Archive for 'Ceramah'

Roles and Responsibilities of Husbands and Wives in Islam

It’s been quite a while since I posted my last entry in English.  If I can remember the last posting was about Family Planning talk which was organized by the Singapore Social Training Institute (SSTI).

Recently, I was invited by Shariah Court to talk about Roles and Responsibilities of Husbands and Wives in Islam in Accordance with Islamic Principles for their Marriage Counselling Programme Seminar which was held at Ministry Community Development, Youth and Sports (MCYS). This seminar was specially for those who are involved in marital counselling such as the cousellors, social workers including the non Muslim and also the asatizahs (Shariah court resource persons) for the family service centres.


Read more

Tutorial Solat: Kedudukan Tangan Ketika Qiyam

Video berikut merupakan sambungan daripada tutorial solat yang lalu. Kali ini membicarakan pula kedudukan tangan ketika qiyam atau berdiri semasa solat. 

Selamat menonton! 

Tutorial Solat: Takbiratul Ihram

Bagi video kali ini, saya akan membicarakan tentang ucapan dan perbuatan takbiratul ihram dan amalan mengangkat tangan ketika melakukan takbir. 

Semoga sekalian pengunjung laman ini dapat meraih faedah darinya. 

Selamat menonton! 

Fiqh Rumahtangga II: Mencari Pasangan Hidup Sejati (Bahagian 3)

Sambungan…

1. Taat beragama 

Sabda Rasulullah: ‘Perempuan dikahwini atas empat perkara, kerana hartanya, keturunanya, kecantikannya atau kerana gamanya. Akan tetapi pilihkah kerana agamanya agar dirimu selamat.’  (Bukhari & Muslim)

Taat beragama sepatutnya menjadi ciri utama dalam memilih pasangan ‘HIDUP’. Kalau pilih cantik, dapatlah yang cantik, tapi belum tentu bakal menjadi isteri yang baik. Nak cari bakal isteri cantik,  ia tidak akan kekal. Malah, kita akan jumpa lagi cantik selepas itu. Maknanya ia tidak akan selesai. 

Tapi kalau kita dapat cari yang taat pada agama, hati kita akan menjadi tenang. Malah dia bakal menjadi ibu yang salehah yang bakal membimbing anak-anak kita kelak. Saya rasa itulah yang kita mahu.


Read more

Tutorial Solat: Niat

Mulai minggu ini, abahyasir.com dengan kerjasama dyntv.com akan menerbitkan siri podcast membicarakan tentang solat. 

Sebagai pembukaan, episod pertama akan membicarakan tentang niat. Selamat menonton! 

Fiqh Rumahtangga II: Mencari Pasangan Hidup Sejati (Bahagian 2)


wedding-ring

Sambungan…

Kali ini saya akan cerita tentang kriteria suami-isteri pilihan yang perlu ada pada setiap lelaki atau perempuan yang perlu kita jadikan sebagai prioriti apabila memilih bakal suami dan isteri berdasarkan anjuran sunnah baginda Rasululullah.

Saya ringkaskan kepada 7 ciri-ciri sahaja bagi setiap suami-isteri pilihan seperti mana berikut: 

1. Beragama

Sabda Rasulullah: ‘Bila datang seorang lelaki yang kamu redhai agama dan akhlaknya, hendaklah kamu nikahkan dia kerana kalau engkau tidak menikahkan dia, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan dan kerosakan yang besar.’ (Tirmidzi dan Ahmad)


Read more

Fiqh Rumahtangga II: Mencari Pasangan Hidup Sejati (Bahagian 1)

true-love

Posting ni merupakan sambungan daripada perkongsian bagi ceramah saya di Masjid Al-Iman sedikit masa dulu yang bertajuk ‘Mencari Pasangan Sejati’. Ceramah pertama ‘Sudahkah Anda Bersedia’ sudahpun saya kongsi bersama bulan lepas. Baru kali ini saya berkesempatan menyudahkan tulisan. 

Berikut adalah intipati ceramah saya bagi topik ‘Mencari Pasangan Hidup Sejati’: 

1. Perbezaan Kejadian Adam & Hawa 

- Allah menciptakan manusia daripada daripada lelaki dan perempuan. Kaum wanita pula dikatakan tercipta daripada kaum lelaki. Allah menyebutkan Hawa berasal daripada tulang rusuk Nabi Adam. 

Firman Allah:   … “dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa), dan daripada kedua-duanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.” An-Nisaa: 5,  

Sabda Rasulullah: “Berwasiatlah kamu kepada wanita dengan wasiat yang baik kerana wanita dicptakan dari tulang rusuk…”


Read more

Fiqh Rumahtangga I: Sudahkah Anda Bersedia?

Seperti mana yang dijanjikan kepada teman-teman di laman facebook saya, saya akan berkongsi kandungan ceramah interaktif berkaitan Fiqh Rumahtangga anjuran Darul Fiqh, Masjid Al-Iman.

Saya diberikan kesempatan untuk menyampaikan dua topik dalam sesi selama 3 jam termasuk sesi soal-jawab. Topik tersebut ialah Adam & Hawa, Pasangan Hidup Sejati & Sudahkah Aku Bersedia?

Untuk kali ini saya akan berkongsi dengan tajuk Sudahkah Aku Bersedia?, berikut adalah sedutan ceramah saya tempohari dengan sedikit penambahan.

1. Tujuan dan hikmah disyariatkan nikah

a. Untuk memenuhi penuhi fitrah manusia.

- Sebagai memenuhi fitrah manusia yang memerlukan perhubungan antara lelaki dan perempuan.

- Bayangkan dunia ini hanya didiami oleh lelaki atau wanita sahaja? Pasti lemau jadinya kehidupan kita kan? Bayangkan tengok kiri si Ali, tengok kanan Si Atan, tengok depan si Dol, belakang si Muthusamy. Hmmph…


Read more

Family Planning in Islam

Last Thursday, I’ve been invited to present a topic about ‘Family Planning in Islamic Perspective, Rezeki or Risk?’ by National Council For Social Service. Its open for those who are working with family service agencies, be it Family Service Centres, conseling centres and other VWOs. .

This is my second time presenting the talk in English, the first time was when FMSA invited me to be one of the panelists for their Pre-Universiti Seminar. But this is my first in delivering the talk to the non Muslim. Almost 95% of the audiences were non Malay. (More then 60 participants attended this talk).

So can you imagine how nervous I am? Moreover the first speaker is a doctor. When it came to my turn, my leg trembling a bit. My heart dup dap dup dap… But Alhamdulillah, it went well (for my standard hehe) and the audience said its enlightening for them (Alhamdulillah, praise to God) as they do not what to say when their clients keep repeating Allah’s fate and ‘rezeki’ from God as the reason why there’re so productive! In fact, I got a lot of questions during Q & A session. In fact one of the participant requests for the slides.

Actually I’m not the best person to deliver this kind of talk especially in English, but for me to accept this invitation marked the improvement in my personal achievement. I believe, this is the only way that I can improve my public speaking in English. Thanks to Ustaz Haniff for the words of encouragement and for the tips. Thanks to Bro Abu Sufian too for assisting me in translating some of the words : ) I guess my short stint at British Council helped me too.


Read more

Selamat Tahun Baru!

Selamat menyambut tahun baru Islam saya ucapkan kepada seluruh umat Islam khususnya sesiapa yang melayari laman saya ini di mana sahaja mereka berada.

Seperti mana masjid-masjid lain, masjid tempat saya bertugas juga tidak terkecuali ada mengadakan majlis bacaan doa awal tahun dan akhir tahun sempena ketibaan tahun hijrah 1430. Alhamdulillah, walaupun majlis tahun ini jatuh pada hari Ahad, namun terdapat lebih kurang 500 lebih jemaah hadir pada malam ini dengan kebanyakannya terdiri daripada para pelancong serta pengunjung Muslim yang singgah ke sini selepas membeli belah di Orchard Road.  

Majlis pada malam ini juga diselang selikan dengan tazkirah ringkas bertajuk Hijrah Membentuk Perubahan Mentaliti Mukmin yang diadakan sejurus selepas bacaan doa akhir tahun sementara menantikan waktu Maghrib. Suka saya kongsikan di sini intipati yang disampaikan pada ceramah saya malam tadi. 

1. Pengertian Hijrah. 

- Hijrah secara kontekstualnya ialah satu usaha mengubah nasih atau keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. 

- Dengan usaha, kesungguhan dan penyerahan kepada Allah, segala perubahan yang dilakukan bakal dijanjikan ganjaran oleh Allah. 

- Hijrah seperti mana pada zaman Nabi sudah tiada lagi, seperti mana sabda Rasulullah ‘Tiada hijrah selepas pembukaan kota Mekah kecuali niat dan jihad’ Dengan ini bermakna kita masih lagi mempunyai peluang untuk mendapatkan pahala dengan cara berniat melakukan perkara yang baik serta berjihad dalam menegakkan kalimah Allah. 

- Walaupun tiada pahala hijrah seperti mana pada zaman Rasulullah, namun jika kita berdepan dengan keadaan di mana umat Islam tidak dapat mengerjakan perintah Allah dan mengamalkan suruhan Tuhan dengan aman, maka kita diwajibkan berhijrah seperti mana yang berlaku pada masa zaman pemerintahan komunis di negara-negara Eropah Timur.  

2. Muhasabah Diri 

- Cuba kita renungkan kata-kata beikut daripada Sayyidina Umar R.A ‘Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitungkan’ 

‘ Sesungguhnya Allah itu menerima taubatnya seseorang hamba selama ruhnya belum sampai di kerongkongannya.’ Hadith

- Jadi maknanya hendaklah kita sentiada peringatkan diri kita kita sebelum kita dihisab oleh Allah di hari akhirat kelak. 

- Ingatlah Allah itu sentiasa Maha Pengampun, sebanyak mana dosa yang kita lakukan jika kita bertaubat sebelum kita mati, I.Allah dosa kita itu akan diampunkan. Dengan syarat kita bukan setakat bertaubat sahaja tetapi mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan segala perintah Allah seperti solat Fardu lima waktu dan meninggalkan segala tegahan dan larangannya.  

- Jadi sudahkah kita bermuhasabah diri kita sebelum kita mengharungi tahun baru nanti?

- Cuma kita renung sejenak selama 1 minit, berapakah scale amalan kita pada tahun lalu? Jika 1-10 dengan 10 markah tertinggi dan 1 pula terendah. Berapakah markah kita? Adakah lebih baik daripada tahun yang telah lalu?

- Sebagaima syarikat dan badan berkanun yang perlu audit status kewangan dan prestasi tahunan syarikat, kita juga perlu melakukan audit amalan tahun sudah seperti:

a. Solat Fardu

- Bagaimana dengan solat Fardu lima waktu kita? Atau asyik qada’ je? Ingat solat wajib dilakukan dalam apa jua keadaan, walau dalam keadaan sakit sekalipun kita tetap perlu solat pada waktunya. Jangan asyik qadha’ sahaja! Qadha memang wajib dilakukan bagi solat yang ditinggalkan, namun kita tetap berdosa jika tidak menunaikan solat pada waktunya walaupun dilakukan qadha’ solat lepas tu.

b. Puasa Qadha’ 

- Saya sentuh puasa qadha tidak puasa Ramadan, sebab lebih ramai yang puasa Ramadan berbanding dengan solat Fardu.

- Puasa Ramadan 30 hari no problem =  solat Fardu 5 x satu hari problem

- Cuma bagi sebahagian kaum wanita qadha’ puasa Ramadan = Tetap problem.

- Jadi ini sebagai peringatan sahaja, yang dah qadha tu Alhamdulillah.  

c. Ihsan ibu bapa

- Sudahkan kita melakukan ihsan pada kedua ibu bapa kita? 

- Buat baik, menggembirakan hati kedua ibu dikira sebagai ihsan. 

- Bagi yang tinggal berjauhan selepas berkahwin, ambil lah kesempatan untuk menggembirakan hati kedua ibu bapa setiap kali kita berjumpa mereka.

- Sekali-kali berikanlah hadiah sebagai satu tanda ingatan dari kita, ibu bapa happy = Ihsan.

- Namun bagi yang tinggal bersama kedua ibu bapa, kita punya peluang lebih besar untuk ihsan dengan mereka, tetapi pada masa lebih terdedah kepada menyakiti hati ibu bapa sama secara sedar atau tidak. 

- Ibu sedih, kecil hati marah dikira = tidak ihsan dengan ibu bapa. Berdosa besar kita. Ini termasuklah seperti perbuatan tinggi suara atau pulang lewat lebih2 lagi ada yang langsung terus tak telefon bila pulang lewat atau jumpa kawan.    

d. Hubungan antara suami isteri 

- Bagaimana hubungan kita suami isteri? Pernah tak kita sebagai suami menyakiti hati isteri kita dengan kata-kata nista yang mengguris hati dengan makian dan celaan? 

- Sang isteri pun sama juga! Pernah tak melakukan perkara yang tidak digemari dan dibenci oleh suami?

- Tapi apapun, suami perlu tunjukkan contoh yang baik bagi mendapat penghormatan isteri. Ini dapat dilakukan dengan menunjukkan akhlak yang terpuji melalui tutur kata dan juga melalui penjagaan amal ibadah kita pada Allah. Ini sebaik-baiknya dilakukan secara berjemaah suami isteri. Dapat sekurang-kurangnya satu kali sehari jadilah.

e. Hubungan antara keluarga dan masyarakat 

- Yakni hubungan kita dengan anak-anak bagaimana pula? Adakah mereka bersolat sebagaimana kita juga? Atau kita sahaja yang solat? 

- Dengan masyarakat, kawan dan kiran pula bagaimana? 

f. Ibadah-ibadah sunnah yang lain 

- Buat yang wajib dulu, lepas tu barulah buat yang sunat. 

- Jika dapat pastikan yang wajib dulu pun dah ok. Yang sunat tu dikira sebagai bonus. 

- Saya teringat satu hadith, Di mana dalam satu majlis, selepas membaca Quran dan Hadith, tiba-tiba Rasulullah bersabda: Tidak lama lagi akan datang ke majlis kita ini seorang ahli syurga. Tidak lama selepas itu terdengar suara orang memberi salam. Itulah suara ahli syurga yang dimaksudkan. Kemudia dia masuk, dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh Rasulullah. 

Ada seorang sahabat yang sangat berminat dengan cerita itu, apabila bersurai, sahabat lain pun balik tetapi sahabat ini tidak. Dia mengikut sahabat yang dikatakan ahli syurga itu dari belakang tanpa pengetahuannya. Tujuan sahabat ini adalah untuk melihat apakah amalan ahli Syurga ini supaya dapat diikuti dan disontohi. Bila sudah sampai ke rumahahli syurga itu, dia memberi salam, ‘Boleh tak saya bermalam di rumah saudara?’ Silalah. Merekapun sama-sama bersolat Maghrib, Isya’, makan dan minum. Hinggalah tiba waktu malam. Oleh kerana tujuannya untuk menyelidiki amalan ahli syurga ini. Beliau tidak tidur sehinggalah waktu Subuh. Akhirnya dia pening memikirkan bagaiamana sahabat ini boleh masuk syurga sedangkan dia hanya mengerjakan ibadah yang wajib sahaja, solat Rawatib pun tidak dilakukan apatah lagi Tahajjud. 

Selepas solat Subuh, sahabat itupun memberitahu tujuan beliau bermalam di situ dan bertanya jikalau ada hal-hal lain yang dilakukan. Tuan rumah itupun menjawab, saudara dalam hidup saya, bukan sahaja saya tidak berhasad dengki dengan orang, terniat untuk berhasad dengki pun tidak. 

g. Akhlak terpuji 

- Akhlak terpuji sangat penting dan genting, tidakkah Nabi Muhammad pernah bersabda:     

‘ Tidaklah aku diutuskan kecuali untuk menyempurnakan kemualiaan akhlak’ 

- Jangan kita jadi jenis orang yang rajin ibadah tapi akhlak kureng..kita punya sifat hasad dengki, iri hati, takabbur atau bongkak, keras hati, bercakap kasar, bersikap buruk sangka dan bangga diri dengan ilmu yang dimiliki.

- Ilmu yang tinggi perlu diselangi dengan akhlak yang terpuji baru kita akan lebih dihormati. 

 h. Sudahkah kita berjihad? 

- Jihad pada masa kini yang lebih utama dan genting ialah menuntut ilmu bersungguh-sungguh. tidak kiralah ilmu agama ataupun tidak. 

- Bagi para pelajar hendaklah bersungguh-sungguh belajar hingga berjaya. 

- Bagi yang sudah bekerja, penting untuk kita mempertingkat diri kita lebih-lebih lagi dalam keadaan suh ekonomi yang tidak menentu. 

- Begitu juga dengan mereka yang berada di alam pekerjaan, perlu bekerja bersungguh-sungguh. Itu juga dinamakan sebagai jihad. 

3. Plan tahun baru 

- Selepas kita melakukan refleksi diri, tahu segala kelemahan dan kekurangan yang ada. Maka penting kita merancang agar tahun berikutnya menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari tahun lalu. 

- Bagi melakukannya kita perlu lakukan 3 perkara:

ATTITUDE

SKILLS

KNOWLEDGE

- Kesimpulannya, kita perlu ada pengetahuan dan kemahiran untuk memastikan kita tahu kekurangan kita pada masa lalu dan apa yang patut kita lakukan untuk mengelakkan daripada melakukan kesilapan yang sama. 

- Kemahiran dan pengetahuan tentang sesuatu perkara juga tidak berguna jika kita tidak mengamalkan apa yang ketahui. 

- Untuk memastikan perubahan ini menjadi satu realiti, pastinya kita perlu kepada sikap yang positif agar segala apa yang dirancang bakal menjadi kenyataan. 

4. Doa 

- Sebagai penutup, kita perlu berdoa agar Allah berikan kita pertolongan dan kekuatan dalam mengubah mentaliti kita menjadi seorang mukmin yang berjaya. 

- Dalam sebuah hadith, baginda ada mengajar seorang sahabat yang bernama Mu’azh bin Jabal agar membaca doa berikut setiap kali apabila selesai solat.

Ya Allah Ya Tuhanku, Bantulah daku untuk mengingati-Mu, mensyukuri-Mu dan memperbaiki amal ibadah pada-Mu    

Semoga apa yang saya sampaikan kali ini menjadi iktibar untuk kita semua termasuk diri saya dalam menempuh tahun baru Hijrah 1430. 

 

Makluman: 

Slide powerpoint tazkirah saya ini boleh didapati dan di muat turun daripada link berikut: 

http://docs.google.com/Presentation?docid=dd6qmm3f_1055m9bczgp

free hit counter