Archive for August, 2009

Restu

restu

Terdetik tiba-tiba di hati untuk menulis tentang satu kes yang pernah saya kendalikan bersama di Lembaga Rayuan Muis. Bagi yang belum maklum, di Lembaga Rayuan kerjanya untuk melayan rayuan yang dibuat atas kes-kes mahkamah Shariah dan juga Pejabat Pendaftar Pernikahan Muslim (Romm).

Terdapat satu kes yang menarik hati saya iaitu kes yang melibatkan satu pasangan yang ingin bernikah tetapi hasrat mereka tidak direstui oleh kedua ibu bapa pasangan wanita. Ia bukan sahaja tidak direstui, bahkan bapa wanita ini selaku wali juga tidak bersetuju dengan rancangan pernikahan anaknya. Memandangkan wali tidak mengizinkan, maka si anak perempuan (saya namakan sebagai Tipah) dan pasangannya (Jamil) membuat permohonan ‘wali engkar’ kepada pejabat nikah bagi membolehkan mereka meneruskan plan untuk bernikah.


Read more

Syahadah

Dalam bulan Sya’ban yang mulia ini, dua kali saya didatangi oleh dua orang warga asing, seorang warga Filipina dan seorang lagi Indonesia. Kedua-duanya berjumpa saya dengan hajat untuk mengenal dengan lebih lanjut tentang Islam dan seterusnya menganut agama Islam.  Kedua mereka ini ditemani oleh teman mereka yang beragama Islam. Ironinya kedua teman mereka ini pula daripada warga Indonesia. Kesemuanya tiba di Singapura atas urusan perniagaan.

Biar saya ceritakan pengalaman saya bersama dengan warga Filipina ini dahulu. Beliau berasal daripada Mindanao yang merupakan kepulauan kedua terbesar di Filipina yang mana kebanyakan warga Muslim Filipina menetap di sini.

Temannya daripada Indonesia memberitahu bahawa beliau ingin menganut Islam dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Islam. Dari situ saya mendapat tahu bahawa beliau sudahpun memilih nama Islamnya sendiri iaitu Abdul Rahman!


Read more

free hit counter