Syahadah

Dalam bulan Sya’ban yang mulia ini, dua kali saya didatangi oleh dua orang warga asing, seorang warga Filipina dan seorang lagi Indonesia. Kedua-duanya berjumpa saya dengan hajat untuk mengenal dengan lebih lanjut tentang Islam dan seterusnya menganut agama Islam.  Kedua mereka ini ditemani oleh teman mereka yang beragama Islam. Ironinya kedua teman mereka ini pula daripada warga Indonesia. Kesemuanya tiba di Singapura atas urusan perniagaan.

Biar saya ceritakan pengalaman saya bersama dengan warga Filipina ini dahulu. Beliau berasal daripada Mindanao yang merupakan kepulauan kedua terbesar di Filipina yang mana kebanyakan warga Muslim Filipina menetap di sini.

Temannya daripada Indonesia memberitahu bahawa beliau ingin menganut Islam dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Islam. Dari situ saya mendapat tahu bahawa beliau sudahpun memilih nama Islamnya sendiri iaitu Abdul Rahman!

Read more

5 Sebab Mengapa Kita Perlu Solat!

dah-solat-ke

Terdapat banyak sekali kelebihan-kelebihan atau keistimewaan yang hanya ada pada solat dan tidak pada ibadah-ibadah lain. Lihat sahaja bagaimana Allah mewajibkan solat pada baginda Rasulullah. Tidak seperti ibadah lain, ia difardukan oleh Allah secara langsung kepada Rasulullah S.A.W di langit iaitu pada peristiwa Isra dan Mi’raj.

Melalui tajuk ini, saya cuba sebutkan 5 sebab utama yang menjelaskan kepentingan solat kepada manusia sehingga kita perlu melakukannya 5 kali sehari semalam dalam apa jua keadaan dan ketika.

Pertama: Solat Peluang Kita Berinteraksi Dengan Allah.

Solat membentuk hubungan antara seseorang hamba dengan Tuhan-Nya melalui kelazatan munajat kepada Pencipta dan melahirkan pengabdian kepada Allah dengan menyerah segala urusan kepada-Nya, memohon kedamaian dan keselamatan daripada-Nya.

Read more

Madu

Baru-baru ini saya didatangi oleh seorang wanita ‘M’ yang ingin mendapatkan pandangan tentang hasratnya untuk menjadi isteri kedua kepada seorang karyawan muda beranak satu.

Beliau menjelaskan bahawa isteri karyawan tersebut telahpun bersetuju secara dasarnya dan redha dengan hakikat suaminya akan berkahwin lagi. Saya menjelaskan kepada ‘M’, keizinan daripada isteri dan mempunyai kewangan yang kukuh belum tentu lagi diluluskan pihak pendaftar nikah.

Pengalaman saya sebagai ahli lembaga rayuan Muis, kami pernah mengekalkan keputusan pejabat pendaftar nikah (Romm) menolak permohonan seorang hartawan atas alasan perkahwinan baru tidak dapat memberikan sebarang kemanfaatan padanya, apatah tidak…jika isteri satu sahaja beliau sudah tidak pulang rumah, anak-anak tidak dihiraukan, masa yang ada juga sibuk dengan pekerjaan, jika sudah berkahwin dua bagaimana pula?

Read more

‘Muallaf’

Beberapa bulan yang lepas saya mempunyai beberapa sesi kaunseling yang bertimpa-timpa berkaitan dengan kes-kes belia yang ingin menganut agama Kristian. Walaupun tak sebanyak kes-kes lain tetapi bagi saya ia tetap membimbangkan. Terdapat kepelbagaian bagi kes ini, ada yang mak bapa terjumpa ‘bible’ dalam beg, ada pula yang baru mula ikut kawan-kawan pergi ke gereja dan ada juga yang dah menganut agama tersebut.

Berbeza dengan anggapan ramai, saya melihat penularan agama Kristian ini bukanlah berpunca daripada usaha dakwah secara agresif  golongan puak gereja tetapi kepada minat atau rasa ingin tahu segelintir orang Islam lantaran melihat agama Kristian sebagai agama yang ‘penyayang’ dan ‘ihsan’ kepada manusia. Pada masa yang sama, saya tidak menolak ia juga lantaran ketiadaan asas yang kukuh pada agama asal mereka iaitu Islam juga memainkan peranan besar ke arah penularan tren ini.

Read more

Anak Mak?

Terpanggil untuk saya tulis tajuk pasal ni, lepas tonton drama ‘Agen Cinta’ di Suria tadi. Terus terang saya tidak berapa gemar nonton drama Melayu di Suria. Pertama kerana tiada masa, kedua kalau ada masa pun..saya lebih gemar menonton TV3 : )  kerana pada saya ianya lebih bermutu.

Tetapi masa ingin pulang dari kerja tadi, dapat sms dari teman saya seorang pengarah drama, minta saya jangan lupa nonton cerita arahan dia ni. Saya pun nontonlah..Boleh tahan juga.

Read more

Seks Sumbang (Bahagian Kedua)

Sambungan:

Sutra:

Adakah jalan keluar untuk membantu belia-belia homoseksual, baik lelaki dan wanita dalam menjalani kehidupan yang lebih baik? Tips-tips untuk belia dan juga ibu bapa. Atau kalau-kalau bertemankan, berteman lelakikan atau berteman nitakan seorang homoseksual. Bagaimana menanganinya?

Abah Yasir:

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengatasi perkara ini. Antaranya:

Read more

Seks Sumbang (Bahagian Pertama)

Berikut adalah transkripsi penuh soalan-soalan yang dikemukakan oleh majalah Sutra berkaitan topik Homoseksual bagi keluaran bulan Jun  di bawah tajuk Seks Sumbang.

Sutra:

Dari sudut pandangan Islam, tentunya kita ketahui bahawa homoseksualiti itu adalah perkara yang dilarang keras dalam agama. Apakah pandangan Islam tentang mereka yang menyimpan perasaan terhadap kaum sejenis tetapi tidak melakukan apa-apa kecuali menyimpannya sahaja dan berusaha mengawalnya?

Read more

Anak Bapak

abah-and-dihah

Sempena ketibaan hari Bapa tidak lama lagi, teringat saya semasa kelahiran anak saya yang pertama iaitu Madihah, bapa saya pernah beritahu saya..anak perempuan kalau wajah sama dengan bapa maka ianya ’sejuk’. Sejuk? ‘Apa yang sejuknya Pa?’ Tanya saya. Bapa saya sambung lagi..’Sejuknya maknanya rapat’. Oohh..

Memang benar anak saya yang pertama memang wajahnya saling tidak tumpah saya. : ) Memang masin mulut ayah saya, Madihah walaupun anak sulung memang dia manja dengan saya lebih sikit dari Yasir.

Sebenarnya wajah yang sama dan rapat dengan bapa hanyalah satu kebetulan, apa yang penting usaha si ayah tu sendiri dalam mewujudkan hubungan yang erat bersama anak. Iyelah, berapa ramai anak dan bapa muka serupa tetapi hubungan mereka dingin, begitu juga sebaliknya iaitu ada yang muka tidak serupa tetapi hubungan si ayah dengan anak sungguh mesra.

Read more

ALIVE

alive

Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang program Youth ALIVE: ISLAMIC BELIEFS & PRACTICES (Revisit Series) yang akan dianjurkan oleh Masjid Al-Falah dan beberapa masjid lain bersempena dengan cuti sekolah pada bulan Jun ini. Ianya terbuka kepada para belia berusia di antara 17-24 tahun.

Modul Islamic Beliefs & Practices dibangunkan oleh Masjid Al-Falah untuk Muis, Alhamdulillah, dengan izin Allah selepas setahun lebih, kami berjaya akhirnya menyiapkan silabus program ini. Terima kasih kepada teman-teman yang turut serta dalam projek ini sama ada yang separuh jalan ataupun yang sepanjang jalan : )

Read more

Media Baru: Wadah Untuk Menyebarkan Dakwah Dan Menentang Radikalisme

Berikut saya kongsi bersama kertas kerja saya bertajuk “ Media Baru: Wadah Untuk Menyebarkan Dakwah dan Menentang Radikalisme” yang disampaikan semasa Retreat bagi Religious Rehabilitation Group atau Kumpulan Rehabilitasi Keagamaan (RRG) yang aktif dalam membaik pulih para pengganas Jemaah Islamiah.

Retreat ini berlangsung pada 1-4 Jun 2009 yang lalu bertempat di Orchid Country Club. Kertas kerja ini juga adalah pelengkap bagi ‘presentation’ saya dengan tajuk yang serupa.  

Semoga bermanfaat. 

Read more

free hit counter