Yoga Haram?

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,131411,00.html

Pernah satu ketika saya hampir pulang dari pejabat, saya diberitahu ada seseorang yang ingin berjumpa. Alamak, aku dah balik ada pulak..ah, inilah kalau kerja di masjid..kalau ada masalah, Imam masjid yang akan dicari. Walaupun ketika tu saya bertugas separuh masa kerana hujung minggu, tapi saya ada 2 walk in client.
Rupanya yang nak jumpa saya ni, seorang wanita Filipino berusia dalam pertengahan 30 an. Beliau seorang saudara baru dan sudah berkahwin dengan seorang lelaki Melayu. Dah lama dia cari saya, tapi dia datang sebelah malam, saya dah baliklah. : ) Beliau mengadu 2 perkara:
1. Ibu menentang dan tidak gembira beliau menganut Islam.
2. Suami tidak bertanggungjawab.
Ibu wanita ini tidak gembira dengan tindakannya menganut agama Islam. Begitu juga dengan saudara maranya yang lain. Tetapi saya tidak sempat menyentuh isu ini dengan lebih lanjut kerana lebih ingin beri tumpuan pada perkara yang kedua iaitu tentang suaminya. Kalau fokus dua2, nampak gayanya balik lepas Maghrib lah saya. Nanti saya pulak kena kaunseling kat rumah : )
Tapi dipendekkan cerita, hubungan beliau diburukkan lagi dengan berita suaminya yang tidak bertanggungjawab. Makin rosak imej Islam pada pandangan mata agama lain angkara Muslim yang tidak bertanggungjawab. Si ibu yang beragama Kristian Katolik menggesa si anak supaya memutuskan hubungan dengan suaminya dan kembali kepada agama asal.
Sebagai seorang anak, kita wajib taat dengan ibu walaupun dia seorang yang bukan Islam selagi mana beliau tidak memerintahkan kita melakukan perkara maksiat dan bertentangan dengan agama. Itupun, kita perlu menolak dengan baik dan tidak meninggikan suara agar kita tidak tergolong di kalangan anak yang derhaka pada orang tua.
Cakap pasal suaminya, sama seperti wanita ni yang berstatus janda, suaminya juga seorang duda dan mempunyai anak-anak yang sudah dewasa. Oleh itu beliau terpaksa menanggung maintenance yang banyak juga untuk dilunaskan pada keluarga yang lama. Akibatnya, tanggungjawab pada keluarga yang baru pula terabai!
Namun timbul satu masalah, pernikahan mereka ini tidak didaftarkan di Singapura! Ia dilakukan di Indonesia. Malah tidak ada sebarang dokumen langsung untuk membuktikan keabsahan pernikahan mereka ini. Lebih pelik lagi, mengambil kira si isteri merupakan muallaf dan perlukan wali hakim untuk bernikah. Betullah, Indonesia semua boleh : )
Kesian sang isteri yang dalam dilemma, beliau tidak boleh melakukan apa2. Tidak boleh mengadu juga pada mana2 pihak. Tidak boleh juga menuntut cerai. Malah, suaminya boleh teruskan pernikahan yang baru di Singapura! Ini kerana pihak berkuasa di sini tiada rekod yang menunjukkan beliau mempunyai seorang isteri. Beliau bimbang dengan kemungkinan ini kerana suami tidak ingin menggunakan namanya dalam sebarang urusan dan berkeras kesemuanya dilakukan atas nama isteri.
Jadi salah siapa jika berlaku perkara sebegini? Betul, suami tidak bertanggungjawab. Tetapi kaum wanita seharusnya lebih bijak, saya tidak dapat salahkan wanita Filipino ini kerana beliau begitu naif, maklumlah saudara baru. Tetapi bagi kaum wanita lain yang ingin berkahwin dengan suami orang atau pernikahan mereka tidak direstui keluarga, lalu mencari jalan keluar dengan berkahwin di luar Singapura.
Fikirlah berkali-kali, kerana kesan buruknya lebih pada kaum wanita. Malah, jika suami kita seorang yang baik dan bertanggungjawab pun ia tidak menjanjikan sebarang masa depan yang cerah bagi isteri. Apa jadi jika suami kita meninggal dunia? Bagaimana kita ingin buktikan kita dan anak2 juga punyai bahagian di atas segala aset dan juga wang pusaka suami?
Kembali kepada wanita Filipino tadi, alhamdulillah beliau tetap tidak menyesal menjadi seorang Muslimah dan tetap tabah menjalani kehidupan seharian. Beliau beruntung kerana mempunyai perniagaan sendiri di salah sebuah pusat membeli belah di kawasan bandar. Malah, tiap malam beliau akan bersolat di Masjid selepas pulang dari kedainya.
Semoga Allah berikan kekuatan padanya dan teguhkan keimanannya. Amin!
Subscribe to Abah yasir!
Tersenyum sinis saya pabila terlihat tajuk utama Berita Minggu yang lalu iaitu ‘Ramai Suami Punca Masalah Sosial Keluarga Melayu Islam’. Antara punca utama sebab yang diberikan ialah suami berkahwin lagi, keluar masuk atau meringkuk di pusat tahanan atau penjara.
Sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam menangani kes-kes kaunseling dan beberapa kes ‘Hakam’ di Mahkamah Shariah, saya tiada pilihan selain terpaksa setuju dengan kenyataan tersebut.
Kes kahwin semula yang melibatkan golongan Melayu-Islam adalah antara faktor yang paling meruncing di kalangan masyarakat kita. Setiap perceraian biasanya membabitkan tuntutan nafkah iddah & mut’ah (pampasan) yang perlu dibayar oleh pihak suami kepada bekas isteri. Sebagai rekod, ramai di kalangan kaum lelaki yang tidak melunaskan kewajipan memberikan nafkah & iddah bekas isteri mereka, ini belum termasuk lagi ‘maintenance’ yang perlu dilunaskan bagi menanggung anak2 di bawah penyeliaan bekas isteri mereka.
Dalam salah satu kes Lembaga Rayuan Muis yang saya terlibat sebagai salah seorang ahlinya, saya dapat melihat sendiri tuntutan kes yang melibatkan bekas pasangan suami isteri yang bertelingkah semata-mata kerana isu tuntutan rumah. Akibat tidak ingin bertolak ansur dan mengikut rasa hati, perkara yang boleh diselesaikan secara aman berakhir dengan persengketaan yang memanjang. Yang untung, sang peguam..kan baik duit tersebut dibayar kepada bekas isteri bagi bayaran iddah & mut’ah yang masih tertunggak belum dibayar! Atau bayar je kat saya ni! Boleh jugak saya bantu jadi orang tengah mendamaikan mereka..hehe : )
Hasil perbincangan dengan seorang teman yang biasa terlibat menghakimi kes-ses di mahkamah keluarga, dikatakan kes2 tuntutan isteri bagi suami yang tidak membayar tunggakan ‘maintenance’ kebanyakannya melibatkan kaum Melayu-Islam, walaupun kita hanya kaum minoriti di sini. Antara sebabnya kebanyakan daripada mereka ini pula berpendapatan rendah, lebih buruk lagi kebanyakan daripada mereka ini pula yang belum lagi selesai tunggakan kewajipan dengan isteri lama mereka dan anak2 daripada perkahwinan terdahulu, berkahwin pula dengan isteri baru, dapat pula anak2 baru : ) Jika ditanya kenapa tak bayar, oh..pendapatan saya tak seberapa, saya dah ada keluarga baru..hmmph, kesian anak2 daripada ibu lama seolah dilayan seperti anak tiri pula.
Namun segala kesalahan ini tidaklah boleh diletakkan 100% pada pundak golongan lelaki sahaja, kaum perempuan juga patut dipersalahkan. Mereka lebih patut berhati2 dalam memilih calon suami. Jangan main tangkap muat jer..Yang susah dan merana nanti diri kita sendiri.
Sukar sebenarnya untuk kita atasi isu yang rumit seperti ini, ia perlu kepada anjakan paradigma pada diri seorang suami yang terbabit dan tidak lupa juga pada seorang isteri. Sebagai penutup posting kali ini, baik rasanya saya sudahi dengan beberapa take away sebagai peringatan untuk diri kita semua.
Buat sekalian suami yang baru berpisah atau sudah lama berpisah tapi masih mempunyai access baggage dengan bekas isteri. Renungkanlah dengan teliti perkara2 yang saya sebutkan di bawah:
1. Jadilah seorang lelaki yang sejati. Jika anda berkahwin dengan cara baik, berpisahlah juga dengan cara yang baik. Tunaikanlah segala tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah pada diri kita ke atas mereka. Janganlah kita menzalimi hati seorang (bekas) isteri.
2. Ingatlah jasa bekas isteri kita selama masa berkhidmat kepada kita. Kenangkan kembali saat2 kita mengecap nikmat bersama isteri. Saat2 bahagia kita bersama mereka. Lupakah kita? Siapakah yang melahirkan zuriat2 kita? Siapa pula yang memastikan rumah kita dalam keadaan yang seelok mungkin. Siapa pula yang memasak, membasuk pinggan mangkok, menggosok, membasuh dan menyidai baju. Lupakah kita?
3. Payah ke untuk berpisah cara baik dengan bekas isteri? Tunaikanlah sedapat mungkin segala nafkah iddah & mut’ah atau maintenance. Tak kesian ke kita pada bekas isteri yang terpaksa menanggung segala beban kita? Tidakkah kita pernah terfikir bagaimana susahnya bekas isteri dan anak2 sedangkan ada di antara kita gembira mengecap kesenangan dengan keluarga baru?
4. Jadilah seorang bapa yang bertanggungjawab. Pastikanlah urusan kebajikan anak2 tidak diabaikan sebaik sahaja kita sudah berpisah dengan isteri. Ingatlah, anda tetap bertanggungjawab memastikan kebajikan anak2 terpelihara. Ini tidak termasuk jalinan kasih sayang yang masih didambakan oleh anak2.
5. Tidak malukah kita di berkelahi dan bertengkar di hadapan anak2? Tidakkah kita memberikan contoh yang kurang baik pada diri anak2 dan menjatuhkan air muka kita sebagai seorang pemimpin keluarga yang sepatutnya menjadi contoh yang ulung pada diri anak2 dan isteri?
6. Tahukah kita, anak2 yang kurang kasih sayang dan sokongan seorang bapa dan dipelihara oleh seorang ibu tunggal mempunyai risiko yang besar membesar menjadi anak2 yang bermasaalah dan terlibat dalan kegiatan yang kurang sihat? Inginkah kita melihat anak2 kita begitu?
7. Ketahuilah, anak2 kita berpotensi menjadi anak2 yang baik walaupun kita dan isteri berpisah. Asal sahaja kita jangan lupa tanggungjawab kita selaku seorang bapa.
Ketekunan kita melunaskan hak bekas isteri akan dapat membantu hubungan yang lebih erat seterusnya memberikan impak yang besar pada pembangunan anak.
8. Jika kita membuat keputusan ingin berkahwin lagi, janganlah diabaikan tanggungjawab sedia ada. Buatlah perkiraan dengan teliti dalam membuat perancangan dari segi kewangan, baik tanggungjawab terhadap bekas isteri dan anak2 serta juga perancangan pada keluarga baru.
9. Lakukanlah perancangan keluarga dengan baik bagi keluarga baru anda. Jadikan pertimbangan bebanan tanggungjawab lama yang belum selesai dalam membentuk keluarga yang baru. Mulakan dengan keluarga yang kecil dahulu dan janganlah tambah bebanan anda dengan bebanan baru yang mungkin anda sendiri tidak akan terpikul dan mengheret diri anda pada satu masalah yang lain pula.
10. Belajarlah daripada kesilapan anda yang terdahulu. Jadikan ia sebagai iktibar. Semoga kesilapan lama dapat mematangkan kita dan menjadikan kita sebagai suami yang lebih bertanggungjawab dan matang dalam menghadapi apa jua cabaran.
Semoga apa yang saya sebutkan di sini menjadi iktibar dan renungan untuk kita semua termasuk diri saya termasuk juga mereka yang belum berumahtangga.
Beberapa minggu yang lalu di masjid, saya dihadiri 3 orang tetamu dari jemaah Tabligh Singapura. Mereka ini sedang mengadakan sesi perjalanan dari masjid ke masjid di Singapura selama 40 hari. Tetamu saya ni berusia dalam lingkungan 40-50 an. Tujuan mereka berziarah dari masjid ke masjid selain dari beriktikaf juga untuk mendapatkan nasihat dan irsyad dari para orang alim & ulama (kata mereka) yang berada di masjid-masjid yang dikunjungi.
Saya sebenarnya mempunyai sesi lain pada masa tersebut, tetapi memandangkan peluang bertemu dan bermuzakarah dengan sekumpulan jemaah Tabligh ini satu peluang yang jarang-jarang diperolehi, maka saya minta excused buat seketika untuk bertemu mereka. Mentelah lagi memang tujuan mereka hadir ialah untuk bertemu dengan imam masjid.
Segan rasanya bagi saya untuk memberikan sebarang nasihat buat mereka, maklumlah terasa kecil jika hendak dibandingkan usaha dakwah yang mereka lakukan, berpisah dengan keluarga dan anak2 selama 40 hari bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tapi memandangkan itulah tujuan utama mereka, maka terpaksalah juga saya berikan pandangan serta nasihat bagi peringatan untuk saya sendiri dan juga mereka.
Saya rumuskan di sini beberapa intipati pandangan tersebut:
1. Dakwah satu usaha yang wajib. Tetapi dakwah kepada keluarga sendiri merupakan satu perkara yang perlu didahulukan dan diutamakan.
2. Dalam kesibukan memberikan dakwah kepada orang lain, bimbingan yang disertai kasih sayang kepada isteri dan anak-anak perlu jangan dilupakan. Ini tidak boleh tidak perlu dimulakan dengan hubungan yang erat antara si ayah dengan si anak.
Saya berkongsi cerita sebenar dalam kes kaunseling yang pernah saya kendalikan dengan mereka tentang seorang ayah yang tidak pernah tinggal solat Fardu berjemaah di masjid. Si ayah ni walaupun seorang yang Muslim yang berpegang teguh pada agama, namun hubungan beliau dengan anak lelakinya tidak mesra, tiada pentarbiyahan amalan solat berjemaahbersama keluarga. Didikan agama yang dilakukan juga keras dan tanpa elemen kasih sayang, anak beliau membesar menjadi seorang yang memberontak dan terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, ponteng sekolah dan mencuri.
3. Sebelum kepergian selama 40 hari, pastikan perancangan awal telah dilakukan bagi memastikan nafkah keluarga tidak terjejas. Maklumkah, bercuti lebih daripada sebulan, lebih2 lagi kedudukan jemaah Tabligh yang berjumpa saya ni adalah berdasarkan gaji hari.
Ini kerana memberi nafkah adalah wajib. Jangan kerana kesibukan ingin berdakwah sehingga kita mengabaikan perkara yang lain sehingga kita menanggung dosa pula. Ingatlah, nafkah yang kita berikan kepada keluarga kita itulah yang paling besar pahalanya kerana ia merupakan satu perkara yang wajib.
Sabda Rasulullah: ‘Satu dinar yang diberikan untuk jalan Allah dan satu dinar dibelanjakan untuk memerdekakan hamba dan satu dinar disedekahkan kepada fakir miskin dan satu dinar dinafkahkan kepada ahli keluargamu, yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau nafkahkan kepada ahli keluargamu.’
4. Setiap apa yang dilakukan juga bergantung kepada sokongan ‘orang rumah’ (isteri). Bukan mudah untuk mencari isteri yang sanggup dan rela ditinggalkan dan mengganti tugasan selaku sebagai seorang bapa kepada anak2 menggantikan suami yang jauh di mata.
Jika kita tidak mempunyai isteri yang mempunyai mental yang kuat, pastinya sukar untuk kita berdakwah. Oleh itu lain keluarga lain halnya.
Baginda Rasulullah S.A.W sendiri memberikan jawapan yang berbeza2 kepada para sahabat bagi soalan yang sama bergantung kepada situasi seseorang sahabat tersebut. Sebagai contoh bagi soalan amalan yang paling afdhal, Nabi pernah melarang seorang sahabat daripada berjihad selepas mengetahui beliau masih mempunyai seorang ibu.
Begitu juga dalam bersedekah, Nabi melarang lain2 sahabat daripada berinfaq seluruh harta. Tetapi pada masa yang sama baginda tidak melarang Sayyidina Abu Bakar R.A daripada melakukan perkara demikian.
Ini tidak lain dan tidak bukan di atas kelebihan keimanan dan ketaqwaan Sayyidina Abu Bakar yang luar biasa dan pastinya beliau dapat mentarbiyah isteri dan anak2 nya supaya bersabar, sedangkan baginda tidak pasti perkara yang sama dapat ditanggung oleh sahabat2 yang lain.
Pada kes2 yang lain, Nabi tidak menggalakkan sahabat menderma seluruh harta untuk memastikan isteri dan anak2 mempunyai bahagian harta warisan dan tidak papa apabila ketiadaan suami kelak.
Oleh itu saya juga menggalakkan mereka jika menghadapi perkara yang sama seperti terdapat rakan Tabligh yang mengadu tidak mendapat sokongan isteri. Hendaklah mereka menasihatkan rakan mereka tersebut untuk kembali ke pangkuan keluarga.
Saya juga ingin berkongsi di ruangan ini ‘best practices’ seorang Tabligh yang saya kenali yang juga merupakan seorang peniaga. Beliau sebelum keluar bertabligh akan memastikan segala keperluan makan minum isteri dan anak-anak terjaga. Malah, beliau mempunyai pembantu rumah untuk membantu isterinya.
Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada perkongsian kisah yang saya sampaikan kali ini.
Saya membaca dengan penuh minat artikel tulisan Hanim Mohd Saleh bertajuk ‘Suamiku Tempat Wanita Mengadu’ dalam Berita Minggu hari ini yang mengisahkan tentang beberapa lelaki yang berstatus suami yang menjadi perhatian teman-teman wanita baik rakan kerja atau sebagainya. Golongan lelaki yang menjadi tempat mengadu wanita ini ini disebutkan oleh penulis sebagai ‘Ladiesman’.
Kerja mendengar keluhan terutamanya wanita adalah satu kerja yang merbahaya sebenarnya jika kita tidak berhati-hati kerana ia mendedahkan kita kepada godaan wanita selain daripada berisiko jatuh hati. Lebih bahaya lagi lelaki tersebut mempunyai kebolehan semulajadi dalam mendengar keluhan seperti bersikap empati dan pandai mendengar, kerana ciri2 inilah membuatkan wanita jadi teruja dan mudah jatuh hati.
Saya lebih berasa tidak selesa apabila penulis memberitahu ‘ladiesman’ ini kadangkala berjumpa dengan wanita-wanita tersebut di luar waktu pejabat di restoran dan kadang kala pertemuan ini dibuat pada waktu malam. Ada juga disebutkan terdapat ‘Ladiesman’ ini yang lebih mementingkan untuk mendengar keluhan wanita-wanita yang ingin dibantu daripada isteri mereka, malah ada di antara mereka yang mengaku kadangkala tergoda dengan wanita-wanita ini.
Pandangan saya tentang isu ini dan juga kepada mana-mana ‘ladiesman’ agar lebih berhati-hati dan menjaga batasan dalam membantu seseorang khususnya wanita. Lebih-lebih lagi jika terlalu kerap bertemu di luar. Bagi mereka yang sudah berstatus suami, keadaan berdua-duaan dengan wanita yang bukan isteri perlu dihindarkan bagi mengelakkan sebarang fitnah yang mungkin timbul.
Alangkah baiknya jika masa dan waktu selepas kerja dihabiskan di rumah bersama-sama dengan isteri dan anak-anak? Kan itu lebih baik dari dihabiskan masa bertemu dengan wanita-wanita yang bukan mahram kita yang seterusnya boleh meletakkan diri kita dalam keadaan berisiko tergoda dan digoda?
Nasihat saya kepada wanita-wanita yang perlukan bantuan. Jumpalah Kaunselor yang berkelayakan di tempat yang telah dikhususkan untuk dapatkan bantuan kaunseling serta sebaik-baiknya elakkan dari daripada mencurahkan luahan hati kepada teman atau rakan kerja lelaki (I.Allah saya akan buat satu posting lanjutan khusus tentang perkara ini selepas ini, mengapa bahaya rujuk kepada teman rapat atau rakan sekerja lelaki)
Seorang kaunselor atau pekerja sosial selain dilatih mendengar keluhan kita juga mempelajari etika-etika dalam memberi kaunseling. Antaranya jika terdapat tanda-tanda seperti mula timbul rasa suka pada klien, atau kita rasa klien kita tu lain macam jer (suka kitalah!), maka hendaklah kita membuat ‘referral’ kepada kaunselor lain. Ini perlu untuk mengelakkan daripada menjadi lebih mudharat dan seterusnya mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
Jadi nasihat saya pada segala ‘ladiesman’, tumpukanlah pada keluarga dan jangan letakkan diri kita dalam bahaya berdepan dengan klien2 wanita ni. Jika ingin membantu, pastikanlah jangan sampai berdua2 an walaupun di khalayak ramai. Kalau nak bantu juga secara serius, jadilah seorang kaunselor betul2, belajar betul2. Ambil diploma, ijazah dan sebagainya.
Cuma timbul satu soalan di benak fikiran saya ketika ingin selesaikan posting ini, kenapa hanya ditumpukan dan ekslusif pada teman wanita sahaja dan bukan pada teman atau rakan sekerja lelaki? Juga apa perasaan kita jika isteri kita sendiri pula dapatkan bantuan untuk luahkan perasaan mereka pada ‘Ladiesman’ yang lain pula? Atau lebih dasyat lagi jika isteri kita pula jadi opposite ‘Ladiesman’ dan membuat temujanji makan malam dengan lelaki lain semata-mata untuk mendengar keluhan mereka!
Recent Comments