majlisSelawat200

Gambar Hiasan – Antara contoh majlis selawat yang menggabungkan elemen zikir dan ilmu.

Dalam chatting saya baru-baru ini dengan beberapa teman rapat dan rakan seperjuangan semasa menuntut di Al-Azhar dahulu, tiba-tiba chatting group kami (whats app) tersasar dan terarah pada trend majlis zikir dan selawat yang sedang hangat di pasaran…hehe. (tak tahu kalau di negara seberang macam tu jugalah)

Maklum, dah menjadi trend masjid-masjid setempat pasti ada majlis zikir dan selawat dan jemaah yang hadir, Masya Allah…ramai sangat. Ada di kalangan teman-teman saya mempersoalkan isu ‘branding’ yang diberikan oleh sesetengah pihak pada majlis ini sebagai ‘Majlis Rasulullah’, boleh atau tidak? Ada yang kata boleh, ada juga yang tidak setuju.

Cuma bagi saya, isu nama bukan merupakan masalah buat saya. Ia hanya isu kecil. Isu yang lebih besar ialah semakin semakin kerap dan popular penganjuran majlis zikir dan selawat termasuk dari kalangan asatizah sendiri. Malah, kebanyakan majlis ini pula hanya mengandungi masa yang terbatas bagi segmen majlis ilmu.

Terdapat juga majlis zikir atau selawat yang langsung tidak punyai pengisian ilmu. Alangkah ruginya…Mengapa tidak para asatizah yang yang sudah punya ramai jemaah ini dengan majlis selawat yang mereka bawakan, tidak membawa masyarakat ke satu peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu majlis ilmu. Sayangkan?

Sedangkan asatizah kita punya ilmu, masyarakat pula dalam hidup yang serba pantas, moden dan sesetengah pihak sibuk dan leka dengan materialisme dan consumerisme, perlu pada pengisian spiritual dan rohani mereka.

Cuma jangan silap faham, saya tidak anti majlis zikir. Malah, saya kagum dan respect usaha pihak-pihak ini sehingga mampu menarik ramai masyarakat Islam kepada mengingati Allah, sedangkan sebahagian golongan ini dahulunya mungkin leka dan lupa pada Allah. Masyarakat Islam kita dahagakan pengisian jiwa, bagus kita ambil kesempatan untuk islah mereka. Tapi lepas tu? Takkan terus zikir dan zikir? Bagaimana dengan pengisian ilmu? Bukan sahaja jiwa, minda kita juga perlukan pengisian. Mengapa tidak asatizah zikir dan selawat ini tidak masukkan sedikit demi sedikit ilmu dan peringatan untuk kita penuhkan minda kita dengan ilmu?

Saya cuma khuatir kalau kita sibuk sangat dengan zikrullah dan lupa pada keperluan pengisian ilmu, kita akan jadi seperti kisah Juraij seperti yang diingatkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita, seorang lelaki soleh bani Israel pada zaman para Nabi yang terdahulu. Seperti mana tafsiran para ulama pada hadith yang disebutkan oleh Rasulullah ini, beliau dikatakan sebagai seorang yang ‘Abid (kuat beribadah) tapi bukan seorang yang ‘Alim (orang yang berilmu), maka atas sebab kurang ilmulah dia derhaka pada ibunya. (Boleh rujuk kisahnya pada kitab hadith Riyadhus Shalihin, atau google jer hehe)

Maka fikir-fikirkanlah, ke arah masyarakat manakah yang ingin kita bawa?

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor and finally a true Kopite!

5 responses »

  1. syakir says:

    Assalamualaikum
    Tahniah atas keprihatinan antum, semoga ia membawa kebaikan kepada semua.
    Majlis Zikir bukanlah Majlis Ilmu walaupun majlis ilmu boleh digelar majlis zikir, namun jangan kita keliru tentang adanya perbezaan antara keduanya. Kelebihan ahli ilmu atas ahli ibadah bermaksod menunjukkan kelebihan dan kemuliaan ilmu dan bukan kerendahan ibadah, ini perlu ditekankan, khuatir salah faham. Islam bukan agama yang semata2 akademik. Saya tidak menafikan kelebihan ilmu, maka kita boleh lihat majlis2 zikir dan selawat sebagai satu usaha dakwah. Kita tidak boleh merendahkan usaha2 ini kerana:
    1. Keumuman hadis2 yg menerangkan kelebihan zikir dan zikir dalam jemaah.
    2. Kita tidak tahu berapa ramai yang hadir pada majlis2 ini hadir majlis ilmu dalam apa2 bentuk sekalipun.
    Sekadar pandangan.
    Wallahu A’lam ;-)

  2. abahyasir says:

    Salam Ustaz Syakir,
    Terima kasih atas pandangan.

    Artikel ini tidak menafikan sekali kelebihan zikir. Jika dibaca dgn teliti, ia ditujukan pada masyarakat yang baru ingin berjinak-jinak dengan agama.

    Menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil kesempatan ini untuk menyelitkan mutiara ilmu, yang pastinya merupakan salah satu satu dari elemen ibadah selain zikrullah.

  3. Muliana Md Rashid says:

    Assalammualaikum. Saya memberi pandangan dari sudut orang umum, hampir kesemua asatizah yang menganjur majlis rasullullah SAW ini juga ada mengadakan majlis ilmu secara konsisten di tempat yg sama atau lain pada jadual tersendiri. Jadi, jika awak kata asatizah ini tidak mengimbang antara majlis zikir dan majis ilmu awak tersilap. Terserah pada orang umum seperti saya untuk memilih untuk mengimbangkan masa untuk majlis zikir atau majlis ilmu. Pengalaman peribadi saya di klas sirah nabawi saya belajar secara teori bila di majlis selawat, pada mulanya saya kehairanan melihat beberapa jemaah menangis merindui rasullullah SAW. Dari situ saya belajar betapa besarnya erti mencintai rasullullah SAW. Qasidah yang di lagukan berkesan bukan sebagai hiburan semata2 dengan memahami maknanya ia jadi terkesan di hati. Taburlah jasa awak sebagaimana awak inginkan dan tolong-menolonglah di antara satu sama lain terutama sekali antara asatizah. Maaf jika saya menegur, jika awak kurang senang dengan asatizah yg tertentu pergilah selesaikan secara peribadi. Jangan lemparkan secara umum, cara ini hanya sesuai untuk dakwah org macam saya.Kasihan org awam terkadang jadi keliru. Dan kalangan asatizah hilang kesatuan, lupakah ustaz bagaimana musnahnya Andulisia, AlHamra dan kehebatan islam itu sendiri bila sesama sendiri berbalah. Wassalam.

    • abahyasir says:

      Alhamdulillah, jika majlis yang banyak dihadiri saudara seimbang. Saya pun tak kata semua majlis macam tu. Bahkan, saya mencadangkan supaya ditambahkan lagi kuantiti majlis ilmu dalam sesi majlis zikir dan selawat mereka. Artikel saya ini juga tidak sama sekali menafikan kekuatan majlis zikir dan selawat. Sila baca dengan teliti.

      Cetusan ini sekadar membuka minda, terpulang untuk kita menerimanya atau tidak. Saudara pun bebas menyuarakan pandangan, dan kita pun tidak dituntut untuk bersetuju dalam segala perkara. Jika kita hayati IlMU Sirah, kita akan dapati bahawa Baginda sendiri bersikap terbuka dan menerima maklum balas para sahabat, mengapa tidak Asatizah? Adakah komentar para sahabat untuk memecah belahkan ummah? Saya tidak rasa begitu. Anda rasa begitu?

      Pandangan saya untuk majlis zikir yang tidak sedemikian, bukan untuk pukul rata semua. Juga untuk majlis zikir yang hanya meletakkan kadar hanya 10-20% pengisiannya dengan majlis ilmu, khusus buat manfaat untuk jemaah yang tidak hadir di lain-lain majlis ilmu mereka.

      Komentar ini juga sebenarnya ditujukan sebagai peringatan buat masyarakat awam dan tidak hanya eksklusif untuk golongan asatizah sahaja. Khususnya buat mereka yang hanya gemar untuk hadir majlis zikir tetapi tidak pada majlis-majlis ilmu. Sekurang-kurangnya diharapkan ia mampu menarik minat mereka untuk lebih mendalami agama.

      Bagi mereka yang sudah seimbangkan diri dengan majlis zikir dan ilmu, teruskanlah…kerana ilmu itu luas dan tidak ada penghujungnya termasuk dalam hal menerima kepelbagaian pandangan.

      • Nuzul says:

        Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu.

        Syukran Ust atas pengongsian yang baik. Saya rasa perkara ini telah lama dibincangkan akan tetapi masih ramai yang tidak memeberi perhatian akan perkara ini.

        Ust Syakir : Terima kasih juga sy ucapakan kepada ust atas komen ust. Akan tetapi, ada beberapa perkara yang saya ingin mintak penjelasan:

        1. Kata2 ust Kelebihan Ahli Ilmu atas Ahli Ibadah adalah kelebihan ilmu dan bukan rendahnya ibadah.
        Ini bagi saya kata2 yang agak subjektif yang tidak mencerminkan realiti yang sebenar.
        Tanpa menafikan ada orang yang berilmu tapi tidak beribadah, akan tetapi kualiti ibadah majoriti orang yang berilmu itu lebih baik dari ibadah orang yang tidak berilmu.
        Hah di sini mungkin ada yang tertanya2, apa kayu ukur saya unt berkata demikian?
        Bukankah Allah berfirman “Adakah sama orang yang tidak mempunyai Ilmu dan orang yang mempunyai Ilmu?”
        Begitu juga Allah mengangkat darjat orang2 yang berilmu dalam ayat yang saya rasa cukup mashur.
        Yang paling penting, Allah telah menerangkan bahawasanya “Golongan dari hambanya yang takut kepada Allah hanyalah Ulama'”.
        Jadi tidakkah wajar kalau ist Yusri ingin mecadangkan sesuatu perkara yang selari dengan Alquran dan Sunnah2 Nabi yang mulia?
        Atas sebab ini, sebahagian Ulama melafazkan kata2 ini
        كن محدثا صوفيا ولا تكن صوفيا محدثا
        Jadilah seorang muhaddith (berilmu akan sunnah Nabi) dan juga seorang sufi (yang mengamalkan tassawuf yang beraliran dengan sunnah) dan. Janganlah kamu jadi sufi (seorang sufi yang tidak mengamalkan sunnah) dan yang senantiasa bercakap. – Nasihat dari Dr Layeth Suud Jasem.

        2. Memang betul ada hadith tentang zikir yang sahih. Akan tetapi hadith mana yang ust maksudkan? Mungkin kalau ust boleh curahkam mutiara ust yang banyak itu kita boleh meraih manfaat darinya dan mungkin perbincangan kita boleh terima perspektif yang baru, kerana tidak kurang juga hadith Nabi yang menggalakkan kita ke Majlis Ilmu. Bukankah begitu? Dan kita amat disuruh agar mendampingi orang2 yang berilmu yang beribadah dan diminta agar menjauhi orang yang tidak berilmu yang beribadah.

        Puan Muliana : Terima kasih jugak puan memberi pandangan dari lensa nasyarakat yang berbeza. Tidak menafikan buat masa kini, ada beberapa majlis zikir dipenuhi dengan unsur2 keilmuan. Dan apabila saya cakap tentang ilmu, ia bukanlah semata2 (akademik) seperti ada beberapa pihak mendakwa. Ilmu bagi seorang muslim itu bukan statik malah ianya hidup di dalam minda dan jiwa.

        Malang sekali, masih ramai lagi yang membuat majlis2 zikir tanpa ada sebarang pengongsian tentang Rasulllah sollahu alaihi wassalam atau selainnya. Majlis2 seperti ini dikhuatiri telah mengambil peranan yang sama seperti weekend rituals dekat gereja2 yang di mana ianya dianggap sebagai satu “pit-stop” dari hidup harian yang sangat pantas dan sibuk. Itu tentu sekali bukan apa yang diajar oleh Islam. Majlis2 yang dianjurkan oleh Islam sewajarnya berarah kepada pembangunang sosial dan masyarakat.

        Tambahan pula, cara untuk mengingati Nabi adalah untuk mengikut sunnahnya. Bukankah itu apa yang telah diminta dari kami? Allah berfirman ” Katakanlah (wahai Muhammad) jikalau kamu semua mencintai Allah maka ikutilah aku(Nabi Muhammad) nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu”. Maka banyak cara untuk kita mencintai Rasullah sollahu alaihu wassalam dan bukan sekadar membaca qasidah yang bukan termasuk dalam sunnahnya dalam bahasa yang kita kurang faham, maka ketahuilah hanya Al-Quran sahaja jikalau dibaca tanpa sebarang pemahaman, kita tetap akan dapat ganjaran bacaanya. Selain itu, sudah tentu tidak. Alangkah baiknya jikalau kita mencintai Nabi sollahu alaihi wassalam dengan menghidupkan sunnahnya? ;)

        Di samping itu, kejatuhan andalusia apabila ulama’ disenyapkan, sunnah Nabi dilupakan, dan majlis2 yang diadakan hanyalah untuk memuaskan permintaan orang ramai. Apabila Ulama’ kita diminta agar tidak mengeluarkan pendapatnya dan hanya disimpan sahaja, maka itulah masanya kita akan merealisasikan kejatuhan Islam sepertimana yang berlaku di Andalusiad dan Al-Hamra. Sila rujuk kitab Ad-Daulah Al-Uthmaniyah oleh Sheikh Ali Assolabiy.

        Jadi pada masa itu, pada pandangan saya kita harus menyokong usaha Ust Yusri untuk mengeluarkan pendapatnya sebagai seorang Alim agar kita dapat berdiskusi dan berkongsi antara Alim2 yang lain.

        Mintak maaf Ust Yusri, Ust Syakir dan Puan Muliana jikalau saya terkasar bahasa.

        Wallahu A’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s