tahnikBeberapa bulan lalu terdapat seorang ibu muda berketurunan Melayu-Iran yang berasal dari Singapura dan bermastautin di Amerika kerana berkahwin dengan seorang warganegara di sana datang berjumpa Imam masjid bagi tujuan doa dan tahnik untuk anaknya.

Cakap pasal tahnik, anak yang dibawa oleh ibu muda ni, bukan main comel betul! Cute..geram saya dibuatnya. Begitulah, kebiasaan kita. Bila jumpa baby mesti kita peluk cium kan? Baik ibu atau bapa mesti cium anak-anak dorang semasa kecil. Tapi pengamatan saya semasa kendalikan kes-kes kaunseling di masjid, amalan ini biasanya terhenti apabila anak-anak sudah meningkat dewasa. Sayang kan?

Anak-anak yang dulunya rapat dan mesra, lama kelamaan menjadi semakin renggang dengan kedua ibu bapa. Akhirnya ada ibu bapa yang jadi janggal untuk sentuh anak-anak mereka sendiri, anak-anak pula pastinya rasa kekok jika tiba-tiba ibu bapa ingin sentuh anak-anak mereka.

Selain dari ciuman, dakapan dan sentuhan juga amat penting dalam menunjukkan kasih saya kita pada seseorang. Apa perasaan kita bila seseorang sentuh kita? Pasti kita akan merasa diri ini disayangi dan dihargai – tapi kalau dengan teman lelaki/wanita dosa! Malahan ada pakar yang menyatakan, ‘bersentuhan selama beberapa saat lebih berkesan daripada menyatakan perasaan kasih selama beberapa minit!’

Bagi yang dah lama tak bersentuhan (selain salam), mungkin sebagai permulaan bagi hubungan dengan anak, bila berbual cubalah sentuh bahu anak kita sebagai contoh..saya sendiri bila kaunseling dengan para belia atau berinteraksi dengan belia-belia masjid saya akan menyapa dan bertanya khabar mereka sambil menyentuh bahu. Ia boleh menimbukan keakraban dan kemesraan, lebih-lebih lagi bila datang dari seorang Ustaz kan? Inilah pesanan saya pada Ustaz2 muda di masjid bila berinteraksi dengan para belia mereka.

Ibu saya sendiri masih memberi ciuman di dahi saya walaupun sudah dewasa, perkara ini biasanya dilakukan bila saya perlu berangkat ke tempat yang jauh. Best kan?

Tapi ‘special effect’ ni sebenarnya lebih power bila seorang yang bernama ‘ayah’, ‘bapa’ atau ‘abah’ kita yang lakukan. : ) Mengapa? Sebab kaum bapa yang peranannya lebih dalam mendisiplinkan anak dan mencari rezeki untuk keluarga kemudian dapat memberikan sentuhan kasih sayang yang biasanya dikaitkan dengan kaum ibu, maka ia akan menjadikan seorang bapa itu lebih seimbang dan dihormati serta memberi kesan yang tidak ternilai pada seorang anak.

Lihat sahaja kesan pada anak-anak yang dipelihara oleh ibu tunggal sama ada janda atau kematian suami, juga pada keluarga yang masih ‘intact’ tapi peranan bapa kurang menyerlah (lack of father figure). Peratusan terbesar gejala-gejala negatif pada anak-anak datang daripada keluarga sebegini.

Tapi cakap tentang cium dan sentuhan pada anak-anak ni, bila dikaji lebih lanjut pada ibu bapa. Kadang2 ada antara mereka sendiri pun tidak berpimpin tangan bila berjalan berdua-duaan di luar! (walau ada kes masa ber ‘couple’ sebelum nikah pimpin tangan perkara biasa).

Perkara ni pun sebenarnya perlu dibiasakan (pimpin tangan lepas nikah) sebenarnya antara suami isteri, kalau tak nanti jadi janggal. Bukan kata pimpin tangan, pegang atau sentuh pinggang isteri pun apa salahnya!

Hubungan mesra amat penting khususnya dalam merubah seseorang menjadi lebih positif. Mengikut seorang pakar yang bernama Gary Sweaten dalam teori beliau ‘Change Dynamics, beliau menyatakan untuk merubah seseorang, ‘relationship’ memainkan 30% daripada keseluruhan usaha.

Ini penting kerana tanpa jalinan hubungan yang baik, sukar bagi kita menyampaikan apa yang kita inginkan. Ini dapat dilakukan dengan mengetahui cara perhubungan atau komunikasi yang berkesan, menunjukkan kasih sayang melalui ucapan atau sentuhan, barulah diikuti dengan nasihat atau bimbingan.

Contoh terbaik terpapar pada sabda Nabi yang diriwaytakan oleh Muadzh bin Jabal r.a: ‘ Rasulullah mengambil tanganku lalu bersabda: ‘ Wahai Mu’adzh, Demi Allah, sesungguhnya aku mencintaimu. Kemudian aku hendak berwasiat kepadamu hai Muadzh. Janganlah setiap selesai solat kamu meninggalkan bacaan: Ya Allah Ya Tuhanku, Bantulah daku untuk mengingati-Mu, mensyukuri-Mu dan memperbaiki amal ibadah pada-Mu.’

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

One response »

  1. ISLAM, IMAN DAN IHSAN says:

    Assalamualaikum..Tulah ustadz, sayapun heran bagaimana ada ibubapa yang tak pernah peluk cium anak2nya lagi dan remaja2 yang sebegitu juga. Walhal, dengan mata-air tak canggung pulak mereka ni berpeluk cium …depan orang ramai pulak tu..Apa yang harus kita buat??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s