Archive for 'Pandangan'

Tadika

Alhamdulillah, kelmarin saya dan isteri selamat menemani Ahmad Aysar, anak ketiga saya yang baru menghadiri kelas ‘Playgroup’ beliau yang pertama di Tadika Masjid Darul Ghufran.

Cuma kali ini, saya tidak ingin bercerita tentang Aysar tetapi ingin berkongsi pengalaman saya memilih tadika serta pengalaman kami sebagai ibu bapa bersama anak kedua saya iaitu Ahmad Yasir yang sekarang ini sudah berada di darjah 1 di salah sebuah sekolah rendah di Tampines. Semoga cetusan pengalaman saya kali ini mampu memberi sedikit sebanyak idea dan buah gambaran bagi para ibu bapa dalam memilih tadika yang sesuai dengan anak-anak mereka.


Read more

Ramadan Menyatukan Masyarakat

images

Pada hari Khamis yang lalu giliran saya menyampaikan tazkirah selepas Zohor di Masjid Muhajirin, tajuknya tentang bagaimana Ramadan dapat menyatupadukan masyarakat sekeliling. Sebenarnya pening juga cari idea, adalah berejam juga. Bukan apa, saya cuba cari panduan dan tips yang realistik dan mudah dilaksanakan bersama, dan pastinya ukur taranya ialah saya rasa mampu saya sendiri mampu laksanakan atau pernah saya lakukan.


Read more

Menjadikan Al-Quran Sebagai Teman Setia Kita

tumblr_loi8dle1Jr1qd60lu

Sidang Pendengar yang budiman,

Setelah beberapa minggu kita berpuasa, kini kita sudahpun berada pada 20 Ramadan, dan menghampiri 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.  Dan sewajarnyalah, pada malam-malam terakhir ini kita perlu lebih giat lagi beribadah, bagi mengejar ganjaran-ganjaran yang dijanjikan Allah buat hamba-hamba-Nya yang gigih mengabdikan diri pada-Nya.

Jika pada 2-3 hari yang lepas, pada rancangan hikmah Ramadan ini…banyak diperkatakan tentang peristiwa Nuzul AL-Quran serta hikmah di sebalik penurunan Al-Quran, maka pada hari ini pula, saya ingin menyentuh tentang keperluan bagi kita untuk sentiasa mendekatkan diri pada kitab agung, yang diturunkan Allah..yang tidak lain tujuannya adalah sebagai pembawa hidayah kepada sekalian manusia.


Read more

6 Cara Meraikan Ramadan Bersama Keluarga

Baru-baru ini saya dijemput untuk sampaikan sedikit tazkirah selepas Terawih di salah sebuah masjid di sini. Sebenarnya tajuk yang telah saya siapkan ialah ‘Menyelami Ramadan Melalui Al-Quran’, tetapi bila diumumkan kepada jemaah tajuknya jadi ‘Puasa Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan’ pulak! Adduh, camna ni? Rupanya ada kesilapan teknikal dan juga silap komunikasi antara saya dan penganjur. Tak mengapalah…

Sebenarnya pening juga apa yang saya nak sampaikan pada jemaah yang hadir, tapi Alhamdulillah bila dah mula tu…Allah permudahkan juga urusan dan dapat saya sampaikan seberapa yang terdaya saya mampu.


Read more

Biopolis

research_03

Apakah kesamaan di antara nama-nama seperti Liza, Amalina, Afidah, Siti dan Shahrudin?  Orang Melayu? Betul. Islam? Betul. Mat & Minah? Betul juga.  Cuma bezanya mereka ini bukanlah Liza, Lina, Siti atau Din yang kita biasa kenali. Mereka ialah antara segelintir generasi moden masyarakat Melayu-Islam dan juga rakyat Singapura yang memilih kerjaya sebagai ‘Research Scientist’. Cakap mudahnya buat kajian dan eksperimen serta duduk berjam-jam dalam makmal dikelilingi oleh bermacam cecair, kimia dan yang seumpama dengannya. Menarik kan?


Read more

Bulan Bahasa

Bersempena dengan bulan bahasa Melayu, saya akan  menyentuh tentang isu bahasa Melayu dan cuba menulisnya dengan penggunaan bahasa Melayu yang tepat lagi betul. Kalau salah, harap maaf ya, cikgu-cikgu!  Sebab saya ni Ustaz, bukan guru bahasa Melayu. :)

Kebetulan pada sabtu lepas, saya menghadiri satu persembahan drama di salah sebuah sekolah rendah di kawasan timur Singapura bersama kedua orang anak saya iaitu Madihah dan Ahmad Yasir. Para pelajar darjah 1 memang digalakkan menyertai program ini yang bertujuan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.


Read more

Tudung

Krista Bremer and her daughter

Sebenarnya idea menulis isu ini timbul apabila melihat ramai ibu-ibu muda khususnya yang bertudung tetapi membiarkan anak-anak kecil mereka yang berusia 8-9 tahun atau lebih besar tidak memakai tudung. Sayang rasanya..

Mengapa ’sayang’ atau rugi? Kerana pertama, ibu merupakan contoh terbaik dan dilihat oleh anak-anak pada setiap masa. Kedua, usia kecil merupakan waktu yang paling mudah untuk kita mentarbiyah atau membiasakan mereka dengan bertudung dan mematuhi perintah agama. Ini berbeza dengan isu di mana si ‘ibu’ hanya bertudung lewat dan anak pada masa itu sudahpun berusia belasan tahun, maka pastinya, ianya lebih sukar dan sulit, kerana si anak sudah terbiasa dan terbudaya tidak bertudung dari kecil.


Read more

“Pretty Boy”

Sumber Foto: Berita Harian

Kelmarin saya terbaca Berita Minggu, ada berita sensasi tentang kisah ‘Pretty Boy’ iaitu kisah segolongan remaja lelaki berusia 18-21 tahun yang  memilih gaya hidup kewanitaan seperti berpakaian wanita, bermekap, kasut bertumit tinggi dan sebagainya.

Terbaca kisah ini, teringat saya semasa bertugas di masjid dahulu. Saya pernah memberi kaunseling kepada seorang remaja lelaki berusia dalam lingkungan 17-19 tahun. Beliau dirujuk oleh ibunya kerana suka memakai gincu, bedak pipi merah dan berkawan dengan lelaki-lelaki lembut dan punyai gambar bercium dengan lelaki lain. Ibu mana yang tak semput kalau anak mereka jadi begitu? Masih saya dapat terbayang bila berbual sikit je, beliau akan betulkan rambutnya yang sekejap-sekejap akan terjuntai menutupi mata..adduhh, lemah aku. : )


Read more

‘Misguided’

Baru-baru ini, saluran Channelnewsasia ada menyiarkan rancangan ‘Misguided’ sebanyak 6 episod tidak silap saya. Rancangan ini memberi tumpuan pada kegiatan terrorism serantau dan bagaimana masyarakat di sini menanganinya termasuk tindakan pro aktif yang diambil oleh segolongan masyarakat Islam di sini bagi membanteras keganasan.

Ia sebenarnya dirakam dalam dua bahasa, dengan episod dalam bahasa Melayu dijangkakan akan ditayangkan di Suria pada bulan April nanti. Segan saya sebenarnya untuk paparkan video di bawah ini. Maklumlah, ia dirakam dalam bahasa Inggeris dan dibuat secara spontan kerana saya menjangkakan akan ditemuduga dalam bahasa Melayu sahaja. Tapi apapun, saksikanlah sedutan berikut: : )

Bahagian Pertama:

Bahagian Kedua:

Nota: Memandangkan mutu audio kurang baik, maka anda perlu menggunakan ‘headphone’ bagi mendengarkannya. Harap maaf di atas segala kesulitan.

Bobrok

Semenjak beberapa hari yang lalu, istilah ‘bobrok’ semakin popular di dada-dada akhbar berita berbahasa Melayu di negara kita ini. Sebelum ini tidak pernah pulak saya mendengar perkataan ini. Ia sebenarnya dikaitkan dengan keluarga pincang yang biasanya berlaku ke atas keluarga yang berpendapatan rendah.

Pada masa yang sama, isu kebobrokan masyarakat Melayu ini juga bukanlah satu perkara yang hanya berlaku di negara Singapura sahaja, ia juga satu tren biasa bagi kaum minoriti  negara-negara lain di serata dunia. Ini jelas dilihat semasa mengunjungi Britain dan juga Amerika Syarikat bagi mempelajari ‘Muslim Chaplaincy’,  saya dimaklumkan golongan yang paling banyak tercicir selain menjadi penghuni teramai penjara ialah golongan kaum minoriti. Jika di Britain ialah golongan bangsa Asia seperti India, Bangladesh dan Pakistan yang kebanyakannya ada beragama Islam, sementara di Amerika pula ialah golongan hispanik (latino), Asia serta Afrika-Amerika (termasuk penganut Islam).


Read more

free hit counter