Al-Quran Mukjizat – Rasulullah Penyelamat

Lama tidak kita bersua di sini, bersempena dengan Ramadan kali ini, suka ingin saya berkongsi intipati tazkirah ringkas saya selepas Terawih di Masjid Al-Iman pada Jumaat yang lalu.  Di mana saya diminta menyampaikan tajuk ‘Al-Quran Mukjizat – Rasulullah Penyelamat’

Berikut sedutan ringkas apa yang telah saya sampaikan tempohari.

1. Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh berkah, rahmah, pengampunan dan juga merupakan bulan diturunkan padanya Al-Quran.

2. Firman Allah s.w.t.:

“Bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah.” Al-Baqarah: 185


Read more