Archive for 'Rumah Tangga'

Keganasan Keluarga Menurut Pandangan Islam

Minggu lepas saya ditugaskan untuk menyampaikan satu ceramah interaktif bagi isu ‘Keganasan Keluarga dari segi perspektif Islam’ atau ‘Family Violence’. Ia dianjurkan oleh Society of Moral Charities (Centre For Family Harmony) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura.

Sasaran peserta pula kebanyakannya merupakan para pegawai-pegawai masjid dari jabatan pembangunan sosial selain dari pegawai-pegawai dari Muis yang juga turut hadir.  Alhamdulillah, ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih daripada 60 peserta hadir.


Read more

01012010

Pagi ni ketika terbaca ruangan muka depan Berita Harian Singapura, di mana  terdapat sedutan berita tentang semakin ramai anak Melayu-Islam menjadi penyelidik di Agency for Science, Technology and Research atau A*STAR, teringat pula gesaan saya kepada BH supaya lebih banyak menyiarkan berita-berita yang dapat menjadi perangsang kepada anak Melayu-Islam untuk lebih berjaya dalam bidang-bidang yang jarang diceburi. (Sila lihat posting saya pada link berikut:  http://abahyasir.com/2009/05/respon-pada-artikel-bh-asatizah-bukan-sekadar-penceramah/)

Semoga tahun baru 2010 akan memperlihatkan kejayaan yang lebih pesat kepada masyarakat Islam Singapura dalam apa jua bidang yang diceburi selain dapat dikurangkan segala isu-isu atau gejala sosial yang melanda mereka.


Read more

2 + 1

Pada kali ini, ingin saya kongsi 3 kes yang pernah saya kendalikan sedikit masa dulu dalam jangka masa yang singkat, iaitu dalam tempoh 45 minit sahaja! Bukan apa, bagi kes pertama saya melibatkan sepasang adik beradik awal remaja, mereka tiba lewat 2 jam dari masanya, sementara 2 klien saya yang lain pula hadir tanpa temujanji dan saya pula ada temujanji penting selepas itu! Bila dah datang dari jauh, nak tak nak memang terpaksalah saya layan mereka walaupun sebentar.

Memandangkan ketiga-tiga kes ini memang menarik dari segi perbezaan latar belakangnya dan juga profail mereka, maka saya kongsi bersama di sini untuk tatapan pengunjung laman abahyasir bagi renungan kita bersama.


Read more

Roles and Responsibilities of Husbands and Wives in Islam

It’s been quite a while since I posted my last entry in English.  If I can remember the last posting was about Family Planning talk which was organized by the Singapore Social Training Institute (SSTI).

Recently, I was invited by Shariah Court to talk about Roles and Responsibilities of Husbands and Wives in Islam in Accordance with Islamic Principles for their Marriage Counselling Programme Seminar which was held at Ministry Community Development, Youth and Sports (MCYS). This seminar was specially for those who are involved in marital counselling such as the cousellors, social workers including the non Muslim and also the asatizahs (Shariah court resource persons) for the family service centres.


Read more

Restu

restu

Terdetik tiba-tiba di hati untuk menulis tentang satu kes yang pernah saya kendalikan bersama di Lembaga Rayuan Muis. Bagi yang belum maklum, di Lembaga Rayuan kerjanya untuk melayan rayuan yang dibuat atas kes-kes mahkamah Shariah dan juga Pejabat Pendaftar Pernikahan Muslim (Romm).

Terdapat satu kes yang menarik hati saya iaitu kes yang melibatkan satu pasangan yang ingin bernikah tetapi hasrat mereka tidak direstui oleh kedua ibu bapa pasangan wanita. Ia bukan sahaja tidak direstui, bahkan bapa wanita ini selaku wali juga tidak bersetuju dengan rancangan pernikahan anaknya. Memandangkan wali tidak mengizinkan, maka si anak perempuan (saya namakan sebagai Tipah) dan pasangannya (Jamil) membuat permohonan ‘wali engkar’ kepada pejabat nikah bagi membolehkan mereka meneruskan plan untuk bernikah.


Read more

Madu

Baru-baru ini saya didatangi oleh seorang wanita ‘M’ yang ingin mendapatkan pandangan tentang hasratnya untuk menjadi isteri kedua kepada seorang karyawan muda beranak satu.

Beliau menjelaskan bahawa isteri karyawan tersebut telahpun bersetuju secara dasarnya dan redha dengan hakikat suaminya akan berkahwin lagi. Saya menjelaskan kepada ‘M’, keizinan daripada isteri dan mempunyai kewangan yang kukuh belum tentu lagi diluluskan pihak pendaftar nikah.

Pengalaman saya sebagai ahli lembaga rayuan Muis, kami pernah mengekalkan keputusan pejabat pendaftar nikah (Romm) menolak permohonan seorang hartawan atas alasan perkahwinan baru tidak dapat memberikan sebarang kemanfaatan padanya, apatah tidak…jika isteri satu sahaja beliau sudah tidak pulang rumah, anak-anak tidak dihiraukan, masa yang ada juga sibuk dengan pekerjaan, jika sudah berkahwin dua bagaimana pula?


Read more

Perancangan Kewangan Untuk Keluarga

Saya kongsi di sini teks khutbah minggu ini karangan saya bagi pihak  Majlis Ugama Islam Singapira (Muis) untuk bacaan masjid-masjid di Singapura.

Diharapkan teks khutbah ini bermanfaat bagi para ibu-ibu, isteri-isteri, kaum muslimat dan juga kaum Muslimin yang tidak berkesempatan mengerjakan solat Jumaat pada hari ini. 

Selamat membaca!

Perancangan Kewangan Untuk Keluarga

Islam sebagai agama yang sempurna dan merangkumi segala aspek kehidupan manusia tidak lupa mengajarkan kita supaya merancang kewangan sebagai persediaan dalam mengharungi masa susah.  Lihatlah pengajaran daripada peristiwa yang dikisahkan dalam al-Quran, tatkala seorang raja meminta Nabi Yusuf menafsirkan mimpinya.


Read more

Ibu Mertua vs Anak Menantu (Perempuan). Bahagian Kedua

 

mentua-vs-menantu

Sedikit masa dulu saya pernah berkongsi cerita tentang ibu mertua-anak menantu. Kali ini pula saya akan kongsi satu sesi kaunseling yang pernah saya kendalikan membabitkan sepasang suami isteri yang menghadapi masaalah rumahtangga akibat konflik si isteri dengan ibu mertua. 

Rumahtangga pasangan ini baru berusia kurang dari 5 tahun dan baru mempunyai seorang anak kecil dan sekarang sedang mengandungkan anak kedua.

Isterinya mengadu bahawa ibu mertuanya suka berlepas cakap dan memerhatikan segala gerak geri beliau termasuk cara beliau menjaga anak kecilnya. Si ibu mertua akan komen pada anak menantu jika didapati ada sesuatu perkara yang tidak kena. Katakanlah baju yang dipakai cucunya ronyok. Jika beliau tidak puas hati, si ibu mertua akan direct tegur pada menantu tanpa beralas. 


Read more

Fiqh Rumahtangga II: Mencari Pasangan Hidup Sejati (Bahagian 3)

Sambungan…

1. Taat beragama 

Sabda Rasulullah: ‘Perempuan dikahwini atas empat perkara, kerana hartanya, keturunanya, kecantikannya atau kerana gamanya. Akan tetapi pilihkah kerana agamanya agar dirimu selamat.’  (Bukhari & Muslim)

Taat beragama sepatutnya menjadi ciri utama dalam memilih pasangan ‘HIDUP’. Kalau pilih cantik, dapatlah yang cantik, tapi belum tentu bakal menjadi isteri yang baik. Nak cari bakal isteri cantik,  ia tidak akan kekal. Malah, kita akan jumpa lagi cantik selepas itu. Maknanya ia tidak akan selesai. 

Tapi kalau kita dapat cari yang taat pada agama, hati kita akan menjadi tenang. Malah dia bakal menjadi ibu yang salehah yang bakal membimbing anak-anak kita kelak. Saya rasa itulah yang kita mahu.


Read more

Fiqh Rumahtangga II: Mencari Pasangan Hidup Sejati (Bahagian 2)


wedding-ring

Sambungan…

Kali ini saya akan cerita tentang kriteria suami-isteri pilihan yang perlu ada pada setiap lelaki atau perempuan yang perlu kita jadikan sebagai prioriti apabila memilih bakal suami dan isteri berdasarkan anjuran sunnah baginda Rasululullah.

Saya ringkaskan kepada 7 ciri-ciri sahaja bagi setiap suami-isteri pilihan seperti mana berikut: 

1. Beragama

Sabda Rasulullah: ‘Bila datang seorang lelaki yang kamu redhai agama dan akhlaknya, hendaklah kamu nikahkan dia kerana kalau engkau tidak menikahkan dia, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan dan kerosakan yang besar.’ (Tirmidzi dan Ahmad)


Read more

free hit counter