Archive for 'Kaunseling'

2 + 1

Pada kali ini, ingin saya kongsi 3 kes yang pernah saya kendalikan sedikit masa dulu dalam jangka masa yang singkat, iaitu dalam tempoh 45 minit sahaja! Bukan apa, bagi kes pertama saya melibatkan sepasang adik beradik awal remaja, mereka tiba lewat 2 jam dari masanya, sementara 2 klien saya yang lain pula hadir tanpa temujanji dan saya pula ada temujanji penting selepas itu! Bila dah datang dari jauh, nak tak nak memang terpaksalah saya layan mereka walaupun sebentar.

Memandangkan ketiga-tiga kes ini memang menarik dari segi perbezaan latar belakangnya dan juga profail mereka, maka saya kongsi bersama di sini untuk tatapan pengunjung laman abahyasir bagi renungan kita bersama.


Read more

Peluang Kedua

Sebagai seorang kaunselor, saya tidak dapat lari daripada menerima para pelajar yang dirujukkan oleh para ibu bapa. Jika anak remaja yang dirujukkan pada saya umurnya antara 14-16 tahun terutamanya lelaki. Maka saya dah dapat mengagak isu yang bakal dikemukakan pada saya ialah hal yang berkaitan persekolahan, jika pelajar perempuan berusia 14-16 tahun, maka biasanya ia berkaitan isu BGR dan kadangkala seksualiti. Jika umur 17-21 tahun, maka lain pula isunya dan begitulah seterusnya.

Jika tulisan saya sebelum ini ditujukan kepada para ibu bapa, maka pada kali ini ditujukan khas untuk para pendidik atau pentadbir di sekolah mahupun madrasah.

Melalui ruangan ini, saya tidak ingin mengulas kesalahan para pelajar tersebut atau apa yang telah saya kaunseling pada mereka atau hal-hal berkaitan keibubapaan kerana ini sudah banyak kali saya ulang pada posting saya yang terdahulu.


Read more

Syukran Talk – Murid Biadap (Bahagian Kedua)

Sambungan Syukran Talk. Pada kali ini membincangkan pula perihal murid-murid yang biadap di sekolah.

Adakah salah ibu bapa atau para guru?

Syukran Talk (Bahagian Pertama)

Berikut adalah video yang telah dirakam dengan kerjasama syukran.org bagi program Syukran Talk.

Video ini memaparkan jawapan-jawapan berdasarkan himpunan soalan-soalan yang telah diterima melalui lelaman syukran.org

Freethinker

Sebelum ini pernah saya tulis pertemuan saya dengan seorang lelaki Indonesia yang merupakan seorang ‘freethinker’ walaupun ibu bapanya menganut kepercayaan ‘Buddha’. Beberapa minggu yang lalu, perkara sebaliknya pula berlaku pada saya. Saya berkesempatan bertemu dengan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dihantar untuk kaunseling kerana didakwa sebagai ‘freethinker’.

Rupanya beliau sudahpun menjadi Freethinker sejak berusia 16 tahun lagi! Ibunya mula perasan kerana pernah menangkap anaknya memakan makanan daging khinzir.


Read more

Madu

Baru-baru ini saya didatangi oleh seorang wanita ‘M’ yang ingin mendapatkan pandangan tentang hasratnya untuk menjadi isteri kedua kepada seorang karyawan muda beranak satu.

Beliau menjelaskan bahawa isteri karyawan tersebut telahpun bersetuju secara dasarnya dan redha dengan hakikat suaminya akan berkahwin lagi. Saya menjelaskan kepada ‘M’, keizinan daripada isteri dan mempunyai kewangan yang kukuh belum tentu lagi diluluskan pihak pendaftar nikah.

Pengalaman saya sebagai ahli lembaga rayuan Muis, kami pernah mengekalkan keputusan pejabat pendaftar nikah (Romm) menolak permohonan seorang hartawan atas alasan perkahwinan baru tidak dapat memberikan sebarang kemanfaatan padanya, apatah tidak…jika isteri satu sahaja beliau sudah tidak pulang rumah, anak-anak tidak dihiraukan, masa yang ada juga sibuk dengan pekerjaan, jika sudah berkahwin dua bagaimana pula?


Read more

‘Muallaf’

Beberapa bulan yang lepas saya mempunyai beberapa sesi kaunseling yang bertimpa-timpa berkaitan dengan kes-kes belia yang ingin menganut agama Kristian. Walaupun tak sebanyak kes-kes lain tetapi bagi saya ia tetap membimbangkan. Terdapat kepelbagaian bagi kes ini, ada yang mak bapa terjumpa ‘bible’ dalam beg, ada pula yang baru mula ikut kawan-kawan pergi ke gereja dan ada juga yang dah menganut agama tersebut.

Berbeza dengan anggapan ramai, saya melihat penularan agama Kristian ini bukanlah berpunca daripada usaha dakwah secara agresif  golongan puak gereja tetapi kepada minat atau rasa ingin tahu segelintir orang Islam lantaran melihat agama Kristian sebagai agama yang ‘penyayang’ dan ‘ihsan’ kepada manusia. Pada masa yang sama, saya tidak menolak ia juga lantaran ketiadaan asas yang kukuh pada agama asal mereka iaitu Islam juga memainkan peranan besar ke arah penularan tren ini.


Read more

Ibu Mertua vs Anak Menantu (Perempuan). Bahagian Kedua

 

mentua-vs-menantu

Sedikit masa dulu saya pernah berkongsi cerita tentang ibu mertua-anak menantu. Kali ini pula saya akan kongsi satu sesi kaunseling yang pernah saya kendalikan membabitkan sepasang suami isteri yang menghadapi masaalah rumahtangga akibat konflik si isteri dengan ibu mertua. 

Rumahtangga pasangan ini baru berusia kurang dari 5 tahun dan baru mempunyai seorang anak kecil dan sekarang sedang mengandungkan anak kedua.

Isterinya mengadu bahawa ibu mertuanya suka berlepas cakap dan memerhatikan segala gerak geri beliau termasuk cara beliau menjaga anak kecilnya. Si ibu mertua akan komen pada anak menantu jika didapati ada sesuatu perkara yang tidak kena. Katakanlah baju yang dipakai cucunya ronyok. Jika beliau tidak puas hati, si ibu mertua akan direct tegur pada menantu tanpa beralas. 


Read more

Gay

brokeback

Kecoh di dada-dada akhbar tempatan tentang tengkarah dalam pertubuhan A.W.A.R.E. (Association of Women and Research) Di mana dengarnya pucuk pimpinan mereka yang baru tidak menyetujui dasar kepimpinan lama pertubuhan tersebut yang dikatakan pro homoseksual dan lesbian.

Saya sendiri pernah menerima emel dari seorang yang mengaku seorang Gay (boleh rujuk posting tajuk ‘Dilemma seorang Gay’ di laman multiply saya) yang meminta nasihat bagi mengatasi isu identiti yang beliau hadapi. Pernah juga saya didatangi oleh seorang ibu agar memberikan kaunseling pada anak perempuannya yang dikatakan sebagai seorang lesbian. Yang terbaru saya temui pada 2 minggu lepas seorang remaja lelaki yang dirujukkan oleh ibunya kerana tidak percayakan lagi agama Islam (akan saya sentuh lagi pada posting akan datang) dan beliau pula mengaku sebagai Gay.


Read more

Isteri Buat Suamiku?

Haiz, dah lama tak berkongsi pengalaman kaunseling yer? Bukan apa hampir sama isu-isu yang dikemukakan. Kalau dikongsi pastinya jadi siaran ulangan. Maklum dah hampir 86 posting sudah saya kongsi bersama sejak blog ini tercipta.

Lagipun, sejak sebulan lepas saya punya beberapa assignment penulisan artikel yang perlu ditunaikan untuk diterbitkan. Jadi waktu (tengah) malam saya sedikit penuh. Ini tidak termasuk beberapa emel dan juga mesej peribadi yang diterima berkaitan isu-isu peribadi pengirim yang perlu saya balas dari semasa ke semasa.

Baru-baru ini punya temujanji kaunseling dengan klien rakyat asing yang berasal dari Timur Jauh (bukan daripada negara Arab) yang merupakan penduduk tetap Singapura, beliau telah berkahwin lebih dari 10 tahun dengan seorang wanita tempatan.

Selain mengadu tentang keretakan hubungan rumahtangga akibat sikap isteri yang terlalu suka berahsia yang pada saya boleh diperbaiki, beliau juga mengadu tidak dapat melakukan hubungan seks kerana isteri mempunyai penyakit yang serius seterusnya menjejas keintiman antara mereka.


Read more

free hit counter