Petang tadi ada case conference di Wisma Mendaki dengan teman-teman lain yang sama-sama mengendalikan kes-kes kaunseling remaja Pusat Persinggahan NUR. Biasanya pada sesi begini kami kami akan bergilir pada tiap bulan untuk bentangkan kes kaunseling pilihan kami dengan tujuan untuk dapatkan feedback daripada teman-teman kaunselor yang lain dan juga dari supervisor kami.
Saya sempat dapatkan feedback tentang kes kaunseling saya dengan Z yang mana temanita beliau H sedang berada di rumah tumpangan missionary Kristian untuk remaja mengandung. Tepat seperti mana yang ‘Hoopoe’ beritahu, memang mereka tiada paksaan terhadap agama bagi sesiapa yang tinggal di sana, malah amat digalakkan penghuni rumah tumpangan mereka mendapat bimbingan kaunseling dari kaunselor yang seagama. Bahkan saya difahamkan layanan yang mereka berikan amat baik kepada penghuni dan juga pengunjung dan ia patut dicontohi oleh badan-badan Melayu Islam kita, ini kata teman saya tulah.
Memang begitulah sebenarnya yang diajarkan oleh Islam yang dibawa baginda Rasulullah. Melalui akhlak mulia, baginda dapat menarik minat orang-orang yang dahulunya bencikan baginda dan juga Islam. Tetapi kini, akhlak dan tingkah laku kita memburukkan Islam dan mencemarkan nama baik baginda, sehingga diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam seperti yang dilakukan oleh Si Wilders tu.
Kembali kepada cerita si Z tu, plan saya selepas ini ialah hubungi beliau dan buat temu janji untuk berjumpa dengan H di rumah tumpangan tersebut, jika beliau ok dan setuju berpindah ke rumah tumpangan kelolaan badan Islam, maka saya akan cuba uruskan. Jika tidak, sekurang-kurangnya saya dapat pujuk beliau untuk mulakan sesi kaunseling dengan saya.
Mudah-mudahan beliau bersetuju dengan salah satu daripada pilihan di atas. Semoga usaha saya, Amin…
Sedang membaca buku ‘Dawn in Madinah’…teringat pula salah satu frasa mengenai peperangan Uhud,’…leading his Companions who had marched forth with him seeking one of two goods-victory or matyrdom’.Semoga begitu juga cadangan/pilihan yang diberikan.Semoga semua usaha kita,dari sekecil huma hingga yg terbilang,mendapat keredhaanNya..Amin.