Pada hari sabtu lepas semasa penyampaian Anugerah Mas, saya berkesempatan duduk berbual seketika dengan Hj Ariff Ahmad, seorang budayawan terbilang Singapura yang juga terkenal dan diiktiraf serantau nusantara.
Sambil menjamu selera, saya sempat bertanyakan berapa umur beliau, beliau menjawab 84 tahun. Saya bertanya lagi, masih lagi aktif membaca, bila terlepas soalan tu rasa menyesal pula saya, seorang yang terkenal sebagai budayawan dan digelar sebagai Pendeta takkan tak membaca, mungkin umurnya membuat saya terlupa sebentar.
Beliau mengingatkan saya yang beliau bukan setakat sering membaca bahkan aktif menulis ruangan pojok beliau di Berita Harian. Baru saya teringat..saya pernah membaca tulisan beliau di BH.
Beliau menjelaskan adalah penting untuk terus membaca atau menulis untuk memastikan otak kita sentiasa aktif dan berfikir.
Ah..terasa kerdil dan kecil pula rasa tiba-tiba, terfikir pulak..aku boleh ke macam dia, masih lagi aktif membaca dan menulis? Mudah-mudahan peristiwa ini menjadi titik tolak untuk kita lebih menghargai kesihatan dan akal yang dikurniakan oleh Allah. Lebih-lebih lagi pada peringkat usia yang masih muda dan mengambil dari Pendeta Dr Ariff sebagai iktibar.
[…] Saya ada coretkan pengalaman ketika kali pertama jumpa dengan cikgu dahulu di https://abahyasir.com/2008/03/17/sejenak-bersama-pendeta-dr-ariff-ahmad/ […]