01012010
Pagi ni ketika terbaca ruangan muka depan Berita Harian Singapura, di mana terdapat sedutan berita tentang semakin ramai anak Melayu-Islam menjadi penyelidik di Agency for Science, Technology and Research atau A*STAR, teringat pula gesaan saya kepada BH supaya lebih banyak menyiarkan berita-berita yang dapat menjadi perangsang kepada anak Melayu-Islam untuk lebih berjaya dalam bidang-bidang yang jarang diceburi. (Sila lihat posting saya pada link berikut: http://abahyasir.com/2009/05/respon-pada-artikel-bh-asatizah-bukan-sekadar-penceramah/)
Semoga tahun baru 2010 akan memperlihatkan kejayaan yang lebih pesat kepada masyarakat Islam Singapura dalam apa jua bidang yang diceburi selain dapat dikurangkan segala isu-isu atau gejala sosial yang melanda mereka.



Recent Comments