Archive for August, 2008

Ramadan Oh Ramadan…

Esok malam umat Islam di seluruh Singapura akan mula bertarawih sebagai menandakan ketibaan bulan Ramadan mubarak.

Sebagai meraikan ketibaan Ramadan, ingin saya berkongsi kepada sekalian pengunjung laman blog perkara-perkara yang boleh kita lakukan dalam menyambut ketibaan bulan yang penuh berkah ini. Sebenarnya apa yang ingin saya kongsi bersama ini, telah saya sampaikan semasa dijemput untuk memberikan ceramah ‘motivasi’ kepada petugas dan tenaga kerja Yayasan Mendaki baru-baru ini.

Sebagai peringatan untuk diri saya dan juga yang lain, saya kongsi bersama kandungan ceramah saya tempohari:

1. Sebelum kita melangkah lebih jauh, cuba tanya diri kita soalan berikut:
- Bagaimana prestasi Ramadan kita pada tahun lalu? Jika scale 1-10 rating anda dengan 10 sebagai cemerlang. Berapa rating anda?
- Sudahkan anda selesai mengqadha puasa anda? Hmmph, jika wanita..kurang2 ada 7 hari puasa yang perlu diqadha atas sebab uzur. Ini tidak termasuk mereka yang hamil..Anda bagaimana? Oopss, kalau lelaki tak perlu jawab yer!

2. Apakah erti Ramadan pada diri anda? Adakah Ramadan di sisi anda sebagai:
- Bulan berpuasa
- Bulan beramal
- Bulan kesabaran
- Bulan pengampunan

Atau
- Bulan buat kueh?
- Bulan shopping?

Tak salah sebenarnya nak buat kueh atau shopping..asal sahaja jangan kita lupa untuk beribadah, sebagai contoh..suri rumah yang sibuk buat kueh tetap boleh lakukan solat Terawih bersendirian di rumah. Ini termasuklah bila tiba Eid Fitri, ibu2 kakak2 sibuk dengan jamuan dan juadah raya, tak sempat pergi masjid solat sunnah Eid..kita masih boleh solat di rumah 2 rakaat. Solat Jumaat je perlu wajib ada khutbah..solat raya tak mengapa cik kak oii.. : )

3. Apakah erti puasa? Tidak makan dan minum sahaja ke?
- Bagaimana menjadikan puasa kita berkualiti? (Lihat perkara no 5)

4. Tingkatan Puasa. Ada pelbagai tingkatan atau martabat puasa sebenarnya..Menurut Imam Ghzali ada 3 tingkatan:

- Puasa Umum
Puasa zahir sahaja. Puasa dengan menahan diri dari makan, minum dan jimak.
- Puasa Khusus
Puasa seluruh anggota. Yakni, jaga anggota badan kita seperti mata, kaki, tangan dan sebagainya daripada melakukan perkara yang dilarang Allah.
- Puasa Khususul-Khusus
Puasa seluruh anggota + Hati – Dunia.
Ini yang paling tinggi…Selain jaga anggota, kita juga perlu jaga hati kita dan elakkan daripada ingatkan perkara2 yang bersangkutan dengan dunia yang boleh melalaikan diri kita dari Allah.

5. Puasa berkualiti:
- Memelihara mata atau pandangan.
Hmmph, ni biasa untuk orang lelaki lah..tapi sekarang pompuan pun boleh tahan juga..tak boleh tengok lelaki hensem.. ; )

- Memelihara lidah.
Bagi mereka yang kerja di ofis atau suri rumah bila sembang2 tu jaga2 yer..tapi sekarang pakcik atau abang2 pun kadang kalah pompuan..mulut laser..ngumpat orang lagi. Ouch..

- Memelihara pendengaran.
Bukan kata mengumpat tak boleh..dengar orang mengumpat pun tak boleh cik abang/cik kak oii!

- Menahan perut dari makanan yang syubhah atau haram.
Ini kena jaga, jangan sia-siakan puasa kita..pastikan gerai yang kita jamu ada sijil halal Muis!

- Elakkan buka dengan makan terlalu banyak
.
Jangan lupa matlamat utama kita puasa..iaitu untuk kurangkan shahwat..kalau puasa lepas tu buka maut punya! Hmph..sia2lah..tak bernafas nanti..bukan kata nak solat Terawih berat..Maghrib pun tak boleh angkat beb!

- Hendaklah hati merasa bimbang dan berharap
Maknanya sesudah kita berpuasa, kita patut merasa bimbang..takut2 puasa kita tidak diterima Allah. Dengan itu kita perlu sentiasa berharap agar Allah menerima puasa kita dan diberikan ganjaran.

6. Ganjaran puasa. (Rujuk slide)

7. Ibadah lain yang boleh dilakukan. Selain dari berpuasa, banyak amal ibadah yang boleh kita lakukan seperti:

- Amal Ibadah ritual

~ Membaca dan menghayati (tadabbur) Al-Quran.
Ini boleh dilakukan dengan bertilawah (baca biasa) atau bertadarus (baca berdua atau lebih dengan seorang baca, yang lain mendengar dan mneyemak bacaan teman). Pastikan kita bukan setakat membaca tetapi menghayati apa yang dibaca. Ini dapat dilakukan dengan melihat terjemahan. Jangan sibuk nak khatamkan hingga tidak sempat kita bertadabbur isi kandungan Quran. Namun, jika dapat khatamkan sekali maka itu dianggap sebagai satu bonus!

~ Beristighfar.
Minta ampun pada Allah, jangan tak minta! Nabi Muhammad satu hari 70-100x beristighfar pada Allah..Kita?

~ Bersedekah.
Ambil kesempatan banyakkan sedekah..

~ Melakukan solat sunnah.
Antaranya solat sunnah malam. Menurut ulama, selepas solat ba’diyyah Maghrib sudah dikira menghidupkan malam atau Qiyamullail. Maknanya jika kita jenis ngantuk awal atau perlu kerja malam hingga pagi..kita dah boleh mulakan amal ibadah spt baca Quran selepas Maghrib.

Begitu juga dengan solat malam..jika dah witir, tidur..bangun semula boleh tahajjud. Kalau tak tidur sampai pagi? Solat apa? Kalau belum witir, niat witir. Kalau sudah witir tapi tak tidur? Niatlah solat malam..Sebenarnya semua tu dikira solat malam. Cuma nama sahaja berbeza2 bergantung kepada keadaan kita.

Nama tahajjud diambil sempena sebutan ayat dalam Quran bagi orang yang bangun malam utk solat.

- Ibadah bukan ritual. Amalan bukan hanya dengan solat je, banyak perkara boleh kita lakukan untuk dapatkan ganjaran Allah, antaranya:

~ Melakukan kerja pejabat dengan tekun.
Hakikatnya, sepatutnya begitulah..lebih2 lagi bagi kita yang bekerja dengan majikan yang bukan Islam, jangan biarkan puasa melemahkan kita..atas sebab itu, sahur lah, janga tak sahur.

~ Mengulangkaji pelajaran sekolah
Bagi pelajar pun sama..belajar jangan tak belajar..Nabi Muhammad dan sahabat boleh perang masa Ramadan..kita takkan baca buku pun lembik?

~ Tolong menolong antara suami isteri.
Ini pun dapat pahala…yang penting ialah niat kita untuk kebaikan dan kesejahteraan rumahtangga dan mengharapkan keredaan Allah..Ni termasuklah tolong isteri buat kueh tat malam2..dapat pahala jugak tu..

~ Melakukan ihsan antara ibu bapa
Ini jangan dilupakan..bagi yang dah kahwin tu, singgahlah seminggu sekali paling kurang..iftar sama2 dgn mak bapak. Bila mak bapak kita gembira..tu dah dikira ihsan. Dapat pahala tau!

~ Berkongsi juadah dengan jiran
Bila masak tu share lah dengan jiran..mana tahu kita hantar nasi goreng dapat satay 20 cucuk!

~ Melakukan kerja kemasyarakatan.
Tolong orang susah, buang paku di tepi jalan, angkat sampah dalam lift..semua tu pahala tau!

8. Jangan lupa bersolat!
Ramai orang, puasa sebulan. No problem. Tapi solat 5 waktu terlepas..Macam mana tu?

Kita sibuk ajar anak puasa, bagus..bukan tak bagus..Bila anak kecil puasa sebulan kita bangga. Tapi ada tak mereka lakukan solat 5? Pada saya, solat 5 waktu lebih patut diutamakan dari segalanya. Kenapa solat penting?

- Solat adalah wajib
- Solat ibadah pertama sekali yang dihisab, maknanya jika solat tak pass, ibadah yang lain tak akan dikira langsung..dengan erti kata lain..
- tanpa Solat, ibadah yang lain akan menjadi sia-sia, termasuklah ibadah puasa kita!
- Solat perlu dilakukan dalam apa jua keadaan. Maknanya sakit demam, pening, kaki patah sebab accident etc. Kita tetap kena solat dan tak boleh qadha..kalau puasa, jika kita sakit kita dikecualikan Allah dari berpuasa, tapi solat tidak. Malahan dalam perang pun wajib solat dengan cara yang tertentu.

Akhir kata, semoga puasa kita nanti diterima Allah hendaknya dan Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan tahun lalu. Amin!

Ibu

Seperti biasa hari Rabu, masa saya sebelah petang dikhususkan bagi sesi kaunseling. Petang semalam saya mempunyai satu klien dengan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang hadir bersama dengan bapanya.

Seperti biasa kalau remaja lelaki yang menjadi klien saya, biasanya ia melibatkan isu-isu seperti merokok, isu persekolahan atau juga pulang lewat. Saya difahamkan akibat daripada beliau, kadangkala jadi pertengkaran antara ibu bapa! Kesian kan?

Pada posting kali ini saya tidak ingin sentuh tentang perkara-perkara ini. Tetapi tentang perang dingin remaja ini dengan ibunya…Hai! Dengan ibu pun boleh perang dingin? Macam mana boleh jadi gini ni? Tapi fikir2, saya dulu pun kadang2 pernah ada rasa kecil hati dengan ibu. Teruk kan? Sehinggalah pada satu hari (masa tu saya belum bernikah lagi) saya pernah ceritakan problem saya dengan seorang sahabat (seorang Ustaz juga), beliau nasihatkan saya.. ‘ Yusri, dengan ibu tak boleh ada rasa kecil hati atau marah.., macam mana silap dia pun, dia ibu kita..’ Cukup mendalam dan terkesan saya dengan kata2 beliau ini. Sehingga hari ni saya masih ingat dan kata2 azimat ini. Kata2 ini pula menjadi satu nasihat dari dari saya bila berdepan dengan teman2 atau remaja yang punyai perselisihan dengan ibu bapa mereka.

Kembali pada klien saya tadi tu, apa yang membuatkan ibu beliau kecil hati ialah sebab dia pernah beritahu ibunya (ketika sedang marah) ‘ You’re not my mom!’ Wah wah wah…patut ibu yang cakap. ‘ You’re not my son! Ini anak pulak!!! Terbalik betul…Selamatlah si Ibu tak sumpah yang bukan2! Hmmph, kalau tak….

Akibat kata-kata beliau ini, ibu beliau kecil hati dan tak bertegur sapa sehingga hari ini, keadaan ini dah berlanjutan sehingga 2 bulan lamanya…

Saya jelaskan pada budak ini, apa yang beliau lakukan telah mengguris hati dan perasaan ibu..saya jelaskan padanya betapa hancur hati ibu bila beliau lafazkan kekata tersebut. Bayangkan ibu mengandung 9 bulan, ke hulu ke hilir dengan perut yang membesar, nak baring pun susah..tak boleh golek sembarangan. Nak bersalin, jangan cakaplah..Masya Allah sakitnya, Allah sahaja yang tahu..Bila dah lahir, ditatang, dijaga dengan penuh kasih sayang. Kita ni pulak, bila masih baby..lapar menangis, haus menangis, berak menangis..sakit pun nangis..nak tidur pun nangis jugak!!! Siapa yang layankan kita semua tu kalau tak ibu kita? (kadang2 bapa). Saya bila part ni, kalau kaunseling dengan remaja cerita pasal pengorbanan ibu bapa, boleh jadi sebak..mata boleh berair..tapi tak nangislah..kalau tak control memang boleh menitis..sekarang ni pun tgh emo…

Entahlah, dah jadi bapak ni, lagilah kita nampak pengorbanan isteri kita yang juga berperanan sebagai ibu..pengorbanan masa mereka mengandung, bersalin..kita lihat sendiri baru kita mengerti..

Saya harap remaja tersebut faham dan masuk ke dalam minda beliau apa yang kita bincangkan tadi..saya cabar beliau untuk guna sebaik mungkin Ramadan yang bakal menjelang ini untuk perbaiki segala perkara yang menjadi kemarahan ibunya..Mudah-mudahan Eidil Fitri pada tahun ini menjadi satu titik tolak perubahan sikap yang berkekalan, seterusnya melembutkan hati ibu untuk mengampunkan segala dosanya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Perkongsian Disertasi: Sejarah Agama Islam Berkembang Di S’pura

Dalam posting terdahulu ada disebutkan yang saya baru menyelesaikan pengajian sarjana saya daripada Akademi Pengajian Islam, UM. Tajuk disertasi atau tesis saya ialah: Kefahaman Dan Pengamalan Solat Berdasarkan Sunnah Rasulullah S.A.W: Satu Kajian Di Kalangan Masyarakat Islam Singapura.

Kajian ini menyelidiki bagaimana kefahaman dan pengamalan solat berdasarkan sunnah Rasulullah dan kemudian mengkaji sejauh mana pula kefahaman dan cara pengamalan solat Masyarakat Islam kita di Singapura menepati dengan apa yang dikehendaki daripada sunnah.

Saya sebenarnya bercadang berkongsi kajian saya ini di Berita Harian dan juga melalui penulisan buku dan diharapkan dapat memanfaatkan masyarakat. Sebagai permulaan saya akan berkongsi melalui wadah media baru topik-topik terpilih daripada tesis saya ini bila saya mempunyai masa. Bagi posting di blog ini saya terpaksa melakukan pengubahsuaian sedikit, ada masanya saya hanya akan mengambil satu tajuk dan lakukan pengubahsuaian sedikit, dan mungkin pada masa yang lain pula saya akan sampaikan dengan cara bercerita.

Saya mulakan dengan satu tajuk kecil berjudul: ‘Sejarah Agama Islam Berkembang Di Singapura’ daripada bab ketiga tesis saya yang bertajuk: Latar Belakang Negara Singapura Dan Masyarakat Islam Singapura.

Sejarah Agama Islam Berkembang Di Singapura

Rekod tentang Islam dan mereka yang beragama Islam pada awal hari di Singapura adalah sukar didapati, walaupun Islam sendiri sudah tersebar luas di rantau Asia Tenggara pada awal kurun 13, di mana peniaga dan juga pendakwah sufi daripada Hadramaut, Yaman memainkan peranan penting dalam menyebarkan Islam melalui perniagaan dan perkahwinan.

Mengikut rekod sejarah, Ernest C.T Chew dalam buku beliau A History Of Singapore, Singapura pada abad ke 14 sebelumnya dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha. Namun ketika Sir Stamford Raffles tiba pada tahun 1819, penduduk Singapura yang terdiri daripada orang Melayu sudahpun berada di Singapura, mereka terdiri daripada golongan bangsawan yang diketuai oleh Temenggung Abdul Rahman dan para pegawai Istana serta pengikutnya yang memang sudahpun beragama Islam.

Malah hartanah kepunyaan Temenggung masih kekal sehingga ke hari ini seperti di Masjid Telok Blangah atau lebih dikenali sekarang ini sebagai Masjid Temenggung Daeng Ibrahim yang dibina pada tahun 1823, ini membuktikan sumbangan golongan Melayu yang dipimpin oleh Temenggung kepada perkembangan Islam di Singapura.

Namun hanya pada pertengahan dan akhir kurun ke 19, barulah penduduk Islam di Singapura berkembang dan terus pesat selaras dengan kemajuan pelabuhan Singapura. Faktor kejayaan pelabuhan Singapura ini dan adanya masyarakat Islam di sini telah menarik minat lebih ramai lagi peniaga Islam dari serantau nusantara yang kebanyakannya beragama Islam.

Menurut Dr Hadijah Rahmat dalam buku beliau Kilat Senja Sejarah Sosial dan Budaya Kampung-Kampung Di Singapura, antara peniaga Islam yang membanjiri Singapura pada abad ke 19 ini ialah peniaga-peniaga berbangsa Arab, ini dibantu pula daripada usaha Raffles yang berharap agar Singapura dapat menarik lebih ramai masyarakat peniaga berbangsa Arab.

Selain peniaga bangsa Arab, masyarakat Islam India juga berperanan besar dalam memberi sumbangan kepada penyebaran Islam di Singapura. Kebanyakan golongan Arab dan India Muslim ini pula berkahwin dengan golongan Melayu tempatan. Kesan daripada ini wujud pula masyarakat Melayu-Arab dan juga Jawi-Peranakan iaitu golongan India Muslim yang berkahwin dengan Melayu Muslim dan terus menetap di Singapura.

Golongan peniaga Arab dan India Muslim ini juga terlibat dalam perkembangan Islam dengan membantu membina masjid-masjid seperti Masjid Omar Kampong Melaka pada tahun 1820, Masjid Jamae pada tahun 1827 dan Masjid Al-Abrar pada tahun 1850 serta mengasaskan sekolah agama Madrasah Alsagoff dan Madrasah Aljunied.

Selain dari itu, menurut C.M Turnbull dalam bukunya yang bertajuk History Of Singapore 1819-1975 terdapat penghijrahan daripada golongan pecahan Melayu seperti Bugis, Acheh, Minang, Jawa, Banjar, Bawean dan Madura. Sehingga dikatakan menjelang abad ke 20 terdapat hampir 35,000 golongan pecahan Melayu ini daripada sekitar nusantara termasuk daripada Semenanjung Tanah Melayu. Golongan ini pula sudah terlebih dahulu menganut agama Islam sebelum datang ke Singapura kerana Islam telah tersebar luas terlebih dahulu di Tanah Melayu dan juga kepulauan Indonesia seperti Jawa dan juga Sumatera.

Penghijrahan golongan pecahan Melayu ke Singapura ini dengan tujuan untuk mencari pekerjaan hasil dari kemajuan Pelabuhan Singapura mahupun sebagai jemaah haji, kerana Singapura pada abad ke 19 terkenal sebagai pusat haji serantau yang dikendalikan oleh peniaga Arab Muslim, sehingga dikatakan pada penghujung kurun 19 terdapat lebih kurang 7,000 jemaah daripada kepulauan Indonesia yang pergi menunaikan haji bertolak daripada Singapura.

Ini kerana terdapat sekatan di Indonesia daripada pemerintah Belanda berbanding di Singapura. Sebilangan daripada mereka pula terus kekal di Singapura, ada yang bekerja di Singapura dan terus menetap di sini selepas kepulangan daripada Mekah untuk membayar hutang perbelanjaan haji.

Kesimpulannya perkembangan Islam di Singapura hanya bermula pada awal kurun ke 19 melalui penghijrahan Temenggung Abdul Rahman dan pengikut-pengikutnya yang beragama Islam ke Singapura, agama Islam kemudian semakin berkembang pesat setelah itu pada pertengahan kurun ke 19 dengan kedatangan para saudagar Islam daripada Hadramaut dan juga India yang mengambil kesempatan berniaga di sini hasil kemajuan pelabuhan Singapura dan juga hasil daripada perkahwinan campur di antara saudagar Arab dan juga India dengan penduduk tempatan.

Ini ditambah pula dengan kedatangan tenaga buruh daripada sekitar nusantara iaitu dari kepulauan Jawa dan juga Sumatera seperti kaum Jawa, Bugis, Acheh, Banjar dan sebagainya yang telah terlebih dahulu sudah menganut agama Islam.

3 Perkara Yang Perlu Diingat Sempena Ketibaan Nisfu Sya’ban

Semalam merupakan malam Nisfu Sya’ban. Seperti biasa masjid-masjid di merata Singapura membaca Yasin 3x dengan niat panjang umur, rezeki yang halal dan hidup dan mati dalam keadaan Islam. Tidak ketinggalan Masjid Al-Falah juga melakukan perkara yang serupa. Cuma bezanya kali ini, pihak pengurusan masjid mencantumkan hari yang sama untuk membaca tahlil arwah beramai-ramai yang biasanya diadakan pada malam Jumaat.

Bagi sebilangan masyarakat Islam Singapura, acara sebegini memang ditunggu-tunggu, bagi acara tahlil arwah tahunan yang biasanya diadakan sebelum ketibaan Ramadan memang mendapat sambutan hangat..acara semalam sahaja lebih hampir 500 nama dibacakan.

Apa yang ingin saya kongsi bersama pada posting kali ini ialah tazkirah yang saya sampaikan sebelum Maghrib semalam. Maklum saban tahun akan timbul perkara yang sama, iaitu isu bid’ah dan sebagainya. 3 perkara yang telah saya sentuh semalam dan ingin saya kongsi bersama netters ialah:

1. Bacaan Tahlil Arwah

Bacaan tahlil atau doa untuk arwah bukanlah hanya dibaca setahun sekali atau tiap malam Jumaat sahaja. Ia juga tidak terhad pada hari-hari tertentu.

Ia sepatutnya suatu perkara yang perlu kita lakukan sehari-harian. Oleh itu jemaah masjid tidaklah perlu menunggu sehingga malam Jumaat atau tahlil arwah khusus sempena ketibaan Ramadan.

Malah, jika pihak Masjid tidak mengadakan langsung majlis tahlil ini juga tidak menjadi satu kesalahan kerana ia bukannya satu perkara yang menjadi satu kewajipan untuk dilaksanakan.

Namun, pada masa yang sama..majlis yang diadakan oleh masjid ini merupakan satu peringatan dari semasa ke semasa untuk kita mengingati orang yang sudah tiada dan mendoakan mereka. Bertepatan dengan hadith Nabi: ” Jika mati anak Adam, terputus segala amalan kecuali 3 perkara: Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Doa anak lelaki yang sholeh”. Maksud anak lelaki di sini juga meliputi anak perempuan yang sholehah.

2. Hukum Membaca Yasin

Amalan membaca Yasin sebanyak 3x dengan niat2 yang berbeza sempena ketibaan malam nisfu Sya’ban bukanlah satu perkara yang warid daripada sunnah. Maksudnya tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah. Ia merupakan amalan yang dilakukan oleh para ulama terdahulu.

Namun, dalam melakukan perkara yang tidak pernah dibuat oleh baginda juga merupakan satu perkara yang menjadi perbezaan pendapat para ulama. Ini semuanya berpunca daripada penafsiran kekata bid’ah. Ada yang menyatakan jika perkara tersebut walaupun tidak pernah dibuat baginda tetapi bertepatan dengan prinsip sunnah, maka ia tidak mengapa dilakukan. Sebagai contoh membaca surah-surah dalam Quran seperti Surah Yasin adalah perkara yang dianjurkan oleh sunnah.

Perlu ditekankan, yang penting kita menghormati kepelbagaian pendapat, siapa kata bid’ah..kita kena hormat pandangan mereka kerana pendapat tersebut juga mempunyai hujjah yang tersendiri. Kita tak boleh kata, pendapat kita sahaja yang betul, orang lain semua salah, ini boleh menimbulkan perpecahan sesama ummah dan semestinya bukan perkara yang dianjurkan oleh sunnah!

Oleh kerana bacaan Yasin 3x ini tidak warid daripada sunnah, maka tidak menjadi kesalahan jika Imam masjid baca Yasin 1 x sahaja atau kita baca surah selain daripada Yasin. Atau tidak dibaca langsung pada malam nisfu Sya’ban tetapi dibaca pada keesokan harinya : )

Yang paling penting amalan membaca Quran ini tidak hanya terhenti setakat pada malam nisfu Sya’ban sahaja tetapi juga berlanjutan pada bulan-bulan yang lain juga.

3. Amalan Lain Bulan Sya’ban

Terdapat banyak hadith-hadith yang menceritakan tentang fadhilat bulan Sya’ban, namun kebanyakannya bersumber daripada hadith yang dhaif atau lemah. Tetapi jangan salah faham, terdapat juga pandangan ulama yang menyatakan hadith dhaif juga boleh dijadikan hujjah tetapi hanya pada perkara fadhail a’mal atau amalan-amalan yang baik dilakukan.

Bila dikatakan ada terdapat pendapat boleh dijadikan hujjah hadith dhaif, maknanya ada juga pendapat sebaliknya iaitu tidak boleh dijadikan hujjah dalam apa jua perkara termasuk fadhail a’mal.

Apapun para ulama bersetuju bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan pada bulan sya’ban sebagai satu warm up kepada kita untuk memperbanyakkan amalan sebelum ketibaan Ramadan. Antara amalan-amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan ini ialah:

- Berpuasa
Baginda dikatakan paling banyak berpuasa pada bulan Sya’ban berbanding lain2 bulan (tidak termasuk Ramadan). Oleh itu , ada baiknya kita juga perbanyakkan puasa pada bulan ini.

- Memperbanyakkan zikir dan doa.
Hendaklah kita perbanyakkan ingatan kita pada Allah dan juga doa kepadanya. Bukan hanya kita sibuk doakan untuk orang yang sudah tiada tetapi diri kita dilupakan.

- Bertaubat dan beristighfar.
Sebaiknya kita banyakkan bertaubat dan beristighfar pada Allah agar kita bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan yang suci dan bersih.

Kesimpulannya:

1. Perlu menghormati perbezaan pendapat.
2. Sifat merasakan pendapat kita sahaja yang betul, boleh membawa kepada perpecahan.
3. Amalan seperti bacaan tahlil arwah atau Yasin tidak hanya terhad pada malam2 tertentu.
4. Tiada kewajipan pada cara2 tertentu pada malam nisfu Sya’ban.
5. Hendaklah memperbanyakkan amalan pada lain2 hari dan bulan juga.

Soal Siapa?

Baru-baru ni semasa acara konvo di UM, K.Lumpur. Saya sempat berkenalan dengan seorang graduan dari Johor, Malaysia. Kami berkenalan secara tidak sengaja ketika kami sedang sibuk membetulkan jubah konvo masing-masing sebelum berarak ke Dewan Konvo.  

Apa yang menarik perhatian saya, ketika kami rancak berbual..terpacul satu soalan yang membuatkan bulu roma saya meremang. Beliau bertanya, ‘ dengar2 orang Islam di Singapura semakin kuat agamanya. betul ke? ‘ Satu soalan yang sungguh saya tidak sangka. Maklumlah, orang Malaysia ni suka sangat prejudis pada kita Muslim Singapura. Kekata, ‘ Eh, betul ke orang Melayu Spura kena tindas?’ ‘Spura ada Masjid ke?’ ‘Melayu Spura bila nak rampas balik Spura?’ “Spura negara Yahudi’ Begitulah yang biasa didengar oleh saya, baik semasa ketika belajar di Mesir dulu mahupun ketika berkunjung ke Malaysia. Kebanyakan mereka yang komen ni, tak pernah pun berkunjung ke Spura.

Pernah saya ditanya oleh seorang kenalan rapat bapa saudara saya semasa di Kota Bharu, ‘Betul ke Masjid Spura tak boleh azan kuat?’ Saya jawab, ‘betul, speaker masjid tidak boleh diletak di luar, maklum Spura majoritinya kalangan mereka yang bukan Islam, macam Malaysia…bayangkan ada gereja atau kuil di tengah2 kampong Melayu, bila waktu Subuh kedengaran bunyian loceng gereja/kuil bertalu2, apa kita rasa? Marah tak?

Terdiam orang tua tu, terus kami tukar topik lain, sebelum beredar, sempat saya memperlawa dia untuk lawat Singapura, lihat sendiri keadaan orang Islam di sini.

Soalan saya pada pakcik tu dipanggil dalam kaedah komunikasi sebagai ‘experiential question’ iaitu soalan yang menduga dan berkehendak kepada proses berfikir. Soalan sebegini sangat baik diajukan bila kita nak tegur seseorang, jangan meleter sampai berbuih2 mulut..buat penat je..tanya satu soalan, letakkan dia dalam senario tersebut, kemudian tanya apa perasaan dia?

Pernah satu ketika (lebih kurang 2 minggu lepas), saya pernah ajarkan seorang jemaah untuk gunakan ‘experiential question’ ni, ketika tu saya baru selesai Imam solat Asar..tiba2 datang seorang jemaah masuk ke pejabat saya..dengan nada serius dia mengadu..’Ustaz, anak saya terpilih mewakili pasukan choir sekolah (kejiranan) ke negara x akhir tahun ni, tetapi beliau perlu menyanyikan lagu bertemakan agama (bukan Islam). Boleh ke saya izinkan dia Ustaz?

Ai, boleh ke tak boleh yer? ni experiential question jugak ni : ) Hmmph..saya tanya, pertandingan tersebut ada tema berunsur agama ke? Beliau jawab tidak. Jawapan saya, ‘Sebaiknya elakkan lah dari nyanyi lagu tersebut sebagai langkah selamat. Beliau menyatakan lagi, guru sekolah tersebut pernah argue, ‘alah ni sekadar nyanyi je..’ Saya ajar beliau jika berjumpa semula guru tersebut, ajukan soalah ni..’ Kalau anda sebagai bapa pelajar, saya pula seorang guru, saya minta anak anda nyanyikan lagu memuji agama lain, apa perasaan anda? Pasti kita rasa marahkan? Jika kita tidak marah. Maknanya kita kurang sensitif dan prihatin pada orang lain.

Saya cadangkan supaya beliau dan beberapa ibu bapa pelajar pelajar Melayu pasukan koir sekolah tersebut berjumpa dengan guru tersebut dan jika tidak berjaya jumpa guru besar sekolah tersebut, cuba ajukan soalan ekpresi tadi..Kadang2 dengan kita ajukan soalan yang meletakkan dia dalam keadaan kita. Baru seseorang tu akan faham dan berfikir bahawa tindakan dia tadi kurang tepat dan lebih memahami kedudukan kita.

Bapa tersebut nampak puas hati dan gembira. Beliau berjanji akan cuba cara yang saya ajarkan. Saya pesan sekali lagi..Bincang secara baik, be objective, don’t emotional..Nyatakan kebimbangan dengan baik dan tenang. I.Allah, semuanya akan berjalan dengan baik.

Semoga peristiwa ini akan membuatkan beliau dan guru2 sekolah tersebut lebih faham dan menghormati terhadap kepercayaan masing-masing dan menjadi satu titik tolak kepada hubungan yang lebih harmoni dan sensitif pada pendirian masing-masing.

Apa Ada Pada Nombor?

Tarikh 08.08.08 merupakan tarikh yang paling sibuk bagi sekalian kadi-kadi di Singapura. Saya sendiri terpaksa ambil cuti separuh hari disebabkan undangan kadi yang melimpah. 6 tempahan kesemuanya. Itupun sebab saya block schedule saya dari pagi. Bermula di Yishun jam 3pm, kemudian di Marine Terrace, terus ke Bt Batok, kembali semula ke Bedok, patah balik ke Jurong dan berakhir di Tampines. Misi terakhir saya selamat diijabkabulkan pada jam 10.20pm! 

Apa ada pada nombor? Itulah yang bermain di fikiran saya. Sampai ada yang tukarkan jumlah hantaran daripada $8,000 kepada $8,888, selamat tak $8,888.88! Pastinya tarikh 8.00 pm menjadi rebutan, tapi tak semua bertuah..kalau boleh nak masa nikah 8.08 minit agaknya. Tapi itulah dia manusia, agaknya kalau saya belum nikah dan merancang untuk nikah tahun ini juga akan melakukan perkara yang sama. Maklumlah tarikhnya mudah diingati dan dikenang untuk diabadikan pengalaman manis dijabkabulkan sebagai detik paling bersejarah dalam hidup.

Bagi yang tidak berkesempatan nikah tahun ini dan merebut tarikh 08.08.08, jangan kecewa. Masih ada lagi tahun depan, tarikh 09.09.09. Harinya hari rabu. Sediakan wang hantaran $9, 999.99! Jam 9.09am ataupun 9.09pm. Slot saya masih kosong lagi! : ) Jangan terkejut jika paling ramai yang pilih tarikh tersebut ialah pegawai polis! Maklumlah 999..

Akhir sekali, kepada semua pengantin yang bernikah pada hari ini, saya ucapkan selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke sepanjang hayat, dipanjangkan usia, permudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan semoga rumahtangga yang baru didirikan ini perolehi keberkatan dan keredaan Allah.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Suamiku Suri Rumah?

Pagi tadi semasa menghadiri bengkel untuk pelatih kursus rumahtangga yang dikelolakan oleh MCYS, timbul satu persoalan tentang isu househusband ketika kami sedang membincangkan tanggungjawab dan peranan suami isteri.

Saya bersetuju dengan komen salah seorang peserta untuk suami menjadi househusband perlukan seorang yang kuat daya tahannya, tidak semua orang mampu menjadi househusband. Ingat mudah? Cuba tanya suri rumahtangga sepenuh masa senang tak?

Saya pernah jadi househusband separuh masa ketika mula kahwin dulu (baca dengan nada serius), Betul! masa tu baru dapat anak satu, isteri saya masa tu masih bekerja, saya pulak MC. So terpaksalah jaga baby Madihah yang masa tu baru 2-3 bulan. Dihah ni kalau nangis.. Ya Allah, minta ampun! Jiran saya yang tinggal tingkat 5 pun pernah komen dia boleh dengar suara Madihah kalau nangis. Masa umur dia 2 hari, ada orang ingat Dihah dah 4-5 bulan. Isteri saya gelarkan dia Neng Yatimah (pelakon air mata heroin film melayu 60 an). Madihah ni tak boleh tak dokong, kalau letak je kat katil dia boleh tersadar dari tidur. Kena tunggu nak dekat 1 jam dan tidur nyenyak abis barulah boleh kita letak pelan2 di katil. Dapat bayangkan tak betapa sengsaranya saya kalau MC.

Tapi part bonding tu yang best lah, bagi minum susu, tukar pampers, cebokkan dan pakaikan baju..buat hubungan kami makin mesra. Sampai sekarang dia manja lebih sikit dengan saya dari yang bongsu, Yasir.

Pengalaman saya ni belum masuk basuh, gosok dan lipat baju ataupun masak tau! Bayangkan kalau saya buat semua tu? Dan dilakukan pula tiap2 hari? Adduh, mahu pengsan! Ah..Saya lebih rela kerja!!!

Sebenarnya sebelum ini saya sudahpun ditanya tentang isu yang sama melalui email daripada salah seorang blogger yang pernah mengujungi lelaman saya dan sudahpun saya kongsi di lelaman multiply saya, tapi takpelah saya kongsi sekali lagi di sini.

Dalam Islam, hanya suami yang diwajibkan untuk memberi nafkah dan tidak sebaliknya. Namun, tiada bersalahan dari segi syarak jika si isteri ingin meringankan beban suami seperti membantu membayar bil atau mengambil alih dari segi penyedian wang makan minum (duit pasar) dan sebagainya. Atau si isteri ingin menokok wang bagi pembayaran rumah untuk mendapatkan flat lebih besar yang berada di luar kemampuan suami. Namun perkara tersebut hanya boleh dilakukan jika si isteri bersetuju dan tidak boleh dipaksa.

Dalam kes househusband ni, tak silap saya ada pro-contra juga di sisi ulama Islam, sebab si suami pula yang jaga rumah..cuma saya tak berani nak kata haram jika terdapat kemuafakatan antara suami isteri.

Cuma dalam Islam pastinya terdapat hikmah kenapa Allah wajibkan suami dan bukan isteri. Antaranya kerana nature kaum Adam, fizikalnya lebih kuat untuk menyara hidup keluarga, begitu juga dengan nature kaum Hawa yang secara lahiriahnya penyayang dan pada masa yang sama memberi zuriat pada suami, menyusukan dan menjaga anak. Anak pula secara tabiinya lebih mesra dengan ibu kerana close contact dengan ibu sejak dari kandungan lagi.

Selain dari itu, ada kesan jangka panjang juga..stigma masyarakat, keluarga suami dan isteri..self esteem suami juga akan terjejas dan banyak lagi.

Berdasarkan kes-kes cerai yang saya kendalikan, bila pasangan suami isteri berbalah segala kelemahan suami isteri akan didedahkan. Ini termasuk si suami tidak memberikan nafkah secukupnya, walaupun sebenarnya dari awal pasangan tersebut sudah bersedia untuk saling berkongsi perbelanjaan dari segala hal seperti wang rumah, wang pasar, bil dan sebagainya.

Berdasarkan perkara yang disebutkan di atas, jelas profesi ‘househusband’ ini lebih banyak keburukan dari kebaikan dan tidak sihat untuk diamalkan dalam sesebuah rumahtangga. Jadi lepas dengar pengalaman saya dan isu2 yang perlu kita timbangkan semua ni, pasangan2 yang baru nak bernikah, nak cuba tak?

free hit counter