Archive for 'Keibubapan'

Tudung

Krista Bremer and her daughter

Sebenarnya idea menulis isu ini timbul apabila melihat ramai ibu-ibu muda khususnya yang bertudung tetapi membiarkan anak-anak kecil mereka yang berusia 8-9 tahun atau lebih besar tidak memakai tudung. Sayang rasanya..

Mengapa ’sayang’ atau rugi? Kerana pertama, ibu merupakan contoh terbaik dan dilihat oleh anak-anak pada setiap masa. Kedua, usia kecil merupakan waktu yang paling mudah untuk kita mentarbiyah atau membiasakan mereka dengan bertudung dan mematuhi perintah agama. Ini berbeza dengan isu di mana si ‘ibu’ hanya bertudung lewat dan anak pada masa itu sudahpun berusia belasan tahun, maka pastinya, ianya lebih sukar dan sulit, kerana si anak sudah terbiasa dan terbudaya tidak bertudung dari kecil.


Read more

15 Minit Bersama Madihah

P1010750

Diam tak diam dah hampir 5 bulan Madihah (anak sulung saya) bersekolah di Darjah 1. Pantas betul masa berjalan. Cepat betul budak-budak ni membesar. Tak sangka anak-anak saya dah membesar, maknanya umur kita pun makin lanjut.

Cakap pasal Madihah, ramai yang kata Dihah ni wajahnya serupa dengan saya. Orang kata, kalau wajah anak perempuan serupa dengan bapa ertinya ’sejuk’, maknanya rapat dengan bapa. Tak tahulah, betul ke tidak…Ramai juga yang komen dia ni ‘garang’. Hmmph, memang betul sangat. Cepat sangat meradang..tapi ntah, kesabaran saya masih lagi boleh terkawal buat masa ni, belum lagi dia kena pukul atau cubit dengan saya. Tapi kalau kena ‘ban’ dia tak boleh tengok TV atau main komputer tu biasalah.

Tujuan sebenar catitan kali ini ialah untuk berkongsi bersama pengalaman saya hantar Dihah ke sekolah pada tiap pagi. Sebenarnya saya memang berazam untuk hantar Dihah sampai darjah 6, begitu juga dengan Yasir kalau keduanya sama sekolah nanti. Bukan apa, nilah peluang saya untuk ‘bonding’ dengan anak-anak. Maklum, hari-hari biasa kerja, malam baru jumpa..tupun sekejap dorang dah mengantuk..mereka ni biasanya  jam 8.30pm je dah KO. : )


Read more

2 + 1

Pada kali ini, ingin saya kongsi 3 kes yang pernah saya kendalikan sedikit masa dulu dalam jangka masa yang singkat, iaitu dalam tempoh 45 minit sahaja! Bukan apa, bagi kes pertama saya melibatkan sepasang adik beradik awal remaja, mereka tiba lewat 2 jam dari masanya, sementara 2 klien saya yang lain pula hadir tanpa temujanji dan saya pula ada temujanji penting selepas itu! Bila dah datang dari jauh, nak tak nak memang terpaksalah saya layan mereka walaupun sebentar.

Memandangkan ketiga-tiga kes ini memang menarik dari segi perbezaan latar belakangnya dan juga profail mereka, maka saya kongsi bersama di sini untuk tatapan pengunjung laman abahyasir bagi renungan kita bersama.


Read more

Peluang Kedua

Sebagai seorang kaunselor, saya tidak dapat lari daripada menerima para pelajar yang dirujukkan oleh para ibu bapa. Jika anak remaja yang dirujukkan pada saya umurnya antara 14-16 tahun terutamanya lelaki. Maka saya dah dapat mengagak isu yang bakal dikemukakan pada saya ialah hal yang berkaitan persekolahan, jika pelajar perempuan berusia 14-16 tahun, maka biasanya ia berkaitan isu BGR dan kadangkala seksualiti. Jika umur 17-21 tahun, maka lain pula isunya dan begitulah seterusnya.

Jika tulisan saya sebelum ini ditujukan kepada para ibu bapa, maka pada kali ini ditujukan khas untuk para pendidik atau pentadbir di sekolah mahupun madrasah.

Melalui ruangan ini, saya tidak ingin mengulas kesalahan para pelajar tersebut atau apa yang telah saya kaunseling pada mereka atau hal-hal berkaitan keibubapaan kerana ini sudah banyak kali saya ulang pada posting saya yang terdahulu.


Read more

Syukran Talk – Murid Biadap (Bahagian Kedua)

Sambungan Syukran Talk. Pada kali ini membincangkan pula perihal murid-murid yang biadap di sekolah.

Adakah salah ibu bapa atau para guru?

Seks Sumbang (Bahagian Kedua)

Sambungan:

Sutra:

Adakah jalan keluar untuk membantu belia-belia homoseksual, baik lelaki dan wanita dalam menjalani kehidupan yang lebih baik? Tips-tips untuk belia dan juga ibu bapa. Atau kalau-kalau bertemankan, berteman lelakikan atau berteman nitakan seorang homoseksual. Bagaimana menanganinya?

Abah Yasir:

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengatasi perkara ini. Antaranya:


Read more

Anak Bapak

abah-and-dihah

Sempena ketibaan hari Bapa tidak lama lagi, teringat saya semasa kelahiran anak saya yang pertama iaitu Madihah, bapa saya pernah beritahu saya..anak perempuan kalau wajah sama dengan bapa maka ianya ’sejuk’. Sejuk? ‘Apa yang sejuknya Pa?’ Tanya saya. Bapa saya sambung lagi..’Sejuknya maknanya rapat’. Oohh..

Memang benar anak saya yang pertama memang wajahnya saling tidak tumpah saya. : ) Memang masin mulut ayah saya, Madihah walaupun anak sulung memang dia manja dengan saya lebih sikit dari Yasir.

Sebenarnya wajah yang sama dan rapat dengan bapa hanyalah satu kebetulan, apa yang penting usaha si ayah tu sendiri dalam mewujudkan hubungan yang erat bersama anak. Iyelah, berapa ramai anak dan bapa muka serupa tetapi hubungan mereka dingin, begitu juga sebaliknya iaitu ada yang muka tidak serupa tetapi hubungan si ayah dengan anak sungguh mesra.


Read more

10 Tips Rapatkan Hubungan Antara Ibu Bapa Dan Anak Remaja (Bahagian Kedua)

Sambungan.

6. Contoh

Penting bagi kedua ibu bapa memberikan contoh yang terbaik agar ia menjadi ikutan dan panduan buat anak. Perbaikilah diri kita dahulu sebelum anak-anak ditegur dan dinasihati.

Janganlah jadi seperti bak kata pepatah ’Bapak borek anak rintik’ atau seperti ’Ketam yang ingin mengajar anak berjalan lurus’.

Bagaimana dapat kita tegur anak supaya jangan menghisap rokok kerana membazir dan merosakkan kesihatan, atau kita tegur mereka agar jangan bersikap kasar dan menggunakan kata-kata kesat jika kita sendiri melakukan perkara yang sama?  

7. Tren Semasa.

Memandangkan tahap umur yang berbeza antara anak dan ibu bapa, sering ibu bapa kehilangan arah untuk mencari topik perbualan yang boleh diperbualkan dengan anak.


Read more

10 Tips Rapatkan Hubungan Antara Ibu Bapa Dan Anak Remaja (Bahagian Pertama)

Pernahkah kita terfikir mengapa sebahagian anak remaja lebih senang bersama teman dan rakan sebaya mereka daripada bersama keluarga di rumah?

Terdapat banyak kemungkinan yang mengakibatkan situasi ini berlaku. Antaranya anak remaja mendapat sesuatu di luar daripada teman yang tidak mereka dapati di rumah, atau mungkin juga mereka lebih rasa difahami dan dihormati kerana dilayan oleh rakan sebaya sebagai seorang dewasa, tidak dibentak jika mereka melakukan kesilapan, malah mereka bebas menyuarakan ketidakpuasan pada sebarang perkara.

Timbul persoalan di sini, bagaimana dapat para ibu bapa cuba memahami anak-anak remaja mereka? Juga bagaimana para ibu bapa dapat menyesuaikan diri mereka apabila anak-anak semakin meningkat usia remaja?  


Read more

Mendambakan Kasih Seorang Bapa

like-father-like-son1

Baru-baru ni saya menikahkan sepasang mempelai yang kedua-duanya (dalam lingkungan awal 40 an) berkahwin buat kali yang kedua. Dari segi pandangan mata kasar tiada beza pun pernikahan kali ini dengan lain-lain pasangan yang pernah saya nikahkan. 

Apa yang menarik yang perhatian saya kali ini ialah kelibat anak perempuan bongsu pasangan wanita (seorang balu) yang berusia dalam lingkungan 5 atau 6 tahun yang begitu mesra sekali dengan bapa barunya. Sejurus sahaja ibunya diakad nikahkan, si kecil langsung menerpa bapa barunya.  

Saya tak tahu kenapa, tiba-tiba hati saya sungguh terharu dan terkesan dengan suasana sedemikian. Mungkin disebabkan saya terbayang nasib dan risiko anak yang membesar tanpa kasih sayang seorang yang bernama ayah.

Sebagai seorang yang sentiasa terdedah dengan isu-isu rumahtangga dan keibubapaan saya dapat melihat faedah yang bukan kepalang kepada si kecil dan adik beradiknya yang lain hasil dari kasih sayang yang bakal dikecapi dari seorang yang bernama bapa.

Semoga beliau (sang suami) bakal memainkan peranan sebagai seorang yang suami dan bapa yang penyayang dan dapat memberikan kasih sayang yang didambakan dari seorang yang bernama anak.

free hit counter