Archive for April, 2009

Fiqh Rumahtangga II: Mencari Pasangan Hidup Sejati (Bahagian 3)

Sambungan…

1. Taat beragama 

Sabda Rasulullah: ‘Perempuan dikahwini atas empat perkara, kerana hartanya, keturunanya, kecantikannya atau kerana gamanya. Akan tetapi pilihkah kerana agamanya agar dirimu selamat.’  (Bukhari & Muslim)

Taat beragama sepatutnya menjadi ciri utama dalam memilih pasangan ‘HIDUP’. Kalau pilih cantik, dapatlah yang cantik, tapi belum tentu bakal menjadi isteri yang baik. Nak cari bakal isteri cantik,  ia tidak akan kekal. Malah, kita akan jumpa lagi cantik selepas itu. Maknanya ia tidak akan selesai. 

Tapi kalau kita dapat cari yang taat pada agama, hati kita akan menjadi tenang. Malah dia bakal menjadi ibu yang salehah yang bakal membimbing anak-anak kita kelak. Saya rasa itulah yang kita mahu.


Read more

Meluat

Mungkin tajuk posting saya kali ini berbaur emosi, tetapi itulah perasaan saya bila terlihat artikel bertajuk ‘Daya tarikan baru jadi tumpuan belia bersantai’ pada akhbar harian berbahasa Melayu hari ini. Timbul rasa meluat, marah dan kecewa pada rencana yang dipaparkan. 

Saya tertanya-tanya apakah yang ingin kita tonjol dan bawakan pada audien pembaca Melayu dengan berita seumpama ini? Cara yang disampaikan begitu gah, membuatkan budaya lepak dan percampuran remaja lelaki-perempuan sambil menghisap syisha tampak begitu ‘hips’ dan ‘cool’, malah lengkap dengan maklumat hot spot yang berpotensi besar dijadikan tempat lepak.  

Pada saya sudut atau ‘angle’ berita perlu betul dan membentuk atau menyedarkan masyarakat. Jika ia dipaparkan belia -belia semakin kreatif dalam mencari hiburan dan terdapat tren-tren yang membimbangkan dalam melepak seperti terdapat kedai-kedai yang menawarkan tempat remaja semuda usia 17 tahun untuk menghisap syisha yang bahayanya sama seperti merokok. Maka pada saya ianya menjadi satu berita yang berbentuk informasi dan menyedarkan kita supaya berhati-hati dengan tren yang kurang menyihatkan ini di samping mendidik masyarakat akan bahaya menghisap syisha.


Read more

Tutorial Solat: Niat

Mulai minggu ini, abahyasir.com dengan kerjasama dyntv.com akan menerbitkan siri podcast membicarakan tentang solat. 

Sebagai pembukaan, episod pertama akan membicarakan tentang niat. Selamat menonton! 

Fiqh Rumahtangga II: Mencari Pasangan Hidup Sejati (Bahagian 2)


wedding-ring

Sambungan…

Kali ini saya akan cerita tentang kriteria suami-isteri pilihan yang perlu ada pada setiap lelaki atau perempuan yang perlu kita jadikan sebagai prioriti apabila memilih bakal suami dan isteri berdasarkan anjuran sunnah baginda Rasululullah.

Saya ringkaskan kepada 7 ciri-ciri sahaja bagi setiap suami-isteri pilihan seperti mana berikut: 

1. Beragama

Sabda Rasulullah: ‘Bila datang seorang lelaki yang kamu redhai agama dan akhlaknya, hendaklah kamu nikahkan dia kerana kalau engkau tidak menikahkan dia, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan dan kerosakan yang besar.’ (Tirmidzi dan Ahmad)


Read more

Fiqh Rumahtangga II: Mencari Pasangan Hidup Sejati (Bahagian 1)

true-love

Posting ni merupakan sambungan daripada perkongsian bagi ceramah saya di Masjid Al-Iman sedikit masa dulu yang bertajuk ‘Mencari Pasangan Sejati’. Ceramah pertama ‘Sudahkah Anda Bersedia’ sudahpun saya kongsi bersama bulan lepas. Baru kali ini saya berkesempatan menyudahkan tulisan. 

Berikut adalah intipati ceramah saya bagi topik ‘Mencari Pasangan Hidup Sejati’: 

1. Perbezaan Kejadian Adam & Hawa 

- Allah menciptakan manusia daripada daripada lelaki dan perempuan. Kaum wanita pula dikatakan tercipta daripada kaum lelaki. Allah menyebutkan Hawa berasal daripada tulang rusuk Nabi Adam. 

Firman Allah:   … “dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa), dan daripada kedua-duanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.” An-Nisaa: 5,  

Sabda Rasulullah: “Berwasiatlah kamu kepada wanita dengan wasiat yang baik kerana wanita dicptakan dari tulang rusuk…”


Read more

Perancangan Keluarga

Baru-baru ini saya dijemput untuk memberikan ceramah tentang perancangan keluarga dari pandangan Islam kepada keluarga berpendapatan rendah atau low income family di Ang Mo Kio Family Service Centre bagi cawangan Sengkang. 

Jemputan ini adalah lanjutan daripada ceramah saya di NCSS pada sekumpulan pekerja sosial sedikit hari dulu, pada sesi tersebut beberapa FSC ada menyatakan hasrat untuk menjemput saya bagi menyampaikan ceramah bagi tajuk yang sama cuma sasarannya pada keluarga yang berpendapatan rendah.

Alhamdulillah, ramai juga yang hadir. Adalah dalam 20 peserta. Purata yang hadir mempunyai anak lebih daripada 3 walaupun datang dari latar belakang keluarga yang tidak berpendapatan tinggi. Ada juga yang baru 20 an sudah punyai 6 orang anak. Menakjubkan kan? Tapi itulah sebab mengapa ceramah ini diadakan iaitu untuk mendidik supaya kita lebih bertanggungjawab dan membuat perancangan sebelum melakukan sebarang keputusan. 

Sebagai perkongsian, saya sertakan sekali slide ceramah saya buat tatapan pengunjung laman ini. Semoga kita dapat meraih sesuatu darinya. 

View more presentations from abahyasir.
free hit counter