Ibu Mertua vs Anak Menantu (Perempuan). Bahagian Kedua

 

mentua-vs-menantu

Sedikit masa dulu saya pernah berkongsi cerita tentang ibu mertua-anak menantu. Kali ini pula saya akan kongsi satu sesi kaunseling yang pernah saya kendalikan membabitkan sepasang suami isteri yang menghadapi masaalah rumahtangga akibat konflik si isteri dengan ibu mertua. 

Rumahtangga pasangan ini baru berusia kurang dari 5 tahun dan baru mempunyai seorang anak kecil dan sekarang sedang mengandungkan anak kedua.

Isterinya mengadu bahawa ibu mertuanya suka berlepas cakap dan memerhatikan segala gerak geri beliau termasuk cara beliau menjaga anak kecilnya. Si ibu mertua akan komen pada anak menantu jika didapati ada sesuatu perkara yang tidak kena. Katakanlah baju yang dipakai cucunya ronyok. Jika beliau tidak puas hati, si ibu mertua akan direct tegur pada menantu tanpa beralas. 

Akibat kelakuan ibu mertua, si anak menantu rasa tertekan lebih-lebih lagi dalam keadaan beliau yang berbadan dua dan pernah melahirkan hasrat untuk berpisah dengan suami kerana tidak tahan perangai ibu mertua.  

Terdapat beberapa saranan saya pada kedua pasangan ini tentang cara-cara bagi menangani isu perbalahan antara si anak menantu dengan ibu mertua ini. Antaranya:

1. Anggap ibu mertua seperti ibu sendiri  

Sebelum saya mencadangkan perkara di atas, saya bertanya bagaimana kelakuan ibu mertua dengan anak-anaknya yang lain, adakah sama sebagaimana kelakuan beliau dengan anak menantunya?  Jawapan si suami. Memang sama. Macam tulah style dia dengan anak sendiri. Suka cakap lepas dan tidak beralas…

Saya membuat kesimpulan memang itulah style ibu mertua beliau. Dia tidak berniat untuk sakitkan hati menantu tapi lebih kerana beliau suka berterus terang dan tidak pandai beralas. Selain dari itu, mungkin dia berasakan anak menantunya dah macam anak sendiri! Saya tanya si suami, adakah mak memang suka cakap lepas dengan orang lain selain dari anak sendiri? Beliau jawab, ‘tidak’. Betul lah telahan saya! 

Lalu saya ajukan soalan. ‘Mengapa tidak kita anggap ibu mertua macam ibu kita sendiri juga?’  Kenapa saya kata demikian? Cuba bayangkan, jika katakan ibu kita sendiri yang komen baju anak kita selekeh, atau ibu sendiri yang kata kita tak pandai jaga layan anak? Kita marah tak?

Memang betul mungkin ibu kita tak komen macam tu, tapi kalau kita layankan je dan tak ambil pusing macam kita layankan ibu kita. Agak2 ada problem tak?

Bayangkan, jika anak tegur kelakuan si ibu atau menantu yang tegur sendiri? Si ibu akan rasa kecil hati…beliau terpaksa kawal instict suka ‘cakap lepas’. Tapi kesiankan? Beliau terpaksa kawal diri dan lidah dengan orang anak menantu yang mungkin dah dianggap seperti anak sendiri. Dah jadi seperti orang luar pula..

Pasti si ibu akan merasa janggal dan dalam hal ini keadaan akan menjadi lebih rumit dan tegang seterusnya membuatkan hubungan antara pasangan ini dengan ibu semakin renggang.   

2. Ubah Minda

Sebagai langkah untuk kawal rasa marah pada mertua ialah bila kita ’set’ minda kita sebelum datang rumah mertua untuk terima apa sahaja komen atau kritikan yang bakal dilemparkan oleh mertua pada kita. 

Bila kita dah ’set’ minda kita macam tu, ini akan membuatkan kita lebih bersedia menerima komen-komen ‘bernas’ mertua kita tu, seterusnya kemarahan tidak meluap-luap seperti mana biasa.

Lagipun dia tu kan ‘mak’ kita? : ) 

 3. Sokongan suami  

Peranan suami di sini sangat-sangat genting. Suami perlu seboleh-bolehnya bersikap neutral dan tidak kelihatan terlalu menangkan ibu sendiri walaupun ibu betul.

Cuba letakkan diri kita dalam keadaan isteri agar kita lebih bersimpati. Lebih-lebih lagi dalam keadaan isteri yang sedang hamil, pasti emosinya lebih mudah terganggu. Dengan ini, si isteri akan lihat kita memahami hati dia, selepas itu barulah cuba nasihatkan dan bincang dengan isteri bagaimana dapat diatasi atau diperbaiki hubungan antara beliau dengan ibu.

Paling penting suami tidak boleh memandang perkara ini sebagai satu isu yang kecil, ianya perlu dipandang serius agar ianya tidak melarat yang akhirnya berkemungkinan boleh berlaku kepada perceraian jika tidak kita berhati-hati.  

Apa yang penting bila berdepan dengan hal senario seumpama ini, kita perlu bersikap positif dengan tidak memandang kesilapan orang lain sahaja, tetapi melihat bagaimana kita dapat memperbaiki diri agar dapat mengubah persepsi orang lain (mertua) pada kita.

Di samping pada masa yang sama bersetuju mengubah minda kita dan menganggap ibu mertua seperti ibu sendiri. I.Allah, keadaan akan menjadi lebih terkawal dan seterusnya rumah tangga akan menjadi lebih harmoni.

5 Responses to “Ibu Mertua vs Anak Menantu (Perempuan). Bahagian Kedua”

  1. rulza  on January 28th, 2010

    anggap mak mertua macam mak sendiri? macam mana sedangkan mak mertua tak anggap begitu

    pernah dengar tak lagu ibu mithali
    “KAU DISAYANGI KERANA MENYAYANGI”

  2. rubi  on June 14th, 2010

    kadangkala menantu terpaksa bersabar berdepan dengan mertua begini. cuma kita sendiri sebagai menantu tidak pasti, sampai bila kesabaran itu. semoga Allah terus menguatkan hati ini untuk berdepan dengan mertua dan dugaan rumahtangga demi anak-anak. amin

  3. iskandar  on June 29th, 2010

    salam abah,

    masalah saya ni agak rumit dan saya tak tahu pada siapa hendak mengadu.

    Isteri saya macam tak boleh terima ibu saya dan melayannya sama seperti ibunya sendiri. Ibu saya pula sengat mengambil berat dan sayang pada isteri seperti anaknya sendiri. Ada saja yang tak kena dimata isteri saya terhadap ibu saya. Kalau layan pun dia akan tanya sepatah jawab sepatah. sedangkan sebelum kami berkahwin dia begitu mesra dengan ibu saya.

    baru-baru ini kami baru menimang cahaya mata sulung, kedua ibu dan ibu mertua saya datang untuk membantu kerana kami tinggal di luar negara. Ibu saya memang biasa menjaga wanita dalam pantang. Sebagai org berpengalaman, memang ada saja lah yang tak kena dengan cara kami menjaga anak, maklumlah orang tiada pengalaman. Isteri tak boleh menerima dgn cara ibu saya yang menegur secara seolah menyindir. Cara dia melayan ibu saya buat saya sedih dan marah. Dia seolah membenci ibu saya. Nampak sangat perbezaan layanan dia dgn ibunya sendiri. Cara layanannya sampai membuatkan ibu saya kecil hati, tetapi dia tak pernah mengadu.. tapi saya tahu dia sedih.. pernah saya berkeras dan memaksa dia meminta maaf pada ibu saya. Mereka bermaafan saya fikir mereka akan bebaik. tetapi isteri saya sebenarnya masih tak boleh menerima ibu saya sepenuhnya. ada saja yang tak kena walaupun ibu saya bersungguh menjaga nya yang masih dalam pantang.

    saya kasihan pada ibu saya, dan saya juga takut yang kasih sayang saya pada isteri akan luntur kerana sikapnya.

  4. naima  on August 13th, 2010

    sy tinggal sebumbung dgn ibu mertua…
    memandangkan suami sy ank bongsu drpd 2 org adik beradik dan dlm keadaan abah yg skt strok,kami diminta utk tinggal dan menjaga ibu bp(mertua saya).
    ibu mertua sy tidak bekerja manakala sy dan suami bekerja utk sm2 support keluarga.
    ibu mertua sy masih muda,berumur 50 thn dan abah yang berumur 65 thn telah sakit sejak 3 thn yg lepas. Keadaan ini membuatkan ibu mertua sy tertekan dan melepaskan kemarahannya pd abah sesuka hati… dulu sy masih boleh bersabar ttp skrg sudah agak tercabar n sy kurang rs hormat pd ibu mertua. sy tkt sekiranya sy tegur perbuatan ibu mertua yg tidak hormat pd abah… pd sy,ibu mertua sgt garang&sukar menerima teguran(suami ada jg menegur ibunya tetapi ibu slalu mengatakan bhw kami tidak merasa apa yg dia rasa.) Bagaimana saya ingin berdepan dgn masalah ini?.

    Apabila duduk serumah, sudah pasti sgl urusan d rumah perlu dilakukan bersama.. pada mulanya sy akan buat sama2 seperti masak,mengemas rumah,membasuh baju,melipat pakaian dan sebagainya. Disebabkan keadaan bebanan tempat kerja,sy menjadi penat utk menguruskan hal2 seperti di atas pd hr2 selepas balik kerja,jd ibu mertua akan uruskan segala2nya utk sy dan suami walhal,sy sudah berpesan agar ibu hnya buat utk ibu dan abah sahaja tetapi ibu tetap buatkan. Mungkin niat ibu baik memandangkan kami penat bekerja ttp sy berasa kurang puas dgn kehidupan sy. Sy bagaikan ank kecil dan sama rasanya kehidupan seperti sebelum kahwin. Sy juga ingin merasa ada tanggungjawab isteri kpd suami. Apakah cr yg sesuai utk sy rs apa yg ptt sy rs?

    Saya juga agak terasa apabila suami menceritakan kpd sy apa2 yg ibu mertua tidak puas hati ttg sy. Sbg contoh, apabila masak bersama,sy bertanya ibu mertua bagaimana masakan sy ttp ibu menjawab yg makanan sy ok dan dia tidak kisah apa yg sy masak. ttp sebaliknya di belakang sy,ibu komplen mcm2. mskn sy pedas la,terlebih garam lah dan sebagainya. Sy boleh terima teguran itu ttp sy x suka cr ibu yg seperti talam dua muka.Brg keperluan dapur jg ibu yg beli dgn anknya(suami saya). kalau sy dan suami belikan,katanya x sama dgn apa yg dia biasa beli… Sy agak rungsing dgn masalah ini?…Adakah sy yg bermasalah?

  5. suami  on August 13th, 2010

    Salam Ustaz,

    Saya juga seperti iskandar dangan komentarnya di atas. Saya rasa kami ini diantara suami suami yang tersepit diantara ibu dan isteri.

    Isteri saya terang terangan mengatakan yang keluarga saya ini menyusahkan dan tidak seperti ibu bapanya. Dia sungguh tidak boleh terima cara ibu saya yang padanya terlalu meng’control’. Dia juga ada mengatakan ibu saya “no manners” kerana pass comment tentang dapur kami di rumah kami.Tak boleh ker seorang ibu memberi sedikit teguran? Bermacam macam lagilah perkataan perkataan yang dilemparkan kepada saya tentang keluarga saya terutama tentang ibu saya.

    Isteri saya cukup berpendidikan hingga ayahnya bangga sungguh dengan pencapaiannya. Malangnya apabila saya meluahkan masalah saya dengan isteri kepadanya tentang masalah anaknya dengan ibu saya, bapa mertua saya itu berkata saya dan ibu saya harus faham dan cuba menyesuaikan diri dengan isteri saya. Bapa mertua juga mengatakan kepada saya ibu saya harus faham dan ingat yang isteri saya ini seorang yang berkerjaya manakala ibu saya hanya seorang surirumah jadi kami harus menyesuaikan diri dengan tingkah dan pembahagian masanya kerana kerjanya sungguh “stressfull”. Terkejut sungguh saya dengan jawapan bapa mertua saya dimana dia menyuruh saya dan ibu menyesuaikan diri dengan anaknya tetapi bukan sebaliknya. Walau apa pun, kerana mengingatkan yang dia adalah bapa mertua saya, saya mengiyakan. Tetapi, secara jujur, hormat saya padanya tergugat sedikit.

    Sedikit komen dari ustaz atau sesiapa yang membaca amat dihargai.


Leave a Reply