Berikut saya kongsi bersama kertas kerja saya bertajuk ” Media Baru: Wadah Untuk Menyebarkan Dakwah dan Menentang Radikalisme” yang disampaikan semasa Retreat bagi Religious Rehabilitation Group atau Kumpulan Rehabilitasi Keagamaan (RRG) yang aktif dalam membaik pulih para pengganas Jemaah Islamiah.

Retreat ini berlangsung pada 1-4 Jun 2009 yang lalu bertempat di Orchid Country Club. Kertas kerja ini juga adalah pelengkap bagi ‘presentation’ saya dengan tajuk yang serupa.  

Semoga bermanfaat. 

Media Baru: Wadah Untuk Menyebarkan Dakwah Dan Menentang Radikalisme

1.0 Pengenalan

Kertas kerja  ini akan membincangkan secara ringkas bagaimana pengaruh new media atau media baru dapat memberi kesan yang sungguh hebat kepada alam jagat. Ini berdasarkan hakikat yang ianya bergerak tanpa sempadan serta batasan tanpa mengira walau di mana sahaja kita berada.

Akibat daripada kesan besar pengaruh media baru, maka pastinya ia memberi satu evolusi kepada cara manusia mendapatkan informasi. Bergantung kepada bagaimana ianya dimanfaatkan, media baru mampu memberikan impak yang tidak terhingga atau sebaliknya.

Di akhir kertas kerja ini, diharapkan pembaca mendapat bayangan betapa padahnya jika ia disalahgunakan untuk menyebarkan idea terrorisme dan pada masa yang sama potensi besar media baru sebagai wadah dalam menyebarkan dakwah dan menentang radikalisme jika ia dimanfaatkan secara bijak.     

2.0 Globalisasi dan Media Baru

Kesan daripada evolusi media baru terhasilnya globalisasi iaitu aktiviti melampaui sempadan negara. Globalisasi menyingkatkan jarak perhubungan manusia di serata dunia melalui komunikasi elektronik.

Pakar-pakar menggambarkan ia sebagai the “death of distance”. Ini kerana media baru secara radikal menghapuskan hubungan fizikal dan sosial dengan menjadikan lokasi fizikal individu tidak lagi penting dalam hubungan sosial sesama manusia.

Dengan wujudnya media baru, maka terhasil masyarakat maya yang bergerak secara dalam talian atau online, kelompok maya ini bergerak sebagaimana apa yang kita lakukan dalam kehidupan biasa seperti bertukar-bertukar pandangan ilmiah, melakarkan perancangan, bercakaran atau menjalinkan cinta.

Malah ia dapat melakukan perkara yang hampir mustahil dilakukan manusia di luar kehidupan alam maya memandangkan ia bergerak tanpa sempadan.

Secara tidak langsung membolehkan manusia memilih sebarang gaya hidup yang dirasakan bersesuaian dengan diri mereka, ini kerana pemasaran media baru tidak tertumpu kepada kelompok masyarakat tetapi secara individu yang berasingan.

3.0 Pengaruh Media Gerakan Sosial (Social Movement Media)

Dewasa ini, media baru digunakan secara meluas hingga ke peringkat yang hampir tidak pernah manusia terfikir pada masa lalu.

Pihak media melaporkan bahawa ketika berlakunya Mumbai Attacks, pemerhati mengganggarkan sejumlah 80 tweets (mesej ringkas secara elektronik melalui laman tweeter seumpama sms) setiap 5 saat ketika tragedi tersebut berlangsung. Twitter juga digunakan secara meluas untuk melaporkan senarai mangsa yang tercedera atau terkorban.

Pada masa yang sama, pengguna tweeter pada masa tersebut telah mengirimkan beberapa maklumat genting seperti nombor kecemasan dan lokasi hospital berhampiran kepada mangsa yang memerlukan pemindahan dan pendermaan darah.

Penggunaan twitter oleh mangsa, masyarakat umum dan media secara meluas dalam menyampaikan maklumat dan mengumpul maklum balas pada tragedi tersebut telah mengakibatkan CNN mengisytiharkannya sebagai satu kelahiran social media dan perubah kehidupan dalam penghasilan maklumat.    

Contoh betapa besarnya pengaruh media baru ini dapat dilihat di negara Iran, di mana kerajaan di sana pernah mengharamkan penggunaan laman rangkaian sosial Facebook dengan tujuan menyekat kempen politik salah seorang pembangkang utama untuk digunakan dalam pilihanraya.  

Satu lagi contoh, di mana pada 30 Disember 2008 yang lalu, kementerian Luar Israel pernah mengumumkan bahawa negara Israel bakal menjadi kerajaan yang pertama di dunia untuk mengadakan sidang akhbar serata dunia dengan menggunakan tweeter untuk menjawab soalan-soalan daripada masyarakat umum bagi isu serangan terhadap Hamas di Gaza.

Banyak lagi contoh-contoh kesan media baru dalam pengaliran media sosial pada masa kini seperti ianya digunakan bagi  mengkritik kerajaan atau bagi kempen politik yang biasanya tidak dapat disampaikan melalui media konvensyenal akibat sekatan pihak berkuasa. Ini bermakna dengan media baru, pengaliran maklumat tetap dapat berjalan walaupun terdapat sekatan.

Selain kemanfaatan yang dapat diraih, penggunaan media baru secara meluas juga menghasikan kesan negatif jika silap diguna pakai. Sebagai contoh, cyber crimes atau jenayah siber di mana penjenayah menggunakan media baru bagi menjalankan kegiatan haram atau menggunakan komunikasi elektronik bagi menipu mangsa atau dalam mendapatkan mangsa dan menggunakannya pula bagi menyebarkan aktiviti jenayah mereka.

Media baru juga digunakan dalam menyebarkan ideologi keganasan atau terrorism. Ini dapat dilihat melalui penggunaan youtube dalam menyebarkan video serta lelaman blog bagi  mempromosikan idea keganasan bagi menarik anggota-anggota baru dengan memaparkan penderitaan umat Islam akibat tindakan pihak-pihak tertentu selain video-video yang memaparkan manual tentang bagaimana menghasilkan dan menciptakan bom-bom yang digunakan untuk kegiatan keganasan.

Malah, dilaporkan terdapat banyak sekali video-video yang memaparkan tokoh-tokoh yang dikaitkan dengan kegiatan keganasan antarabangsa seperti Osama Ben Laden, Abu Mus’ab Al-Zarqawi atau Ayman Al-Zawahiri melalui laman youtube.   

 4.0 Potensi Media Baru Sebagai Medium Dakwah dan Menentang Radikalisme

 Dalam era teknologi yang semakin maju, masyarakat Islam mudah mendapatkan nasihat agama di mana-mana. Malah terdapat banyak laman-laman blog yang menawarkan khidmat sebegini di alam maya.

Laman-laman ini kebanyakannya pula dikendalikan bukan dari mereka yang mahir dalam bidang agama yang kadang kala pula boleh menimbulkan salah faham kepada masyarakat.

 Walaupun tidak dapat dinafikan sebahagian besar asatizah masakini celik IT, namun jika dibandingkan dengan mereka yang menggunakan alam maya sebagai wadah dakwah, bilangan tersebut masih lagi kecil dan pastinya tidak mencukupi.

Menurut pengamatan penulis, terdapat ramai masyarakat Islam yang dahagakan ilmu pengetahuan agama tetapi tidak pasti ke mana harus dituju untuk disalurkan soalan-soalan atau kemusykilan agama yang berada di fikiran. Lebih-lebih lagi bagi golongan yang tidak biasa ke masjid atau mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama atau mereka yang lebih selesa berurusan melalui telefon atau emel daripada bersemuka.

Ini boleh mengakibatkan kesilapan pengaliran maklumat yang seterusnya jika kita tidak berhati-hati ia dapat melahirkan golongan self radicalization.

Dalam hal ini, para asatizah sewajarnya mengambil faedah daripada ‘media baru’ untuk mendekatkan diri pada masyarakat. Medium rangkaian sosial di internet seperti Facebook, Multiply atau Tweeter selain daripada laman blog amat berguna jika kita bijak menggunakannya sebagai satu wadah untuk berdakwah serta menentang radikalisme dan tidak hanya sebagai satu laman bersuka-suka atau bersantai sahaja.

Selain dari itu, medium seperti clip video juga boleh digunakan dan dimanfaatkan dalam menyebarkan mesej dakwah melalui penyebaran video atau ketika mengadakan bengkel dan kuliah. Ianya lebih berkesan kerana audien bukan setakat mendengar tetapi dapat melihat visual dan seterusnya melakukan refleksi terhadap apa yang dilihat.

 5.0 Kesimpulan

 Sebagaimana yang telah disebutkan pada kertas kerja ini, selain daripada kemanfaatan yang tidak terhingga media baru bagi komunikasi dan informasi. Memandangkan ia bergerak tanpa sempadan dan batasan serta tidak memerlukan kehadiran fizikal antara manusia.

Ia juga pada masa yang sama boleh mengakibatkan kesan negatif jika digunakan secara tidak bertanggungjawab dengan memaparkan idea-idea pengganasan dan radikalisme kepada pelungsur khususnya kepada masyarakat Islam yang mempunyai kefahaman agama yang cetek. Maka terpulanglah kepada kita untuk memanfaatkannya terutamanya sebagai salah satu medium dalam menyebarkan dakwah dan menentang radikalisme.

Diharapkan dengan perkongsian kertas kerja ini dapat menghasilkan gambaran betapa berkesannya dakwah menggunakan media baru ini seterusnya mencetuskan idea dan inspirasi kepada ahli RRG bagi melibatkan diri dalam kegiatan dakwah melalui media baru.

Disiapkan oleh:

Mohd Yusri Yubhi Md Yusoff

Anggota RRG

Nota:

Bagi kertas kerja asal, terdapat sumber rujukan bagi nukilan yang dipetik. Boleh emel saya secara langsung jika inginkan sumber asal. 

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

17 responses »

  1. shahib says:

    power ustaz.. hehe.. slides best2 🙂

  2. Abah Yasir says:

    Baru belajar. Slides inspirasi daripada Shahib lah : )

  3. Umm Hanna says:

    Masya Allah kertas kerja yg baik sekali..Saya setuju & sokong, sudah tiba masanya asatizah kita memanfaatkan media baru sebagai wadah menyampaikan dakwah & mencegah pengaruh radikalisme..

  4. Abah Yasir says:

    Terima kasih, Umm Hanna.

    Mudah-mudahan ia menjadi pencetus ke arah lebih banyak usaha dakwah melalui platform media baru.

  5. nora_iMan says:

    alhamdulillah kertas kerja ni smga memberi manfaat pd semua..tp bagimana jika ada yg mggunakan media baru ini utk tujuan yg berunsurkan negatif?-pljr komunikasi kolej universiti islam antarabangsa selangor(KUIS)

    • Abah Yasir says:

      Cik Nora,

      Setiap yang baik, ada juga yang buruknya. Terpulang bagaimana kita memanfaatkan teknologi tersebut.

      Jika ada yang menggunakannya untuk tujuan negatif, tepuk dada tanya imanlah jawabnya. : )

  6. siti says:

    masyaAllah..mantaplah kertas kerja ust.ni

  7. Syaibani says:

    Salam ustaz.blh x sy nk dptkn kertas kerja asal sebagai rujukan.tlg emailkan sya ya ustaz..

  8. liwahyu says:

    Salam.ustaz,mohon kertas kerja asal kerana post ini sangt bermanfaat dan ilmiah.syukran

  9. m.bazli hisyam says:

    Assalamualaikum…boleh saya dapatkan kertas kerja asal?
    untuk dibuat sebagai rujukan…|
    harap dapat membantu saya.

  10. Nurul Afifah says:

    Assalamu’alaikum ustaz, sy Afifah. Pelajar UKM, Bangi. Sy berminat dengan artikel ustaz di atas. Boleh sy dapatkan sumber kertas kerja asal,? Sy mahu jadikan ia rujukan untuk kajian ilmiah (tesis) sy.

    Mohon respon dari ustaz, terima kasih 🙂

  11. Nun says:

    Assalamu’alaikum ust, saya pun nak kertas kerja asal. Email saya rioletzo@hotmail.com. Syukran…

Leave a reply to Abah Yasir Cancel reply