Archive for July, 2009

5 Sebab Mengapa Kita Perlu Solat!

dah-solat-ke

Terdapat banyak sekali kelebihan-kelebihan atau keistimewaan yang hanya ada pada solat dan tidak pada ibadah-ibadah lain. Lihat sahaja bagaimana Allah mewajibkan solat pada baginda Rasulullah. Tidak seperti ibadah lain, ia difardukan oleh Allah secara langsung kepada Rasulullah S.A.W di langit iaitu pada peristiwa Isra dan Mi’raj.

Melalui tajuk ini, saya cuba sebutkan 5 sebab utama yang menjelaskan kepentingan solat kepada manusia sehingga kita perlu melakukannya 5 kali sehari semalam dalam apa jua keadaan dan ketika.

Pertama: Solat Peluang Kita Berinteraksi Dengan Allah.

Solat membentuk hubungan antara seseorang hamba dengan Tuhan-Nya melalui kelazatan munajat kepada Pencipta dan melahirkan pengabdian kepada Allah dengan menyerah segala urusan kepada-Nya, memohon kedamaian dan keselamatan daripada-Nya.


Read more

Madu

Baru-baru ini saya didatangi oleh seorang wanita ‘M’ yang ingin mendapatkan pandangan tentang hasratnya untuk menjadi isteri kedua kepada seorang karyawan muda beranak satu.

Beliau menjelaskan bahawa isteri karyawan tersebut telahpun bersetuju secara dasarnya dan redha dengan hakikat suaminya akan berkahwin lagi. Saya menjelaskan kepada ‘M’, keizinan daripada isteri dan mempunyai kewangan yang kukuh belum tentu lagi diluluskan pihak pendaftar nikah.

Pengalaman saya sebagai ahli lembaga rayuan Muis, kami pernah mengekalkan keputusan pejabat pendaftar nikah (Romm) menolak permohonan seorang hartawan atas alasan perkahwinan baru tidak dapat memberikan sebarang kemanfaatan padanya, apatah tidak…jika isteri satu sahaja beliau sudah tidak pulang rumah, anak-anak tidak dihiraukan, masa yang ada juga sibuk dengan pekerjaan, jika sudah berkahwin dua bagaimana pula?


Read more

‘Muallaf’

Beberapa bulan yang lepas saya mempunyai beberapa sesi kaunseling yang bertimpa-timpa berkaitan dengan kes-kes belia yang ingin menganut agama Kristian. Walaupun tak sebanyak kes-kes lain tetapi bagi saya ia tetap membimbangkan. Terdapat kepelbagaian bagi kes ini, ada yang mak bapa terjumpa ‘bible’ dalam beg, ada pula yang baru mula ikut kawan-kawan pergi ke gereja dan ada juga yang dah menganut agama tersebut.

Berbeza dengan anggapan ramai, saya melihat penularan agama Kristian ini bukanlah berpunca daripada usaha dakwah secara agresif  golongan puak gereja tetapi kepada minat atau rasa ingin tahu segelintir orang Islam lantaran melihat agama Kristian sebagai agama yang ‘penyayang’ dan ‘ihsan’ kepada manusia. Pada masa yang sama, saya tidak menolak ia juga lantaran ketiadaan asas yang kukuh pada agama asal mereka iaitu Islam juga memainkan peranan besar ke arah penularan tren ini.


Read more

free hit counter