendak ibu untuk temanita anda bekerja dahulu? Adakah itu menjadi syarat utama restu beliau? Jika ya, adakah anda sanggup menunggu?
Jika tidak, apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh saudara?
Saudara Bilal,
Boleh saya tahu saudara berasal dari mana? Jika boleh, dapat berikan emel saudara agar saya dapat emel jawapannya secara langsung.
terima kasih atas kesudian ustaz utk membantu.saya berasal dr utara dan kini menetap dan bkeja di selatan tanah air.email sy: sensei_dna11@yahoo.com.
salam ustaz,
saya ada soalan, harap dapat membantu dengan menjawab melalui email yang telah saya sertakan. saya berada di korea dan saya berkahwin disini di masjid besar seoul mengunakan wali hakim.
Masalahnya, saya cuba utuk kahwin dimalaysia namun tidak mendapat restu kerana keluarga pihak perempuan inginkan majlis dan saya tidak ader duit sebab saya masih belajar.
Untuk menyelamatkan keadaan saya fikir eloklah saya berkahwin. TETAPI keluarga isteri saya tidak mengetahui yang saya telah berkahwin di sini. Saya bercadang selepas abis belajar selama 3tahun barulah saya mampu untuk mengadakan majlis.
harap jawab melalui email saya 🙂 tahnks
Salam dan Selamat Menyambut Aidiladha ustaz.
Saya disini ingin meminta pandangan serta nasihat drpd ustaz mengenai dilema dan masalah yang ditanggung oleh saya.
saya seorang wanita yg berumur 30tahun,dan mempunyai teman lelaki.Masalahnya ialah, teman lelaki saya seorang duda.Dan kami merancang untuk berkahwin.Tapi sekarang yg menjadi isu ialah, bapa saya tidak mengizinkan saya berkahwin dgn lelaki pilihan saya disebabkan status “duda”. Pelbagai hamburan ayah saya lemparkan kpd saya, dan saya sbg anak sulung yg melangkaui umur 30 berasa kecil hati apabila seorang bapa mengeluarkan kata2x kesat kepada saya disebabkan oleh ingi berkahwin dgn lelaki pilihan saya.
Utk pengetahuan ustaz,keluarga disebelah saya, tidak mempunya masalah tentang pilihan saya, kecuali ayah.Begitu juga keluarga disebelah lelaki. Ustaz, bapa saya pernah mencabar saya..dia kata dia nak tengok sampai bila hubungan kami berakhir..dan dia pernah berkata sampai dia mati pun, dia xkan restu..
Ustaz, saya betul2x buntu..Diharap ustaz dpt memberi pandangan dan nasihat kpd saya..
Semoga Allah dpt membalas jasa uztaz, Insyaallah..
Salam.
Maaf dari saya atas kelewatan balasan ini.
Restu ibu bapa sangat penting bagi menjamin keberkatan rumahtangga, tanpanya sukar untuk kita melayari bahtera yang dibina.
Nasihat saya mudah, tiada cara lain selain memujuk, berdoa dan berusaha agar Allah melembutkan hati bapa anda. Dapatkan saudara yang terdekat yang amat dipercayai bapa bagi menjadi oang tengah dalam membantu anda bagi menyelesaikan hal ini.
Semoga anda berjaya.
Salam..
Skrg masalah saya sbnrnya ialah ibu bapa teman lelaki saya amat membenci saya. Dia berasal dari keluarga yang amat mementingkan soal agama dan keluarga saya biasa-biasa saja. Tapi itu dulu. Saya telah nekad untuk berubah dan tiba-tiba bapanya menghalang dan membenarkan dia cari yang lebih baik. Tetapi kami telah buat keputusan untuk bernikah. Bagaimana saya ingin mendapatkan restu ibu bapanya? Saya tidak mahu dia derhaka kepada kedua ibu bapanya.
salam..
uztas..sy ingin memohon padangan..sy bekelulusan degre dan sekarang tlh bkerja dan mepunyai jawatn yg tggi..sy telah mempunyai kekasih dan sudah hampir 2thn lebih kami berkawan..masalah sy baru2 ini sy tlh mbawa si dia bertemu dgn ayah sy..ttp ayah sy tidak bg kami meneruskan hubungan dgn alasan bapa kpd lelaki itu meninggal disebabkan brain tumor..kedua ibubapa sy berkeras mahu sy memutuskan hubungan krn takut jika kami berkawin si dia akan mewarisi penyakit kanser ayahnya(ttp si dia juga kurang pasti ayahnye meninggal sb kanser atau hny penyakit yg melibat kn otak) atau mungkin anak sy akan mewarisinya..tambahan pula lelaki tersebut hnya berpendidikan spm..(namun wlupn hanya spm si dia mempunyai kerja ttp dgn pendapatan mncecah rm 3-4k)..
keadaan bertambah buruk apabila isteri pakcik sy mengalami kanser otak dan keadaannya sgt teruk sehingga terpaksa mmbuang tempurung kepala..keadaan ini membuatkan ayah & ibu sy berkeras supaya sy meninggalkn si dia..
sy berasa sgt sedih,sy sudah cuba berbincang dan menyakinkan ibubapa sy bahawa segala penyakit adalah takdir..dah sbg hamba kita harus percaya kpd qada’ & qadar…namun ayah & ibu sy tetap tidak mahu menerima lelaki tersebut..ayah selalu mengata kan yg sy ni ” berjawtn tggi,berpendidikan yg bagus sejak kecil smpi dewasa,dan mempunyai rupa paras yg cntik..ttp megapa mahu memilih lelaki spt dia??..
sy tak tahu nk buat mcm mana..pd sy dia lelaki yg baik dan boleh menjaga sy..sy juga telah memperkenalkan si dia kpd teman2 sekerja & kawan2..dan ramai yg mengatakan sy beruntung krn memiliki lelaki yg bertanggujawab spt dia..sy prnh brkwn dgn llaki yg sekufu dgn sy,ttp malangnya peragai lg teruk..berzina dgn ramai perempuan..,kedekut & suke mengambil kesempatan dgn perempuan yg bkerja spt sy..
uztaz,tolong lah bantu sy..apakah yg perlu sy lakukan supaya hati ibubapa sy terbuka utk menerimanya..sy tidak tahu apa yg perlu sy lakukan..sy telah cuba sembahyang istikharah,ttp tiada petunjuk..sy juga sygkan parents sy dan tidak tergamak utk menghancurkan hati mereka..dan sy juga menyayangi kekasih sy..
harap uztas dpt mebantu sy..thanx
Salam ustaz, minta bantuan ustaz utk bagaimana utk selesaikan masalah saya.
Saya telah mengenali seorang wanita sejak 4thn lalu.kami juga tlh merancang utk berkahwin dan sehingga kami bertunang pd 2010..namun, kami putus tunang pd november 2011 yg lalu. atas permintaan ibu sy kerana ibu saya tlh kecil hati dgn tunang sy.. dalam masa itu juga, sy didesak dr semua pihak sehinggalah sy terpksa putuskan pertunangan kami. ttp saat itu, ibubapa dr kedua2 pihak ad bagitahu saya, jika benar sy ingin teruskan adalah terbaik terus bernikah.. tp masa itu duit simpanan sy tidak cukup utk berkahwin..dan perkara ini hanya sy shj yg tahu..dgn niat sy akan kembali mencari dia jika allah mengizinkannya.. stlh 4 bulan sy tpaksa meninggalkannya.., sy kembali mencari dia semula dan bgtahu yg saya nak menikahinya.. namun, kedua ibu bapa nya tidak merestui kami lagi.. tp jika sy tidak menikahinya sy berdosa ustaz, kerana sy pernah terlanjur dgnnya.. dan sy nak tebus ksalahan sy.. hati sy masih yakin yg kami sememangnya msh ada jodoh.. sy tak sanggup melihat dia hari2 menangis kerana tidak dpt teruskan hasrat kami berdua utk bina rumah tangga.. apa yg perlu sy lakukan ustaz? adakah perlu sy berdepan semula dgn keluarganya? kerana seluruh ahli keluarganya telah benci pd saya.. adakah perlu sy beritahu dgn kedua org tuanya yg sy tlh terlanjur dgn anaknya itu? mohon nasihat. terima kasih.
Salam ustaz.
Saya sedang bercinta dengan seorang warga Pakistan dan kami bertemu semasa sama belajar di universiti. setelah 2 tahun lebih bercinta, kami merancang utk berkahwin dan ibu bapa saya merestui niat kami. tetapi masalah yang saya hadapi sekarang ialah ibunya tidak merestui hubungan kami kerana ibunya risau tidak dapat berinteraksi dengan saya memandangkan ibunya tidak pandai bahasa Inggeris dan ibunya takut anak2 kami nanti tidak dapat mempelajari adat tradisi mereka.
Apa yang patut kami lakukan? sampai satu tahap, kami nak sangat kahwin tanpa restu ibunya. Tapi kami hormat dia sebagai seorang ibu dan batalkan niat kami.
Salam ustadz..sy nk tanya..sy dan pasangan ingin menikah namun ibu bapa seblh lelaki tdk merestui..psgn sy telah memujuk dgn pelbagai rayuan namun ibu bapa masih tdk mahu merestui..atas alasan mahu melanjutkn pelajaran..apa lagi yang perlu kami lakukan untuk memujuk mereka?
Assalamualaikum..sy mohon dibantu berkaitan masaalah yg sy hadapi..boleh sy berhubung secara langsung
Ya, boleh emel saya di abah.yasir@gmail.com