Archive for October, 2008

Satu Cetusan…

Terbaca leteran Wak Cantok atas komentar tuan Mufti di Berita Minggu pagi tadi. Cakap pasal komen yang diutarakan, rasanya begitu mencabar sekali peranan  para asatizah dewasa ini. Banyak nampaknya yang para asatizah kena kuasai. Isu global, perubatan, ekonomi, kewangan dan lain2. Saya sendiri naik juling biji mata nak fahamkan isu credit crunch yang melanda dunia kita sekarang ni, pun tak faham2 jugak : ) 

Sebenarnya keprihatinan untuk kita menguasai pelbagai bidang (setakat untuk tahu dan sebagai general knowledge) merupakan satu perkara yang penting. Ia juga satu kemahiran yang boleh kita gunakan sebagai pembuka bicara dengan teman yang baru kita kenali atau mungkin business client dari negara lain.. Bagi kita selaku ibu bapa pula, secara tidak langsung kita dapat menyemai rasa ingin tahu pada diri anak. Bagi mereka yang punya anak yang ‘terpelajar’, kita dapat berbincang dengan mereka dengan isu2 global. Jadi kalau dia amik GP dengan kita pun dia boleh berdiskusi. Bagi yang anak2 remaja pula, isu fesyen, musik, film, sukan pun kita boleh on jugak! 

Maknanya, ia bukan satu keperluan untuk asatizah sahaja, tetapi untuk semua profesi dan golongan. Betul tak? Cuma para asatizah selalu berinteraksi dengan masyarakat dan menjadi harapan besar masyarakat pula, ia menjadi tabib jiwa dan rohani mereka. Maka, para asatizah perlulah lebih2 lagi menelaah surat khabar dan internet dll bagi meluaskan pengetahuan mereka.  

Sebagai permulaan, adalah sangat penting untuk kita SEMUA memastikan membaca akhbar sekurang2nya Berita Harian (sebenarnya tidak cukup, kita perlu supplement dengan ST atau mungkin TNP).  Dalam hal ini, penuntut Universiti juga tidak terkecuali, saya perhatikan ada di antara mereka yang kurang mengetahui hal sekitaran dalam negeri. Bagi saya ini sangat menyedihkan. Buku teks dan pembacaan yang membatasi ruang lingkup bidang yang kita pelajari sahaja tidak mencukupi.  

Saya pernah hadiri satu conference yang melibatkan pemimpin masyarakat melayu yang dianjurkan oleh Mendaki, dijemput juga para pelajar2 cemerlang yang pernah memenangi anugerah2 pelajar2 perbaik. Ada di antara mereka yang sudah bekerja. Di meja saya ada beberapa karyawan termasuk seorang MP melayu dan juga beberapa karyawan muda. Dalam perbualan antara kita, terjadi satu kejadian yang memalukan MP tersebut, salah seorang karyawan muda tu tanya MP ni siapa? dan apa yang dia buat! Oh oh..Selamat MP tu cool aje, dia dengan selamba perkenalkan diri dia dan beritahu kerja yang dia buat sehari-harian.  

Saya sebenarnya juga berpandangan, media aliran utama (mainstream) perlu menggerakkan minda masyarakat bukan setakat untuk menjadi seorang karyawan tetapi karyawan yang beragama, sekurang-kurangnya dari segi zahir atau appearance mereka diterima sebagai seorang Muslim. 

Pernah saya terbaca di berita aliran utama yang mengenengahkan seorang karyawan muda tetapi juga disebutkan si karyawan ni bertindik telinga. Apa yang mereka cuba bawakan kepada masyarakat? Sesuatu yang cool bagi seorang lelaki yang bijak dan berkerjaya serta bertindik di telinga? Begitu juga dengan ciri2 pemenang anugerah terbilang seperti Anugerah Jauhari perlu lebih diperhatikan kriterianya. Sebab mereka ini akan dijadikan satu contoh, bukan setakat kemahiran tetapi juga appearance mereka. 

Masyarakat kita masih lagi kekurangan wakil dalam banyak bidang, sebagai contoh, saya pernah ke KK dan saya tidak dapat menjumpai satu pun doktor wanita specialist (bukan consultant atau senior consultant) untuk membidani isteri saya? Ni satu contoh sahaja, kita masih banyak lagi kekurangan bidang2 utama dalam negara. Kalau sukan pula, masyarakat Melayu hanya dikaitkan dengan bolasepak, Silat, Sepaktakraw. Dah lah tu, dalam persatuan pulak asyik bergaduh aje sesama mereka.  

Sebagai satu usaha menjana masyarakat yang berilmu dan mampu bercita2 tinggi untuk berjaya, kita juga boleh war warkan tokoh lampau yang exceptional yang mungkin di kalangan kita sendiri kurang mengenali. Pernah dengar Profesor Dr Dato Ahmad Ibrahim? (bukan bekas MP). Berapa ramai di kalangan kita yang tahu beliau pernah dilantik oleh Lee Kuan Yew PM pada masa tu  (sekarang MM) sebagai ex Attorney General atau peguam negara pertama Singapura? Beliau jugalah yang melakar AMLA (Administration Muslim Law Act). 

Dengan adanya AMLA lah, wujudnya Mahkamah Shariah, ROMM & Muis. Beliau juga mahir dalam bidang shariah selain undang2 sivil. Di Malaysia nama beliau disanjung tinggi, nama fakulti dan perpustakaan Universiti di sana dinamakan sempena dengan nama beliau. Di Singapura? (Sebagai rekod Jalan Ahmad Ibrahim di Singapura diambil sempena nama ahli parlimen saudara Ahmad Ibrahim).

Teman saya (seorang pensyarah di NUS) pernah berkongsi hasil kajian beliau, dia menjelaskan kita di sini kurang menonjolkan almarhum berbanding teman2 kita di Malaysia. Apa silapnya? Sepatutnya, tokoh sebeginilah yang patut kita kenali dan jadikan sebagai satu perangsang masyarakat kita.

Perkara2 sebeginilah yang perlu kita war war kan. Agar para ibu bapa masyarakat kita mampu bercita2 mengorak langkah melahirkan karyawan yang bukan sahaja punyai ilmu sekular tetapi juga ilmu agama. Di sinilah peranan media massa berbahasa Melayu tempatan.

Satu lagi tabiat orang Melayu ni ialah kita suka sangat terkenangkan yang lama2 dan tidak maklum dengan kemajuan masyarakat sekarang yang mungkin orang2 lama pun belum pernah kecapi. Sebagai contoh kalau dlm bidang sukan, kita asyik sebut tentang pasukan bolasepak negara era 70 an, tetapi bila saya semak2 rupanya mereka hanya menang Malaysia Cup sahaja, pingat perak Sukan Sea pun tidak pernah (mungkin gangsa pun belum). Malahan pasukan era 80 an, 90 an dan juga 2000 an lebih menyerlah, mereka pernah menang pingat perak sukan Sea (1083 di Spura, 1985 di Bangkok dan 1989 di KL), ini termasuk juara Kejohanan Asean (1998, 2005 & 2007). Ini baru contoh sukan je : ) General knowledge jugak nih! 

Sebenarnya mengenang yang lama2 baik tapi tidak boleh keterlaluan sehingga kita tidak mengenang pencapaian masyarakat sekarang. Sebagai contoh juga, para ulama dan asatizah yang telah tiada spt Almarhum Ust Syed Abdillah (agamawan terbilang), Ust Salleh Mat Piah, Ust Taha Suhaimi, Abu Bakar Hashim (kesemuanya mantan Pres Mahkamah Shariah), Ust Embek Ali dan lain2) adalah tokoh2 yang sukar dicari ganti dan mungkin tidak dapat ditandingi sampai bila-bila serta punyai kehebatan ilmu dan kemahiran yang tidak terbanding. 

Tetapi kita juga perlu acknowledge pencapaian para ulama dan asatizah zaman sekarang yang juga pada saya tidak kurang hebatnya serta mungkin punyai kelebihan yang tiada pada ulama dan asatizah yang terdahulu. Malah pada saya asatizah masakini lebih diversity dan tidak terhad kemahiran mereka dalam bidang tradisional seperti ilmu Tauhid dan Fekah sahaja tetapi juga dalam bidang2 yang lain. 

Aah, cukuplah saya membebel kali ni, ni orang kata meleter pulak : ) Kita jumpa lain kali yer?

“Saya Nak Kahwin Lagi Sebab Nak Elak Maksiat.”

Beberapa hari lepas saya ditanya oleh seorang kenalan yang beritahu saya beliau ingin bernikah lagi. Ni bukan sembang2 biasa. Tapi pertanyaan yang serius kerana beliau sedang mabuk cinta dengan kekasih hati. Beliau juga tahu saya seorang naib Kadi. Saya selamba jawab. ‘Bolehlah, kenapa tidak?’ Sebelum saya sambung ‘ Boleh, tapi kena register di pejabat Nikah. Kalau lulus bolehlah proceed. (Saya pernah bincang isu ni panjang lebar dalam posting saya yang bertajuk ‘Ayat-Ayat Cinta’

Dia tanya apa kriterianya. Saya jawab isteri pertama dan bakal isteri perlu ditemuduga bagi proses poligami. Teman saya ni terkejut, eh lecehnya! Macam ni saya kahwin sivil ajelah!. Beliau juga nyatakan kalau demikian beliau akan berkahwin secara rahsia di luar Singapura. 

Saya sebenarnya macam nak meletup jugak..menyirap juga darah..tapi biasalah saya terpaksa cuba ’step cool’ dan relax. Ini penting agar kita tenang dan dapat berikan jawapan yang bernas lagi menyakinkan. Jika kita emosi..intonasi suara tidak terkawal dan kita akan lebih bercakap mengikut perasaan dan bukan fikiran.  

Saya nyatakan pada beliau, rumahtangga satu tanggungjawab. Dan paling penting, undang2 permohonan poligami disusun sedemikian rupa adalah untuk menjaga kemaslahatan wanita. Apa akan jadi jika wanita tersebut diceraikan? Mahkamah mana nak keluarkan sijil cerai? Nak pergi cerai perlu bawa sijil nikah. Kalau sijil tak diiktiraf macam mana nak bercerai? Macam mana nak tuntut nafkah iddah, mut’ah, maintenance anak dan sebagainya? Kalau suami meninggal pulak camna? Siapa nak percaya kita isteri yang sah dan berhak untuk terima harta pusaka suami? Siapa yang susah dalam hal ini kalau bukan isteri? Siapa yang selenge dalam hal ni kalau terjadi perkara yang saya sebutkan tadi? Hehe, saya tak sebut ’selenge’ lah..ni dalam posting ni jer ; ) 

Kemudian beliau bagi alasan yang biasa didengar..biasalah kahwin untuk elak maksiat. Betul. Tapi kalau dah ada satu isteri..jumpa pompuan lain lagi jambu, lepas tu kita pun cari pasal dan melayan..hmmph..Camna? Kahwin lagi? Lepas tu jumpa pompuan lain. Nak kahwin lagi? Bila nak habis daahh? 

Jadi jangan gunakan alasan sebab elak maksiat. Elak maksiat bukan kahwin je, kahwin pun tak akan selesai masaalah kalau kita tak ubah sikap ‘romeo’ kita tu. Penting bagi lelaki yang macam ni kalau nampak yang berkenan di hati..jangan melebih, melayan atau nak ‘menggatal’. Perlu draw the line..Kalau tak? Bahaya kepada keselamatan dalam negeri : )

Saya tak tahulah sama ada dia terima atau tidak hujjah saya. Tapi jika beliau betul cinta dan sayang kepada bakal isteri barunya, maka beliau perlu menimbangkan dengan serius untuk mendaftarkan permohonan secara rasmi di pejabat Nikah dan tidak bernikah melalui cara yang tidak pasti kesahihannya.

Ibu Mertua vs Anak Menantu (Perempuan)

ibumertuaku1

Ibu mertua vs anak menantu? Ish, stereotype betul bunyi posting saya kali ni. Tapi begitulah hakikatnya..jarang kita dengar anak menantu lelaki problem dengan mak mertua (walaupun ada juga) atau anak menantu perempuan clash dengan bapak mertua. Kenapa yer?

Tapi ni mungkin sebab expectation pada anak perempuan. Pandai masak, rajin kemas rumah dll. Bayangkan kalau menantu perempuan balik kerja terus tidur sebab penat, bangun tidur terus makan? Mesti mak mertua bingit kan? Tapi tulah cabaran menantu moden masa kini yang kebanyakannya berkarier.

Ada pulak yang bergaduh dengan mak mertua sampai taknak pergi ziarah rumah mak mertua. Soalan saya, sampai bila tak mahu ziarah yer? Nak tunggu mak mertua datang rumah minta maaf dengan kita dulu? Takkan macam tu kot? Lebih dasyat lagi, kadang2 ada pasangan yang sampai bercerai-berai kerana kes mertua. Saya sendiri pernah mengendalikan beberapa kes seumpama ini ketika sesi Hakam di mahkamah Shariah atau ketika sesi kaunseling di masjid.

Nasihat saya kepada pasangan2 ni, terutama si isteri..’kita tidak punyai kuasa untuk merubah seseorang, tetapi kita punyai kuasa untuk ubah diri sendiri’ Betul, kalau kita punya kuasa ubah orang lain..kerja kita senang. Betul tak? Tak payah gaduh2 lah. Bahkan semua di sekeliling kita akan jadi aman. Tapi keadaan tak sedemikian. Namun, kadang2 dengan perubahan yang kita lakukan pada diri sendiri akan beri impak pada persepsi orang lain pada diri kita. Pernah dengar cerita Mak mertua, Anak menantu & ………? (hai, macam bunyi film Perempuan, Isteri & …… pulak yer!)

Cerita dia camni…pada zaman dulu, ada seorang menantu ni nama ‘Minah’. Dia ni tak sebulu betul dengan mak mertua dia. Macam manalah mak mertua dia tak berbulu dengan dia, Minah ni tak pernah masuk dapur, tak buat kerja rumah dan segala perkara yang orang pompuan patut buat. Jadi siang malam lah kena meleter. Satu hari, Minah dah nekad. Satu cara untuk bebas daripada problem ni semua ialah hapuskan mak mertua dia. Macam cerita Sinetron pulak eh? 

Jadi si Minah pun pun pergi kedai Singseh untuk beli racun atau ubat untuk lenyapkan mak mertua dia buat selama-lamanya. Tapi minah tak mahu ubat yang mati terus, dia nak ubat yang buat mak mertua dia mati slow2, bagi siksa lebih sikit. Apek singseh pun rekomen satu ubat nih, cara gunakan ubat ni perlulah dimasukkan ke dalam lauk pauk yang dimasak.

Maka, mula dari hari tu. Minah pun mulalah masak tiap hari sambil masukkan racun pada lauk yang dimasak. Dipendekkan cerita, Mak mertua makin sayang pada Minah! Sebab Minah tiba2 jaga makan minum mak dia nih, bukan setakat masuk dapur tapi tolong masakkan sekali! Kerja rumah pun Minah mula buat. Makinlah mak mertua Minah sayang.

Tapi ada satu problem buat Minah..Minah pun dah mula sayang pada mak mertua dia! Camna nih? Minah pun pergi kedai Singseh, ‘Apek! Lu ada ubat matikan itu racun tak? Gua tak mahu mak gua matilah..’ Kira2 Minah nak antidote lah. Apek pun jawab, ‘Elo Minah! Lu jangan takutlah, itu obat pun tatak mati olang punya. Itu obat sebenanya, obat bagi sihat. Bagi hidup lama punya!’ Minah pun lega dan gembira kerana Mak mertua dia makin sihat dan sayang pula pada Minah, Minah pun sayang padanya.

Dapat tak pengajaran cerita ni? Maknanya, kita jgn cari kesilapan orang atau mertua kita. Ia bukan satu huraian, sebab kita tak punya kuasa utk ubah mereka. Kita ubahlah diri kita sendiri. Cari apa kesilapan kita? Mengapa ibu mertua tak suka kita? Mesti ada sebab utama. Jadi penyelesaiannya ialah kita muhasabah diri dan cuba perbaiki segala kelemahan diri. 

Seperkara lagi, jika ibu atau bapa kita salah sekalipun dan marahkan kita, apalah salahnya jika kita tolak ansur minta maaf pada ibu bapa mertua walau kita rasa kita yang betul..takkanlah kita nak harapkan mereka yg datang minta maaf dengan kita!  

Cakap pasal ibu mertua-anak menantu. Kadang2 suami yang terhimpit di tengah-tengah. Apa taknya, kalau sokong mak. Isteri cakap suami anak mak. Sokong isteri, mak kata takut bini! Atas sebab itu, suami perlu punyai kepimpinan yang tinggi dan berani buat keputusan yang tepat walaupun kadangkala menyinggung hati isteri ataupun ibu, jika itulah yang terbaik di sini agama. 

Saya bagi contoh 2 senario:

Senario 1: 

Ibu suruh anak lelaki bawa isteri tinggal bersama. Si isteri pula berkeras2 nak duduk rumah sendiri. Akhirnya si suami dengar kata isteri sebab si suami tahu weakness dan pada masa yang sama faham benar perangai ibunya. Keadaan mungkin bakal huru hara jika mereka tinggal bersama.  

Atas alasan jangka masa panjang si suami beli rumah lain. Si ibu mungkin kecil hati. Tapi membeli rumah untuk isteri juga satu kewajipan suami dan juga hak isteri kan? Lagipun, bila tinggal jauh2 kadang2 lagi mesra. Ni yang dikatakan, dekat bau tahi, jauh bau wangi (betul ke peribahasa saya ni?) 

Walau mungkin mula2 ibu merajuk, tapi pandai2 lah kita pujuk. Dah lama2 I.Allah ok lah tu. Keputusan yang jelas matlamatnya dari segi jangka panjang akan bawa kebaikan kepada kedua2 belah pihak. 

Senario 2: 

Si ibu ajak anak lelaki ziarah rumah saudaranya. Contoh, adik beradik atau bapa/ibu saudara. Si isteri tak mahu ikut atas alasan penat jalan raya kelmarin dulu masih belum reda. Sedangkan si ibu ajak ziarah 2-3 rumah yang berdekatan sahaja.

Pastinya ajakan si ibu tidak keterlaluan untuk diikuti. Maka, sebaiknya si suami perlu berkeras dalam hal ini bagi memastikan si isteri ikut kemahuannya dan sama2 menziarahi saudara mara pihak suami. Pada masa yang sama, si suami kena jugalah ziarah saudara mara isteri walaupun penat yerr! 

Dalam hal ini, suami berpandangan jika tidak ikut permintaan ibu akan kecilkan hati ibunya, mentelah lagi menziarahi rumah saudara mara juga merapatkan silaturrahim antara keluarga dan hubungan si isteri dgn keluarga suami termasuk hubungan dengan ibu mertua semakin rapat. Bayangkan, jika si suami ikut sangat penat si isteri?    

Akhir kata, saya rasa nasihat yang paling terbaik dalam hubungan ibu bapa mertua dengan anak menantu ni ialah..kita anggaplah mereka macam ibu bapa kita sendiri. Kan bila dah jadi ibu bapa mertua kita, kita dah boleh salam dan cium tangan mereka?  Kan bila kahwin dengan isteri atau suami dah macam kahwin dengan keluarga mereka sekali? 

Pengalaman Menjawab Soalan Kemusykilan & Kaunseling

Alhamdulillah, kebelakangan ini saya menerima banyak sekali soalan-soalan berkaitan kemusykilan agama mahupun soalan yang berkisah tentang isu peribadi yang berupa hal perkahwinan dan sebagainya. Soalan ini diterima daripada laman multiply saya, laman Facebook serta ruangan tag di blog ini mahupun bagi mereka yang langsung email kepada saya. 

Saya sungguh teruja dengan perkembangan ini. Seboleh-bolehnya ingin saya membalas seberapa pantas dan segera, namun kadangkala terdapat perkara lain yang perlu diberikan prioriti. Bagi soalan-soalan yang berkaitan kemusykilan agama jika saya tahu hukumnya akan cuba dijawab segera, jika tidak terpaksa saya rujuk kitah atau bertanyakan teman-teman yang lebih arif. 

Adapun soalan-soalan yang berkisar tentang isu-isu peribadi memerlukan masa yang bukan sedikit, saya perlu baca membacanya berulang-ulang kali bagi mengetahui isu pokok yang dikemukakan selain cuba memikirkan cadangan serta saranan yang boleh dipraktiskan. Sesungguhnya ia bukan satu perkara yang mudah bagi saya menjawabnya, kerap saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan. Biasanya saya akan type 3-4 point utama dan biarkan beberapa hari sehingga saya ada mood. Biasanya mood tu datang dalam jam 11-12 tgh malam dan berlarutan hingga jam 2-3 pagi. Begitu jugalah dengan catatan2 pengalaman yang dikongsi dalam blog ini. Kadangkala ia tidak dapat diselesaikan dalam 1 malam. Besok sambung, lusa sambung lagi..sehinggalah selesai. Hai, bukan mudah nak jadi blogger yer? : ) 

Saya juga ingin meminta kerjasama kepada sesiapa yang berminat untuk bertanyakan soalan agar dapat email saya secara peribadi ke abah.yasir@gmail.com atau ke laman abahyasir.multiply.com (terdapat link nya di bhg ‘Laman Interaksi’ di ruang bawah sebelah kanan blog saya). Anda juga boleh membaca koleksi jawapan2 terdahulu di laman multiply saya. 

Bagi sesiapa yang tag saya untuk bertanyakan soalan, harap dapat link kan email anda pada namanya di ruangan tag di ‘laman mesej’. Harap dapat memahami keterbatasan ruang untuk saya menjawab soalan di ruangan tersebut. Sebenarnya ruangan di ‘laman mesej’ lebih kepada ucap selamat dan pandangan daripada pengunjung2 laman blog ini, tapi tak mengapalah…

Akhir kata jika ada yang terlambat saya jawab atau jawapan tidak memuaskan hati, harap maaflah yer, yang baik itu dari Allah..yang lemah tu dari saya. 

Jumpa lagi! 

Anak Ibarat Kain Putih…

Di kesempatan Eid kali ini, ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri Mubarak kepada semua pengunjung laman ini, Minal ‘Aidin Wal Faezin Wal Maqbulin. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum… 

Gembira sekali saya kerana pada Eid kali ini dapat saya hadir solat bersama keluarga. di masjid tempat saya bertugas. Di mana lagi kalau bukan di Al-Falah?. Kebetulan kali ini saya tidak bertugas sebagai khatib, jadi taklah kelam kabut nak siapkan budak2 untuk mandi dan sebagainya.


Sampai di masjid, berwarna-warni rasanya suasana pagi raya. Maklumlah, Masjid berwajah baru, ditambah pula jemaah kami yang berbilang bangsa. Ada Pakistani, Emirates, American, French etc. Dengan sebab itu, di Al-Falah untuk meraikan mereka, dan juga jemaah tempatan (termasuk bangsa Cina dan India) yang lebih selesa berbahasa Inggeris. Maka khutbah kami diadakan dalam bahasa Inggeris. Dah 5 tahun perubahan ini diperkenalkan. Alhamdulillah, mendapat maklum balas yang sungguh menggalakkan. Malah Raya kali ni, sungguh penuh sekali masjid..melimpah dan melampaui carpark entrance di sebelah kanan pintu masuk utama masjid. 


Anak-anak pula sungguh gembira..maklumlah hari Raya. Dari malam dah semangat nak beraya dengan baju baru. Sampai di masjid, mama bawa Madihah, saya bawa Yasir. Alhamdulillah, ada tempat kosong reserve utk Imam. Dapatlah duduk dpn dgn Yasir di ribaan saya. Alhamdulillah, dia tak buat perangai kali ini, dari mula solat hingga selesai khutbah Eid, Ahmad Yasir diam je. Masa time solat dia ikut apa je saya buat.

Suasana semasa takbir pagi Raya di Masjid Al-Falah.

Budak2 kecik memang cute, jujur dan senang dilentur. Semua yang kita didik atau buat, boleh menjadi ikutan dgn mudah. Si adik contohnya, saya dah programkan dia, kalau siapa2 puji dia hensem masa Raya ni, dia akan jawab ‘ Hensem mcm abah!’ hehe..

Close up gambar Ahmad Yasir bersama Abah semasa di Masjid Al-Falah pada 1 Syawal yang lalu.

Cakap pasal jujur kanak-kanak ni, teringat pula saya satu cerita lucu (bagi sayalah), bila main sembunyi2 (sembunyi2 lagi!) masa bulan puasa hari tu. Si adik kalau nak sembunyi takde idea, terpaksalah saya yang kena sorokkan dia. Fuuh, memang strategik habis (belakang sofa di sebalik langsir) saya sorokkan dia, kakak tak jumpa2..kakak nya frust..saya pun pesan adik ‘Ahmad, diam2 tau..jangan bising2! nanti kakak tahu’

Adik boleh jawab..’OK!’ Saya ketawalah geli hati, apalah, boleh sahut pulak, buat spoil je..tapi nasib baik, kakak tak dapat tangkap lagi di mana adik sorok. Si Adik kemudian dah penat sembunyi agaknya, bagi clue dkt kakak..’Kakak!, adik di sini. Dkt hall kecik!’ Hmmph..jumpalah si kakaknya…Jujurkan budak2?

Namun sebenarnya jauh di sudut hati, saya dan isteri merasa bimbang bila mereka dah besar nanti. Begitu juga perasaan saya bila setiap kali melihat anak2 dan kanak2 lain di tadika mereka, terdetik hati kecil saya berkata.. ‘Kecik2 mereka ni semua cute miut, dah besar macam mana yer?’ Maklumlah, saya dah lihat bermacam perangai budak2 remaja yang saya kaunseling di masjid. Adakah mereka semua nanti bakal membesar menjadi anak yang soleh dan solehah? Harapan saya begitulah.

Isteri saya sendiri pernah tersentak dengan jawapan anak saya yang sulung, Madihah ( 5 tahun). Masa tu si kakak sedang menonton satu lakonan kanak2 lelaki (pan asian) di TV3. Si kakak komen, ‘Kakak, suka budak lelaki ni’. Tanya Mamanya, ‘Kenapa?’ Jawab si kakak, ‘Sebab dia hensem!’ Adduh, saya bila diceritakan perkara ni hanya mampu giling kepala. Nak pengsan pun ada! Hmmph, tak tahulah dia ikut siapa dalam hal ini : )

Anak2 sebenarnya bersih dan suci. Memang tepatlah apa yang Nabi kata ‘ Bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih), maka ibu bapa merekalah yang menyahudikan, menasranikan atau memajukannya’ Maknanya, keperibadian mereka ni bergantung kepada warna yang dicorakkan oleh ibu bapa. Dengan erti kata lain, kalau si ibu dan bapa tidak solat, maka si anak2 berkemungkinan besar juga tidak akan solat sampai ke besar, kecuali mungkin bila berlaku satu anjakan paradigma (paradign shift) seperti musibah penyakit, kematian orang yang disayangi sebagai contoh, barulah seseorang tu berubah..

Lantas, tiada jalan pintas sebenarnya dalam hal ini, saya sendiri seorang yang percaya kepada tarbiyah agama melalui:

1. Pembudayaan amalan sejak kecil.

2. Contoh yang baik dari ibu bapa.

3. Elemen kasih dan sayang dari kedua ibu bapa.

Saya pernah ditanya tentang pembudayaan solat dalam diri anak2 dalam satu forum solat anjuran Pergas di Masjid Kassim.

Pandangan saya (dengan sedikit penambahan dalam posting ni),

1. Ianya bermula bukan masa kita dpt anak atau bila anak kita dah besar.

2. Proses dpt anak yang soleh/ah bermula dr masa kita pilih bakal isteri sebenarnya.

3. Termasuk bila kita nak bersatu dengan isteri, jgn pula lupa kita berdoa!

4. Bila isteri dah hamil, kedua suami dan isteri:

- Solat jgn tinggal!

- Baca Zikir/Quran. Sekarang ni ibu2 sibuk nak anak tahu membaca semasa umur masih kecil lagi (2-3 tahun) sehinggakan masa usia 3-4 bulan kandungan, kita dah ajar dia membaca. Kenapa tidak kita banyakkan baca Quran juga? Pasti, impaknya lagi power kan pada anak dalam kandungan? Bila umur 3 tahun mesti dah pandai baca Quran punya! (Saya kena cuba dulu ni!)

5. Bila dah bersalin:

- Solat jangan tinggal lagi! Bukan apa, nilah satu pembudayaan. Jadi anak kita membesar dengan nampak kita bersolat berseorangan atau sama suami/isteri. Mesti dia confuse punya, bila tiap kali solat, eh apasal mak bapak aku bo layan ni?

6. Bila dah besar 3-7 tahun.

- Solat jangan tinggal jugak! Latihlah dia, bertahap-tahap. Mungkin bila dah 5 tahun satu hari satu waktu solat. Tak konsisten pun takpe. 6 tahun 2 waktu, 7 tahun 3 waktu. 8 tahun 4 waktu, 9 tahun 5 waktu. 10 tahun, tak solat baru rotan : )

Kesemua pentarbiyahan ini pula perlulah diselang seli dengan galakan, pujian, sokongan selain paling penting contoh yang baik dari kedua ibu bapa. Sebaiknya dan ideal jika ianya dilakukan secara bersama-sama.

Tetapi kalau kita tidak dibesarkan dengan cara ini, jangan pula kita salahkan kedua ibu bapa kita! Bila kita dah baligh..kita yang bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Ibu bapa akan dipertanggungjawabkan..begitu juga kita.

Semoga kita berjaya mentarbiyahkan anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah..Marilah kita usaha sedaya yang kita termampu. Selebihnya kita berserah kepada Allah.

free hit counter