Toilet Break!

Mas Selamat Kestari terlepas dari tahanan! Biar betul. Detik hati saya. Sebagai salah seorang yang pernah berpeluang masuk ke dalam pusat tahanan Whitley Road Detention Centre sebagai kaunselor agama, saya masih dapat bayangkan kawalan ketat pegawai polis Gurkha yang bermuka bengis dan tegas.

Bayangkan, saya pernah diberitahu oleh seorang pegawai ISD, mereka sendiri tidak akan dibenarkan masuk jika tidak membawa pass, walaupun mereka dikenali oleh pegawai polis Gurkha di sana. Jadi persoalannya bagaimana boleh lepas?

Terbaca laporan berita terbaru, rupanya Mas Selamat melarikan diri semasa beliau dibawa keluar untuk bertemu keluarga di blok pelawat (tempat saya sering berjumpa tahanan bagi tujuan kaunseling agama). Di mana beliau memint izin untuk ke tandas – saya pernah gunakan tandas di situ : ) ……dan terus lenyap!

Wallahu A’lam. Bagaimana beliau dapat meluluskan diri. Apa yang penting kita perlu berdoa agar beluau cepat ditangkap semula dan negara kita bebas dari ancaman pengganasan.

Ikut Lingo Remaja?

Kelmarin ada sesi Networking bagi pekerja dan aktivis Belia di BBE Gen Y. Dalam salah satu presentation, ada salah seorang peserta memberi pandangan kita perlu tahu lingo remaja untuk berinteraksi dengan belia. Betul ke?

Oleh kerana banyak point yang dikemukakan, apabila saya diminta oleh beri komen pada satu ketika, terlupa pulak saya nak sentuh tentang perkara yang disebutkan tadi.

Pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman saya ketika berinteraksi dengan mereka baik dari segi kaunseling mahupun aktiviti bersama mereka. Untuk diterima oleh para belia tidak semestinya kita perlu ikut lingo mereka atau berpakaian seperti mereka. Apa yang penting ialah kita perlu menunjukkan yang kita memahami diri mereka. Malah, Kita perlu layan diri mereka sama sepertimana kita berkomunikasi dengan orang dewasa.

Sebenarnya rules berkomunikasi dengan orang belia dan orang dewasa sama sahaja, kita perlu hormat atau respect mereka, jangan pandang rendah atau kita sindir mereka. Meleter? Oh, jangan sekali-sekali. Apa perasaan kita bila mak bapak atau isteri (atau suami?) meleter dekat kita? Mesti kita bingit kan? Serupalah dengan para remaja juga.

Bila kita dah mampu kuasai dan biasakan diri kita dengan perkara-perkara di atas (mula-mula memang susah). I.Allah, relationship kita akan semakin rapat, bila dah rapat. Barulah mudah untuk kita tegur mereka. Bukan kata tegur, kalau dah ada hubungan baik, nak marah dorang pun boleh. I.Allah mereka dengar.

So kesimpulannya ialah bukan kena ikut lingo mereka, atau berpakaian seperti mereka (saya pernah pakai jubah-kerana tak sempat tukar baju-terima jemputan budak-budak ex-offenders di East Coast Park), atau perlu orang yang muda untuk damping mereka.

Akan tetapi yang paling penting ialah sikap kita untuk memahami dan sedia terima mereka seadanya, walau parah bagaimana keadaan mereka sekalipun. Yakni kita tetap ingin berinteraksi dan bertemu dengan mereka, dan tidak pernah putus asa membetulkan segala kesilapan mereka, walaupun pada masa yang sama kita tidak pernah redha akan segala salah laku atau dosa yang telah mereka lakukan.

Tukang Jahit & Suami

Pagi tadi saya punya temujanji sesi hakam di Mahkamah Shariah. Kali ini saya dipilih untuk menjadi hakam kepada plaintiff (isteri). 

Bagi yang tidak mengetahui apa itu ‘Hakam’. Hakam ialah pihak yang dilantik oleh pasangan suami dan isteri. Setiap hakam akan mewakili seorang suami (defendant) seorang hakam lagi bagi mewakili isteri. Hakam akan cuba mendamaikan mereka dan jika tidak berjaya juga, hakam boleh menasihati Hakim Mahkamah untuk kedua pasangan dipisahkan, termasuklah jika pihak suami tidak bersetuju, maka hakam boleh menjatuhkan talak bagi pihak suami.

Dengan ini jelas, walau talak tiada di tangan isteri, keadilan dapat dilaksanakan juga dalam agama Islam. Proses hakam ini biasanya dilakukan selepas usaha-usaha kaunseling sebelumnya tidak berjaya, oleh kerana ia merupakan proses terakhir. Maka peratusannya adalah kecil untuk diselamatkan rumahtangga mereka. Setakat ini saya pernah selamatkan dua pasangan sahaja. Alhamdulillah. Kira banyak tau tu!

Kali ini saya berpasangan dengan seorang Ustaz veteran. Pihak isteri rupanya mengenali keluarga saya. Dia biasa mengambil upah jahitan baju untuk ibu, kakak dan juga adik saya. Hmmph..patut nama familiar.

Ini bukan kali pertama plaintiff atau defendant saya kenal atau mengenali saya. Pernah seorang defendant ialah kawan lama kepada bapa saya dan kadang-kadang pula daripada jemaah yang pernah meminta nasihat atau bantuan kaunseling untuk mereka.

Pasangan kali ini telah berumahtangga hampir 25 tahun lamanya. Lamakan? Tapi sayang, akhirnya ia berakhir dengan perceraian. Sepanjang sesi tersebut kedua belah pihak asyik menyalahkan antara satu sama lain.

Memang mudah sebenarnya nak cari kesalahan atau keburukan pasangan, tetapi tidak mudah untuk cari kebaikan pasangan. Contohnya, ada suami punya sifat malas kemas rumah atau bantu isteri buat kerja rumah tapi pada masa yang sama rajin bekerja mencari rezeki atau bijak merancang kewangan keluarga. Juga mungkin isteri kita seorang yang tidak pandai masak tetapi pandai melayan suami dan menguruskan keperluan anak serta keluarga.

Kesimpulannya, cubalah cari kebaikan pasangan kita. Kalau tak jumpa, cari sampai jumpa. Kalau nak tahu, antara kes yang pernah diselamatkan semasa mengendalikan kes hakam ialah apabila seorang isteri dipujuk oleh kami untuk cuba pertimbangkan untuk berikan peluang terakhir kepada suami. (Suami beliau kaki perempuan dan kuat berbohong, Masya Allah!) beliau tiba-tiba terkenang kebaikan dan jasa suami beliau. Nak tahu apa? Suaminya rajin memasak, kemas rumah, jaga anak, basuh dan sidai serta gosok baju! Akhirnya beliau berikan peluang sekali lagi kepada suaminya untuk berbaik-baik semula. Subhanallah…

Seperkara lagi yang perlu diingat bagi setiap pasangan ialah cuba selesaikan isu rumahtangga mereka awal-awal lagi, dapatkan bantuan sebelum parah. Jangan simpan lama-lama. Isteri kadang-kadang sabar, setahun, dua tahun……masuk 7 tahun meletup dan tiba-tiba dan tuntut cerai. Kes begini biasanya susah nak diselamatkan, kerana isteri menyimpan perasaan dan banyak beri peluang, si suami pula tetap tidak berubah ..

Akhirnya kesabaran akan hilang dan paling buruk apabila kasih sayang sudah lenyap. Maka pada masa itu sebarang janji perubahan dari pihak suami tidak akan beri kesan pada isteri. Beginilah yang berlaku kepada kes tukang jahit yang saya alami pagi tadi.