Archive for March, 2009

Earth Hour

earthhour

Esok di seluruh dunia atau lebih tepat lagi 82 negara termasuk Singapura akan turut serta dalam projek Earth Hour anjuran World Wild Life Fund (WWF). Projek ini ialah untuk menimbulkan kesedaran ke arah melakukan sesuatu bagi menyelamatkan bumi daripada ancaman climate change atau global warming yang mengakibatkan dunia semakin panas dengan peningkatan suhu dunia .

Bagi menunjukkan sokongan kita pada kesedaran terhadap ancaman global warming ini, maka penduduk dunia baik individu, organisasi atau syarikat perlu memadamkan lampu dan alat elektrik (yang tidak diperlukan) selama sejam bermula dari 8.30-9.30 malam pada 28 Mac 2009. 

Mengapa penting kesedaran ini? 


Read more

10 Tips Rapatkan Hubungan Antara Ibu Bapa Dan Anak Remaja (Bahagian Kedua)

Sambungan.

6. Contoh

Penting bagi kedua ibu bapa memberikan contoh yang terbaik agar ia menjadi ikutan dan panduan buat anak. Perbaikilah diri kita dahulu sebelum anak-anak ditegur dan dinasihati.

Janganlah jadi seperti bak kata pepatah ’Bapak borek anak rintik’ atau seperti ’Ketam yang ingin mengajar anak berjalan lurus’.

Bagaimana dapat kita tegur anak supaya jangan menghisap rokok kerana membazir dan merosakkan kesihatan, atau kita tegur mereka agar jangan bersikap kasar dan menggunakan kata-kata kesat jika kita sendiri melakukan perkara yang sama?  

7. Tren Semasa.

Memandangkan tahap umur yang berbeza antara anak dan ibu bapa, sering ibu bapa kehilangan arah untuk mencari topik perbualan yang boleh diperbualkan dengan anak.


Read more

10 Tips Rapatkan Hubungan Antara Ibu Bapa Dan Anak Remaja (Bahagian Pertama)

Pernahkah kita terfikir mengapa sebahagian anak remaja lebih senang bersama teman dan rakan sebaya mereka daripada bersama keluarga di rumah?

Terdapat banyak kemungkinan yang mengakibatkan situasi ini berlaku. Antaranya anak remaja mendapat sesuatu di luar daripada teman yang tidak mereka dapati di rumah, atau mungkin juga mereka lebih rasa difahami dan dihormati kerana dilayan oleh rakan sebaya sebagai seorang dewasa, tidak dibentak jika mereka melakukan kesilapan, malah mereka bebas menyuarakan ketidakpuasan pada sebarang perkara.

Timbul persoalan di sini, bagaimana dapat para ibu bapa cuba memahami anak-anak remaja mereka? Juga bagaimana para ibu bapa dapat menyesuaikan diri mereka apabila anak-anak semakin meningkat usia remaja?  


Read more

Tidak Baik Berdendam…

Pada pertemuan di pagi Subuh tempohari bersama teman-teman di Masjid Darul Ghufran. Selepas bertadarus membaca beberapa ayat-ayat suci daripada Surah Yusuf. Timbul perbincangan bagi pengajaran-pengajaran daripada peristiwa daripada ayat-ayat Surah Yusuf yang antara lain Allah menjelaskan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Yusuf dan adik beradik baginda yang mempunyai sifat hasad dan dengki terhadap kasih sayang yang dipamerkan oleh ayah Nabi Yusuf terhadapnya.

Disebutkan oleh Allah bahawa Nabi Yusuf tidak sedikitpun berdendam terhadap adik-beradiknya yang pernah memisahkan beliau daripada bapanya yang tercinta iaitu Nabi Yaakob, malah dengan sikap dan akhlak mulia yang ditonjolkan beliau ini akhirnya mengakibatkan keinsafan adik beradik baginda. Amalan tidak berdendam tetapi membalas baik terhadap perkara yang buruk terhadap kita juga adalah salah satu daripada sifat mulia baginda Rasulullah S.A.W.

Lihat sahaja bagaimana Rasulullah tidak membalas perbuatan seorang wanita Yahudi yang sering meletakkan kotoran dan duri di jalanan yang sering dilalui baginda. Lihat juga apa yang dilakukan oleh baginda terhadap penduduk Taif yang bukan sahaja tidak mendengar seruan dakwah Rasulullah tetapi bersikap kurang ajar pula terhadap baginda dengan dilemparkan batu sehingga luka-luka kaki baginda dan diludah oleh sekalian penduduk Taif termasuk kanak-kanak dan juga hamba abdi. Kesemuanya perbuatan ini tidak dibalas malah wanita Yahudi tersebut dilawati baginda ketika beliau sakit, begitu juga dengan penduduk Taif yang didoakan baginda. 


Read more

Mendambakan Kasih Seorang Bapa

like-father-like-son1

Baru-baru ni saya menikahkan sepasang mempelai yang kedua-duanya (dalam lingkungan awal 40 an) berkahwin buat kali yang kedua. Dari segi pandangan mata kasar tiada beza pun pernikahan kali ini dengan lain-lain pasangan yang pernah saya nikahkan. 

Apa yang menarik yang perhatian saya kali ini ialah kelibat anak perempuan bongsu pasangan wanita (seorang balu) yang berusia dalam lingkungan 5 atau 6 tahun yang begitu mesra sekali dengan bapa barunya. Sejurus sahaja ibunya diakad nikahkan, si kecil langsung menerpa bapa barunya.  

Saya tak tahu kenapa, tiba-tiba hati saya sungguh terharu dan terkesan dengan suasana sedemikian. Mungkin disebabkan saya terbayang nasib dan risiko anak yang membesar tanpa kasih sayang seorang yang bernama ayah.

Sebagai seorang yang sentiasa terdedah dengan isu-isu rumahtangga dan keibubapaan saya dapat melihat faedah yang bukan kepalang kepada si kecil dan adik beradiknya yang lain hasil dari kasih sayang yang bakal dikecapi dari seorang yang bernama bapa.

Semoga beliau (sang suami) bakal memainkan peranan sebagai seorang yang suami dan bapa yang penyayang dan dapat memberikan kasih sayang yang didambakan dari seorang yang bernama anak.

Di Sebalik Kemelut Gaza

gaza

Adalah penting untuk kita mengetahui latar belakang peristiwa di sebalik apa yang berlaku di Gaza dan mengenali pihak-pihak yang terlibat dan yang bersengketa selain mengetahui asal-usul sejarah yang berkaitan dengannya agar ia dapat memberi sedikit maklumat di sebalik tengkarah yang berlaku di Gaza baru-baru ini.

1. Kronologi Peristiwa Gaza

  •        Januari 2006, Hamas berjaya memenangi pilihanraya parlimen Palestine dengan memenangi 76 daripada 132 kerusi, sementara Fatah pula memenangi 43 kerusi.
  •        Jun 2007, para pegawai pemerintah Hamas telah disingkirkan daripada Palestinian National Authority  (PNA) di Tebing Barat dan digantikan dengan pegawai Fatah.
  •        Jun 2007, Presiden negara Palestine iaitu Mahmoud Abbas mengeluarkan dekri mengharamkan Hamas, pemerintah Israel pula mengisytiharkan sekatan ekonomi ke atas Gaza. Hamas kemudiannya memulakan pengeboman tanpa henti ke atas kawasan negara Israel yang bersempadan dengan Gaza berikutan sekatan ekonomi ini. 
  •        Disember 2008, tentera Israel mencerobohi Gaza mengakibatkan 1,100 rakyat Palestine terkorban dengan lebih separuh daripada mereka merupakan orang awam berbanding dengan hanya 13 rakyat Israel sahaja yang terkorban.
  •        Januari 2009, Israel mengisytiharkan gencatan senjata secara sepihak (unilateral ceasefire).  


Read more

abahyasir.com

Alhamdulillah, dengan izin Allah blog Abahyasir telah berwajah baru dan punyai domain yang baru juga iaitu http://abahyasir.com, ini semua ini tidak akan terhasil jika tidak dengan pertolongan sahabat saya Shahib Amin, pemilik creativedyn.com yang telah sudi menaja domain blog ini dan juga membantu memberikan nafas baru pada laman ini. 

Saya sedar bahawa pengisian yang baik juga tidak mencukupi juga laman yang direka tidak mesra pengguna dan punyai reka bentuk yang menarik. Terdapat beberapa perubahan daripada laman saya yang terdahulu selain domain .com, pada laman kali ini tiada header yang elaborate merangkumi gambar besar saya (ada yang komen macam laman blog ahli politik Malaysia hehe, sebetulnya saya mendapat inspirasi daripada reka bentuk blog Tarik Ramadan!), tiada juga tag board, hit counter dan sebagainya. 

Tetapi kalau diamati dengan dengan teliti, design blog saya kali ini lebih ringkas dan mudah. Bukan apa, saya ingin pengunjung lebih memberikan perhatian pada ‘content’ nya sahaja dan tidak disibukkan dengan lain-lain perkara, malah saya ada sediakan juga khidmat bagi sesiapa yang ingin melanggan pengisian blog ini melalui RSS feed atau emel. Semoga konsep laman blog saya kali ini lebih mesra dan memberikan kepuasan kepada pengunjung. 

Tidak lupa juga ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Naser (Aura Mustika) yang telah membantu menyediakan link ke laman baru ini daripada laman blog saya yang terdahulu dan juga pereka skin laman abahyasir.multiply.

Kepada seluruh pengunjung laman saya yang baru ini, selamat membaca dan ceria selalu!  

free hit counter