Alhamdulillah, kebelakangan ini saya menerima banyak sekali soalan-soalan berkaitan kemusykilan agama mahupun soalan yang berkisah tentang isu peribadi yang berupa hal perkahwinan dan sebagainya. Soalan ini diterima daripada laman multiply saya, laman Facebook serta ruangan tag di blog ini mahupun bagi mereka yang langsung email kepada saya. 

Saya sungguh teruja dengan perkembangan ini. Seboleh-bolehnya ingin saya membalas seberapa pantas dan segera, namun kadangkala terdapat perkara lain yang perlu diberikan prioriti. Bagi soalan-soalan yang berkaitan kemusykilan agama jika saya tahu hukumnya akan cuba dijawab segera, jika tidak terpaksa saya rujuk kitah atau bertanyakan teman-teman yang lebih arif. 

Adapun soalan-soalan yang berkisar tentang isu-isu peribadi memerlukan masa yang bukan sedikit, saya perlu baca membacanya berulang-ulang kali bagi mengetahui isu pokok yang dikemukakan selain cuba memikirkan cadangan serta saranan yang boleh dipraktiskan. Sesungguhnya ia bukan satu perkara yang mudah bagi saya menjawabnya, kerap saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan. Biasanya saya akan type 3-4 point utama dan biarkan beberapa hari sehingga saya ada mood. Biasanya mood tu datang dalam jam 11-12 tgh malam dan berlarutan hingga jam 2-3 pagi. Begitu jugalah dengan catatan2 pengalaman yang dikongsi dalam blog ini. Kadangkala ia tidak dapat diselesaikan dalam 1 malam. Besok sambung, lusa sambung lagi..sehinggalah selesai. Hai, bukan mudah nak jadi blogger yer? : ) 

Saya juga ingin meminta kerjasama kepada sesiapa yang berminat untuk bertanyakan soalan agar dapat email saya secara peribadi ke abah.yasir@gmail.com atau ke laman abahyasir.multiply.com (terdapat link nya di bhg ‘Laman Interaksi’ di ruang bawah sebelah kanan blog saya). Anda juga boleh membaca koleksi jawapan2 terdahulu di laman multiply saya. 

Bagi sesiapa yang tag saya untuk bertanyakan soalan, harap dapat link kan email anda pada namanya di ruangan tag di ‘laman mesej’. Harap dapat memahami keterbatasan ruang untuk saya menjawab soalan di ruangan tersebut. Sebenarnya ruangan di ‘laman mesej’ lebih kepada ucap selamat dan pandangan daripada pengunjung2 laman blog ini, tapi tak mengapalah…

Akhir kata jika ada yang terlambat saya jawab atau jawapan tidak memuaskan hati, harap maaflah yer, yang baik itu dari Allah..yang lemah tu dari saya. 

Jumpa lagi! 

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite!

3 responses

  1. Nas Aura Mustika says:

    Semakin sibuk nampak gayanya Ustaz kita skarang semenjak dua-menjak ni. Jawab soalan sampai 2-3 pagi. Hehe.Tulah. Bukan senang nak jadi blogger. Saya pun begitu juga. Kekadang dah asyik tulis sampai tiga perenggan, teros matikan komputer sebab ada “writer’s block”.Menulis ikut mood adalah lebih baik dari menulis dengan ikutkan perasaan yang tak tentu arah. Hahaha.

  2. ...dari pandangan mata... says:

    Teruskanlah usaha demo semoga mendapat ganjaran dari Allah SWT

  3. Abah Yasir says:

    Terima kasih Mawi : )