Gambar Hiasan – Foto ihsan dari Mai SB

Artikel muka depan BM hari ini, kahwin tiada hantaran, $0. Wow! Tapi bagi saya, hantaran, Yes. Belanja walimah besar-besaran, No. Kalau anak saya terima menantu besok2, dia nak jawin free, sorilah.

Saya lihat wang hantaran sbg pengukur kemampuan seseorang tu juga. Yelah, tak semua orang gaji besar, profesi bagus, ada simpanan kan?

Saya juga pro kepada hantaran digunakan sebagai simpanan pos pasangan perbelanjaan mempelai tersebut. Yakni, tak perlulah berbelanja besar2 an utk persiapan walimah mempelai (lagi mahal hantaran, lagi grand katil!).

Sebagai tambahan, saya kongsi bersama di sini, komentar-komentar dari teman-teman FB saya. 馃檪

Like聽路聽聽路聽Promote聽路聽Share
  • Nazryn Azhar Samat聽Tapi concept hantaran adalah adat yang sudah menyusahkan pasangan untuk nikah.
    January 27 at 9:16am聽via聽mobile聽路聽Like聽路聽4
  • Fauzy Ramli聽Hantaran juga boleh dianggap kesungguhan sang lelaki utk memiliki sang perempuan..
    January 27 at 9:50am聽via聽mobile聽路聽Like聽路聽2
  • Yusri Yusoff聽Betul, tapi kembali pd objektifnya utk apa. Kalau hantaran buat belanja kahwin sepenuhnya mmglah merugikan dan kesian pd pengantin.聽

    Tp kalau utk kegunaan mereka kan bagus? Boleh buat belanja rumah, peralatan asasi rumah etc. kan spt satu simpanan? Tp pastinya kos hantaran juga perlu sesuai dgn kemampuan pengantin.
    January 27 at 9:51am聽via聽mobile聽路聽Like聽路聽11
  • Nuraida Khalid聽Kalau hantaran digunakan sebagai pengukur “worth” seorang gadis, mcm mana pulak? Hantaran 5k = “haa ni mesti adalah yg tak kena ngn budak pompan ni”… Hantaran 20k = “mana punya jambu lah pompan ni”聽

    And selalunya hantaran si mempelai dapat ke? Selalunya diserahkan pada ibu-bapa untuk cover cost kan?
    January 27 at 9:53am聽via聽mobile聽路聽Like聽路聽6
  • Mohamed Farhan Mohamed Samsudin聽Ustaz聽Yusri Yusoff, dalam artikel di pertengahan akhbar pula menyatakan asal hantaran sebagai hadiah kepada ibu bapa pengantin perempuan. Boleh Ustaz ulaskan?
    January 27 at 11:20am聽via聽mobile聽路聽Like聽路聽1
  • Arafah Sahib聽Alahai… bila bab ni tau plak mana yg wajib. kalo gitu tak perlulah amik mak andam. Deco. Berkat dan mcm2 lg adat yg ada dlm majlis tu. Tu sume banyak pakai duit gak. Napa hantaran tak blh kasi? Seribu pon jadilah.. bimbang jadi fitnah lain plak. Wallahu a’lam. Banyak cara lain untuk jimat kos di samping buat sume pihak happy. Semestinya kita nak org doakan kita di hari bahagia kita bkn kutukan dan umpatan..
    January 27 at 11:24am聽via聽mobile聽路聽Like聽路聽4
  • Yusri Yusoff聽Mentaliti dan paradigm ibu bapa kena ubah dlm hal ni. Tp biasanya mak bapak buat utk buat belanja kahwin yg grand. Eg katil atau hiasa decor etc. Tu maksud saya, kan kalau mereka jimat dan belanja mana yg perlu, at least 30% atau lebih boleh bagi balik pd anak.聽

    Tiada salahnya kalau hantaran mahal, tp tgklah jugak bakal menantu. Jugak mcm saya kata td, objektif. Katalah menantu kaya, takkan 20K hantaran belanja langsai begitu?
    January 27 at 12:14pm聽via聽mobile聽路聽Like聽路聽1
  • Yusri Yusoff聽Lagi satu mmg dlm agama, kalau kita rujuk karangan Imam Ghazali dlm Bimbingan Mukminin (Spi Pergas belajar) kan ada sentuh, kita buat sesuatu utk elak cela atau umpatan org pun mmg digalakkan.聽

    Jangka masa panjang pun baik utk hubungan antara keluarga kita dan nama baik kita pd pihak sebelah sedara mara perempuan.
    January 27 at 12:18pm聽via聽mobile聽路聽Like聽路聽3
  • Mohamed Farhan Mohamed Samsudin聽Yup, saya masih ingat apa yg ustaz sampaikan di pergas dulu
  • Faridah Nur Irsyad聽salam pada semua di sini… saya dan suami juga $0 hantaran dan kami berkongsi majlis walimah, tiada pelamin, tiada mak andam, make up sendiri, baju saya jahit sendiri, tiada photographer, tiada decor, tiada bertandang dan semua yang sewaktu dengannya lah…semua kosnya kami berdua yang biayai jadi pihak ibubapa dan keluarga tak perlu keluarkan apa2 kos… perbelanjaan kami pon kurang dari $10 ribu, most of it goes to the reception saja… alhamdulillah rezeki Allah bagi selepas walimah dapat kami mengerjakan ibadah umrah Ramadhan dan berbulan madu di Madinah! tiada apa2 hutang yang bersangkut paut dengan perkahwinan, dapat mulakan hidup baru dengan aman…nak perkakas apa2 selepas tu beli sendirilah… lagi senang!
    January 27 at 1:51pm聽路聽Like聽路聽4
  • Yusri Yusoff聽Terima kasih cikgu. Semoga Allah berkati pernikahan cikgu.聽

    Saya kira kos walimah yg dikongsi perlu diteladani khususnya yg berpendapatan rendah dan sederhana. Yg penting jgn lepas nikah, akaun simpanan bukan shj $0 tetapi sampai berhutang pulak!
    January 27 at 3:16pm聽via聽mobile聽路聽Like聽路聽2
  • Mohamed Farhan Mohamed Samsudin聽Ust聽Yusri Yusoff, kalau yg khuatir kewangan selepas nikah boleh jadi sedemekian, boleh hubungi saya, saya boleh bantu.聽

    Sebaik-baiknya.hubungi saya semasa perancangan perkahwinan ye.
    January 27 at 3:28pm聽via聽mobile聽路聽Unlike聽路聽2
  • Yusri Yusoff聽Hah,聽Mohamed Farhan Mohamed Samsudin. Ustaz聽Mohd Kamal Mokhtar聽pun share the same concern! Cuma ana tak sampai peringkat Get Lost! Assalamualaikum jer…
    January 27 at 4:23pm聽路聽Like聽路聽2
  • Faridah Nur Irsyad聽saya rasa tentang hantaran tu terpulanglah kepada persetujuan kedua belah pihak pengantin dan keluarga.. tiada atau ada, banyak atau sikit, nak reveal atau tidak yang penting seperti ustaz cadangkan baiklah jika ia digunakan untuk simpanan bagi kedua pengantin memulakan alam rumahtangga…
  • Yusri Yusoff聽Betul, saya setuju sgt. Case by case basis. Tp status saya dlm kes2 mcm dlm BM tadi. Lebih pd mainstream.

Leave a Reply