Di kesempatan Eid kali ini, ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri Mubarak kepada semua pengunjung laman ini, Minal ‘Aidin Wal Faezin Wal Maqbulin. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum… 

Gembira sekali saya kerana pada Eid kali ini dapat saya hadir solat bersama keluarga. di masjid tempat saya bertugas. Di mana lagi kalau bukan di Al-Falah?. Kebetulan kali ini saya tidak bertugas sebagai khatib, jadi taklah kelam kabut nak siapkan budak2 untuk mandi dan sebagainya.


Sampai di masjid, berwarna-warni rasanya suasana pagi raya. Maklumlah, Masjid berwajah baru, ditambah pula jemaah kami yang berbilang bangsa. Ada Pakistani, Emirates, American, French etc. Dengan sebab itu, di Al-Falah untuk meraikan mereka, dan juga jemaah tempatan (termasuk bangsa Cina dan India) yang lebih selesa berbahasa Inggeris. Maka khutbah kami diadakan dalam bahasa Inggeris. Dah 5 tahun perubahan ini diperkenalkan. Alhamdulillah, mendapat maklum balas yang sungguh menggalakkan. Malah Raya kali ni, sungguh penuh sekali masjid..melimpah dan melampaui carpark entrance di sebelah kanan pintu masuk utama masjid. 


Anak-anak pula sungguh gembira..maklumlah hari Raya. Dari malam dah semangat nak beraya dengan baju baru. Sampai di masjid, mama bawa Madihah, saya bawa Yasir. Alhamdulillah, ada tempat kosong reserve utk Imam. Dapatlah duduk dpn dgn Yasir di ribaan saya. Alhamdulillah, dia tak buat perangai kali ini, dari mula solat hingga selesai khutbah Eid, Ahmad Yasir diam je. Masa time solat dia ikut apa je saya buat.

Suasana semasa takbir pagi Raya di Masjid Al-Falah.

Budak2 kecik memang cute, jujur dan senang dilentur. Semua yang kita didik atau buat, boleh menjadi ikutan dgn mudah. Si adik contohnya, saya dah programkan dia, kalau siapa2 puji dia hensem masa Raya ni, dia akan jawab ‘ Hensem mcm abah!’ hehe..

Close up gambar Ahmad Yasir bersama Abah semasa di Masjid Al-Falah pada 1 Syawal yang lalu.

Cakap pasal jujur kanak-kanak ni, teringat pula saya satu cerita lucu (bagi sayalah), bila main sembunyi2 (sembunyi2 lagi!) masa bulan puasa hari tu. Si adik kalau nak sembunyi takde idea, terpaksalah saya yang kena sorokkan dia. Fuuh, memang strategik habis (belakang sofa di sebalik langsir) saya sorokkan dia, kakak tak jumpa2..kakak nya frust..saya pun pesan adik ‘Ahmad, diam2 tau..jangan bising2! nanti kakak tahu’

Adik boleh jawab..’OK!’ Saya ketawalah geli hati, apalah, boleh sahut pulak, buat spoil je..tapi nasib baik, kakak tak dapat tangkap lagi di mana adik sorok. Si Adik kemudian dah penat sembunyi agaknya, bagi clue dkt kakak..’Kakak!, adik di sini. Dkt hall kecik!’ Hmmph..jumpalah si kakaknya…Jujurkan budak2?

Namun sebenarnya jauh di sudut hati, saya dan isteri merasa bimbang bila mereka dah besar nanti. Begitu juga perasaan saya bila setiap kali melihat anak2 dan kanak2 lain di tadika mereka, terdetik hati kecil saya berkata.. ‘Kecik2 mereka ni semua cute miut, dah besar macam mana yer?’ Maklumlah, saya dah lihat bermacam perangai budak2 remaja yang saya kaunseling di masjid. Adakah mereka semua nanti bakal membesar menjadi anak yang soleh dan solehah? Harapan saya begitulah.

Isteri saya sendiri pernah tersentak dengan jawapan anak saya yang sulung, Madihah ( 5 tahun). Masa tu si kakak sedang menonton satu lakonan kanak2 lelaki (pan asian) di TV3. Si kakak komen, ‘Kakak, suka budak lelaki ni’. Tanya Mamanya, ‘Kenapa?’ Jawab si kakak, ‘Sebab dia hensem!’ Adduh, saya bila diceritakan perkara ni hanya mampu giling kepala. Nak pengsan pun ada! Hmmph, tak tahulah dia ikut siapa dalam hal ini : )

Anak2 sebenarnya bersih dan suci. Memang tepatlah apa yang Nabi kata ‘ Bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih), maka ibu bapa merekalah yang menyahudikan, menasranikan atau memajukannya’ Maknanya, keperibadian mereka ni bergantung kepada warna yang dicorakkan oleh ibu bapa. Dengan erti kata lain, kalau si ibu dan bapa tidak solat, maka si anak2 berkemungkinan besar juga tidak akan solat sampai ke besar, kecuali mungkin bila berlaku satu anjakan paradigma (paradign shift) seperti musibah penyakit, kematian orang yang disayangi sebagai contoh, barulah seseorang tu berubah..

Lantas, tiada jalan pintas sebenarnya dalam hal ini, saya sendiri seorang yang percaya kepada tarbiyah agama melalui:

1. Pembudayaan amalan sejak kecil.

2. Contoh yang baik dari ibu bapa.

3. Elemen kasih dan sayang dari kedua ibu bapa.

Saya pernah ditanya tentang pembudayaan solat dalam diri anak2 dalam satu forum solat anjuran Pergas di Masjid Kassim.

Pandangan saya (dengan sedikit penambahan dalam posting ni),

1. Ianya bermula bukan masa kita dpt anak atau bila anak kita dah besar.

2. Proses dpt anak yang soleh/ah bermula dr masa kita pilih bakal isteri sebenarnya.

3. Termasuk bila kita nak bersatu dengan isteri, jgn pula lupa kita berdoa!

4. Bila isteri dah hamil, kedua suami dan isteri:

- Solat jgn tinggal!

- Baca Zikir/Quran. Sekarang ni ibu2 sibuk nak anak tahu membaca semasa umur masih kecil lagi (2-3 tahun) sehinggakan masa usia 3-4 bulan kandungan, kita dah ajar dia membaca. Kenapa tidak kita banyakkan baca Quran juga? Pasti, impaknya lagi power kan pada anak dalam kandungan? Bila umur 3 tahun mesti dah pandai baca Quran punya! (Saya kena cuba dulu ni!)

5. Bila dah bersalin:

- Solat jangan tinggal lagi! Bukan apa, nilah satu pembudayaan. Jadi anak kita membesar dengan nampak kita bersolat berseorangan atau sama suami/isteri. Mesti dia confuse punya, bila tiap kali solat, eh apasal mak bapak aku bo layan ni?

6. Bila dah besar 3-7 tahun.

- Solat jangan tinggal jugak! Latihlah dia, bertahap-tahap. Mungkin bila dah 5 tahun satu hari satu waktu solat. Tak konsisten pun takpe. 6 tahun 2 waktu, 7 tahun 3 waktu. 8 tahun 4 waktu, 9 tahun 5 waktu. 10 tahun, tak solat baru rotan : )

Kesemua pentarbiyahan ini pula perlulah diselang seli dengan galakan, pujian, sokongan selain paling penting contoh yang baik dari kedua ibu bapa. Sebaiknya dan ideal jika ianya dilakukan secara bersama-sama.

Tetapi kalau kita tidak dibesarkan dengan cara ini, jangan pula kita salahkan kedua ibu bapa kita! Bila kita dah baligh..kita yang bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Ibu bapa akan dipertanggungjawabkan..begitu juga kita.

Semoga kita berjaya mentarbiyahkan anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah..Marilah kita usaha sedaya yang kita termampu. Selebihnya kita berserah kepada Allah.

About these ads

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor and finally a true Kopite!

8 responses »

  1. dew embun says:

    Hijau pucuk pisang?! ;pTakde lagu tentang baju kurung hijau pucuk pisang…yang ada cuma lagu ‘si baju hijau sedang bertugas…di perbatasan peluru tak bermata harus waspada….’-Sanisah Huri!Cutelah Yasir…lebih handsome dari Abah tu rasanya! ;pDoa embun buat Madihah dan Yasir.Semoga menjadi anak-anak yang solehah dan berguna kepada Umat dan negara. :)

  2. Nas Aura Mustika says:

    Alhamdulillah. Ramai sungguh jemaah yang bersolat di Al-Falah di pagi Aidilfitri. Insya’Allah, suatu hari nanti, jika umur panjang, saya teringin juga untuk bertakbir sama di Al-Falah (maklumlah, saya tinggal di Jurong).Seperti Embun, saya juga doakan agar Madihah dan Yasir menjadi anak2 yang soleh dan solehah, serta taat kepada kedua ibu bapa.Seperti juga Embun, saya pun rasa, Yasir lebih hensem dari Abahnya… Hehe. Jgn marah, Ustaz. Komen saya jujur lagi ikhlas. =)

  3. Abah Yasir says:

    Terima kasih atas doa kalian. Kalau jumpa Yasir, jangan tanya dia hensem macam siapa tau! : )

  4. Ummi's Blog says:

    Salaams Ustaz…Thanks for this frank and truthful entry. Like you, I also wonder how will my children grow up to be. We lead my example, insya’allah our efforts will be paid off…It seems that every stage of their life, the rule is “solat jangan tinggal” very important too…Solat brings a huge impact in our lives wheather we realise it or not. Semoga your Yasir and my Yasir grow up to be solihins…Insya’allah.

  5. Abah Yasir says:

    Thanks Ummu Yasir. ‘Rabbanaa Hab Lanaa Min Azwaajinaa Wa Zurriyaatinaa Qurrata A’yun Waj’alnaa Lil Muttaqiina Imaama’

  6. dew embun says:

    *ambik kertas dengan pensel kontot buat tulis doa yang baru diajar…untuk ‘keselamatan’ diri*

  7. LinZi says:

    Keep up the awesome work! Look forward to reading more from you in the future. I think it will be also nice if you add “send to email” tool so people can forward the articles to their friends easily.

  8. hasliza borhan says:

    Anak2 itu bukan saja ibarat kain putih Ustaz Yusri…tapi mereka juga umpama cermin untuk diri kita selaku ayah dan bonda.Saya sangat bersetuju dengan apa yang Ustaz perkatakan di artikel ini…Secara ringkasnya orang tua2 ada berkata…Untuk melihat hasil yg terbaik…kita memerlukan acuan yg terbaik juga…Walluhua’lam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s