Tempohari di masjid, saya didatangi oleh seorang belia lelaki. Beliau ingin dapatkan kaunseling katanya. Saya tanya ada appointment tak? Sebab seingat saya, pada hari tu saya tiada temujanji kaunseling dengan sesiapa. Tepat seperti jangkaan saya beliau menjawab tidak. 

Oleh kerana tiada appt, saya suruh beliau tunggu sebentar sambil saya selesaikan beberapa tugasan saya. Lepas tu barulah saya dapat mulakan sesi dengan beliau.

Saya sebenarnya terkejut beliau datang seorang diri sahaja, maklumlah, para belia tidak seperti orang dewasa, mereka biasanya tidak datang seorang diri tetapi biasanya dirujuk oleh ibu bapa mereka. Ini kerana para belia biasanya merasakan yang mereka tiada masaalah apa-apa. Tetapi ibu bapa mereka yang berasakan mereka bermasaalah. Sebagai contoh hisap rokok atau ponteng sekolah. Bagi para belia, itu bukan satu masaalah. Ini berbeza dengan tanggapan ibu bapa mereka.

Client (saya gelar sebagai Z) saya ini berusia 19 tahun dan sekarang ini bekerja sambilan. Mempunyai latar belakang agama yang kuat juga. Saya tanya dia, apa yang saya boleh bantu. Beliau menjawab yang dia sudah terlanjur dengan gadis (saya gelar sebagai H) berusia 16 tahun! Sekarang ini pula sudah 5 bulan mengandung. Saya buat cool aje..walaupun sebenarnya terkejut beruk juga dibuatnya. Maklum muka budak ni, muka budak baik-baik.

Sebenarnya kalau nak cerita pasal apa yang dibincangkan pada sesi itu mungkin panjang dan sempat untuk dimuatkan di sini. Tapi apa yang saya ingin share di sini ialah ibu bapa budak perempuan tersebut telah memberi pilihan sama ada anak mereka menggugurkan kandungan atau kekalkan kandungan dan dihalau dari rumah. Budak tersebut mengambil keputusan untuk kekalkan kandungan dan beliau dihalau dari rumah serta tidak diterima sebagai anak mereka lagi.

Tahu anak beliau menumpang di mana sekarang? Di rumah tumpangan remaja perempuan kelolaan badan missionary Kristian. Kesian kan? Sekarang ni saya cuba berhubung dengan pihak Pertapis bagi urusan penghantaran H ke sana. Doakan semoga berjaya.

Keadaan ibu H berbeza dengan satu kes yang pernah saya kendalikan baru-baru ini juga. Seorang remaja wanita berusia 18 tahun (saya gelar sebagai S), lari meninggalkan keluarganya untuk mengikut teman lelaki beliau dan tinggal bersama keluarga lelaki tersebut.

Inilah tren sekarang, temanita atau teman lelaki dianggap seolah-olah seperti anak sendiri sehingga sanggup membelakangkan keluarga sendiri.

Apabila saya berjumpa dengan ibu dan ibu saudara serta bapa saudara S, selain daripada beberapa strategi yang dibincangkan di sini dalam ikhtiar kami untuk memujuk keluarga teman lelaki S memulangkan S ke pangkuan keluarga, saya juga meminta supaya ibu S dan bapanya perlu terus berdoa dan jangan berputus asa.

Alhamdulillah, selang dua minggu kemudian. Sang ibu dan dua ibu saudaranya datang berjumpa saya sekali lagi dan kali ini bersama S. Terkejut juga saya. Tapi terkejut bercampur gembira. Pada masa yang sama juga saya turut berasa sedih kerana S sudah mengandung dua bulan.

Pengajaran dan iktibar yang dapat diambil dari kedua kisah ini ialah, tabiat buang anak yang telah mengandung atau murtad adalah satu perbuatan yang memberi keburukan jangka panjang. Malah boleh memberi kesan pada agama anak tersebut.

Tapi pada masa yang sama, jika seorang ibu atau bapa tersebut bersabar dan tidak berputus asa terhadap anak tersebut. I.Allah, anak tersebut mampu berubah dan menjadi seorang yang lebih matang serta mampu mempelajari dari kesilapan lampau mereka. Siapa tahu pada masa akan datang anak tersebut mampu menjadi seorang anak yang soleh atau solehah dan berbakti kepada kedua orang tua.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

5 responses »

  1. dew embun says:

    Ust,rumah tumpangan alternatif Muslim takde vacancy ke?

  2. Mohd Yusri Yubhi says:

    Cerita belum habis..separuh jalan ngantuk..hehe. Ni inisiatif dari Bf dia. Maklum beliau tgh panic. For time being kita cuba fikir macam mana utk alihkan gf dia ke rumah tumpangan badan Islam.

  3. TheHoopoe says:

    Sebenarnya, ramai orang Islam yang sedang menginap di rumah tumpangan yang sebegini.Walaubagaimanapun perjanjian mereka tidak akan mengganggu agama para penginap, tetapi penginap yang telah banyak terhutang budi dan menanggung jasa kepada badan-badan tersebut – selain dari asas keimanan mereka yang kurang stabil – mengakibatkan kesan negatif yang amat ketara.

  4. dew embun says:

    Masa cerita ngantuk takpe..jgn masa counselling ngantuk plak!Hmmm,the things we do bila dah tercepit…Hoopoe (jap eh,let me recover from reading you write Malay!hehe),gd point dan sememangnya benar.Naluri manusia untuk berasa terhutang budi terutama sekali bila dalam kesusahan. Jadi,apa langkah kita seterusnya untuk menghindarkan kesan negatif itu?Embun ada seorang kawan yang melalui sesi kaunselling di gereja kerana ia adalah tempat kaunselling yang terdekat pada rumahnya.Hmmmm….

  5. Mohd Yusri Yubhi says:

    Thanks embun for sharing. I.Allah for the next post I’ll write about murtad issue based on my experience dealing with them.

Leave a comment