Diam tak diam dah hampir 5 bulan Madihah (anak sulung saya) bersekolah di Darjah 1. Pantas betul masa berjalan. Cepat betul budak-budak ni membesar. Tak sangka anak-anak saya dah membesar, maknanya umur kita pun makin lanjut.
Cakap pasal Madihah, ramai yang kata Dihah ni wajahnya serupa dengan saya. Orang kata, kalau wajah anak perempuan serupa dengan bapa ertinya ‘sejuk’, maknanya rapat dengan bapa. Tak tahulah, betul ke tidak…Ramai juga yang komen dia ni ‘garang’. Hmmph, memang betul sangat. Cepat sangat meradang..tapi ntah, kesabaran saya masih lagi boleh terkawal buat masa ni, belum lagi dia kena pukul atau cubit dengan saya. Tapi kalau kena ‘ban’ dia tak boleh tengok TV atau main komputer tu biasalah.
Tujuan sebenar catitan kali ini ialah untuk berkongsi bersama pengalaman saya hantar Dihah ke sekolah pada tiap pagi. Sebenarnya saya memang berazam untuk hantar Dihah sampai darjah 6, begitu juga dengan Yasir kalau keduanya sama sekolah nanti. Bukan apa, nilah peluang saya untuk ‘bonding’ dengan anak-anak. Maklum, hari-hari biasa kerja, malam baru jumpa..tupun sekejap dorang dah mengantuk..mereka ni biasanya jam 8.30pm je dah KO. : )
Menurut pendapat pakar, anak-anak yang punya hubungan rapat dan mesra dengan bapa berupaya memberi kesan positif yang bukan kepalang pada pembesaran anak-anak. Terutama ketika mereka meningkat remaja. Lebih-lebih lagi, pengalaman saya semasa kaunseling budak-budak remaja di masjid dulu, memang saya dapat lihat betapa gentingnya peranan bapa. Banyak kesa yang saya hadapi dulu, sikap mesra dengan anak-anak berkurangan apabila mereka semakin membesar, padahal ia sepatutnya semakin bertambah bukan sebaliknya! Mudah-mudahan ianya tidak berlaku pada saya.
Cakap pasal rutin baru saya ni, Dihah biasanya bangun awal dari saya! Dia akan bising dan membebel kalau nampak saya masih atas katil lagi! ‘Abah niii!’ tu kata2 hikmah Dihah pada saya kalau dia tgh bingit..anak pulak marah abah! Nasib2… 🙂
Biasanya kita akan solat subuh berjamaah dulu dan berdoa, memang menjadi amalan kita sekeluarga..lepas solat Dihah atau Yasir akan doakan untuk saya dan mama-nya sebelum peluk cium, kalau Yasir bangun awal, kadang dia join sekali solat..dalam jam 6.55am atau 7am kita akan keluar rumah. Sampai sekolah biasanya dalam jam 7.10am. Perjalanan biasanya mengambil masa 15 minit.
Seronok sebenarnya jalan pagi-pagi dengan Dihah ni, banyak cerita kita kongsi bersama termasuk hal-hal kawan dia dan lain-lain. Sambil pimpin tangan, saya akan ambil kesempatan selitkan mesej-mesej yang penting seperti kepentingan nilai-nilai mulia seperti hormat ibu bapa, hati kena bersih, akhlak mulia, perlu banyak sabar dan jangan marah-marah selalu. Biasanya apa yang mama-nya mengadu pada saya tentang Dihah, akan saya cuba tegur dia pada pagi tersebut.
Kadangkala jika ada ujian ‘spelling’, saya akan cuba semak spelling Dihah sambil kita berjalan ke sekolah..Alhamdulillah, nampaknya ada juga kesan usaha saya tu : ) Kadang2 saya ajar dia tentang vocab untuk ‘Math’, kadang dia pulak yang ajar saya! hehe… Tak kiralah, yang penting saya enjoy luangkan masa 15 minit bersama Madihah..
Selepas 15 minit berjalan, tibalah masanya untuk berpisah..sambil Dihah berjalan masuk ke sekolah, hati kecil saya selalu berharap agar suatu hari nanti Dihah berjaya dan menjadi contoh pada adik-adiknya yang lain. Ameen!
Salam Ustadz
Suatu routine yg harus di amalkan sehingga meningkat remaja kerana pd saat itulah mereka akan berjumpa dgn banyak perkara yg berbeza dgn apa yg telah kita didik secara islamic.Dari pengalaman ibu sendiri anak yg dewasa yg di jemput olih ayah atau ibu akan mendpt informasi yg terkini.Lebih lebih lagi berkenaan relationship dan kita dpt menangani dgn cepat sebelum nafsu mengawal diri anak anak kita.
Salam Ustaz, maaf comment saya terkeluar sikit.
Adakah saya dianggap mengungkit atas sedekah saya apabila saya katakan dalam doa kepada Allah – “Ya Allah, aku bertawasul atas amalan2 infak atau sedekah ku yang lalu (saya sebut dgn terperinci amalan sedekah itu). Aku keluarkan ia kerana mentaati perintahMu, kerana menjunjung suruhan Mu. Ya Allah, aku sekarang dalam kesusahan, aku perlukan perkerjaan untuk menampong pebelanjaan harian ku, maka tolonglah aku Ya Allah”.
Doa saya masih belum dikabulkan. Adakah kerana doa diatas berbunyi seperti ungkitkan?
Tolong saya, Ustaz
Rafeah
Salaam Ustaz.
bertuah Ustaz dapat anak macam Madiihah dan bertuah Maadihah dapat bapa macam Ustaz.
Saya tak sangka, nampak 15 minit tu macam sekejap. Tetapi, kalau 15 minit tu tiap2 hari….dah berapa minit tu!!. Saya pun nak belajar juga dengan Ustaz bagaimana dapat luangkan masa dengan adik2 saya sebagaimana Ustaz luangkan masa dengan anak2 Ustaz.
Baarakallaahu Fiikum.
Salam
Boleh Muslim, nanti bila-bila masa kita berjumpa. Boleh kita bersembang panjang.