Archive for April, 2008

Pakcik Tak Sedar Diri

Sebenarnya dari minggu lepas saya nak share cerita ni, tapi asyik terbantut je. Last2 share pengalaman lain. Cerita ni sebenarnya berlaku minggu lalu. Seorang makcik call saya nak minta kaunseling rumahtangga bersama dengan suami. Beliau dirujukkan oleh FSC PPIS-Jurong rupanya. Saya pun tetapkanlah masa untuk appt. 

Tiba masanya beliau pun datang jumpa saya di masjid bersama dengan suami, keduanya berusia dalam 50 an. Makcik ni cakap, saya berharap dapat jumpa kaunselor yang lebih berusia, dapat yang muda pulak. Ustaz, dah kahwin? Alamak! Dah lama saya tak dapat client yang tegur saya muda atau tanya dah kawin sejak dah jadi bapak ni. : ) “Saya jawab, dah cik. Anak saya dah 2 dah.”

Sebenarnya kaunseling ni, tak perlulah kena kahwin untuk kaunseling orang yang dah berkahwin. Kalau dah kahwin satu advantage. Yang penting kita perlu ada kemahiran untuk memastikan kita mampu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memahami client. Apa guna kalau berbual dengan kaunselor yang berusia tapi tiada kemahiran, bersikap biased dan tidak berusaha memahami perasaan client? Begitu juga tak semestinya orang muda bila berhadapan dengan budak2 belia atau remaja, tapi tak dapat tunjukkan faham isi hati mereka, lebih baik jumpa dengan kaunselor yang dah berusia tapi lebih faham isi mereka. Kan lagi best!

Ok, kita sambung cerita..rupanya suami makcik ni main kayu tiga! Tak padan. Dah 8 tahun dia buat projek. Laaa..Bila ditanya apa yang menyebabkan beliau jalinkan hubungan dengan wanita lain? Dengan selamba dia jawab, “ingat nak kahwin dua!” Cantiknya muka, kata hati sayalah : ) Padahal, isteri dia gaji lagi besar dan banyak tanggung sebahagian besar dari nafkah keluarga. Haha emosi sikit, ni semua mainan perasaan je. Tak boleh cetuskan atau luahkan depan client!

Apa yang saya ingin share di sini ialah, pengajaran dari kes kali ini, sang suami sebenarnya seorang yang sangat pemalu dan susah nak luahkan perasaan. Beliau juga malu nak tonjolkan perasaan kasih dan sayang pada isteri. Mengikut kata isterinya, sejak dapat anak pertama, suaminya stop pimpin tangan beliau. Kesiannya…

Tapi saya tak terkejut jika beliau seorang yang romantik semasa bercinta. Saya tanya makcik tu. Betul tak? Betul kata makcik ni. saya dah agak dah. Saya dapat jangka sebab ni bukan kes pertama saya bila dah kahwin pemalu, masa bercinta tidak.

Sebabnya, orang sebegini..dia terpaksa hilangkan rasa malu semata-mata nak dapatkan gadis yang diidamkan, kalau malu kan melepas? Lagipun syaitan memang suka goda manusia, yang dosa sedap dilakukan. Dia kan suka orang bercerai berai. Sebagai contoh sang suami ni, bila dengan mata air dia, hmmph..bukan main romantik. Luv u, miss u & hug u! Luah isteri beliau, dari sms suaminya pada temanitanya. Aduuh, nak terbegik saya dengar. Nak termuntah pun ada : )

Pendek cerita, saya kata pada suaminya, Encik..kalau sungguh2 nak menang hati isteri semula, kenalah usaha sesuatu. Apa yang encik nak lakukan? Terkebil2, tersengih2, biasa kes sebelum2 ni, suami akan menyesal, mata berair kadang2 menangis..pakcik ni? Hai tak faham saya! Saya cakap dengan beliau..Encik, “saya tak nampak pakcik serius untuk berubah, saya tak tahu dalaman hati pakcik bagaimana, tapi dari segi luaran..saya tak nampak. mungkin telahan saya boleh jadi salah..”

Sebelum pulang, beliau bersetuju untuk tukar hp no supaya mata air nya tak ganggu lagi dan untuk buktikan pada isterinya yang beliau serius untuk berubah. Saya juga pesan, supaya serius kerana mengikut isterinya, tinggal lagi 10% sahaja rasa kasih dan sayang beliau pada suami. Cubalah menang hati isteri semula sebagaimana nak dapatkan ketika belum bernikah dulu. Akhir sekali, lawanlah perasaan malu untuk pimpin tangan isteri..sentuh isteri dan lafazkanlah sayang padanya. Semoga beliau insaf dan rumahtangga beliau dapat diselamatkan.

Semoga kita dapat mengambil pelajaran daripada kisah pakcik ni.

Muslim Yang Jahil

2-3 hari lepas ada cerita di Berita Harian pasal seorang peniaga Muslim (dulu dia peguam) marah2 dan berkata kesat dengan seorang peniaga India (orang Sikh) yang menjual liquor. Beliau akhirnya didapati bersalah dan dihukum denda.  

Alkisahnya mamat ni marah sebab kedai tu dulu dia punya dan bila dia jualkan pada si Singh ni dia ada buat perjanjian kontrak tak boleh izinkan pemilik baru kedai jual arak kerana ingin memelihara kesucian Masjid Sultan yang berdekatan. Jadi marahlah member ni, bila dia datang je dia nampak Singh ni jual arak. Mengikut rekod mahkamah, Singh ni undang-undang ni tidak sah kerana undang-undang dengan landlord tak menyebutkan sebarang perkara berkaitan dengan minuman yang tidak boleh dijual. Pihak kementerian juga tidak menyebut minuman keras tidak boleh dijual di premis monumen negara seperti Masjid Sultan.

Memang betul Si Singh ni mungkir janji, tapi kedai tu dah menjadi milik dia, ikut undang-undang di bebas jual apa sahaja, undang-undang negara pun tidak melarang. Kalau dia orang Islam dapatlah saya faham.

Si mamat ni, memanglah bagus niat dia untuk memelihara kesucian masjid, cuma beliau bertindak secara melampau. Mencela dan membuat kekacauan kerana ingin pertahankan hak agama bukanlah suatu perkara yang dituntut agama! Malah ia adalah perkara yang dilarang dan boleh memburukkan agama Islam itu sendiri.

Iktibar dari cerita ini ialah kita perlu melaksanakan ajaran Islam secara total dan bukan separuh masak, pada masa yang sama juga..kita perlu melihat suasana dan konteks keadaan tempat kita tinggal. Ingin mempertahankan kesucian masjid satu perkara yang dipuji, tetapi untuk meminta seorang yang beragama lain memelihara kesucian masjid dengan tidak menjual minuman keras sedangkan kedai itu sudah menjadi milik sempurna dirinya, adakah ini satu perkara yang diperintah oleh Islam. Bagaimana pula dengan perbuatan mencela dan membuat kacau di khalayak ramai kerana keengganan orang bukan Islam tadi yang tidak ingin mengikuti kehendak kita. Adakah ia satu perkara diajar oleh junjungan Nabi kita baginda Rasulullah s.a.w ?

Hmmph..fikir-fikirkanlah.

Mas Selamat Lagi…

Tadi pagi lepas driving lesson saya singgah di kedai kopi Jalan Eunos dekat dengan Eunos MRT station. Lepas order Mee Soto and air tebu, saya pergi kedai mama untuk beli Straits Times. Kebetulan hari ni semua front page muka Mas Selamat cerita pasal hasil siasatan panel khas yang dibentuk oleh kerajaan. Bila nampak saya nak beli surat khabar tu, mamak tu kata..ah jangan bacalah ni semua..Cerita kartun tu..Takkanlah toilet tempat tahanan Mas Selamat macam ni! Saya senyum je dan kemudian duduk di meja saya.

Kesian kerajaan, tak ramai percaya cerita dorang..Kemudian tergerak hati saya nak panggil mamak tadi tu. Saya lambai dia datang tempat saya duduk. Bila dia dekat je saya beritahu dia..”Toilet kat sana memang macam nilah. Saya kaunselor kat sana. Saya pernah pergi bilik air ni”. Tak tahulah dia percaya ke tidak. Tapi dia jawab. “Oh yer ke? Tapi macam mana dia boleh panjat pagar pulak. Saya cakap tengoklah sendiri gambar2 tu”

Di masjid pun sama, jemaah2 masjid tanya saya mana boleh toilet macam tu, saya begitahu perkara yang sama. Hmmph..”Saya dah buang air dah dalam toilet tu pun. Memang betul. Tulah toilet yang Mas Selamat gunakan.”

So..nak percaya ke tidak? Tepuk dada tanya selera. : )

YMCA

Pagi tadi saya dan teman-teman dari gang-gang asatizah junior (gabungan dari pelbagai masjid) telah menyertai Community Engagement Games Day bagi acara Futsal anjuran National Council of Churches of Singapore (NCCS). 

Kami menang sekali dan tewas sekali dan tersingkir dari pertandingan. Macam-macam team dari pelbagai organisasi dan agama, Sikh, Kristian, Islam dan lain-lain. Pasukan kami bernama Young Muslim : )

Apa yang menarik perhatian saya pada pertandingan pagi tadi ialah oppornent kami yang pertama yang terdiri kebanyakannya daripada budak-budak melayu. Saya tak perasan nama pasukan tersebut sehingga diberitahu selepas perlawanan, pasukan tersebut ialah YMCA. Terkejut saya..

Saya bagitahu teman-teman yang lain, kenapa tak jumpa dorang? Mereka dah balik, jawab teman-teman saya tu. Alamak, kenapa tak jumpa awal2? Sayang…nilah peluang kita untuk kenal2 dengan mereka. Ketika sedang asyik menonton perlawanan-perlawanan lain. Teman-teman saya tu bagitahu yang mereka dah jumpa dah budak2 YMCA tu, mereka sempat bertanya khabar dan berkenalan. Saya tanya, bagi name card tak? Bagi jawab mereka. Bangga saya dengan tindakan pro aktif ustaz-ustaz muda ni. Mereka dapat maklumat budak-budak ni berpeluang pergi jamming di sana.

Saya tak boleh salahkan YMCA atau mana-mana badan agama lain, mereka memang ada pelbagai facility dan tempat mereka terbuka kepada semua bangsa. Kita tak boleh salahkan orang lain, jika anak bangsa kita jadi begitu. Kita perlu salahkan diri kita sendiri. Keluraga-keluarga Melayu-Islam khususnya perlu bertanggungjawab ke atas ideologi anak-anak mereka. Ini semua tidak dapat diselamatkan jika ibu bapa sendiri mempunyai pengetahuan agama yang rendah dan tidak pula memastikan diri dan anak-anak mereka mendapat bimbingan agama yang secukupnya.

Isu ini lebih ketara di kalangan keluarga pincang. Namun, saya yakin kita telah bergerak pada landasan yang betul, dengan Mendaki dan Muis telah menyasarkan kepada golongan ini, ini termasuklah penglibatan masjid dalam menangani isu keluarga pincang dengan program yang menggabungkan pengagihan sumbangan kewangan dan makanan dengan pembelajaran Islam. Malah di Al-Falah, I.Allah kita akan memulakan program Home Based Islamic Learning melibatkan keluarga-keluarga miskin dan kurang keupayaan. Semoga usaha kami ini berjaya.

Sufiah Yusof

Kesian Sufiah. Itulah rasa hati saya bila pertama kali dengar cerita yang beliau sekarang ini memperdagangkan tubuh badannya bagi menyara hidup. Sebenarnya sebelum keluar berita tersebut, 2 minggu sebelumnya tiba-tiba saya teringatkan gadis ini. Ingin tahu apa beliau buat sekarang sejak melarikan diri dari Universiti dan berkahwin dengan lelaki pilihannya. Saya cuba google dan wikipedia nama beliau untuk dapatkan berita terbaru tentangnya. Tup2..keluar cerita yang menyedihkan.

Tidak perlulah diceritakan apa yang terjadi pada Sufiah, semuanya sudah terpapar di akhbar, apa yang boleh kita pelajari di sini ialah kita tidak boleh lari dari fitrah. Kanak-kanak bagaimana bijakpun, mereka perlu dibiarkan untuk bermain dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Tidakkah manusia itu dijadikan untuk berkenal-kenalan? 

Teringat saya kisah seorang kanak-kanak lelaki melayu campuran Inggeris, bernama Ainan tidak silap..beliau juga diharapkan oleh ibu bapanya untuk dapat masuk ke Universiti pada usia yang muda..7 tahun untuk lebih tepat lagi! Ahh! Mudahan ibu bapa beliau terbaca cerita tentang Sufiah ni.

Seperkara lagi cerita tentang Sufiah ialah perihal didikan cara regim yang diketengahkan oleh bapa beliau Farooq. Kesian Sufiah..saya tidak mahu bincangkan kali ini tentang impak yang boleh dimainkan oleh ayah pada anak. Cukup dengan kita lihat kesan-kesan pada anak-anak yang kurang mendapat belaian kasih sayang daripada seorang yang bernama ayah. Kalau ikut kajian mereka inilah yang paling tinggi risiko terdedah kepada isu-isu sosial.

Sebagai bapa kepada dua orang anak, inilah yang paling saya takuti..mudah-an saya dapat menjadi bapa yang penyayang kepada kedua orang anak saya, Madihah & Yasir.

Kepada bapa Sufiah, semoga beliau sedar dengan kesilapan yang telah dilakukan, ibu beliau Halimahton..semoga anda terus tabah, tidak mudah putus asa dan selalu berdoa. Doa saya buat beliau, semoga beliau kembali ke pangkal jalan. Amin!

Sabun!

Ni apa hal pulak ni Ustaz Yusri cerita pasal sabun? Mungkin ada orang yang terfikir begitu bila nampak tajuk entry saya kali ini.  

Sebenarnya ini cerita lucu (bagi saya) daripada salah satu soalan kemusykilan melalui panggilan telefon yang saya terima 2-3 minggu lepas. Pemanggil ini menghubungi saya berulang kali dengan menggunakan nama yang berbeza-beza tapi bentuk soalannya tetap sama iaitu sabun.

Soalan beliau kalau mandi wajib lepas tu kita gunakan sabun, bagaimana hukum mandi wajib kita sah tak? Nak mandi wajib dulu ke atau nak sabun dulu? Nak sabun dulu ke nak mandi wajib dulu? Itulah bentuk-bentuk soalan-soalan beliau. Kadang-kadang baru jawab, lagi 5 minit kemudian beliau akan call lagi untuk dapatkan penjelasan lanjut. Aduuh, pening saya.

Berdasarkan pattern soalan beliau ni, saya dapat rumuskan pemanggil ini sebenarnya jenis orang yang was-was. Saya sempat share dengan teman-teman di lain termasuk di Muis, mereka menyatakan orang yang sama juga pernah bertanyakan isu yang sama. Oh, ooh!

Tension juga kadang-kadang, tengah sibuk-sibuk buat office work..dengar bunyi deringan telefon, bila jawab tanya pasal sabun. Sabun lagi!

Tiba-tiba pada satu hari, saya dapat satu idea jawapan yang cantik jika beliau call saya lagi. Kali ini saya pula yang tak sabar-sabar nak terima panggilan beliau. Maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu..si pemanggil ni call saya tanya pasal isu mandi wajib dengan sabun lagi. Ustaz, bagaimana kalau kita mandi wajib lepas tu kita nak sabun badan kita boleh tak? Saya jawab…”Kalau awak nak mandi wajib, jangan gunakan sabun langsung!” Habis tu Ustaz, kalau kita dah selesai mandi wajib, kita sabun macam mana? Tak faham lagi dia : o Saya jawab dengan nada yang lebih tegas ” Tak perlu, kalau awak nak mandi wajib. Jangan gunakan sabun walaupun selepas selesai mandi wajib, lain kali bila petang atau esoknya (masa bukan mandi wajib) awak boleh mandi gunakan sabun. Tapi bila masa mandi wajib, jangan gunakan sabun!”

Alhamdulillah, sampai sekarang beliau serik call saya saya lagi untuk tanya pasal mandi wajib dengan sabun. : )

Murtad

Sebagaimana janji saya pada Dew (Lieja), saya ceritakan kembali pengalaman saya pada 3 tahun yang lalu semasa mengendalikan kes kaunseling bersama dengan seorang wanita (saya sebut selepas ini sebagai W) yang pada masa itu berusia 20 tahun yang hampir murtad selepas bertemu dengan teman lelakinya yang beragama Kristian. Beliau dirujukkan kepada saya 3 tahun yang lalu oleh ibunya yang bimbang kerana anaknya sering ke gereja bersama teman lelakinya dan membaca kitab ‘Bible’. 

Sebelum beliau berjumpa dengan saya, W telah pun berjumpa dengan beberapa guru agama lain untuk membawa beliau ke pangkal jalan. Tetap gagal, kerana pendekatan yang dilakukan ialah sebelah pihak sahaja, lebih banyak bercakap dan lebih kepada desakan supaya W kekal dengan Islam dan lupakan hasrat untuk memasuki agama Kristian kerana boleh mengakibatkan masuk neraka.

Memang betullah, apa yang ustaz tu cakapkan, namun isunya di sini kita berdepan dengan seorang wanita yang tidak mempunyai asas yang kuat dalam agama Islam dan hatinya hampir pasti untuk memeluk agama Kristian. Tindakan ustaz tersebut membuat beliau ‘turns off’. Apa taknya, dah lah dipaksa jumpa oleh ibunya kena ceramah dan bebelan pula.

Bagi sesi ini, saya mengambil pendekatan untuk lebih banyak mendengar dan cuba buka pemikiran beliau semula untuk membuat penimbangan dengan lebih lanjut sebelum memasuki agama lain.

Apabila saya tanyakan apakah sebab beliau tertarik dengan Kristian, beliau jelaskan bahawa terdapat rasa ketenangan adalam agama ini di samping rasa ’self of belonging’ setiap kali beliau ke gereja dengan teman lelakinya dan menjelaskan yang beliau sedang mengkaji dengan lebih lanjut agama ini dengan membaca ‘Bible’.

Saya cuba bersikap tenang dan memberi komen serta memuji tindakannya, ‘Saya gembira kerana awak membuat ‘research’ bagi memahami dengan lebih lanjut tentang agama ini. Ini yang sepatutnya kita lakukan bila ingin mengetahui sesuatu agama’.

W nampak tersentak kerana saya tidak memarahinya bahkan saya memuji tindakannya itu. Saya bertanya lagi kepada beliau sama ada beliau ada melakukan perkara yang sama pada agamanya sekarang dan sama beliau ada mengkaji Quran sebagai perbandingan dengan Bible? Beliau menjawab tidak.

Saya bertanya lagi sama ada, beliau setuju tak dengan statement saya yang beliau tidak akan dapat buat keputusan yang tepat jika beliau mengkaji hanya satu agama sahaja tanpa mengkaji agama asal beliau. Beliau terpaksa setuju..

Saya jelaskan kepada W bahawa beliau tidak bersikap adil kepada agamanya sekarang. Beliau lahir sebagai Islam tetapi tidak pernah belajar tentang Islam atau mengamalkan ajaran Islam. Bagaimana beliau dapat membuat pilihan yang tepat mana satukah agama yang lebih baik jika kajiannya hanya tertumpu pada satu agama? Sebagaimana Islam, agama Kristian juga mempunyai balasan syurga-neraka, setiap keputusan yang silap boleh memberi kesan yang padah pada diri di kemudian hari.

Di akhir sesi, saya berikan beliau terjemahan Quran dan meminta beliau mengkaji juga Quran di samping mengkaji kita Bible. Beliau terima, Alhamdulillah.

Terus terang saya nyatakan pada ibunya, saya rasa beliau 90% sudah tekad untuk keluar dari agama Islam. Saya sendiri tidak terkejut jika ia belaku. Selepas sebulan saya hubungi ibunya untuk follow up, Alhamdulillah, ibunya beritahu yang W sudah tidak ke gereja lagi. Syukur!

Sebagaimana yang pernah saya katakan pada entry saya yang terdahulu, kita hanya mencuba..keputusan akhir daripada individu itu sendiri. Apa yang saya share di sini, mungkin boleh praktik kan apabila kita bertemu atau berinteraksi dengan teman atau saudara kita yang tertarik dengan agama lain, elakkan perbincangan yang sehala sahaja, yakni kita sahaja yang bercakap, libatkan mereka..cuba fahami sebab di sebalik keputusan yang diambil untuk keluar agama. Ajak mereka berfikir..itu adalah usaha yang lebih baik daripada kita bincang isu syurga neraka, dosa besar dan sebagainya.

Dan jika mereka tetap dengan keputusannya, tak mengapa..teruskan hubungan dengan mereka. Jangan singkirkan mereka. Anggap seperti kawan dau saudara seperti dulu. Pada masa yang sama teruskan sedaya yang boleh seperti usaha di atas. Jangan putus asa. Berdoa pada Allah. I.Allah, jika satu hari mereka punyai kesulitan (bercerai dengan suami yang beragama lain sebagai contoh), mereka tahu dengan siapa yang perlu mereka rujuk. Mereka masih tetap punya teman, saudara, ibu ataupun bapa. Tak mustahil orang sebegini akan kembali kepada agama asalnya iaitu Islam.

Saya juga berharap kita perlu terima dengan terbuka tentang isu murtad ini. Tidak salah untuk prihatin, namun tindakan kita perlu berlandaskan rasional dan tidak emosi sehingga boleh menggugat keharmonian kaum dan juga agama. Perlu kita sedari bukan mereka dari agama kita sahaja yang murtad, tetapi ramai juga mereka dari agama lain seperti Kristian, Hindu, Buddha dan juga Taois yang murtad dan memeluk agama Islam, bahkan jauh lebih ramai dari bangsa kita sendiri.

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada pengalaman saya ini.

Rose Villa

Petang tadi ada case conference di Wisma Mendaki dengan teman-teman lain yang sama-sama mengendalikan kes-kes kaunseling remaja Pusat Persinggahan NUR. Biasanya pada sesi begini kami kami akan bergilir pada tiap bulan untuk bentangkan kes kaunseling pilihan kami dengan tujuan untuk dapatkan feedback daripada teman-teman kaunselor yang lain dan juga dari supervisor kami. 

Saya sempat dapatkan feedback tentang kes kaunseling saya dengan Z yang mana temanita beliau H sedang berada di rumah tumpangan missionary Kristian untuk remaja mengandung. Tepat seperti mana yang ‘Hoopoe’ beritahu, memang mereka tiada paksaan terhadap agama bagi sesiapa yang tinggal di sana, malah amat digalakkan penghuni rumah tumpangan mereka mendapat bimbingan kaunseling dari kaunselor yang seagama. Bahkan saya difahamkan layanan yang mereka berikan amat baik kepada penghuni dan juga pengunjung dan ia patut dicontohi oleh badan-badan Melayu Islam kita, ini kata teman saya tulah.

Memang begitulah sebenarnya yang diajarkan oleh Islam yang dibawa baginda Rasulullah. Melalui akhlak mulia, baginda dapat menarik minat orang-orang yang dahulunya bencikan baginda dan juga Islam. Tetapi kini, akhlak dan tingkah laku kita memburukkan Islam dan mencemarkan nama baik baginda, sehingga diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam seperti yang dilakukan oleh Si Wilders tu.

Kembali kepada cerita si Z tu, plan saya selepas ini ialah hubungi beliau dan buat temu janji untuk berjumpa dengan H di rumah tumpangan tersebut, jika beliau ok dan setuju berpindah ke rumah tumpangan kelolaan badan Islam, maka saya akan cuba uruskan. Jika tidak, sekurang-kurangnya saya dapat pujuk beliau untuk mulakan sesi kaunseling dengan saya.

Mudah-mudahan beliau bersetuju dengan salah satu daripada pilihan di atas. Semoga usaha saya, Amin…

free hit counter