Image

Soalan:

Antara tanggungjawab suami pada ibu dengan tanggungjawab ke atas keluarga (isteri dan anak-anak): mana yang lebih utama?

Jawapan:

Tanggungjawab terhadap ibu bapa merupakan satu kewajipan yang utama dan termasuk dalam perintah berlaku ihsan pada kedua ibu bapa yang dituntut dalam agama.

Berlaku ihsan pada ibu bapa ini pula meliputi ketaatan kepada perintah kedua ibu bapa kita, menyantuni dan melayan keduanya dengan baik dan menggembirakan hati mereka. Malah menjaga dan memberi nafkah bagi menampung keperluan hidup mereka juga termasuk dalam erti kata berlaku ihsan kepada kedua ibu bapa.

Dalam hal mentaati ibu pula, diberikan penekanan yang sangat jelas oleh Rasulullah s.a.w. dalam menunjukkan betapa kedudukan ibu itu sangat tinggi dalam agama. Ini dapat dilihat melalui sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.:

“Seseorang datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti?” Nabi s.a.w. menjawab: “Ibumu!” Dan orang tersebut kembali bertanya: “Kemudian siapa lagi?” Nabi s.a.w. menjawab: “Ibumu!” Orang tersebut bertanya kembali: “Kemudian siapa lagi?” Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali: “Kemudian siapa lagi.” Nabi s.a.w. menjawab: ‘Kemudian ayahmu.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

 Kedudukan Tinggi Seorang Ibu Dalam Agama

Menurut Imam Ibn Battal dalam kitab Fathul Bari Syarh Sahih Bukhari karangan Al-Hafiz Ibn Hajar, hadis ini menunjukkan kepada keutamaan darjat ibu sehingga disebutkan lafaz ibu sebanyak tiga kali berbanding lafaz bapa yang hanya disebutkan sebanyak satu kali sahaja.

Rahsia dan hikmah Rasulullah s.a.w. menyebut lafaz ibu sebanyak tiga kali dan lafaz ayah hanya satu kali ini (3:1 atau tiga nisbah satu), menurut Ibn Battal ialah kerana hakikat bahawa ibu menghadapi kesulitan dalam menghadapi masa hamil (1), kesulitan ketika melahirkan (2), dan kesulitan pada saat menyusui (3) anak, yang mana kesemuanya hanya dialami oleh si ibu sahaja. Manakala dari sudut membesarkan dan pentarbiyahan ia dikongsi sama antara ibu dan ayah.

Malah Allah s.w.t. sendiri mengakui hal ini dalam firman-Nya melalui surah Luqman ayat 14 yang bermaksud:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” 

Begitu juga dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud:

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyusunya adalah sehingga tiga puluh bulan (Yakni minimum usia hamil paling kurang sampai melahirkan adalah 6 bulan, ditambah 2 tahun (24 bulan) menyusui anak, jumlahnya menjadi 30 bulan)”.

Berlaku Ihsan Pada Kedua Ibu Bapa Sebelum Berumahtangga

Keutamaan untuk berbuat baik pada ibu bapa adalah mutlak bagi seorang anak lelaki mahupun perempuan sebelum mereka berumahtangga, kecuali dalam keadaan di mana perintah kedua orang tua mempunyai unsur maksiat, maka ia wajib diingkari. Namun, tetap kita diminta untuk mengingkari dengan cara yang sopan dan usah sampai berkasar atau sampai ke peringkat mengecilkan hati kedua ibu bapa.

Perintah mentaati kedua orang tua juga tetap tidak berubah walaupun ibu dan bapa bukan beragama Islam, ataupun ibu bapa kita seorang yang fasik yakni orang yang melakukan dosa besar.

Namun apabila seorang Muslim itu bernikah, beliau mempunyai tanggungjawab baru yang tidak kurang pentingnya di sisi agama.

Beliau bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami, atau dengan perkongsian nafkah bagi kes isteri yang turut sama bekerja, jika si isteri bersetuju dan keduanya bersepakat bagi gaya hidup tertentu dan tidak dimampui, andainya si suami seorang sahaja yang bekerja.

Peranan seorang suami dan bapa di sini bukan hanya sekadar menyara keluarga, lebih dari itu bapa berperanan penting melindungi isteri, memberi kebahagiaan kepada keluarga dan kedamaian rumah tangga, di samping keperluan memberikan pendidikan dan asas pendidikan Islam untuk anak-anaknya.

Keutamaan Yang Berbeza Setelah Berumahtangga

Namun suka diingatkan, bahawa tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya juga tidak akan berakhir walaupun dirinya telah berkahwin. Cuma berbeza dengan ketika sebelum bernikah, keutamaan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab barunya sebagai seorang suami dan bapa.

Kegagalan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kerana lantaran terlalu sibuk dengan ibu atau bapa sendiri sehingga mengabaikan keluarga baru iaitu isteri dan anak-anak juga merupakan sesuatu yang dilarang agama.

Untuk menilai keutamaan antara ibu atau dan keluarga sendiri bagi mereka yang sudah berumahtangga juga merupakan satu perkara yang subjektif, dan sukar untuk diberikan jawapan yang konsisten kerana ia kembali kepada contoh dan senario yang tertentu, yakni lain keadaan dan masa, lain pula keutamaannya.

Dalam isu hubungan antara suami bersama isteri dan ibu atau bapa, banyak keadaan di mana si suami kadangkala terhimpit di tengah-tengah, iaitu antara mengikut kata ibu atau isteri. Atas sebab itu, penting bagi seorang suami mempunyai kepimpinan yang tinggi dan berani membuat keputusan yang tepat, walaupun kadangkala menyinggung hati isteri ataupun ibu, jika itulah yang terbaik di sini agama.

Bagi menjelaskan perkara keutamaan antara ibu atau kedua ibu bapa dan isteri, saya berikan tiga senario berikut agar para pembaca dapat mudah memahami apa yang saya maksudkan.

Senario 1:

Ibu mendesak agar anak lelaki membawa isteri tinggal bersama atau tidak mengizinkan anak lelaki berpindah rumah sendiri. Si isteri pula berkeras dan bermati-matian untuk tinggal di rumah sendiri atau berpindah rumah jika belum mempunyai rumah sendiri.

Akhirnya si suami mendengar kata si isteri disebabkan si suami memahami benar perangai isteri dan juga ibunya. Iaitu jika keduanya kekal tinggal bersama, keadaan mungkin lebih menjadi huru hara dan tidak terkawal, bahkan tidak mustahil ia boleh membawa kepada perceraian pula.

Atas alasan jangka masa panjang, maka si anak membuat keputusan untuk berpindah dari rumah ibu dan membeli rumah lain. Dalam keadaan ini, si ibu mungkin kecil hati.

Namun suka diingatkan di sini, menyediakan tempat tinggal untuk keluarga juga merupakan satu kewajipan suami dan juga hak seorang isteri, yang mana jika tidak dipenuhi, bermakna kegagalan kita menjalankan salah satu tanggungjawab sebagai suami dan memenuhi hak isteri.

Walaupun berkemungkinan besar pada mulanya si ibu mungkin merajuk dan berkecil hati dengan tindakan kita, namun sebagai anak perlu untuk kita memujuk dan memahamkan ibu, serta menjelaskan secara objektif di sebalik keputusan yang dibuat.

Insha Allah lama-kelamaan ibu akan dapat menerima hakikat.

Keputusan yang jelas matlamatnya, pastinya akan membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak dari segi jangka panjang.

Pada masa yang sama, keputusan untuk berpindah rumah atau tidak juga perlu melihat keadaan dan latar belakang ibu atau bapa. Andai kata, ibu atau bapa atau keduanya masih lagi sihat dan kuat serta mampu bekerja; atau ibu atau bapa sudah tua, tetapi terdapat adik beradik lain yang sudi menjaga, maka tidak mengapa dalam keadaan ini suami memberi keutamaan kepada isteri dan anak-anak dengan berpindah rumah dan memenuhi hak isteri.

Senario 2:

Situasi yang hampir serupa dengan senario yang pertama, tetapi ibu bapa kita sudah tua dan uzur atau ibu dan bapa kita kematian suami atau isteri  dan tinggal keseorangan, dan sudah lanjut usia serta uzur pula.

Situasi ini juga melibatkan anak lelaki yang merupakan anak tunggal, atau dalam keadaan adik beradik yang lain langsung tidak mengendahkan keadaan ibu atau bapa mereka.

Maka dalam keadaan ini, wajib si anak memberi keutamaan kepada orang tua dan tinggal bersama mereka atau membawa mereka tinggal bersama isteri dan anak-anak, walaupun keputusannya ini mendapat bangkangan keras dari si isteri.

Ini kerana menurut hak isteri dalam situasi ini adalah amat tidak wajar, malah isteri perlu menunjukkan keihsanan terhadap mertuanya kerana keadaan yang sudah disebutkan tadi.

Ingatlah, kegagalan berbakti kepada ibu bapa dalam senario ini boleh mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga, sebagaimana yang disebutkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: “Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).” (Riwayat Imam Muslim)

Sedangkan jika si suami mengikut alasan isteri, maka dalam jangka panjang hubungan isteri dan anak lelaki bersama si ibu boleh menjadi keruh, dan tidak mustahil ini boleh menjejaskan perkahwinan mereka berdua kelak dalam jangka masa panjang.

Ingatlah, bagi setiap keadaan dan situasi mempunyai keutamaan yang berbeza-beza. Setiap keputusan pula perlulah objektif dan berlandaskan perintah agama secara menyeluruh. Jika ini dapat dilakukan, Inshaallah selaku anak dan suami, mereka bakal mendapatkan penghormatan dari ibu dan isteri.

Ibu dan isteri pastinya tidak selalu setuju dengan keputusan anak lelaki atau suami, tetapi jika keputusan kita adalah jelas dan melihat kepada kesan jangka panjang bagi keluarga dan menurut ruh ajaran Islam, maka lambat laun sesudah keadaan menjadi tenang, keduanya akan dapat memahami rasional di sebalik keutamaan dan keputusan yang dilakukan.

Semoga penerangan saya ini mampu memberikan sedikit pencerahan bagi isu yang saudara kemukakan.

===

Bagi yang ingin mendapatkan kaunseling secara bersemuka atau secara dalam talian (online) atau bagi sebarang pertanyaan, sila emel, abah.yasir@gmail.com atau whatsapp di talian: 65 8362 0211.

Boleh juga lungsuri link ini bagi latar belakang saya dan testimoni. 

Untuk follow FB page saya bagi maklumat terkini mengenai posting saya di blog ini, sila klik link ini.

Nota: Artikel ini merupakan versi tanpa suntingan penulis bagi kemusykilan agama yang sama yang telah diterbitkan dalam ruangan Hidayah, Berita Minggu Singapura pada  23 Februari 2014.

48 Replies to “Ibu Atau Keluarga: Mana Lebih Utama?”

  1. saya nak bertanya kan pendapat atau pandangan sebagai rujukan.. seperti yg kita tahu, adik beradik perempuan juga tanggjawab seorg llaki, bkn shja hnya kpd ibu bapanya.

    senario sy skrg ni, ibu bapa sy berada di kg.. adik sy dan sy bkerja di kl. sblm ini, adik sy tggl dirumah makcik sy yg blum bkahwin.

    sbgai seorg abg, ibu bapa dan makcik sy mharapkan sy utk mjaga adik sy. tp tanpa mngabaikan tggjwb sbgai suami, sy bbincang dgn isteri bkenaan perkara ini.

    kptusannye isteri sy tidak bsetuju krana baginya tidak selesa utk adik saya mahupun adik isteri sy duduk bsama sbumbung kerana risaukan perkara yg tidak diingini yg mungkin blh mmbawa kpd sesuatu yg lebih buruk.

    ape pendapat tuan. saya celaru kerana isteri sy yg sdg hamil anak pertama kami mngugut utk pulang ke rumah ibunya jika perkara bkenaan adik sy ini berterusan.

    tlg la sy..

    1. assalamualaikum encik joe. awak kan suami, awak lah yang berhak untuk membuat keputusan selagi mana tidak bercanggah dengan agama. memang dah tanggungjawab awak nak kene jaga adik awak sbb kalau adik awak buat apa2 contoh macam tak tutup aurat dan sebagainya awak turut diheretnya sekali masuk ke neraka. tapi tak salah jugak kalau adik awak duduk sendiri seperti rumah bujang ke atau macam mana pun tapi awak jangan lah lepas tangan terus macam awak ni tak de adik pulak, kenelah selalu pantau dia kan dah bini awak tak selesa sgt nk duduk sebumbung nk buat mcm mana. ingat selagi adik awak tak kawen selagi tu lah dia di bawah jagaan bapak awak dan awak. sekian dari saya seorang adik perempuan dan seorang isteri 🙂

    2. sy juga seorg isteri yg mempunyai adik ipar pernah menimbulkan masalah kpd saya. lantaran itu. buat kali kedua dia mahu tinggal bersama ..saya melarang suami saya. saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. dahulu adik ipar pernah membuli saya membasuh pakaiannya dengan tabiat letakkan baju kotor dalam mesin basuh. dek kerna tak nak bising2. saya tolong basuhkan. lama kelamaaan… dia membuli saya sehingga saat saya dalam pantang sekalipun dia buat begitu malas solat, pakai pakaian ketat menjadi kebiasaananya. tiba satu asaat.. .saya membebel apa yang tak kena dalam rumah …jadilah pergaduhan…selepas dia keluar dari rumah (balik kg rmh ibubapanya). baru dia sedar silap dia… sekarg dia nak tinggal semula…namun… saya cukup serik dengan apa yang dia buat…

      saya ingatkan suami saya….walaupun itu adik perempuanny juga tanggawabnya. tapi perlu ingat juga …isteri dan anak2 adalah amanah Allah. sekiranya kehadiran adik perempuan akan mengganggu urusan rumahtangga dan mungkin boleh menyebabkan pergaduhan suamiisteri. lebih baik adiknya tinggal bersama ibubapa kerana mereka adalah wali utama.

  2. Saya nak tnya…

    Ada 5 beradik.. 2L 3P…semua sudah berkahwin.

    jika diikutkan.. adakah seorang perempuan wajib bertanggungjawab sekali dlm urusan ibubapa sedangkan anak lelaki masih ada? Kerana si perempuan tidak bekerja dn tidak mampu untuk membantu ibubapa.

    Adakah adil jika segala urusan ibubapa dibahagai sama rata maksudnya segala perbelanjaan ibu bapa dibahagi 5.. sedangkan bila sampai ke hak tuntutan harta.. si lelaki tetap mendapat hak lebih dr perempuan tidak pula dibahagi 5? Adakah adil si abg berbuat begitu pada adik2 perempuan nya? Kerana bila sampai hak faraid dikira pula bahagian masing2 tp bila perbelanjaan bulanan dibahagi 5…bukankah sepatutmya si lelaki kene lebih tanggungjawab dr si perempuan yg mengikut kata suami?.

    1. laa x kire la laki ke pompuan ke, sejak lahir mak ayah x membezakan peruntukan bagi anak lelaki atau anak perempuan.kenapa bile dh berdaya bergerak dan berpikir anak perempuan nk lepaskan seluruh tanggungjawab pada lelaki?

      1. Betul cik Puteri.
        Isu faraid adalah perkara berbeza dan perlukan penjelasan lain dari sudut hikmah dll.

        Contoh mudah, walaupun isteri tidak dapat bahagian yg banyak, namun suaminya dpt bahagian lebih dari adik beradik perempuannya. Mengapa? Kerana tanggungjawab suami yg asal ialah memberikan nafkah kepada isteri dan anak2

  3. Salam tuan sy nk tny baru2 ini sy dpt tahu suami sy berkahwin lg sorg secara rahsia.sy bgtau ibu mertua sy mengamuk ibu mertua sy kerana dia dh alami apa yg ank dia buat kt sy.mertua sy tidak merestui perkhwinan baru suami.mertua sy pernah tegur cr baik perempuan tu supaya jgn kacau umhtangga org.mengikut beberapa org ustaz suami sy diguna2kan supaya lupa kt sy dan mertua sy.bygkan semasa mertua sy dtg kerumah kami suami sy bole keluar tglkan mak dan x blk2 sehingga mak pulang kerumahnye kerana kerumah isteri muda.dulu dia la seorg ank yg baik dan bertanggungjwb.mertua sy sgt sedih dgn apa yg ank dia lakukan terhdp dia.apakah hukum suami sy bersikap demikian terhdp ibu nye sedangkn dia dlm keadaan nye seperti disihir isteri ke 2.

  4. Assalammualaikum..Saya ingin bertanyakn pendapat,berdosakah seorang suami yang mengutamakan anak2 dan isteri nye dripada ibunya..suami sya anak kedua dri 5org adik beradik..yg sulong juga seorang lelaki..masalahnye sekarang ibu mentua saya tinggal dikampung bersama adik2 suami yg lain..ibu mentua masih mampu bekerja,yang merisaukan sya ibu mentua saya selalu mendesak suami saya untuk mengutamakan die dari anak2 saya..kadang2 permintaan yang die minta tak masuk akal,contohnye masa permulaan persekolahan anak yg sulong berumur 7thun dh mula bersekolah,tpi ibu mentua mendesak suami sye untuk pulang ke kampung utk menghantar adik tiri nye ke sekolah..dan ibu mentua saya bile permintaan nya tak dituruti oleh suami saya..ibu mentua akan mula mengeluarkan kata2 kesat,kdg2 smpai ckp suami saya nak derhaka..saya amat kecian dengan suami saya,sbb kadang2 kena ikut permintaan ibu mentua yang xmasuk akal..saya dalam dilema,suami pun amat takut jika digelar anak derhaka..persoalannye derhaka kah seorg anak jika ibu nya bersifat begini..

  5. Assalamualikum, sye nk bertanya pendapat. Sye anak lelaki tunggal dlm keluarga Dan mempunyai 2org adik perempuan bersama ibu sye yg telah kematian suami. Sye sudah berkahwin. Ibu Dan adik perempuan sye sihat. Sye ingin berpindah Ke rumah sendiri. Adakah berdosa atau bersalah sye, jika IBU sye berkecil hati sedangkan sye akan blik Ke rumah pada hari minggu Dan akan bertnye khabar melalui telepon. IBU Dan adik 2 sye menghrpkan sye kerana sye anak tunggal lelaki dan sulong. IBU sye seorg Sufi rumah dan adik2 telah bekerja. Terima kasih, harap dapat penjelasan..

  6. Saya punya pertanyaan .

    Jikalau saya harus mementingkan menafkahi ibu. Diabndingkan anak dan istri padahal dengan kondisi saya yg sangat amat terbatas ,tak berpenghasilan apakah boleh anak dan istri dijadikan korban ….diabaikan ..sehingga ibu lebih didahulukan …??
    Mohon jawaban

    1. Isteri dan anak juga sama penting dan tidak boleh dikorbankan.
      Perlu dikira2 dan diberikan prioriti. Jika isteri dan anak2 pastinya perlu diberi nafkah. Ibu bapa perlu dilihat dari sudut apa, dan boleh diberikan mana yg termampu. Perlu difikirkan bersama

  7. Ibu bapa biasanya tidak pernah membezakan antara anak2nya. Mengapa kita ingin mengira sekarang ini. Jika adik tolak abang, abang tolak adik, adik tolak kakak…ianya tidak selesai dan menjadi mangsa ibu bapa kita.

    Pastinya untuk beri sumbangan berdasarkan kemampuan yang ada. Tidak boleh dibahagikan sama rata kerana kemampuan berbeza.

    Cuma bagi yang tidak bekerja mungkin boleh membantu dari sudut lain seperti menjaga kedua ibu bapa yg sudah tua, dan adik beradik yg lain pula memberikan sumbangan kewangan termasuk pada adik beradik yg menjaga orang tua di rumah.

  8. As-salam ustaz.. Suami sy telah kehilangan ibunya. Beliau merupakan ank lelaki tunggal. Ayah suami sy tinggal bersama dua org ank perempuan nya yg masih BUJANG di rumah ayahnya. Persoalannya disini adalah, adakah wajib suami sy tido di rumah ayh nya sehingga perlu tinggalkan isterinya di rumah. Suami sy perlu memberi perhatian yg lebih kpd ayh nya dek kerana ayh nya masih lagi dalam keadaan bersedih duka. Keadaan kesihatan ayh nya juga tidak berapa baik. Dalam hal sebegini adakah perlu suami melebihkan ayahnya walaupun ayahnya masih ada ank perempuan bujang? Apakah hukumnya sehingga suami membuat isteri sedikit terasa kena tidak di endahkan?

  9. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang keadaan di mana suami lebih mementingkan keluarganya sehingga memberi kereta kepunyaannya kepada ibu bapa beliau sedangkan saya sebagai isteri perlu membeli dan membayar kereta tersebut sendiri setiap bulan. Suami juga membayar roadtax kereta yang diberi itu setiap tahun dan saya perlu membayar roadtax kereta saya sendiri. Bukankah satu kewajipan bagi suami untuk menyediakan kereta untuk isteri?

    Suami juga ada mengirim wang kepada ibu bapanya setiap bulan tetapi tidak pernah memberi wang nafkah kepada saya dengan alasan wang tidak mencukupi. Adakah mengirim wang kepada ibu bapa lebih penting daripada nafkah seorang isteri? Saya sering menggunakan wang gaji sendiri untuk perbelanjaan harian seperti makan, pakaian dan perbelanjaan harian.

  10. assalamualaikum…

    sy ingin bertanya pendapat,

    suami sy berpendapatan kecil begitu juga saya. suami juga anak sulong dan ibu bapanya masih bekerja. apa yang merisaukan sy, segala perbelanjaan isi rumah, segala keperluan sy dan ank trmasuk suami, adalah menggunakan pendapatan saya. manakala pendapatan suami adalah untuk menampung sumbangannya kpd ibu bapanya. walau pun ibu bapanya masih bekerja, dia tetap ingin membayarkan sewa rumah dan duit belanja dapur utk ibu bapanya. oleh itu, saya lah yang menampung nafkah saya sendiri, anak2 dan blanje di rumah. saya tidak pernah membeli pakaian sendiri akibat ketidakcukupan kerana menanggung beban keluarga. sedang suami wangnya diperuntukkan untuk membayar hutang2 keluarganya sebelum kahwin dan sewa rumah serta sedikit wang blanje utk ibu bapanya. apakah pendapat tuan tentang perkara ini. mohon dijelaskan… terima kasih…

  11. Salam ustaz. Saya sedang dilema bgaimana hendak membahagikan tanggungjawab dan masa kepada ibu bapa kandung dan ibu bapa mertua saya. Untuk makluman ustaz, ibu bapa kandung saya telah berpisah dan masing masing telah berkahwin baru. Jadi saya mempunyai 3 pasang ibu bapa iaitu (ibubapa mertua, ibukandungbapatiri dan bapakandungibutiri). Tetapi sudah suratan takdir, ibu saya berkahwin dengan lelaki orang dan menjadi isteri kedua. Selepas berkahwin, saya dan suami tinggal dengan ibu kandung saya di jb kerana bapa tiri saya sering tiada di rumah kerana pergi ke rumah isteri pertama di KL. Jadi, ibu saya hanya akan tinggal berdua dengan adik perempuan saya yang berumur 17 tahun. Ibu saya seorang yang sangat sibuk kerana berniaga di kantin sekolah. Jadi, segala hal ehwal di rumah terletak di bahu saya seperti mengemas, memasak, membasuh serta membeli barang dapur. Selain itu, kami tinggal di rumah ibu saya kerana tempat kerja kami sangat berdekatan dengan rumah ibu saya. Pada masa yang sama, ibubapa mertua saya dan bapa kandung saya juga tinggal berdekatan dengan rumah ibu saya (about 20 min).

    Suami saya sangat busy dan hanya cuti pada hari ahad. Minggu pertama dan minggu ketiga suami saya akan berkerja shift siang (8pg-8mlm) dan minggu kedua serta keempat suami saya akan bekerja shift malam (8mlm-8pg). Pada minggu suami saya kerja shift malam, suami saya akan tidur di rumah ibu mertua saya sementara menunggu bapa mertua saya pulang dari kerja pada waktu petang. Hal ini kerana ibu mertua saya takut tinggal sendirian. Adik beradik suami saya semuanya tinggal berjauhan. Selepas bapa mertua saya pulang dari kerja, suami saya akan bergegas pulang ke rumah ibu kandung saya (tempat kami tinggal) dan terus bersiap-siap untuk bekerja pada waktu malam. Jadi, saya hanya dapat berjumpa sekejap dengan suami saya kerana beliau masuk bekerja pada waktu malam.

    Pada hujung minggu pula, kami hanya dapat meluangkan waktu bersama pada hari ahad sahaja (suami off day). Pada waktu tersebutlah kami dapat menguruskan rumah tangga dan meluangkan waktu bersama seperti mengemas rumah, membeli barang dapur, basuh kereta, pergi bank, pergi jalan jalan, etc. Saya pula kadang-kadang sibuk buat tempahan kek atau kuih muih untuk menjana pendapatan sampingan. Saya juga tidak berani membawa kereta jadi pada hari ahad tersebut lah saya meminta pertolongan suami saya untuk membawa saya membeli stok barang bisnes saya. Jika bapa tiri saya tiada, suami saya akan mengambil tanggungjawab untuk ambil adik saya tuisyen kerna ibu saya sibuk berniaga di kantin sekolah. Dengan keterbatasan waktu ini, kadang-kadang kami tidak dapat balik tidur di rumah ibubapa mertua saya dan bapa kandung saya. Masing-masing tinggal berhampiran dengan kami tetapi kami tidak mempunyai banyak waktu untuk meluangkan masa bersama mereka. Ketiga tiga mereka selalu menyindir atau merajuk kerana tidak tidur di rumah mereka.

    Saya risau sekiranya saya menjadi anak dan menantu derhaka. Saya sayang kepada ketiga-tiga ibu bapa kami walaupun terpaksa berkorban tenaga dan waktu. Saya dan suami juga tidak mempunyai kualiti masa bersama kerana suami sibuk bekerja terutamanya jika suami kerja shift malam (siang suami teman ibu mertua sampai maghrib).

    Bagaimana kami hendak membahagikan masa antara ibu bapa kami dan masa kami bersama? Buat masa ni kami belum mempunyai cahaya mata lagi. Saya bimbang kami tidak mempunyai masa untuk memberi perhatian kepada anak kerana sibuk bekerja dan ke sana ke mari kerana menemani ibu masing-masing. Hal ini kerana ibu saya tinggal sendirian jika bapa tiri tiada manakala ibu mertua saya sendirian jika bapa mertua saya keluar bekerja yang kadangkala outstation. Dalam situasi ini, adakah saya dan suami perlu berkorban demi ibubapa selamanya? Sedangkan kami tidak bahagia kerana selalu tiada waktu bersama.

  12. Assalammualaikum ustaz..
    Saya ada 1situasi dimana ayah dh kawen lagi1 dan x menjalankan tanggung jwb dgn adil kepada isteri tua(ibu saya).
    Saya mengambil langkah sekarang memberi belanja lebih kepada ibu sy berbanding bapa sy kerana dia lebihkan bini barunya..
    Tetapi sekarang bapa sy pertikaikan dan telah menyatakan kepada sy bahawa tanggung jwb sy utama kepada ibu bapa selepas itu baru isteri dan anah saya.. bagai mana saya nak selesaikan keadaan ini?
    Saya pon ada tanggung jwb kpd isteri dan anak saya. Sy juga beri belanja bulanan kpd ibu dan bapa saya. Cuma saya lebihkan ibu saya dr bapa saya. Sedangkan setahu saya sekiranya seseorg yg berkahwin2 itu bermakna dah berkemampuan dr segi nafkah zagir dn batin..
    Sedangkan sy telah menjalankn tanggung jawab sy membantu ibu saya dr segi belanja bulanan dan sedikit kepada bapa sy..
    Apakah yg perlu saya lakukan ustaz?
    Minta pendapat dari ustaz…

  13. assalam..sy berkahwin dgn anak sulung…keluarga mertua sy ni mengamalkan gaya hidup.mewah( kiranya barangan branded dan tempat tggal dgn hiasan up to dated)..makan pon tempat mahal lah jugak…bila keluarga mertua susah suami sy byk tolong..sy xkisah tp tgom keaadaan contohnye mak dia minta bayarkan yiran sukan yg mendedahkan aurat adik perempuannya…bg duit utk keluarga tp yuran sek anak sy tertunggak…sy sedih n stress tp sy redha akhirnya….sy akan tempuhi keaadaan begini hingga mati..lg satu adik ipar lelaki kan ada batas aurat..sy xselesa dan adin ipar lelaki ni xbekerja duduk bilik main permainan vedio sj…. :'(

  14. Assalam.. Saya nak bertanya. Saya sudah berkahwin setahun dan sekarang tinggal di rumah ibu saya kerana ibu ingin memberi peluang kepada kami menyimpan wang utk membeli rumah. Tetapi keluarga mertua saya sering memberi penekanan kpd suami dan memaksa kami pindah keluar dengan segera. Sebelum kami tinggal di sini, kami menyewa tetapi lantaran tidak mampu membayar sewaan yg semakin meningkat kami terpaksa pindah keluar. Keluarga mertua seperti tidak memahami dan kami buntu di atas desakan mereka. Kami ingin membeli rumah mampu milik dgn harga 50k, tapi boleh pulak mereka meminta kami membeli rumah yg lebih besar. Sekarang suami tidak dapat membuat keputusan. Ape patut kami buat? Memenuhi permintaan ibu mertua atau terus tinggal di sini kerana ibu saya sudah tua dan tinggal berseorangan.

  15. Assalamualaikum ustaz..sy nak bertanya satu soalan

    Saya dgn suami khwin hampir 4tahun
    Dan sy mempunyai 2anak hasil kegagalan perkahwinan sy dulu
    Bila saya dh berkahwin sy dikurniakan seorng anak dr suami baru saya

    Sejak sy khwin dgn dia nafkah dari segi wang belanja dia Jarang bagi SBB sy masa tu sy bekerja, Itu pun kalau sy Mintak baru dia kasi itu pun kalau dia ada kalau x ada dia x bg
    Sy dulu bekerja satu bidang Yg sama ,sejak sy ada ank Yg skung berumur lingkungan 2thn6bln sy tak bekerja..sy dah mula perasan duit nafkah ,wang perbelanjaan dapur,keperluan anak2 sy mula kurang dia x bg,
    Sejak dr tu sy dh mula rasa benci dgn dia kerna satu HR kami bergaduh tetang nafkah anak tiri..saya tahu x wajib bagi di untuk beri nafkah pada anak tiri dia,mula kami bertekak dn terkeluar dr mulut dia sendiri berkata didepan anak2 sy ,

    Kata2 dr suami sy
    ” sebenarnya kakak dady x wajib beri nafkah pada kamu dan adik kamu sebab dady bukan ayah kudung u,disebabkan dady berkahwin dgn mommy u dady perlu beri pada kamu tapi segala keperluan Yg kamu n adik kamu tu bukan dianggap sebagai tanggjwpb nafkah dady pada kamu TP hanya sekadar sedekah saja”

    Dr situ perkahwinan sy x semesra dulu
    Dibnyak mengungkit ,berkira, kadang2 kat rumah brg semua x ada dia buat x tahu
    Usaha cari duit dn hanya sekadar berkata( sabar)

    Dan dr situ sy dgn ibu dia x rapat kerna ibu dia pertikaikan pakaian sy dn pernampilan sy
    Mula tahun ini raya Thn lps pun suami x bawa sy..baru2 ni adik dia nikah pun x bawa saya senang cita kalau melibatkan keluarga dia sy ibarat x hujud ,dia nak balik umah mak dia JUST sekadar bg tahu je tup..tup.. Esok pg sy bgun tgk dia x ada bila call CKP balik umh mak ..saya rasa dia lebihkan ibu dia dr sy
    Kerna dia Yg sulung dr 7adikbrdik..

    Sy mohon pencerahan dr ustaz
    Terima kasih

  16. as salam , saya ada soalan . suami kata dia harus utama kan ibu nya . andai kata ibu nya tidak membenarkan dia pulang ke rumah saya maka dia tidak boleh pulang . adakah itu benar ? mohon penjelasan

  17. Assalamualaikum,

    Saya seorang anak perempuan tunggal dan mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki. Antara kami bertiga, saya paling bertanggungjwab terhadap ibubapa saya. Dahulu setelah tamat pengajian ijazah, saya berkerja selama 2 tahun dan tinggal menyara ibubapa saya. Tetapi saya merasakan rezeki saya bukan di situ dan ingin melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah, Allah sangat-sangat memudahkan urusan itu dan saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat master.

    Tetapi ibu saya memanggil saya pulang untuk menjaga dirinya yang semakin tua. Sekarang saya rasa serba salah, antara melanjutkan pelajaran atau duduk tinggal bersama ibu. Perlu di terangkan, keluarga kami mempunyai masalah kewangan sekarang dan saya mempunyai sumber pendapatan dari elaun master. Jika saya berhenti belajar, saya tidak pasti saya dapat mencari kerja dalam masa singkat kerana sebelum saya bekerja dahulu, saya menganggur setahun lebih. Dan tujuan saya menyambung master kerana ingin mendapatkan masa depan yang lebih baik. Saya dah berdoa berkali-kali sebelum berhenti kerja dahulu, “ya Allah permudahkan urusan sambung belajarku kalau inilah yang terbaik untukku” dan Allah memang mempermudahkan urusan kemasukan pengajian saya. Dan saya tinggal 1 semester lagi untuk tamat pengajian.

    Adik lelaki saya sedang sambung belajar dan abang saya kerja tidak menentu. Ayah masih hidup tetapi sedang uzur. Mohon kerjasama pihak encik untuk membantu mencerahkan permasalahan ini. Terima kasih,

  18. assalam ustaz,

    saya anak yang ke 7 dari 9 adik beradik, 2 tahun lepas ayah saya telah pergi ke rahmatullah. moga roh ayah ditempatkan bersama kekasih Nya.

    Sebelom ayah meninggal dia berpesan menyuruh saya pindah tinggal di kampung bersama mak saya untuk menjaga mak, jaga rumah, jaga kebun. yang pada masa tersebut saya mempunyai anak 3 org dan isteri dan tinggal di rumah sewa. alasan ayah kerana saya susah pada masa itu dan tiada rumah.

    tetapi selepas ayah tiada mak saya mahu anak perempuan beliau yg tinggal bersama dia iaitu akak saya. mak n adik beradik mengatakan ianya tidak sah kerana tiada hitam putih. saya berlapang dada dan berserah pada keputusan tersebut. saya teruskan kehidupan seperti biasa.

    abg saya yang sulung tidak membenarkan kakak saya pindah ke rumah pusaka itu kerana tidak mahu harta jatuh pada tangan menantu. jadi abg saya ambil keputusan utk tinggak bersama mak di kampung berdua hingga ke hari ni. abg saya berstatus duda dan hanya mempunyai seorang anak angkat.

    kemuadian saya berusaha membeli rumah dah alhamdulillah dengan izin allah dapat beli n tinggal dirumah sendiri. anak dan isteri saya sangat gembira kerana rumah kami dekat dgn surau utk kami solat jemaah n belajar agama.

    namun setahun selepas ayah pergi, mak telah jumpa satu coretan dari buku lama ayah yang mengatakan sama seperti apa yg dipesan sebelum ayah pergi yang menyuruh saya balik ke kampung. maka mak meminta saya sekeluarga balik tinggal di kampung namun isteri saya tidak bersetuju untuk balik. puas saya pujuk hingga hubungan kami hampir putus (bercerai) disebabkan isu ini. isteri saya mempunyai business jahitan nya di sini dia jugak beralasan belum bersedia untuk tinggal dengan orang lain. isteri saya lagi suka jika mak yang tinggal bersama saya di rumah saya.

    antara point yg lain:

    1. kalau saya balik kampung abg saya akan keluar dr rumah itu dan tinggal di rumah sewa.
    2. ada jugak adik beradik yang tak setuju saya balik kerana rumah itu akan menjadi rumah kekal saya sekeluaga.
    3. saya perlu pindahkan sekolah 3 org anak saya dari kulai ke kampung pada awal 2017 lalu tapi saya tidak buat kerana tidak dapat memberi keputusan.
    4. mak saya sekarang merajuk kerana saya tidak pindah pada awal 2017 lalu kerana saya tidak boleh buat keputusan samada balik atau tidak.

    saya menjadi buntu samada perlu ikut kemahuan mak atau menyelamatkan keluarga n anak2 saya.

    harap dapat la sedikit sebanyak direction yg sepatutnya dari pandangan ustaz.

    Bagaimana ustaz?

  19. Saya sedang mengandung anak ke-4 dan mmempunyai anak-anak yang masih kecil. Anak sulung saya baru berumur 7 tahun dan yang paling kecil baru mencecah dua tahun. Pada masa ini, saya amat memerlukan nasihat yang berguna untuk memberi ketabahan dalam hati.
    Dalam keadaan saya yang mengandung pada umur 36 tahun, saya mengalami alahan yang teruk dan mempunyai komplikasi yang lain seperti anemia. Saya memerlukan rehat yang cukup untuk memastikan saya dan kandungan berada dalam keadaan sihat. Kandungan dan kesihatan saya berisiko jika saya tidak mendapatkan rehat yang cukup.
    Namun demikian, saya terpaksa mengurus anak-anak dan rumah sendirian kerana suami perlu menjaga ibu mertua saya yang sedang sakit di hospital. Saya dan suami dua-dua bekerja, dan apabila habis waktu pejabat, suami saya akan pergi bermalam ke hospital menjaga ibunya. Saya pula berada di rumah sendirian mengurus hal rumah dan anak-anak yang menyebabkan kesihatan saya semakin merudum dan seterusnya menyebabkan risiko pada kandungan. Tetapi saya sedar saya tidak boleh menghalang suami daripada menjaga ibunya yang sedang sakit di hospital tetapi pada masa yang sama saya risaukan kandungan dan kesihatan diri saya.
    Suami saya mempunyai 6 beradik dan mempunyai jadual untuk menjaga ibunya di hospital. Jadual tersebut dibuat untuk berlaku adil kepada semua adik beradik beliau. Keluarga kandung saya pulak berada jauh di Sarawak dan saya tinggal di utara semenanjung. Ibu saya yang berada di Sarawak juga tidak boleh menemani saya di sini kerana tidak sihat. Dalam keadaan saya yang berbadan dua dan berisiko, saya sangat memerlukan suami untuk ada di sisi mengurus rumah dan anak-anak. Kami tidak mempunyai peruntukan yang lebih untuk mengupah pengasuh atau orang gaji untuk berada di rumah menemani saya. Saya telah mengutarakan masalah ini kepada suami, namun suami hanya menyuruh saya bersabar kerana ibunya juga memerlukan dia untuk berada di hospital. Saya amat risaukan kandungan saya dan kesihatan diri saya kerana saya selalu berasa sesak nafas apabila sangat keletihan. Apakah hak saya sebagai isteri dalam keadaan ini?

  20. Assalamulaikum.

    saya punya pertnyaan.

    saya belum berkahwin, masih belajar di Universiti dan masih tinggal bersama ibu dan bapa. saya sering tertekan kerana anak sulung kepada ibu dan bapa saya (abang) telahpun berkahwin lebih kurang setengah dekad dan tinggal sebumbung dengan ibu dan bapa (termasuk saya).

    mereka mempunyai dua orang anak masing masing berumur 6 dan 1 tahun. si isteri sering membiarkan anak berumur 6 tahun itu berbuat apa yg dia suka dan tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna seperti membenarkan anaknya makan d meja makan tanpa perpakaian, melawan kata katanya, bersikap kasar, mengambil hak org lain ketika di sekolah, suka berbohong, beriri hati/tidak puas hati, mengeluarkan kata kata kotor dan terlarang dan banyak lagi yg negative.

    saya mempunya adik perempuan berumur 7 tahun dan tinggal bersamanya. kebanyakan masa, saya yg telah membesarkan adik dan telah memahami dan menilai bahawa dia mempunyai perangai yg baik, dengar kata, berdisiplin, jujur , rajin dan sewaktu dengannya. 5 tahun yg lepas sewaktu adik berumur 2 tahun sehinggalah sekarang, saya mengalami pergaduhan bersama ipar kerana perbuatannya yg tidak bertanggung jawab terhadap anaknya yg sering membiarkan anaknya itu merosakkan kehidupan adik saya sehingga adik saya itu berperangai seperti anaknya. keadaan ini amat mengecewakan dan menyedihkan dan walaupun begitu, ibuku tetap membiarkan mereka tinggal sebumbung dengannya walaupun ibuku telah memerhatikan kelakuan cucunya yg sebegitu rupa depan matanya sendiri selama beberapa tahun. sehingga kini saya masih menjaga adik 50% – sediakan makan pagi, mandikan, bantu menyiapkan kerja sekolah, menghalang drp melakukan perbuatan yg dilarang bersama cucu teresbut dan sebagainya.

    saya pernah berkata kepada ibu, ‘lepaskanlah mereka daripada rumah ini kerana itu bukan lagi tanggungjawab mu. kalau ibu tidak biarkan mereka merasa kesusahan, sampai bila bila mereka tiada perkembang menjadi yg lebih baik dan dewasa dan mencari jalan untuk meneruskan kehidupan’. Walaupun ibu tidak mempunyai keadaan kewangan yg baik malahan mempunyai hutang yg banyak, ibu tetap memberi peluang kepada anaknya yg telah berkahwin itu utk tinggal bersamanya dan memperbaiki kehidupan mereka di bumbung yg sama.

    pergaduhan sering berlaku dan terus berlaku antara saya dan suami iseri itu tetapi tindakan yg ibu dan ayah lakukan masih tidak berkualiti seperti yg digambarkan (beri peluang, membiarkan diri merekan dilawan semula tanpa tindakan yg serius etc..) saya sering tertekan dan dikhuatiri melakukan perkara perkara yg merosakkan diri tetapi terus berusaha berfikiran positive kerana hidup saya ditentukan oleh saya sendiri – jika saya mahu senang, berbuatlah apa yg patut untuk menyenangkan kehidupan.

    banyak lagi yg perlu saya jelaskan dan saya berharap agar situasi yg saya alami ini dapat difahami dengan lebih mendalam kepada Abahyasir dan dapat memberi penjelasan tentang tindakan dan apa apa jua jalan untuk memahamkan ibu saya ini. mohon penjelasan.

    hafiezul
    kota kinabalu

  21. tambahan.

    berikut adalah gambaran suami isteri tersebut:

    -kedua duanya tidak mempunyai pekerjaan (mampu bekerja jika tindakan sewajarnya dilakukan- mengurus masa dengan bijak dan utilized)
    -suami kadangkala menggunakan barang terlarang seperti “batu” dan bahan bahan kimia yg merokakkan pemikiran dan waras (tidak serius)
    -malas melakukan pekerjaan rumah meskipun mudah – cuci pinggan mangkuk mereka sendiri, buang sampah etc
    -suami sering balik lewat malam dan jarang dirumah
    -menambah beban ibu dan bapa dan saudara saudara lain seperti meminta duit

    persoalan: adakah ibu dan ayah saya takut akan kehidupan mereka akan menjadi lebih teruk jika dibiarkan tinggal berasingan atau sebaliknya. kadangkala saya juga sering mengingatkan ibu bahawa hal ini akan lagi teruk jika mereka sering diberikan sokongan dari segi tempat tinggal, bantuan kewangan yg akhirnya menimbulkan ketidakadilan.

  22. Saya nak tanya..macam mana pula kalau ibu dan ayah suami masih sihat dan kuat bekerja.tetapi seperti menyuruh anak nya membuat rumah di belakang rumah mereka.sedangkan suami tidak berbincang dahulu dengan isteri.tambahan lagi.si isteri seperti tidak tahu akan hal membuat runah itu.adakah wajib suami mengikut ibu dan ayahnya atau yg mana lebih diutamakan.sebab bab kata org ..dekat bau busuk.jauh bau wangi..persoalan saya.ibu bapa perlukah masuk campur dalam urusan membuat rumah setelah anak nya berkahwin?

  23. Assalamualikum.

    Saya ada pertanyaan. Saya dan suami kedua-duanya bekerja. Suami saya anak keempat dari 7 adik-beradik dan ada 2 adik beradik lelaki yang lain. Suami saya tak berpuas hati katanya saya banyak menyimpan sedangkan dia kurang. Kalau membeli belah barang keperluan rumah, saya akan membayar separuh dari harga keseluruhan. Kalau saya tidak bayar, suami gemar mengungkit, sedangkan hakikatnya itu adalah tanggungjawabnya. Kalau dia ada duit dia akan membayar keperluan ibu bapanya termasuk bil elektrik rumah ibu bapanya, tetapi bil elektrik rumah saya harus membayar separuh daripadanya. Ini kerana hampir setahun ayah mertua saya terkena stroke. Ayah mertua saya pula masih mempunyai pendapatan daripada hasil jualan kelapa sawit yang ladangnya diuruskan orang lain dan tiada masalah wang.

    Bila saya bersuara yang sepatutnya dia yang bertanggungjawab, dia akan berkata yang kedua2 suami isteri bekerja dan saya patut membayar keperluan bersama. Saya rasakan lebihan duit yang dia ada untuk menyara keluarganya adalah lebihan duit kerana memeras duit saya. Untuk makluman tuan, saya banyak mengeluarkan duit sendiri utk keperluan yang lain contohnya; kalau anak-anak ingin makanan kegemaran mereka, dia akan memberi alasan dia tiada duit dan saya akan membayar. Kalau anak ingin mainan, dia akan memberi alasan tiada duit, saya akan membayar. Pakaian anak-anak, saya akan membayar. Pakaian saya, saya bayar sendiri. Sebab sikapnya yang begitu, kelihatan seperti mementingkan keluarganya lebih berbanding saya dan anak-anak, hubungan saya jadi renggang dan saya berjauh hati dengannya.

    Apakah hukum suami bersikap demikian, dan adakah saya berdosa kerana berjauh hati?

  24. Assalamualaikum ustazah saya nak bertanya , anak saya dah berkahwin pada umur nya 19 tahun suami nya berumur 20 tahun . Berlaku sedikit pertelingkahan antara anak saya dan suaminya , anak saya sedang mengandung 8 bulan sudah sarat . Ibu kepada suami nya membuat keputusan kepada anak lelaki nya iaitu suami anak saya supaya anak saya dan anak nya dipisahkan tempat duduk sementara sehingga anak saya melahirkan . Ibu mertua anak saya memberitahu anak nya iaitu suami anak saya supaya tidak perlu menghubungi atau bertanya khabar apatah memberi nafkah tanggungjawab kepada anak saya sehingga anak saya bersalin. Di samping itu, ibu mertua anak saya menyuruh anak nya iaitu suami anak saya supaya membuat ujian DNA untuk mengesah bahawa bayi yang anak saya kandung kan itu anak nya . Saya faham bahawa anak lelaki sepatutnya taat pada ibu nya tetapi anak saya telah berkahwin kepada anak saya . Adakah dalam hal ini si ibu mertua kepada anak saya sewajarnya masuk campur dalam hal ini ? Apakah pula si anak lelaki atau suami anak saya perlu patuh pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak saya iaitu isterinya ? Boleh ustazah berikan pendapat dan nasihat . Terima kasih ustazah .

  25. Assalamualaikum,

    Sekarang, ibu mertua yang tinggal jauh terlantar di hospital, namun ada anak-anak lain yang masih menjaganya. Suami saya yang tidak bekerja kerana masalah kesihatan juga berhasrat untuk pergi menjaga ibunya. Saya pula terpaksa menggadaikan barang kemas untuk membolehkan suami pulang ke kampung. Dalam waktu yang sama, saya mengandung 7 bulan dan menjaga seorang anak yang berusia 3 tahun seorang diri di bandar apabila suami pulang ke kampung selama beberapa minggu. Saya berasa sangat tidak ikhlas dengan pengorbanan ini. Saya berasa suami tidak memahami keadaan saya yang penat dan bahaya tinggal berseorangan bersama anak kecil ketika sarat mengandung.

  26. Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya. Saya sudah berumahtangga sudah setahun lebih. Jadi saya nak tanya ustaz, saya dan isteri duduk dirumah sewa sendiri, kemudian isteri saya tidak bekerja dan duduk dirumah jaga anak manakala saya pula bekerja. Ayah saya pula hari-hari datang ke rumah saya semasa saya sedang bekerja dan isteri berada dirumah. Tiap kali ayah saya pergi rumah pasti tidak memberi tahu kepada saya dahulu. Dan tiap kali ayah saya pergi rumah terus masuk tanpa memberi salam kerana dia mempunyai kunci rumah saya. Jadi, saya ingin bertanya apa hukumnya jika terjadinya sebegitu? Boleh ustaz terangkan?

  27. assalamualaikum, tuan… saya ingin mendapatkan pendapat tuan tentag isu rumahtangga saya.. saya baru melahirkan anak lelaki 3 bulan. sya tinggal bersama ibu mertua. ayah mertua sudh tiada lg. sebelum berkahwin suami meletakkan syarat untuk tinggal bersama ibunya kerana amanah arwah ayah suami y meminta mencari isteri y boleh tinggal dgn mentua. sy bersetuju, tambahan suami mengatakn rumah ibu bapanya bakal diwarisi olehnya..

    selepas berkahwin sy amat menyesali keputusan y sy buat untuk terima tinggal bersama mentua.. 1tahun 9bln sebumbung terlalu banyak perselisihan faham hinggakan tidak bertegur sapa.. banyak tangis jerit, sindir, y berlaku tpi biarla sy pendam. suami bekerja sebagai pemandu bas y hanya ada drumah 5-6 hari selepas 2 minggu bekerja bawa bas..

    sya amat tertekan dr segi emosi dan jujurnya sy tidak merasa kebahgiaan manisnya berumah tangga.. sehinggalah baru2 ibu mertua ‘sentap’ dn pergi kerumah anak mentuanya y lain. sudah hampir 2minggu. Dalam tempoh ini sya merasakn kebahgian dan perhatian y lebih dr suami.. sy menangis gembira pd Allah dlm tempoh ini. tpi ibu mertua akan blik semula kerumah xlama lg. sy amat gusar, takut, sedih dan bermacam2 lg.. sy takut suami berubah semula. pendapt y sy ingin bagaimana sy boleh meminta suami untuk tinggal berasingan dr ibunya. sy merayu pd Allah setiap kali lepas solat agar Allah lembutkan hati suami utuk sy dan anak tinggal berasingan dr ibunya. adakah sya mempunyai hak untuk meminta suami tinggal berasingan kerana gangguan dan campur tangan dlm rumh tangga, hasutan, sindiran, fitnah y dilemparkan pd sy. Sy amat tertekan.. sehari pun sy xsanggup lg tinggal drumah mertua.

  28. Macam mana pula kalau sebagai isteri mendengar cakap ibu mentua dengan menyuruh suami nya mencari kerja lebih kerana ibu memtua rasa keluarga mentua terbeban dengan keluarga anaknya, apabila itu terjadi, si suami iaitu anaknya memarahi si isteri kerana mendangar cakap ibunya.sehinggal sekarang dia tidak bekerja kerana merasa isterinya tidak bersyukur sewaktu dia bekerja.dan sering mengungkit bahawa isterinya salah sebab dengar cakap ibu si suami..si suami merasakan ibunya tak salah. Dan sering slah kan isterinya kerana dia tak bekerja

  29. situasi sy suami tidak berani bersuara terhadap keluarga nya dengan membiarkan saya dan anak terabai, akibat munurut kehendak keluarga suami yang terlalu banyak permintaan. sakit hati yang saya tanggung tapi di salah erti kerana saya tak mampu bersuara.

  30. Assalamualaikum ustaz. sy nak bertanya berkaitan ibubapa di belah suami adik saya. isunya ibu mertua adik gemar berjalan seperti pergi bercuti, pergi majlis2 tertentu pergi menziarah saudara mara dll. mertua adik sy ni sangat suka mengajar adir ipar saya untuk membawanya kerana adik ipar saya selalu ada masa terluang. tetapi anak-anak yang lain sering ada alasan sendiri untuk membawa ibu mereka. adik saya menjadi serba salah kerana dia tidak gemar dgn alasan ipar2nya. adakah perbuatan adik saya itu salah.? adik saya mahu adil kerana semua adik beradik ddk berdekatan dan berjawatan yg baik. terima kasih ustaz.

    1. Suami adiknya punyai peluang utk berkhidmat bersama ibunya. Yg penting jgn sampai abaikan isteri. Bagi adik beradik yg lain, mungkin sibuk atau tidak kuasa. Tiad apa yg boleh dilakukan. Tiada salahnya menegur.

  31. salam, saya ada pertanyaan. apa hukum suami memberi duit kepada ibunya melebihi dari nafkah yg diberi kepada isteri?

  32. Assalamualaikum ustaz,

    Suami saya anak tunggal dalam keluarganya boleh dikatakan dia seorang anak emak. Sejak berkahwin setahun lebih hingga kini dia kerap pulang ke rumah ibunya dan meninggalkan saya sendiri. Kami belum dikurniakan cahayamata. Dia hanya balik diwaktu subuh untuk bersiap kerja dan balik kerja dia pulang ke rumah kami sebentar sahaja kemudian dia akan balik semula ke rumah ibunya. Ia terus berlanjutan sehingga kini. Saya pernah berbincang dengan suami tentang perkara ni tapi tetap tidak medapat kerjasama daripada dia sehinggakan nafkah tak pernah dia beri. Saya terpaksa berdikari sendiri menguruskan perbelanjaan keluarga. Segala perbelanjaan rumah kebanyakkan saya yang tanggung alasannya dia mahu bayar hutang pada ibunya. Pernah saya minta cerai daripada suami tapi suami tak mahu lepaskan saya. Saya ibarat berkahwin tapi tiada suami. Saya buntu ustaz. Apa pandangan dan nasihat ustaz? Terima kasih ustaz.

  33. salam ustaz saya nak tanya, saya duduk bersama mertua saya . tapi suami saya dari awal kahwin sampai sekarang susah nak bagi adil untuk kunjung ke rumah mak ayah saya. sekali sekala mak ajak tidur rumah pun dia mengelak. bila kami pergi gym lepastu saya ajak mandi di rumah mak saya sebab dah dekat dengan ofis saya. tapi dia kata tak selesa, sedangkan rumah saya mmg selesa. saya sanggup korbankan gaya hidup saya untuk tggl bersama mertua saya walaupun rumah mak mertua lebih sempit. tapi benda kecil macamni pun dia tak boleh buat untuk saya.saya betul2 tersinggung dengan perangai dia ustaz dan tak tau mcmana nak sedarkan dia. sbb bila berkaitan dengan mak dia, laju je dia tolong. tapi bila saya nak sesuatu untuk keperluan diri saya, dia kata nanti dulu.. sedih saya ustaz, saya takut saya tawar hati dengan dia sebab skang saya masih boleh sabar lagi. cuma saya tak tau nak pulihkan keadaan bagi dia sedar yang penting dia fikir perasaan saya dan family saya juga.

    1. Saudari,
      Berpandukan dari soalan ini, saya dapat rasakan yang perkara ini sudah berlarutan lama dan dipendamkan sahaja.

      Langkah ke hadapan, perkara ini saudari perlu berterus terang kongsikan apa yang saudari rasa dan kesan buruk jika perkara ini berterusan.

      Sebagai alternatif, perkara ini boleh disampaikan melalui orang ketiga yang dipercayai kedua belah pihak.

      Walaupun ia tampak seperti perkara kecil, saya dapat rasakan ia boleh melarat dan merosakkan rumahtangga saudari jika tidak berhati-hati.

      Bertindaklah segera sebelum terlambat.

  34. Assalam Ustaz.
    Suami sy x mahu beri nafkah dgn alasan gaji sy lebih besar drp dia. Masalahnya suami semakin lepas tangan & semakin membebankan sy dgn hutang seperti byran bulanan keretanya pun sy yg kena bayarkn. Tolong sy Ustaz: mohon penjelasan tanggungjawab suami terhadap isteri & anak-anak. Terima kasih

    1. Waalaikumsalam.

      Puan Haniy,

      Tanggungjawab suami adalah memberikan nafkah atau perbelanjaan harian yang asas seperti menyediakan tempat tinggal, duit pasar, bil harian dan lain-lain. Namun, dalam konteks hari ini dengan sara hidup yang tinggi dan persetujuan memilih gaya hidup yang selesa, pasangan suami isteri biasanya bekerja dan membahagikan tanggungjawab melunaskan bil hari mereka bersama.

      Dalam hal ini, tergantung apakah persetujuan anda suami isteri. Jika tidak dibayar seperti yang dipersetujui, maka suaminya telah mengabaikan tanggungjawab nafkahnya.

  35. salam ustaz..

    saya nak bertanya berkenaan situasi 1 tp lebih kurang. saya berkahwin dgn anak tunggal. ibu mertua saya masih sihat dan boleh bawa kreta. cuma bapa mertua kerja di tampin dan balik smggu hanya 3 hari sahaja… 2 tahun 7 bulan saya berkahwin, mcm mcm cemuhan dan hinaan ibu mertua saya lakukan saya.. saya tidak selesa duduk dirumahnya kerana sepupu suami selalu dtg rumah dan ibu mertua sentiasa perhatikan gerak geri saya apa sahaja saya buat sehinggakan dia akan whatssap saya bermcm mcm perkara dan akan ceritakan pda org lain.. anak kami bru seorg.. kami hidup dalam kongkongan ibu mertua saya.. nak pindah rumah pon dia tak bagi katanya suami kene utamakan dia,gaji suami kecik…. lg stu sy anta anak saya ke pengasuh pon ibu mertua marah dan hatinya hancur katanya… tp bila dia jaga die mengeluh penat.. sbb tu saya hantar kepada pengasuh supaya ibu mertua tak penat.. itupun dimarah dicaci hamun saya ni. die pernah cakap isteri solehah kene ingtkan suami tntg tggungjwab thdap ibu dn bapa dia.. saya ingtkan.. cuma jika trlalu mendesak hgga ibu saya terabai pon sy juga yang berdosa, saya anak sulung daripada 6 beradik dan ayah dh meninggal… saya msih jaga adik adik saya kerana mereka masih belajar lg.. apabila suami dn sy balik ke rumah mak saya, dia pasti akan marah melampau lampau sehinggakan bercakap jgn sentuh mayat dia bila dia mati nanti.. untuk situasi ini, ape perlu kami buat? kesian suami tersepit pdhal kami dh buat yang terbaik….kami jarang balik ke rumah ibu saya untuk pengetahuan ustaz kerana ibu mertua selalu marah marah…

  36. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya nk bertanya.Suami sy anak tunggal lelaki drpd 5 beradik.Sy dan suami merancang utk membeli rumah sdr di negeri tmpt kami bekerja. Mak ayah mentua sy tinggal di negeri lain.Bila suami bagitahu nak beli rumah,mak ayah mentua sy tidak bersetuju.Mereka tidak memberikan alasan y kukuh kenapa,cuma mereka takut kami menjauhkan diri drpd mereka,sebab itu nak beli rumah luar dr negeri tempat mereka tinggal.Saya sebagai isteri sgt buntu dan sy tk dpt terima mereka membantah disebabkan takut anak lelakinya jauh drpd mereka.Mohon pencerahan dan nasihat drpd ustaz.Terima kasih.

  37. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya baru 2 tahun berkahwin, pada tahun pertama perkahwinan sy menetap di rumah ibu mentua (ayah mentua telah meninggal) bersama seorng kakak ipar dan keluarganya disamping ibu mentua yg menjaga anak2 kkak. setelah bersalin sy tahun lepas, sy menetap bersama ibu sy di samping ibu sy yg ingin mengasuh anak sy. (30 min jarak perjalann rumah ibu dan mak mentua)
    Setelah setahun mempunya anak ni,sy berasa berat hati dan tidak selesa untuk tinggal di rumah mentua dan ingin tinggal sendri/rumah ibu sahaja memandangkan rumah mak mentua masih ada kkak ipar yang menjaga ibu mentua. Tp suami tidak faham kerana pd dia menjaga ibu adalah tanggungjawabnya. sy perlukan nasihat ustaz, apakah sy bersalah dalam hal ini kerana meninginkn tinggal berasingan dengan keluarga mak mentua.

    Sekian terima kasih

  38. Assalamualaikum ustaz.

    Sekarang saya tinggal dirumah sewa mak mentua saya. Mak mentua meminta suami saya untuk menyambung perniagaan kedai makan setelah adik ipar mendapat pekerjaan lain. sebelum tinggal dirumah sewa mak mentua, kami tinggal di rumah yang saya beli sendiri. Bila suami sudah berniaga, kami terpaksa pindah rumah bagi memudahkan urusan perniagaan kedai makan suami. Suami mula berniaga jam 6 ptg. Walaupun suami berniaga, tapi agak culas dalam menyediakan keperluan dalam rumah dan hal anak-anak. Saya bekerja dan gaji saya lebih besar daripada suami. Sebelum berpindah, saya membayar duit rumah, bil api air. keperluan anak-anak pun saya sediakan. Dalam masa yang sama, saya ada membuat loan peribadi atas kehendak suami untuk membayar teksi sewa bayar. suami hanya dapat membayar 4 kali saja. selebihnya saya menanggung untuk membayar balik loan tersebut. Apabila suami sudah mula berniaga, suami sudah tidak kisah hal teksi sehingga teksi ditarik balik oleh pihak syarikat. Bebanan hutang teksi makin bertambah.

    Bila pindah dirumah sewa mak mentua, keperluan anak-anak saya turut bantu walaupun tidak ada perbincangan dalam pembayaran atau pembiayaan lain. Saya ada menasihati suami supaya menyediakan keperluan saya dan anak-anak. tapi suami agak culas untuk berbuat demikian. sering terjadi pergaduhan sehingga suami bercerita hal rumahtangga kami kepada mak dia. dan sekarang adik ipar pula yang mencucuk seolah-olah agar hubungan kami terhenti setakat ini sahaja. suami juga ada membela ayam kampung dan ayam laga. keperluan untuk ayam disediakan secukupnya; makanan, ubat, kebersihan ayam turut dijaga. tapi bila hal dalam rumah, tidak diambil endah.

    sedih dan kecewa dgn sikap suami. mak mentua selalu menyalahkan menantu walaupun anak sendiri ada buat salah. apa yang perlu saya buat sekarang ni ustaz? patut ke suami ikut kehendak ibunya untuk kami berpisah? apa nasihat yang saya patut saya beri kepada suami.

    Terima kasih.

Leave a Reply to Hafiezul Cancel reply